fbpx

PRIHATIN TAMBAHAN PKS: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

0

YAB Perdana Menteri hari ini mengumumkan PRIHATIN TAMBAHAN PKS bagi membantu meringankan beban rakyat. Baru-baru ini YAB Tan Sri Muhyidin Yasin mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40. Hari ini ada tambahan berjumlah RM10 bilion diperuntukkan lagi.

Ini adalah senarai Prihatin Tambahan yang diumumkan.

Menaikkan Subsidi Upah

Peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27Mac yang lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion.

Di bawah inisiatif tambahan ini, semuasyarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:

  1. 1
    Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang,subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.
  2. 2
    Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.
  3. 3
    bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerjasehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat-syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.

Bantuan ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepadamajikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO.

Geran Khas Prihatin Untuk PKS

Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan. Kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akanmemanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan ini. Kerajaan akan memperolehi senarai PKS mikroyang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya SyarikatMalaysia

Iniatif Tambahan Untuk PKS

Kerajaan juga akan mengambil beberapa inisiatif untuk memudahkan PKS mendapat manfaat sepenuhnya daripadasemua bantuan yang telah diumumkan.

Antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan ialah:

  1. 1
    Memansuhkan kadar faedah 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional. Skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro ini juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat pada kadar faedah 0%. Untuk tujuan ini, dana sebanyak RM200 juta akandisediakan. Pemohon hanya boleh memilih salah satu daripada skim ini bagi membolehkan lebih ramai peniaga menikmati kemudahan ini.
  2. 2
    Mengecualikan bayaran sewa atau memberi diskaun sewaan untuk peniaga runcit PKS bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan Kerajaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada syarikat Kerajaan Persekutuan seperti MARA, PETRONAS, PNB, PLUS dan UDA serta beberapa syarikat milik Kerajaan Negeri yang telah bersetuju untuk memberi diskaun atau tidak mengenakan sewaan ke atas premis mereka khusus untuk penyewa PKS
  3. 3
    membenarkan pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25% kepada semua syarikat yang permit pekerja mereka tamat pada 1 April hingga31 Disember 2020. Pengurangan bayaran levi ini tidak terpakai kepada pembantu rumah.

Penubuhan Unit LAKSANA

Untuk memastikan semua inisiatif PRIHATIN dan PRIHATIN TAMBAHAN dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar, unit LAKSANA telah ditubuhkan di Kementerian Kewangan.

Unit ini akan sentiasa memantau dan melaporkan perkembangan pelaksanaan semua inisiatif kepada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

Untuk menyokong penyampaian inisiatif PRIHATIN, portal IMSME.COM.MY yang dikendalikan oleh Credit Guarantee Corporation (CGC) dengan sokongan Bank Negara Malaysia (BNM) bersedia untuk menerima permohonan pinjaman PKS yang telah YAB Perdana Menteri umumkan tadi.

Sekiranya anda ingin memuat turun ucapan penuh YAB Perdana Menteri, boleh muat turun di sini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.