fbpx

5 Resepi Pajeri Nenas Sedap

0

Hari ini saya nak kongsi resepi pajeri nenas sedap. Masakan pajeri nenas ini selalunya disediakan di majlis kenduri. Rasanya memang sedap! Kalau makan dengan nasi, pasti nak tambah lagi. Ada resepi pajeri nenas ini yang menggunakan kerisik. Dalam majlis kenduri, pasti anda biasa lihat pajeri dimakan bersama nasi minyak dan ayam masak merah! Pajeri nenas ini boleh dipotong ikut citara masing-masing.

Resepi Pajeri Nenas Che Nom

Resepi Pajeri Nenas Che Nom

Pajeri Nenas: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 biji nenas, saiz kecil
  • 1 bungkus kecil sebuk kari ikan/daging
  • 4 biji bawang merah, ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
  • 1 sudu besar udang kering ATAU ikan bilis, ditumbuk kasar
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 1 senduk minyak
  • Gula dan garam secukup rasa

Bahan untuk rempah tumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu teh halba campur

Cara-cara:

  1. Kupas kulit nenas dan potong membulat anggran tebal 1.5cm setiap hirisan.
  2. Masak air sehingga mendidih dan rebus nenas seketika (4-5 minit) supaya masam dari nenas dapat dikurangkan. Angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan udang kering dan kacau seketika. Masukkan sedikit air jika rempah terlalu kering untuk elakkan dari cepat hangus.
  5. Masukkan nenas, masak sehingga nenas lembut.
  6. Masukkan pati santan, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  7. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Tips:

  • Lebihkan gula kerana pajeri lebih sedap jika manis.

Resepi Pajeri Nenas Stail Perak Azie Kitchen

Resepi Pajeri Nenas Stail Perak Azie Kitchen

Resepi Pajeri Nenas Stail Perak: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 biji nenas – pilih yang hijau kekuningan
  • 2 sudu besar ikan bilis atau udang kering – rendam dan tumbuk
  • 1 paket kecil serbuk kari daging – 3 1/2 sudu besar
  • 1 paket kecil kerisik – atau buat sendiri
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 kotak santan kotak
  • Air secukupnya
  • Rempah 3 sekawan – kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang
  • Minyak masak secukupnya
  • 1 sudu besar minyak sapi – opsyenal
  • Garam
  • Gula Melaka
  • Gula secukup rasa

Bahan tumbuk:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara:

  1. Nenas dibuang kulit,  dibersihkan dan dipotong-potong. Nenas direbus dengan sedikit air dan 2 sudu besar gula dalam 5 minit atau sehingga nenas sedikit lembut. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan sedikit minyak sapi. Tumis rempah 3 sekawan dan bahan tumbuk sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga cili agak masak. 
  3. Masukkan pula rempah kari serbuk dan kacau dengan cepat sehingga wangi sebelum dituang sedikit air. Tumis hingga pecah minyak. 
  4. Setelah pecah minyak, masukkan udang kering. Tumis lagi sebelum dimasukkan nenas dan air rebusan nenas sekali. Setelah mendidih, baru dimasukkan santan. 
  5. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula Melaka dan gula secukupnya. Bila kuah pekat dan terbit minyak, bolehlah diangkat. 

Nota:

  • Kuah mestilah sedikit pekat dan menpunyai rasa manis. 

Resepi Pajeri Nenas Stail Kelantan Azie Kitchen

Resepi Pajeri Nenas Stail Kelantan Azie Kitchen

Resepi Pajeri Nenas Stail Kelantan: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 labu bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • Sedikit biji sawi
  • Sedikit serbuk kunyit  
  • Gula
  • Garam
  • Cuka masakan
  • Cili merah – untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Nenas dipotong kecil.
  2. Panaskan minyak dan masukkan biji sawi serta bawang bawang sehingga wangi. Masukkan sedikit air, gula, cuka, serbuk kunyit dan garam. 
  3. Bila telah mendidih masukkan nenas dan akhir sekali cili merah. 
  4. Biarkan merenih sehingga mendidih dan sesuaikan rasanya.
  5. Bila telah masak hidangkan bersama nasi minyak atau beriani.

Resepi Pajeri Nenas Utara Cikgu Ani

pajeri nenas utara

Pajeri Nenas Utara: Sumber Cikgu Ani

Bahan-bahan:

  • 1 biji nenas
  • 1 biji kelapa – ambil santan pekat sikit dan santan cair 1 mangkuk
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 buah pelaga
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1/2 sudu makan gula putih
  • 1/2 sudu makan gula merah
  • 1/2 peket rempah kari daging + santan pekat tadi
  • garam
  • kerisik
  • daun kari

Bahan Tumbuk:

  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk, rempah kari dan garam. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan cair, nenas, gula putih, gula merah dan kerisik. Biarkan mendidh dan kuah pekat sikit.
  4. Siap dan sedia untuk dihidangkan

Resepi Pajeri Nenas Mat Gebu

Pajeri Nenas Mat Gebu

Pajeri Nenas: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 biji nenas saiz sederhana (nenas madu, morris atau sarawak)
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 1 batang kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 kuntum bunga cengkih*
  • 2 biji buah pelaga*
  • 1/2 cawan pati santan
  • 1 camca teh pes asam jawa
  • 2 camca besar gula perang (atau secukup rasa)
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 1 camca besar cili kisar
  • 2 camca besar kerisik
  • 1 1/2 camca besar rempah kari ikan (Baba’s)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air

Bahan Kisar Halus:

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 genggam udang kering, rendam 15 minit dan toskan
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 biji buah keras, hiris

Cara-cara:

  1. Kupas nenas, belah 4, buang empulur dan hiris sederhana tebal. Rebus sekejap dan masukkan serbuk kunyit dalam air rebusan tadi, kemudian toskan. Cili merah dan hijau, dibelah dua tapi tak putus, rendam. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 bertanda (*) dan cili kisar hingga garing, masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang pati santan.
  3. Masukkan kerisik, kacau dan masak hingga mendidih (jika perlu tambah sedikit air). Masukkan nenas, belahan cili merah dan hijau (toskan). Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi minyak atau nasi putih.

Penutup

Makan dengan nasi putih panas panas, memang sedap sangat. Jom cuba resepi pajeri nenas ini. Rasa pajeri nenas ini mampu menambah selera makan seseorang. Rasanya yang manis berempah. Manakala pajeri nenas stail Kelantan yang tidak menggunakan santan dan kerisik sebaliknya hanya dibuat seperti acar mentah sahaja cuma ianya dimasak. Selain pajeri, anda boleh juga cuba Resepi Peria. Kalau kena cara masaknya, sedap!

Leave A Reply

Your email address will not be published.