fbpx

5 Resepi Kuih Ketayap (Sedap dan Lembut)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi kuih ketayap sedap. Mudah nak sediakan. Senang nak buat sendiri. Kuih ketayap ini ialah kuih yang dibalut dengan kulit seakan lempeng nipis dan inti manis parutan kelapa campur gula melaka. Sesuai untuk dimakan waktu sarapan mahupun waktu petang. Ada juga yang menggelarnya kuih dadar mahupun kuih gulung. Jom buat kuih ketayap yang lembut ini. 

Resepi Kuih Ketayap Che Nom

Kuih Ketayap:che nom

Resepi Kuih Ketayap: Sumber Che Nom

Bahan untuk inti:

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1/4 cawan gula melaka
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2-3 helai daun pandan
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan untuk kulit:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa
  • 1 biji telur
  • 4-5 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil garam
  • 2-3 titik pewarna hijau (optional)

Cara-cara untuk inti:

  1. Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
  2. Masak di atas api yg perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.

Cara-cara untuk kulit:

  1. Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis.
  2. Bancuh santan bersama tepung gandum, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau. Kacau sebati menggunakan whisk dan kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.
  3. Panaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu. Anggran 3-4 minit di atas kuali.
  4. Angkat dan gulung bersama inti yg sudah disejukkan.

Resepi Kuih Ketayap / Dadar Gulung Qaseh Honey

kuih ketayap dadar gulung

Kuih Ketayap/Dadar Gulung: Sumber Qaseh Honey

Bahan inti:

  • 1/3 cawan air
  • 1 cawan gula melaka / gula merah
  • 2 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji kelapa parut (ambil putih shj)
  • 2 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:

  1. Di dalam kuali, satukan gula melaka, gula, air dan daun pandan. masak hingga gula melaka cair.
  2. Kemudian masukkan kelapa parut dan kacau hingga sedikit kering dan berkilat menggunakan api kecil.
  3. Tambahkan tepung gandum dan kacau lagi hingga rata.
  4. Matikan api, inti jangan terlalu kering nanti tak sedap.

Bahan kulit:

  • 1 cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air pandan
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2 titik pewarna hijau epal

Cara-cara:

  1. Untuk dapatkan air pandan, kisar 6-8 helai daun pandan bersama 2 cawan air.
  2. Kemudian tapis dan ambil airnya sahaja.
  3. Campurkan ke semua bahan-bahan di atas dan kacau hingga sebati.
  4. kemudian tapis adunan untuk dapatkan kulit yang licin dan cantik.
  5. Panaskan pan dan sapukan sedikit minyak menggunakan berus/tisu dapur atau daun pandan.
  6. Ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan keseluruh panbiarkan sehingga permukaan atas kulit dadar gulung ni masak (tak perlu di balikkan)angkat dan buat sehingga selesai (setiap kali masak kulit yang lain jangan lupa sapukan minyak terlebih dahulu untuk memastikan kulit tidak melekat dan mudah untuk dilenggangkan).
  7. Apabila kulit telah siap di masak, ambil sekeping kulit dadar dan letakkan inti kelapa ditengah-tengah kemudian gulung dengan kemas. Siap

Resepi Kuih Ketayap Polkadot

KUIH KETAYAP POLKADOT

Kuih Ketayap Polkadot: Sumber Resepi Kuih Ketayap

Bahan A: (kulit/dadar)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan susu cair atau santan
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • 1 sudu besar majerin dicairkan
  • sedikit minyak untuk disapu pada kuali

Bahan B: (inti)

  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 3/4 cawan gula merah *campur gula merah dan gula biasa
  • sedikit air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung pulut/jagung

Cara-cara:

  1. Untuk INTI: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
  2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  3. Untuk DADAR : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. (*asingkan sedikit adunan, campur sikit tepung lagi biar pekat, kacau sebati dan letak masing-masing dengan pewarna biru dan merah, masukkan ke dalam piping beg dan gunting kecil muncung beg)
  4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (*kemudian cepat-cepat dot-dotkan atas adunan dengan kaler biru dan merah)
  5. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. (* angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
  6. Terus letakkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.

Resepi Kueh Gulung Mat Gebu

kueh gulung mat gebu

Kueh Gulung: Sumber Mat Gebu

Bahan Inti Kelapa:

  • 3 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa untuk inti, jenis yang muda sedikit
  • 1/2 cawan gula merah @ gula timbang*
  • 1/3 cawan gula pasir*
  • 1 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut)
  • 1 helai daun pandan, disimpul

Bahan Kueh Dadar:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/3 cawan air*
  • 2 helai daun pandan, potong kecil*(*kisar dan tapis)
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Sedikit garam
  • 2 camca besar minyak masak

Cara-cara:

  1. UNTUK INTI KELAPA :- Tapis air gula tadi ke dalam kuali, masukkan daun pandan dan didihkan hingga air gula pekat. Tambah kelapa parut putih dan gaul rata, guna kan api kecil. Masak hingga kering tapi masih lembap sedikit. Sejukkan sebelum diguna…
  2. UNTUK KUEH DADAR :- Satukan semua bahan-bahan untuk kueh dadar, kacau rata dengan whisk dan tapis, atau masukkan ke dalam alat pengisar makanan dan putar hingga rata. Rehatkan 10 minit.
  3. UNTUK KUEH GULUNG :– Panaskan non-stick pan bersaiz 8 inci dengan sedikit minyak, mat cuma lenser atau sapu permukaan non-stick pan tu dengan paper towel yang dicelup dalam minyak masak. Bila panas, masukkan 1 senduk bancuhan tadi dan ratakan. Masak hingga permukaan kueh dadar kelihatan pucat dan seakan2 jernih. Alih ke dalam pinggan. Letak 1 camca teh penuh init kelapa, kemudian lipat dan gulung kemas, seperti dalam gambar diatas. Buat hingga siap dan hidangkan.

Resepi Kueh Ketayap Azlita Aziz

Kueh Ketayap Azlita Aziz

Kueh Ketayap: Sumber Azlita Aziz

Bahan untuk inti:

  • 430 gm air
  • 300 gm kelapa parut muda (ambil putihnya sahaja)
  • 150 gm gula merah / gula melaka
  • 70 gm gula pasir
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu makan tepung jagung (dilarutkan dgn sedikit air)
  • 1 helai daun pandan disiat dan disimpul

Cara-cara:

  1. Utk membuat inti, masak gula merah, gula putih, daun pandan dan air sehingga larut.
  2. Masukkan kelapa dan kacau rata.
  3. Masukkan pula bunga cemgkih dan air tepung jagung. masak hingga adunan pekat dan berkilat.

Bahan untuk Kulit:

  • 300 gm tepung gandum
  • 650 ml air pandan
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan minyak masak

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blend.
  2. Kisar sampai semua sebati, kemudian tapis.
  3. Tuang sesenduk ke dalam pan leper berbentuk bulat dan dadar nipis.
  4. Sudukan inti dan letak atas kulit kuih ketayap tadi dan gulung kemas. Siap!

Penutup

Jika inginkan kelainan, anda boleh gunakan pewarna yang anda suka. Pasti lebih menarik. Anak-anak pasti suka makan. Lebih menyelerakan untuk makan. Selain kuih ketayap, anda juga boleh cuba Resepi Kuih Lapis Lembut.

Jom cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.