fbpx

Kari Ayam Kapitan Mudah Dimasak Dan Sedap: 11 Masakan Baba Nyonya Best, You’ll LOVE!

0

Hari ini saya nak kongsi resepi kari ayam kapitan nyonya. Resepi ayam kapitan ini merupakan masakan peranakan Baba Nyonya. Aromanya membangkitkan rasa dengan baunya yang wangi dan menyelerakan. Jika dilihat dari bahan masaknya, cukup mudah. Menariknya, bahan kisar yang dimasukkan bersama daun limau purut menjadikan rasanya sedap dan rasanya lain dari yang lain. Pati asam jawa telah memberikan satu rasa yang istimewa dan pelengkap rasa.  Ayam Masak Kapitan penuh dengan rasa rempahnya. Wajib ada rasa serai dan daun limau. Seimbangkan dengan lemak santan, masam, masin dan manisnya. Sesuai dimakan bersama nasi panas. Boleh juga dicicah dengan lempeng atau roti. Makan dengan sambal belacan pun sedap!

Resepi Ayam Kapitan Che Nom

Resepi Ayam Kapitan Che Nom

Ayam Kapitan: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam, potong kecil
  • 1/2 cawan pati asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 mangkuk minyak, untuk menumis
  • Bahan-bahan kisar halus:
  • 15-20 biji cili kering
  • 5 biji buah keras
  • 15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai, hiris nipis
  • 4-5 helai daun limau purut

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga masak pecah minyak. Kacau perlahan-lahan rempah tumis supaya tidak hangus dan ambahkan sedikit air jika terlalu kering.
  2. Masukkan ayam dan kacau sebati. Tutup dengan tudung dan biarkan ayam masak seketika.
  3. Masukkan pula santan dan pati asam jawa. Renehkan sehingga kuah pekat dan ayam masak empuk. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Tips:

  • Hidangan ini harus dimasak di atas api yang perlahan supaya kesemua bahan direneh denga sempurna dan kuahnya menjadi pekat dan sedap.

Resepi Kari Ayam Kapitan Nyonya Azie Kitchen

Kari Ayam Kapitan Nyonya Yang Sangat Sedap Azie Kitchen

Kari Ayam Kapitan Nyonya: Sumber Azie Kitchen

Bahan A – Perap:

  • 1 1/2 kg ayam – potong 12 dengan kulit
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit 
  • 4 sudu kecil garam 
  • 1 sudu kecil minyak jagung 

Bahan B – Kisar:

  • 2 labu bawang besar
  • 13 biji bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 6 biji buah keras
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 batang serai 
  • 4 sudu besar cili kisar – 20 tangkai cili kering
  • Belacan – tak letak
  • 4 sudu besar minyak sayuran 

Bahan C:

  • 1 biji kelapa – santan pekat 
  • 1 sudu besar asam jawa 
  • 3 helai daun limau purut 
  • 2 sudu kecil gula Melaka

Bahan D – Hiasan:

  • Bawang goreng 
  • Daun limau purut – hiris halus 
  • Cili merah – hiris halus 

Cara-cara:

  1. Perap ayam dengan serbuk kunyit, garam dan sedikit minyak sayuran selama 30 minit. Selepas 30 minit, deep fry ayam sehingga kulit bertukar warna keperangan. Angkat dan ketepikan. Nota: Saya tak goreng ayam terlebih dahulu.
  2. Semua bahan B dipotong kecil dan dikisar bersama sedikit minyak sehingga halus. 
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak dengan api perlahan. Masukkan ayam dan kacau rata. Masak sehingga air ayam kering dan bahan terbit minyak. 
  4. Masukkan santan dan kacau rata. Masukkan pula daun limau purut, air asam jawa dan gula Melaka.
  5. Perlahankan api dan renihkan selama 20 minit sehingga ayam benar benar masak. Sesuaikan rasa. Tambah mana mana yang perlu.
  6. Angkat dan tabur bawang goreng, cili merah hiris dan hirisan daun limau purut. Sedia untuk dinikmati.

Resepi Ayam Kapitan Ana Jingga

Resepi Ayam Kapitan Ana Jingga

Resepi Ayam Kapitan: Sumber Ana Jingga

Bahan-bahan:

  • Setengah ekor ayam – potong, bersihkan gaul garam dan kunyit, di goreng separuh masak, ketepikan.

Bahan Kisar:

  • *1 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 batang serai
  • *1 biji buah keras ( kalau tak letak pun okay sahaja )
  • *1 inci halia
  • *1 inci kunyit hidup ( kalau tak ada boleh gantikan dengan serbuk kunyit ) 
  • *1 inci lengkuas
  • * 2 helai daun limau purut

Cara-cara:

  1. Kesemua bahan di atas perlu di kisar dalam chopper kering tanpa air.

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar cili pes
  • 1/2 sudu asam jawa jadikan perahan air asam jawa yang pekat
  • santan pekat dalam 1 mangkuk besar
  • 2 helai daun limau purut di hiris 
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili pes dan biarkan pecah minyak seketika. 
  3. Masukkan ayam yang dah di goreng dan gaul rata. 
  4. Masukkan santan pekat dan biar mendidih sekali masukkan jus asam jawa.
  5. Rasakan dengan garam secukupnya dan taburkan daun limau nipis yang di hiris.
  6. Resepi ayam kapitan ni kuahnya agak pekat seperti rendang yang berkuah.

Resepi Ayam Masak Kari Kapitan Mat Gebu

Ayam Masak Kari Kapitan Mat Gebu

Ayam Masak Kari Kapitan: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 2 keping peha ayam saiz besar (atau anda boleh guna 1/2 ekor ayam)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 cawan pati santan
  • 1 biji limau nipis, perah jusnya
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Bawang goreng, untuk hiasan
  • Daun pudina, untuk hiasan

Bahan Kisar Halus:

  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 biji buah keras, hiris
  • 4 biji cili merah
  • 8 tangkai cili kering, kerat pendek, buang biji dan rendam dalam air panas, toskan
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai, hiris halus
  • 1/2 inci belacan

Cara-cara:

  1. Ayam dipotong kecil atau ikut suka, cuci toskan, kemudian gaul dengan sedikit tepung gandum hingga rata. Perap 15 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis bahan2 kisar halus hingga harum, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Bila sudah naik minyak, masukkan ayam dan daun limau purut, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang sedikit air (anggaran 3 cawan), biarkan mendidih. Kemudian masukkan santan, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga kuah pekat sedikit dan ayam masak. Masukkan jus limau nipis (yang ni anda agak2 lah yea, masukkan sikit dulu, kacau dan rasa kuahnya, kalau perlu baru tambah lagi). Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur bawang goreng dan hias dengan daun pudina sebelum dihidangkan.

Resepi Ayam Kapitan Cik Min

Resepi Ayam Kapitan Che Min

Resepi Ayam Kapitan: Sumber Che Min

Bahan-bahan:

  • Ayam – 1kg
  • Bawang merah – 30 gram
  • Bawang putih – 20 gram
  • Halia – 20 gram
  • Kunyit hidup – 20 gram
  • Cili kering – 10 gram
  • Lengkuas – 10 gram
  • Serai – 10 gram
  • Daun limau purut – 3 helai
  • Minyak masak – 50 gram
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Air asam jawa
  • Bunga kantan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dah masukkan bahan yang dikisar halus (bawang
    merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas) hingga pecah minyak.
  2. Kacau perlahan-lahan rempah yang ditumis supaya tidak hangus dan
    masukkan sedikit air kalau terlalu kering. Masukkan bunga kantan yang dihiris/dipotong.
  3. Masukkan ayam dan kacau sehingga sebati (tutup dengan tudung periuk biarkan ayam masak seketika).
  4. Masukkan santan dan pati asam jawa, renehkan sehingga kuah pekat &
    ayam empuk.
  5. Perasakan dengan garam & gula.

Resepi Ayam Kapitan Sangat Wangi dan Menyelerakan

Resepi Ayam Kapitan Sangat Wangi dan Menyelerakan

Ayam Kapitan Sangat Wangi dan Menyelerakan: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 2 ketul paha ayam
  • 1 biji kentang
  • 2-3 sudu besar rempah penang masala
  • 1 biji tomato
  • 2 biji cili hijau

Bahan Tumis:

  • rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
  • daun pandan
  • 2 biji bawang, hiris halus

Bahan Kisar:

  • 5 bawang merah
  • 4 bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan masak bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak. Bancuh rempah penang masala dengan sedikit air.

  2. Kemudian masukkan ke dalam kuali, tumis lagi dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan berbau harum.

  3. Masukkan ayam dan kentang, tutup kuali. Masak sehingga ayam empuk. Korang boleh tambahkan santan untuk lagi sedap dan kuah lagi pekat.

  4. Akhir sekali masukkan tomato dan cili besar. Perisakan dengan gula, garam dan seasoning/cukup rasa. Sangat sedap! Cubalah!

Resepi Kari Ayam Kapitan Azian Hasan

Kari Ayam Kapitan Azian Hasan

Kari Ayam Kapitan: Sumber Azian Hasan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam(dipotong 16)
  • 4 biji ubi kentang(dibelah empat )
  • 3 batang serai (Dibelah dua dan diketuk)
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 300 gram santan
  • 4 helai daun limau purut(dihiris halus)
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit jus limau kasturi
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar:

  • 2 biji bawang merah besar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan masukkan serai danbahan kisar . Tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam. Gaul sebati dan biarkan ayam separuh masak.
  3. Masukkan santan, ubi kentang, garam dan gula dan masak sehingga ayam masak.
  4. Masukkan jus limau kasturi dan kacau rata.
  5. Apabila kuah sudah pekat bolehlah ditutup api.

Resepi Ayam Kapitan Resepi Baba Nyonya Buat Orang Lapo

Ayam Kapitan Resepi Baba Nyonya Dengan Aroma Yang Membangkit Selera

Ayam Kapitan Resepi Baba Nyonya: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan untuk Ayam:

  • 6 Ketul Ayam
  • Garam
  • Serbuk Kunyit

Bahan Kisar:

  • 1 Biji Bawang Besar
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 5 tangkai Cili Kering (Rendam atau rebus dengan air panas)
  • 1 tangkai Cili Merah
  • 2 Batang Serai
  • 2 Biji Buah Keras
  • 1/2 Inci Halia
  • 1/2 Inci Kunyit
  • 1 helai Daun Limau Purut
  • 1/2 Inci Belacan
  • 1 Inci Lengkuas

Bahan Lain:

  • 100 ml Santan
  • 1/2 Biji Tomato (Dicincang)
  • 2 Helai Daun Limau Purut
  • Gula Melaka/Gula Kabung
  • Garam
  • Air Asam Jawa

Cara-cara:

  1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit sehingga rata. Perap selama 30 minit.
  2. Goreng ayam separuh masak dan ketepikan.
  3. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
  4. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan kacau rata.
  5. Tambahkan santan, tomato dan daun limau purut. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan gula melaka, garam dan air asam jawa secukup rasa. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan angkat. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Kari Ayam Kapitan Chef Zabidi

Resepi Kari Ayam Kapitan Chef Zabidi

Kari Ayam Kapitan: Sumber Chef Zabidi

Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam, potong ikut suka
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 2 cawan pati santan
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar gula merah (saya guna 2 sudu makan gula perang)
  • 2 sudu besar jus limau nipis (saya guna 3 sudu makan)
  • Minyak untuk menggoreng & menumis secukupnya

Bahan Kisar:

  • 20 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 3 biji buah keras (saya guna 1 biji agar kuah tidak terlalu pekat)
  • 2 batang serai
  • 6 biji cili merah
  • 8 tangkai cili kering
  • 20 gram belacan (saya guna 1 sudu makan belacan)

Hiasan:

  • Bawang goreng
  • Daun pudina

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam halus. Perapkan selama
    4 jam. (saya tak perap kes nak cepat).
  2. Kemudian ayam yang diperapkan tadi digoreng separuh masak. Panaskan kuali dan masukkan minyak (atau boleh guna minyak lebihan
    goreng ayam). Apabila minyak sudah panas, tumis bahan-bahan yang
    sudah dikisarkan tadi sehingga naik bau atau kekuningan. (saya tumiskan sehingga pecah minyak)
  3. Kemudian masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Kacau
    sehingga merata selama 5-7 minit.  Masukkan pati santan, daun limau purut, gula merah dan jus limau nipis.
  4. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga masak. Apabila masak, angkat dan taburkan bawang goreng dan daun pudina sebagai hiasan.

Resepi Ayam Kapitan Madiha

Ayam Kapitan Madiha

Ayam Kapitan: Sumber Madiha

Bahan-bahan:

  • Minyak masak secukupnya         
  • 1 ekor ayam aggaran 1.5kg – dipotong sesuai selera
  • 500 ml santan dari sebiji kelapa
  • 1 sudu besar asam jawa – campur sikit air ambil pes
  • 3 helai daun limau purut – koyak-koyakkan (resepi asal dikisar sekali dengan rempah pes tu. tapi MaDiHaA masukkan yang koyak-koyak je)
  • Garam, gula & serbuk perasa secukup rasa

Bahan Pes Rempah:

  • 20 biji cili kering – dipotong, rebus & tos
  • 6 biji buah keras
  • 2 labu bawang besar
  • 15 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • ½ inci kunyit hidup
  • ½ inci lengkuas
  • ½ inci halia
  • 3 batang serai ~ hiris

Cara-cara:

  1. Bersihkan & hiris bahan-bahan pes rempah & kisar sehingga halus.
  2. Panaskan minyak & tumiskan bahan kisar tadi hingga wangi & naik minyak. Masukkan ayam dan kacau rata.  Guna api seberdana & tutup kuali dengan penutup dan biar ayam masak selama 10 minit.
  3. Masukkan santan serta air asam jawa sambil dikacau rata & biarkan mendidih. Masukkan daun limau purut, garam, gula & serbuk perasa secukupnya & renihkan ayam hingga empuk. Biarkan kuah agak pekat & secukup rasa. Hidang dengan nasi putih.

Resepi Ayam Kapitan Mamak Haji

Ayam Kapitan Mamak Haji

Ayam Kapitan: Sumber Mamak Haji

Bahan-bahan:

  • 1 kg ketulan ayam (3 keping peha ayam penuh)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 200 ml santan pekat
  • 5-6 sudu besar minyak masak
  • 2 helai daun limau purut yang dibuang urat tengah
  • 1 biji limau nipis diperah jus
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar/Pes Tumisan:

  • 3 tangkai Cili merah yang agak panjang dan dibuang biji
  • 10-15 tangkai cili kering dibuang biji dan direbus (ikut kepedasan)
  • 8-10 biji bawang merah kecil
  • 1 bawang merah labu sederhana besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji buah keras
  • 3 batang serai
  • 4 keping lengkuas bersaiz kuku ibu jari
  • 2 keping halia bersaiz kuku ibu jari
  • 2 keping kunyit hidup bersaiz kuku ibu jari
  • 2 sudu besar belacan bakar
  • 1 sudu besar puri tomato/ sos tomato
  • 1 sudu besar gula (kalau nak pedas kurangkan)

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan-bahan tumis halus dan jadikan pes.

  2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan tumis pes sehingga pecah minyak. Masukan ayam dalam tumisan goreng 5-6 minit sehingga kulit ayam garing sedikit.

  3. Masukkan santan (kalau nak kuah lebih tambahkan air tapi ingat ayam juga keluarkan airnya maka awas jangan sampai kuah anda terlau cair), masuk daun limau purut dan kecilkan api dapur. Biarkan dalam keadaan reneh sehingga daging ayam masak – ambil masa lebih kurang 30 minit.

  4. Masukkan gula dan garam dan jus limau secukup rasa.

  5. Hidangkan dengan taburkan bawang goreng di atas hidangan.

  6. Hidangan di Pulau Pinang disediakan dengan telur rebus ayam sekali, anda boleh masukkan telur ayam semasa tumis pes. Selamat mencuba.

Penutup

Masakkan Baba Nyonya INI seakan kari, tapi resepi ayam kapitan INI tidak menggunakan serbuk kari. Ayam masak sebegini terkenal dengan aromanya yang wangi semerbak. Itulah antara ciri-ciri masakan nyonya. Sedap, cantik dan wangi.

Boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.