fbpx

5 Cara Masakan Ayam Tersohor

0

Sempena Aidilfitri 2020 ini, masakan ayam adalah salah satu kegemaran rakyat Malaysia. Semestinya anda mencari resipi masakan ayam untuk dihidangkan untuk keluarga dan tetamu. Jadi, disini saya kongsikan resepi tersohor yang anda boleh cuba praktikkan.  

Rendang Ayam Meletopss

Rendang Ayam

Perhhhhhh ni memang masakan wajib kalau raya. Tak kisah yang lain takde asalkan rendang ayam ni ada. Dimakan pula dengan lemang dan ketupat. Haihh rasa macam boleh tak hari-hari Hari Raya. Hehe.. Sebenarnya ramai fikir masakan rendang ni rumit sedangkan rendang ni lah senang sekali nak masak. Campak-campak dalam kuali tahu tahu sedap. Haha. Jom kita tengok cara masak rendang ayam. 

Bahan-bahan :

2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - pilihan utk warna gelap

Cara cara:

Mula dengan panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk.
Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak.
Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak.
Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.

Pesanan :
Setelah ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya berwarna agak gelap.

Sumber : Azie Kitchen

Ayam Kurma Awesome

Ayam Kurma

Masakan ayam kurma pula memang menjadi kegemaran saya dan saya pasti ramai yang sukakan masakan ini. Lagi lagi makan dengan nasi arab atau nasi hujan panas. " Nyakut molek" bak kata orang kelantan. Tanpa berlengah jom kita lihat resipi nya. Lepastu dah boleh ke dapur lah sebab senang je ! 

Bahan-bahan :

1 ekor ayam
5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - belah 4 tapi jangan putus
2 biji ubi kentang
1 biji buah tomato - belah 2

Rempah penumis - bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
3 sudu besar rempah kurma
1 kotak santan kotak - campur air secukupnya
Garam
Gula
Serbuk perasa
Asam keping
1 sudu kecil kerisik

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
1 inci halia

Cara Masakan : 

Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan. 

Masukkan bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga wangi. Masukkan rempah kurma. Kacau rata. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak. 

Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut dan naik minyak.

Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah pecah minyak. Masukkan garam, gula, kerisik dan asam keping. 

Akhir sekali, masukkan buah tomato. Setelah kuah naik minyak cantik, bolehlah ditutup api.

Sumber : Azie Kitchen

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Nahh ini satu lagi kegemaran semua, lepas tengok resipi Ayam Masak Merah ni bolehlah masak untuk berbuka lepas Puasa Enam ye. Saya sendiri dah cuba resepi ini , rasa memang tiptop ! Dah tambah dua pinggan pun idok sedor lagi. Dah jom kita tengok cara nya. 

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - potong 6
3 sudu besar cili kisar - ikut suka pedas
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili Maggi atau secukup
2 sudu besar sos cili tomato atau secukupnya
1/2 biji bawang besar Holland - hiris
Daun sup/daun bawang - tabur

Bahan kisar:
1 1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara cara:
Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng hingga masak. Jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan. 

Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar hingga masak. 

Masukkan cili kisar dan tumis lagi dengan api perlahan sehingga cili masak. Masukkan gula dan garam. Kacau rata. 

Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Kacau lagi. 

Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris. Kacau sehingga bawang separuh layu, masukkan ayam goreng. 

Kacau sebati sehingga bawang besar layu. Sesuaikan rasa. Bolehlah angkat dan dihidangkan. Jika ada, boleh tabur daun sup atau daun bawang.

Kuantiti ikut berapa orang yang nak makan. Kalau nak makan ramai , pandai pandailah sukat bahan bahan tu ye. 

Sumber : Azie Kitchen

Ayam Paprik Thai Sawadeekap

Ayam Paprik

Masakan thai bukanlah makanan asing untuk perut rakyat Malaysia lagi ayam paprik. Memang saya akan order bila ke kedai masakan panas. Tak susah mana pun masakan thai ni. Daripada asyik beli sampai bila nak pandai kan. Jadi try praktis. Kan orang puteh cakap "Practise Make Perfect". Haa mari kita lihat bahan dan cara-cara masakan nya. 

Bahan-bahan:

2 ketul isi ayam bahagian dada – dipotong kecil
4 Ulas bawang merah – dihiris halus
4 ulas bawang putih – dihiris halus
1 batang serai – dititik
1 senduk cili kering yg telah dikisar dengan bawang
1/2 biji Lobak merah yang dipotong memanjang
4 batang Kacang panjang dipotong dalam 2 inci
2 biji tomato dibelah empat
Bunga kobis dipotong kecil(ganti sayur kubis?)
6 biji Cili padi yang dibelah dua
5 helai daun limau purut(xletak)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 labu bawang besar yang dipotong bulat(hbis)
1 batang cili besar dipotong bulat

Cara-cara :

Panaskan minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih dan serai.
Biarkan sampai bawang kekuningan.
Masukkan cili kisar. Masukkan cili api. Kacau sampai cili itu masak. Kemudian, masukkan isi ayam dan biarkan sampai ayam agak masak.
Masukkan sos tiram, cili sos, gula dan garam – ikut rasa ye. Masukkan lobak merah dan bunga kobis. kemudian barulah dimasukkan kacang panjang.

Akhir sekali, kacau sampai masak sebelum dimasukkan daun limau purut, hirisan bawang besar dan cili besar tadi. Angkat dan hidangkan.

Sumber : Azierie

Sup Ayam Ekpress & Sedap

Sup Ayam

Sup Ayam adalah masakan yang simple, sedap dan sihat. Cara masak memang senang ! Budak lelaki yang duduk diasrama pun boleh nak masak. Mana tahu nak amek hati crush dengan masakan. Boleh cair hati crush. Hehe. Jom kita tengok cara masakan nya. 

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam - 600 gram
1 paket 24 gram Rempah Sup Adabi
2 biji ubi kentang
1/2 batang karot
2 batang saderi
1/2 sudu besar garam atau secukup rasa
6 gelas air
Sedikit minyak

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan hias:
Daun sup
Bawang goreng

Cara-cara : 

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan kekuningan. 

Masukkan 6 gelas air atau secukupnya. Masukkan ubi kentang. Masakkan seketika sebelum dimasukkan karot. Masak sehingga ubi kentang empuk. 

Masukkan ayam dan rempah sup yang dibancuh dengan segelas air.  Nota: jika menggunakan daging, masukkan daging bersama ubi kentang kerana daging lambat empuk.
Setelah ayam hampir masak, masukkan batang saderi. Akhir sekali, masukkan garam dan sedikit daun sup. 

Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan sedikit lagi daun sup. Selamat mencuba.

Sumber: Azie Kitchen

Dah pening kepala nak masak apa ? Haa jangan pening pening, petang masak lain malam masak lain dan esok masak lain. Senang kan nak masakan yang sedap? Jangan lupa sambil masak tu mix sekali dengan keikhlasan. Hehe. Okay selamat mencuba.

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.