fbpx

How to Make Kam Heong Chicken Viral 2021: 9 Resepi Ayam Kam Heong Chinese Style

Hari ini saya nak kongsi resepi ayam kam heong cara mudah, simple dan sedap! Masakan chinese style ini pasti membangkitkan selera keluarga anda dengan aromanya yang wangi. Cukup wangi dengan daun kari, tak sah kalau tak ada daun kari, rasanya pasti buat deria rasa anda terangkat! Kam Heong bermaksud "berbau wangi". Kalau beli di kedai tak puas makan, jadi resepi ini saya kongsikan untuk anda try di rumah. Simple je nak masak kalau anda ikut resepi di bawah! Apakata anda cuba resepi ayam kam heong ini sebagai hidangan hari ini. Sesuai dimakan dengan nasi impit dan nasi putih! Lagi padu letak sambal belacan!

Resepi Ayam Kam Heong Che Nom

Resepi Ayam Masak Kam Heong

Ayam Masak Kam Heong: Sumber Che Nom

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • secubit garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar tepung jagung

Bahan-bahan untuk Kuah:

  • 1 1/2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1/2 -1 sudu kecil gula
  • sedikit air

Bahan-bahan lain:

  • 2 cawan minyak masak
  • 1/2 – 1 sudu besar udang kering
  • 2-3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 biji bawang holland
  • 6-7 biji cili padi
  • sedikit air

Cara-cara Perapan Ayam:

  1. Perapkan ayam bersama sos tiram, kicap manis, sedikit garam, serbuk lada sulah dan telur.
  2. Gaul sekata.
  3. Masukkan tepung jagung.
  4. Perapkan selama 15-30 minit.
  5. Panaskan kuali.
  6. Gorengkan daun kari sekejap dan angkat (untuk hiasan).
  7. Goreng ayam sampai garing kekunigan.
  8. Kemudian boleh la angkat.

Cara-cara Untuk Kuah:

  1. Rendam udang kering dan toskan.
  2. Cincang kasar bawang merah dan bawang putih.
  3. Potong dadu bawang holland/ bawang besar.
  4. Hiris nipis cili padi.
  5. Tumbuk serai dan udang kering.
  6. Bancuh serbuk kari, sos tiram, kicap pekat manis, kicap cair (optional), gula perang/gula putih, dan sedikit air.
  7. Keluarkan minyak sikit dari kuali gorengan ayam tadi.
  8. Panaskan minyak.
  9. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk.
  10. Masukkan bawang yang telah dicincang, batang serai, daun kari, bawang holland dan cili padi.
  11. Goreng sekejap sehingga semua bahan lembut.
  12. Kemudian masukkan sos yang dibancuh tadi.
  13. Masak sehingga kuah pekat dan masak sebati.
  14. Tambah air sikit dan reneh sehingga masak rempah kari.
  15. Bila dah pekat, masukkan ayam goreng.
  16. Kalau nak lebih berkuah, tambahkan air.
  17. Masak sehingga ayam empuk dan menyerap semua kuah dengan sekata.

Resepi Ayam Kam Heong Sedap Qaseh Honey 

Ayam Kham Heong Qaseh Honey 

Ayam Kam Heong: Sumber Qaseh Honey 

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1 sudu kecil lada hitam – kisar

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil.
  2. Kemudian gaul dengan garam secukupnya, lada hitam dan serbuk kunyit.
  3. Gaul sehingga rata. 
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.
  5. Angkat dan ketepikan.

Bahan Sos:

  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 3 tangkai daun kari
  • 6 biji cili merah
  • 7 biji cili padi
  • 1 batang lobak merah
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap lemak manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar

Cara-cara:

  1. Ambil sedikit minyak bekas menggoreng ayam tadi. Apabila minyak telah panas, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau dan layu.
  2. Kemudian masukkan serbuk kari dan daun kari. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan cili merah, cili padi, lobak merah dan air secukupnya. Kacau rata.
  4. Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap lemak manis, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan ayam yang telah di goreng tadi bersama bawang besar. Gaul rata. Perasakan rasanya, jika ok matikan api dan sedia untuk dihidang.

Resepi Ayam Kam Heong Bella Jamal

Kham Heong Bella Jamal (1)

Ayam Kam Heong: Sumber Bella Jamal

Bahan-bahan:

  • 10 ketul bahagian ayam
  • 2 ulas bawang besar 
  • *(1 ulas didadu/cincang)
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji lada merah
  • 7 biji cili apii
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu kicap lemak manis
  • 1 paket kari
  • Sedikit daun kari
  • Minyak untuk menumis
  • Kunyit dan lada hitam untuk perapan
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Perap ayam dengan garam, kunyit dan lada hitam, kemudian gorengkan ayam dan ketepikan.
  2. Potong dan hiris semua bahan-bahan. Kak Bell manual chop sahaja bawang merah, bawang putih dan sebahagian cili api.
  3. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air. Agak-agak jangan terlalu cair.
  4. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dah didadu/kisar sampai naik bau wangi. *Gunakan baki minyak gorengan ayam.
  5. Masukkan daun kari dan bancuhan serbuk kari. Diikuti semua bahan sos.
  6. Kacau dan masak sampai naik minyak.
  7. Masukkan ayam goreng, cili api, lada merah & kacau sebati. Perasakan dengan garam jika perlu.
  8. Bila dah sedikit kering, masukkan bawang yang dihiris atau potong bulat.
  9. Dah sebati dengan ayam, boleh tutup api dan dihidangkan.

Resepi Ayam Kam Heong Juliet Le Sweetheart

Ayam Kam Heong Juliet Le Sweet

Ayam Kam Heong: Sumber Juliet Le Sweetheart

Bahan-bahan:

  • Ayam 500 gram
  • Bawang merah 4/5 biji *ditumbuk halus*
  • Bawang putih 2 biji  *ditumbuk halus*
  • Bawang besar 1 biji *dibelah 6*
  • Tepung jagung 3 sudu besar
  • Serbuk kari 2 sudu besar
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Kicap pekat (ABC) 2 sudu besar
  • Kicap cair 2 sudu besar
  • Minyak bijan 1 sudu besar
  • Cili padi 7/8 biji *dihiris halus*
  • Daun kari 2/3 tangkai
  • Udang kering seganggam *ditumbuk*
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Ayam yang telah dibersihkan digaul bersama tepung jagung dan sedikit garam.

  2. Goreng sehingga kekuningan. Pastikan tidak terlalu garing.

  3. Ketepikan ayam yang telah digoreng.
  4. Sediakan satu mangkuk dan campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan minyak bijan.
  5. Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk halus serta udang kering.
  6. Bila dah agak garing, masukkan sos-sos yang telah dicampurkan tadi, cili padi dan daun kari.
  7. Gaul rata. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dipotong 6 dan ayam yang telah digoreng tadi.
  8. Gaulkan sehingga semuanya sekata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi Ayam Kam Heong Nieja Muhaimin

Ayam Kam Heong Nieja Muhaimin

Ayam Kam Heong: Sumber Nieja Muhaimin

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Lada hitam
  • Serbuk kunyit
  • Tepung jagung
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Daun kari
  • Bawang besar
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Sos cili
  • Serbuk kari

Cara-cara:

  1. Ayam dah siap cuci, taburkan sedikit serbuk lada hitam + sedikit serbuk kunyit + garam.
  2. Perap sekejap 5 minit, kemudian gaul dengan sedikit tepung jagung.
  3. Malas nak celup telur dulu ke ape, gaul je terus dan goreng.
  4. Sediakan serbuk kari+kicap+sos tiram+sos cili. Tapi kehabisan serbuk kari ayam/daging, guna je serbuk kari ikan.

  5. Tumis bawang putih + bawang merah + cili padi + daun kari. Kalau nak real macam kat kedai pakai cili kering.
  6. Dah nampak bawang semua tu dah nak garing, masukkan serbuk kari + sos tiram + sos cili + kicap tu tadi and masukkan la sedikit air sebab kalau tak dia jadi kering sangat.
  7. Masukkan ayam yang dah digoreng + bawang besar. Garam tak letak sebab sos semua tu dah cukup rasa, kalau nak tambah boleh je.

Resepi Ayam Kam Heong Che Aida

Ayam Kam Heong Che Aida

Ayam Kam Heong: Sumber Che Aida

Bahan-bahan:

  • 3 keping dada ayam – hiris ketul-ketul
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:

  1. Perap semua bahan di atas selama 1/2 jam atau lebih kemudian goreng dan ketepikan.

BAHAN SOS

Bahan A:

  • Segenggam udang kering – (anggaran 3 sudu besar) rendam, toskan dan tumbuk
  • 2 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 4 batang cili padi – ditumbuk
  • 2 tangkai daun kari

Bahan B:

  • Kacang panjang – hiris panjang, 3 inci
  • 5 biji cili api – tumbuk

Bahan C:

  • 4 sudu kicap pekat
  • 2 sudu kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk kari

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan A sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan C tumis sehingga separuh kering.
  3. Masukkan bahan B kemudian masukkan ayam. Tumis sehingga kering.

Resipi Ayam Kam Heong Terbaik Dari Ladang

Resipi Ayam Kam Heong Terbaik Dari Ladang

Resipi Ayam Kam Heong Terbaik Dari Ladang: Sumber Ayu Rosman

Bahan-bahan:

  • Seekor ayam (potong sedang-sedang elok @ potong 18)
  • 2 biji bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 inci halia (ketuk)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar Sos tiram
  • 2 sudu besar Kicap pekat
  • 2 sudu besar Kicap lemak manis
  • 2 sudu besar Sos Cili
  • 3 @ 4 sudu besar serbuk kari
  • Daun kari (3 tangkai)
  • 3 biji Tomato (belah 4)
  • Daun Sup & Daun bawang (sebagai hiasan)
  • Minyak (untuk menumis & menggoreng ayam)
  • Garam (secukup rasa)

Cara-cara:

  1. Mula-mula sekali haruslah menggoreng ayam terlebih dahulu.
  2. Selepas tu angkat dan ketepikan, dan mula lah menumis.
  3. Masukkan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih halia sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan daun kari dan cili giling tumis sampai naik minyak dan masukkan serbuk kari. Dan langkah seterusnya masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, kicap lemak manis.
  5. Kacau sebati kalau nak berkuah sedikit masa ni boleh masukkan sedikit air ye.
  6. Langkah seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi kacau sebati, masukkan garam secukup rasa jangan banyak sangat sebab sos tiram dah masin agak-agak je eh.
  7. Dah sebati semua warna pun dah lawa hitam-hitam manis gituuu, masukkan lah tomato kacau-kacau sedikit dan tutup api.
  8. Hah yang akhir sekali hidangkan dalam mangkuk dan tabur le daun sup dan daun bawang sebagai hiasan.

Resepi Ayam Kam Heong Amie’s Little Kitchen

Ayam Kam Heong Amie's Little Kitchen

Ayam Kam Heong: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 2 ketul peha ayam penuh – dipotong kecil, cuci bersih (aku gunakan 1/2 ayam)
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh minyak bijan

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan, perap ayam dalam peti sejuk selama 30 minit

Bahan Sos Kam Heong:

  • 100g udang kering (rendam dulu 10 minit dan tos)
  • 2 sudu besar bawang putih cincang
  • 8 biji bawang merah cincang
  • 1/2 mangkuk daun kari
  • 6 biji cili padi – dicincang – Amie tak cincang, biarkan bulat-bulat
  • 3 sudu besar minyak 

Bahan Perencah:

  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh kicap pekat 

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, masukkan udang kering, cincangan bawang putih dan bawang merah dan goreng hingga benar-benar wangi.
  2. Kemudian masukkan daun kari, cincangan cili padi dan semua bahan perencah, kacau hingga bau semerbak.
  3. Panaskan minyak untuk goreng ayam terendam dalam kuali hingga masak.
  4. Panaskan sedikit minyak, tumiskan sos Kam Heong hingga wangi.
  5. Masukkan gorengan ayam bersama air. Masak hingga pekat.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Ayam Kam Heong Homemade

Ayam Kam Heong Homemade

Ayam Kam Heong Homemade: Sumber Rasa.my

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam (paha & isi dada) – cuci bersih & toskan
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Minyak masak secukupnya

Bahan B:

  • 6 ulas bawang merah kecil @ 1 biji bawang merah besar – hiris halus
  • 5 ulas bawang putih – ketuk / cincang kasar
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • Cili padi secukupnya
  • Sedikit udang kering – jika suka
  • Sedikit halia – ditumbuk lumat
  • Daun kari
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Sedikit garam dan gula

Cara-cara:

  1. Buang tulang ayam bahagian paha, hiris isinya jadi ketulan kecil.
  2. Perap ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
  4. Untuk menyediakan sos, ambil 3-4 sudu makan minyak gorengan ayam dan
    masukkan dalam kuali.
  5. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari, halia dan udang kering
    sampai naik bau dan sedikit keperangan.
  6. Masukkan serbuk kari dan sedikit sahaja air. Kacau sebati.
  7. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis. Nak tambah kicap pekat pun
    boleh.
  8. Jika suka, boleh tambahkan 1 sudu makan sos cili. Kacau sebati. Kalau sos kering
    sangat, tambah 2-3 sudu makan air.
  9. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
  10. Kacau sekata sehingga ayam cukup masak dan sempurna rasa masin, manis dan
    pedas.
  11. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Penutup

Macam ayam masak kicap, tapi wangi daun kari menjadikannya beraroma. Rasanya sedap walaupun cara masakannya simple. Sosnya yang hitam serta rasa kepedasan akan membuatkan berpeluh. Masakan kam heong ini, biasanya kita boleh dapatkan di restoran chinese muslim. Tapi, masak rumah pasti lebih puas hati sebanyak potion yang kita suka.

Boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.