fbpx

9 Resepi Nasi Ayam Sedap Viral (Cara Mudah Masak, Paling Sedap Buat Nasi Ayam!)

0

Ini merupakan resepi Nasi Ayam yang Sedap dan Viral 2021. Resepi istimewa set nasi ayam yang lengkap mudah nak masak, semestinya paling sedap nak buat di rumah! Penggemar nasi ayam pasti suka rasa dan aroma nasi ayam. Sup dan sos menjadi pelengkap rasa nasi ayam! Menu nasi ayam turut menjadi pilihan dan popular di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Oleh itu, beberapa resepi Nasi Ayam Viral boleh disediakan sebagai hidangan di rumah mahupun dijadikan idea untuk memulakan perniagaan Nasi Ayam Viral dengan mengambil tempahan untuk majlis-majlis tertentu.

Resepi Nasi Ayam Che Nom

 

Nasi Ayam Che Nom : Sumber Che Nom

Bahan untuk ayam (direbus) :

  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :

  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:

  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:

  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:

  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yang dihiris

Bahan untuk kuah kicap:

  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

CARA PENYEDIAAN NASI AYAM CHE NOM

Cara untuk ayam:

  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dengan 2 ulas bawang putih dan halia yang diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:

  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:

  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:

  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap:

  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips:

  • Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Resepi Nasi Ayam Azie Kitchen

nasi ayam azie kitchen

Nasi Ayam Azie Kitchen: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan Lauk Ayam:

  • 1 ekor ayam
  • 2 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 5-6 ulas bawang merah

Bahan perap:

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar minyak bijan

  1. Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. Ini cuma anggaran. Kalau belum cukup kerana saiz ayam besar, boleh tambah.
  2. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
  3. Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak.
  4. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.

Nota:

  • Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja. 
  • Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.

Nasi Ayam:

  • 2 sudu besar mentega – tak guna
  • Ketulan lemak ayam – panaskan dan ambil minyak ayam – saya tambah
  • 5 ulas bawang merah – tumbuk
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk
  • 2 inci halia – tumbuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 helai daun salam (bay leave)
  • 1/4 cawan susu full cream
  • 1/2 – 1 kiub serbuk pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • Secubit gula
  • Rempah penumis – 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis

  1. Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker
  2. Di dalam kuali masukkan mentega (saya guna minyak ayam), tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
  3. Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit gula.
  4. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa. Sukatan air ikut sukatan untuk jenis beras masing masing.
  5. Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

Sambal Cili

  • 5 tangkai cili padi merah siam – saya guna cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia – saya tambah
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa 
  • 1 sudu kecil gula atau secukup rasa
  • 1/2 cawan air rebusan ayam – saya tambah
  • Sos tomato – opsyenal saya tambah.

  1. Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa.
  2. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  

Sambal Kicap

  1. Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Sesuaikan rasa garam dan gula. Angkat.

Kuah Sup

  • Jeruk kubis
  • Garam
  • Serbuk pati ayam
  • Daun bawang – tabur
  • Bawang putih goreng – tabur

  1. Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk pati ayam.
  2. Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

Resepi Nasi Ayam Sheila Rusly

nasi ayam sheila rusly

Nasi Ayam Sheila Rusly: Sumber YouTube Sheila Rusly

Bahan-bahan Nasi Ayam:

  • 2 inci halia dan 3 ulas bawang putih
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit Butter
  • MAGGI Concentrated Chicken Stock
  • Beras
  • Minyak

Bahan-bahan Perapan Ayam:

  • 1 ekor Ayam
  • Sos Tiram
  • Kicap pekat caramel
  • Minyak Bijan
  • Kicap cair
  • Garam
  • Gula
  • Lada hitam
  • MAGGI Cukup rasa

Cara Penyediaan yang Mudah

  1. Tumbuk sehingga lumat halia dan bawang putih.
  2. Tumiskan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk.
  3. Masukkan daun pandan.
  4. Masukkan MAGGI Concentrated Cheicken Stock dalam tumisan, masak sehingga sebati.
  5. Basuh nasi sebanyak 3 kali, elakkan cuci banyak kali untuk mengekalkan khasiat dalam nasi. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk nasi. Masukkan air.
  6. Kemudian masukkan butter dan biarkan selama 5 hingga 10 minit sebelum nasi ayam dimasak didalam periuk nasi. Sementara menunggu nasi masak, goreng ayam yang telah diperap ke dalam minyak yang panas.

Resepi Nasi Ayam Hainan

nasi ayam hainan

Nasi Ayam Hainan: Sumber Daily Makan

Bahan-bahan Ayam Hainan:

  • Ayam
  • Daun bawang
  • Hirisan halia
  • Kicap
  • Bawang putih cincang
  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Gula & garam
  • Bancuhan tepung jagung

Cara-cara:

  1. Rebus ayam bersama daun bawang dan hirisan halia selama 15-20 minit mengikut saiz ayam.
  2. Bila dah masak, rendam dalam air ais. Biarkan selama 20-30 minit.
  3. Sambil menunggu, boleh buat kicap dia.
  4. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan sos tiram, kicap cair dan hirisan halia.
  5. Masukkan pula air rebusan ayam tadi (agak-agak).
  6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan juga air bancuhan tepung jagung, tunggu sehingga sedikit pekat dan mendidih.
  7. Kemudian tuangkan atas ayam yang sudah dipotong.

Bahan-bahan Sup:

  • Air rebusan ayam
  • Halia
  • Bawang putih hiris
  • Serbuk perasa sedap maggie
  • Garam

Cara-cara:

  1. Renehkan semua bahan sehingga mendidih. Perasakan dan biarkan sehingga mendidih.
  2. Siap!

Bahan-bahan Nasi Ayam

  • Bawang putih cincang
  • Serai dititik
  • Halia dihiris
  • Beras yang sudah dicuci
  • Air rebusan ayam
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan serai dan halia.
  3. Kemudian masukkan beras, goreng sekejap.
  4. Masukkan pula air rebusan ayam dan tambah sedikit garam.

Bahan-bahan Taugeh Stim:

  • Taugeh
  • Sos kicap
  • Daun bawang
  • Cili merah

Cara-cara:

  1. Siram taugeh dengan air panas. Kemudian letak dalam pinggan.
  2. Curahkan sos kicap yang sama untuk ayam tadi.
  3. Kemudian taburkan daun bawang dan cili merah. Siap!

Bahan-bahan Cili Nasi Ayam:

  • Bawang putih cincang
  • Cili merah*
  • Serai*
  • Bawang putih*
  • Cili padi (jika mahu pedas)*
  • Air rebusan ayam
  • Cuka
  • Gula
  • Garam
  • Sos tomato

Cara-cara:

  1. Kisarkan bahan bertanda (*) bersama air rebusan ayam. Ketepikan.
  2. Tumiskan bawang putih cincang sehingga keperangan.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Tambahkan cuka, gula, garam dan sos tomato. Biarkan mendidih dan siap.

Bahan-bahan Kicap Nasi Ayam:

  • Bawang putih cincang
  • Air rebusan ayam
  • Sos tiram
  • Serbuk 5 spices
  • Garam
  • Gula
  • Bancuhan tepung jagung

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih sehingga keperangan.
  2. Masukkan air rebusan ayam, sos tiram, serbuk 5 spices, sedikit garam dan gula.
  3. Bila dah mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung.
  4. Biarkan lagi sehingga mendidih, siap

Resepi Nasi Ayam Thai

nasi ayam thai

Nasi Ayam Thai: Sumber Blog Rasa

Bahan-bahan:

  • Isi dada ayam
  • Akar Ketumbar
  • Hirisan halia secukupnya
  • Kiub pati ayam secukupnya
  • 3 cawan beras dibersihkan dan ditos

Bahan Sos Nasi Ayam Thai:

  • Sos Cili Thai Maggi
  • 1 sudu kicap pekat
  • Sedikit perahan jus limau nipis
  • Sedikit air jika perlu
  • Cili merah dhiris | boleh gunakan cili padi jika mahu lebih pedas

Cara memasak:

  1. Dalam periuk yang bersesuaian, masukkan ayam bersama akar ketumbar/akar daun sup dan hirisan halia. Biarkan mendidih, kemudian masukkan perasa kiub pati ayam.
  2. Setelah mendidih sekali lagi dan ayam kelihatan masak, keluarkan ayam dan letakkan dalam bekas lain. Ketepikan seketika. Masukkan beras yang telah dibersihkan ke dalam rebusan ayam. Letakkan kembali ayam yang dikeluarkan tadi dan masak beras seperti biasa.
  3. Untuk menghasilkan sos nasi ayam versi ringkas, masak sos cili thai bersama kicap pekat dan sedikit perahan limau nipis. Tambah sedikit air untuk mencairkan sos. Akhir sekali, masukkan hirisan cili. Hidangkan nasi ayam thai bersama sos tadi. Selamat mencuba!

Resepi Nasi Ayam Madu Bakar Sugu Pavithra

nasi ayam bakar madu

Nasi Ayam Madu Bakar : Sumber Sugu Pavithra

Bahan-bahan:-

Untuk sup dan rebusan ayam:

  • 1 inci halia
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 kiub ayam
  • 1/4 ayam

Untuk perapan ayam:

Selepas ayam direbus, perap ayam dengan;

  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil minyak bijan

Untuk nasi ayam:

  • 2 cawan beras – basuh dan toskan
  • Gunakan kulit ayam untuk jadikan nasi lebih sedap dan berlemak
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang kecil (ditumbuk)
  • 1 ini halia (ditumbuk)

Untuk sos cili:

Semua bahan perlu dikisar.

  • 3 biji lada merah besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula
  • 100ml kuah sup ayam
  • 1/2 sudu besar jus limau
  • 1 sudu besar sos cili
  • Secubit garam

Gunakan kicap lebihan perapan ayam dan masak atas api. Tambah sedikit kicap & kuah sup, masak sehingga sos kicap.

Langkah-langkah penyediaan:

1. Cara buat sup dan rebusan ayam:

Letak air dalam periuk kira-kira 1 liter air. Kemudian masukkan semua bahan rebusan tadi. Masukkan pula ayam dan rebus. Ayam tak perlu rebus lama, cukup sekadar didihan pertama sahaja. Angkat ayam & toskan. Sup dah masak tutup api.

2. Cara buat perapan ayam:

Campur semua bahan perapan ayam bagi semua sebati. Tak perlu lagi untuk letakkan garam sebab sos tiram dah masin. Tapi boleh adjust ikut selera jika nak tambah garam atau gula.

Perap dalam 2 ke 3 jam. Perap 1 jam pun boleh. Tapi kalau lagi lama perap lagi sedap dan ayam bila dibakar bertambah lembut isinya.

3. Cara masak nasi ayam:

Panaskan kuali terlebih dahulu. Kemudian letak 2 sudu besar marjerin dan letak bahan tumbuk tadi. Tumis sampai keperangan, kemudian masukkan pula lemak dan kulit ayam tadi.

Tumis lagi sehingga lemak-lemak tu cair. Lepas tu masukkan beras yang dah cuci tadi. Kacau rata bagi beras masak seketika. Waktu ni memang satu dapur semerbak baunya, sampai rumah sebelah pun boleh bau tau!

Kemudian masukkan beras yang sudah ditumis tadi dalam rice cooker. Tambah 1 kiub ayam. Masukkan pula kuah sup dalam kuantiti 2 cawan setengah. Boleh juga gunakan 1 cawan sup dan 1 cawan air kalau sup tak banyak. Biarkan dalam rice cooker sampailah masak.

4. Cara bakar ayam madu:

Untuk bakar ayam madu ni, oven perlu dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200°c. Kita tunggu lah dalam 15 minit untuk bagi oven panas dahulu.

Susun ayam dalam loyang yang sesuai. Pastikan ayam tidak bertindih dan ada jarak supaya lebih cepat masak. Bila oven sudah panas, bakar ayam selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak. Pastikan ayam tidak terlebih masak, kalau tak nanti ayam jadi kenyal. Tak sedap nak makan.

Untuk lebihan kicap perapan jangan buang dulu! Bila dah masak nanti boleh lumur sedikit kicap tersebut pada ayam dan bakar semula dalam 3 hingga 5 minit. Lagi sedap nanti tau.

5. Cara buat sos cili dan kicap:

Semua bahan yang dikisar masakkan atas dapur api yang kecil. Masak sampai pekat ikut citarasa sendiri. Yang penting kena selalu kacau. Jangan tinggalkan atas dapur lama-lama.

Untuk kicap pula, gunakan bahan lebihan perapan ayam dan masak atas api. Tambah sedikit kicap & kuah sup, masak sehingga sos kicap pekat.

Dah siap semua boleh laa dihidang. Untuk sihatkan lagi nasi ayam kita ni, sedikan sayur-sayur segar seperti salad, timun dan tomato. Cuci bersih-bersih dan potong mengikut cara anda sendiri.

Resepi Nasi Ayam Sos Lemon

nasi ayam sos lemon

Nasi Ayam Sos Lemon: Sumber Pn Rahayu Z

Cara Membuat Nasi Ayam Pusa Gold Planta:

  1. Basuh beras dalam penapis.
  2. Tumis Planta secukupnya. Masukkan 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis dan 3 sekawan.
  3. Setelah bawang garing, masukkan 3 hirisan halia, 2 helai daun pandan dan 1 batang serai yang diketuk.
  4. Masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau seketika sebelum ditutup apinya.
  5. Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan sup secukupnya mengikut sukatan yang betul.
  6. Masak nasi seperti biasa.
  7. Selepas nasi masak, boleh tambahkan sedikit lagi Planta untuk rasa yang lebih sedap.

Cara Membuat Sup Ayam Ringkas:

  1. Tumis 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis hingga kekuningan.
  2. Masukkan 3 hirisan halia.
  3. Masukkan sekali 1 sudu besar serbuk lada sulah dan 1 kiub pati ayam.
  4. Pilih sedikit bahagian ayam yang bertulang. Biarkan sehingga ayam mengeluarkan minyaknya sendiri.
  5. Kemudian masukkan 5-6 cawan air.
  6. Setelah mendidih, perasakan dengan garam. Boleh masukkan bebola untuk penambahan rasa.
  7. Tutup api selepas rasa sebati.

Cara Membuat Air Cili:

  1. Kisar hancur 3 tangkai lada merah, 1 tangkai daun ketumbar dan 1/4 tomato.
  2. Masukkan dalam periuk.
  3. Tambahkan 2 senduk sup ayam. Guna api perlahan sahaja.
  4. Tambahkan 3 sudu besar sos cili Thai dan 1/2 sudu halia parut.
  5. Tambahkan garam dan gula sekiranya perlu.
  6. Tutup api selepas sos mula mendidih perlahan.

Cara Membuat Sos Kicap:

  1. Ambil 2 senduk sup.
  2. Tambahkan 1/2 senduk kicap Jalen Lemak Manis dan 2 hirisan halia, 1 ulas bawang putih yang diketuk dan 1 sudu kecil sos ikan.
  3. Tambahkan sedikit perasa.
  4. Tutup api selepas sos mendidih perlahan.

Cara Membuat Ayam Goreng Crispy:

  1. Hiris nipis 1 ketul dada ayam
  2. Perapkan bersama bahan :
    1. 1 sudu besar sunquick
    2. 1/2 sudu kecil kicap Jalen
    3. 1 titik sos ikan
    4. Secubit garam
    5. Secubit perasa
    6. 1/2 sudu kecil lada sulah
    7. Secubit lada hitam kisar
    8. Lumurkan putih telur.
    9. Lumurkan tepung goreng ayam depan belakang. (boleh guna Tepung Bestari original/ tepung jagung dengan serbuk roti putih).
    10. Perap selama 1 jam.
    11. Panaskan minyak.
    12. Sebelum digoreng, golekkan lagi sekali dalam tepung ayam goreng kering. (Kalau nak kulit luar tebal, boleh ulang 2 kali).
    13. Goreng dalam api sederhana perlahan sahaja supaya isinya tidak kering dan masak sekata.
    14. Kepingan isi ayam goreng yang sedia untuk ditoskan.

Cara Membuat Sos Madu Lemon:

  1. Cedok 2 senduk sup ayam. Masukkan dalam periuk lain.
  2. Tambahkan 1/2 senduk sunquick dan 1/2 sudu besar perahan buah lemon.
  3. Masukkan 1 sudu besar madu.
  4. Tuang bancuhan air tepung jagung.
    (1 sudu besar tepung jagung + 1 senduk sup ayam)
  5. Masukkan secubit garam/secukup rasa.
  6. Masukkan hirisan lemon tanpa biji setelah kuah mula suam.
  7. Siap untuk kuah sos lemon yang lazat.
  8. Bila sos sejuk, bolehlah dituang atas ayam.
  9. Taburkan sedikit bijan yang telah disangai.
  10. Siap.

Resepi Nasi Ayam Umi

nasi ayam umi

Nasi Ayam Umi: Sumber Pn Rafiza Idayu

Tip penting bagaimana hendak membuat ayam kita juicy.

  1. *Masak air hingga mendidih
  2. Dah menggelegak baru masukkan ayam. Ayam pilih 2 kg ke atas. Terpulang nak potong 12 ke, nak potong 4 ke atau ayam seekor direbus.
  3. Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit. (Kalau ayam seekor mungkin perlu tambah 3 ke 4 minit).
  4. Api mesti besar.
  5. Air rebusan ini akan digunakan untuk buat sup ayam dan masak nasi.

  • Tujuan kita gunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam
  • Rendam beras dengan kunyit dalam 15 minit dan toskan.
  • Memadai 1 kecil sudu serbuk kunyit sahaja. Kita hanya mahu nasi ayam kita kuning kuning krim sahaja. Warna pastel menampak hidangan kita kelihatan ‘mewah’.
  • Lemak ayam sebenarnya ‘the ultimate secret’ dalam pembuatan nasi ayam.

3. Bahan utama untuk menghasilkan NASI AYAM.

*Beras pot untuk 6 ke 7 orang

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Kiub pati ayam (optional)
  • Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
  • Lemak ayam
  • Air rebusan ayam
  • Serbuk kunyit

Rendam beras selama 15-30 minit.

  1. The ultimate secret nasi ayam ==> Lemak ayam.
  2. Panaskan lemak ayam dalam periuk nasi. Tutup.
  3. Yeah… lemak sudah bertukar menjadi minyak.
  4. Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
  5. Masukkan bay leaf (daun salam) dan kiub pati ayam. Boleh gantikan dengan daun pandan jika tiada daun salam.
  6. Masukkan beras. Pastikan kita ingat sukatan beras banyak mana sebab nanti air yang akan dimasukkan juga sama sukatannya dengan sukatan beras tadi.
  7. Masukkan beras dan masak sebentar.
  8. Masukkan air rebusan ayam sama sukatan dengan beras. Air ngam ngam hoi sebab beras dah kembang masa kita rendam.
  9. Pindahkan ke periuk nasi.

Resepi Nasi Ayam Khairul Aming

nasi ayam khairul aming

Resepi Nasi Ayam Khairul Aming: Sumber  Khairul Aming

Cara Penyediaan:

  1. Rebuskan 1 ekor ayam.
  2. Masukkan halia sebesar ibu jari dan juga 3 ulas bawang putih.
  3. Bila ayam sudah separuh masak, bawa keluar dahulu ayam dan letak ketepi.
  4. Lepas itu, air rebusan kita akan guna untuk dua benda:

Nasi Ayam:

First, kita nak masak nasi. Kita cairkan 2-3 sudu marjerin. Masukkan kulit kayu manis dengan bunga lawang. Lepas itu, masukkan bawang merah atau bawang besar pun boleh. (*bahan tumisan).

Basuh beras dan level 1 jari dekat atas beras. Masukkan air rebusan sampai level itu. Masukkan bahan-bahan tumisan tadi dan letakkan daun pandan. Garam sedikit, dan pewarna kuning telur (untuk bagi warna kuning). Masak nasi dalam periuk nasi macam biasa. Dan sedia untuk dihidang.

Sup:

Lebihan air rebusan, kita tambahkan lagi air. Letakkan sup bunjut. Letakkan kaki ayam atau bahagian ayam yang lebih. Masukkan garam, gula, serbuk perasa. Masukkan daun sup dan masak sehingga mendidih sekejap dan sedia untuk dihidang. Untuk sup senang dan simple sangat.

5. Selepas itu kita nak buat sos cili: Blend dalam 7 biji cili besar, 4 biji cili kecil dan dua sudu cuka, dua sudu gula. Garam, air sikit dan blend. Jika raw, flavour dia lagi strong. Kalau nak masak atas kuali pun boleh. Masak sekejap, lepas itu dah siap.

6. Untuk sos kicap, senang sahaja: Ambil sedikit sup ayam yang dah siap tadi. Campurkan dengan kicap manis. Dalam sup tadi ada halia dan bawang putih, ambil sedikit, tumbuk dan kacau dengan sos kicap. Taara~ siap!

7. Untuk ayam: Gaulkan ayam dengan garam. Letakkan sos tiram dan kicap manis. Minyak masak sedikit. Biasanya digoreng, tetapi nak elakkan minyak meletup, letakkan dalam air fryer je. Bakar dalam suhu 200 celcius selama 2 minit. Jangan lama sanggat, sebab sayam dah separuh masak. Boleh dihidang dengan nasi dan sayur-sayur, sos kicap dan cili diatas. Dan dimakan dengan sup yang panas-panas. Selamat mencuba!

Penutup

Pelbagai resepi Nasi Ayam Viral 2021 yang telah diolah mengikut citarasa masing-masing. Resepi Nasi Ayam Viral 2021 ini, sedap dan lagi menyelerakan apabila dimakan panas-panas. Kalau anda rasa nak cuba resepi berasaskan ayam, boleh cuba resepi Ayam Masak Merah dan resepi Ayam Yang Paling Sedap. Ada resepi Ayam Tersohor yang patut anda cuba! Saya paling suka resepi kelima, dalam resepi Ayam Pilihan. Anda pun patut cuba, pastinya mudah dan sedap! Pandemik yang melanda, menghadkan pergerakan, jadi inilah masanya untuk asah skill masak di rumah. Ikatan keluarga yang terjalin pasti lebih erat bila anda habiskan masa di rumah dengan yang tersayang. Masak lebih mudah dan paling sedap dengan adanya resepi Nasi Ayam Sedap Viral sebagai panduan, keluarga pun dapat merasa set Nasi Ayam Sedap Viral buatan anda! Lebih jimat dan portion pun banyak bila anda sediakan sendiri, lagi puas hati bila makan. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.