fbpx

10 Jenis Masakan Hidangan Aidilfitri 2020

Aidilfitri 2020 ni mesti ramai pening nak masak juadah untuk pagi raya, ni 10 dihadangan masakan untuk dihidangkan. Tunggu pilih je nak masak yang mana. Extra rajin masaklah semua. Hehe. Boleh asah skill memasak. 

1. Ketupat

Ketupat palas

Ini memang hidangan wajib. Kalau tak makan ketupat ni hari raya, memang tak rasa raya. Ramai suka beli je sebab leceh nak buat sendiri kan, haa ni PKPB jadi banyaklah masa terluang anda nak cuba buat ketupat palas ni. Tak cuba sekarang bila lagi kann.. Jom kita tengok cara-cara nya...

Bahan-bahan :
1.   Beras Pulut Susu (1 Kg)
2.   Santan Kelapa Pekat (500 gm / 600 gm)
3.   Garam (secukup rasa asalkan ada rasa lemak)
4.   Daun Pandan (3 helai dikoyak dan disimpul siap2)
5.   Air sikit (untuk bergabung dengan santan pekat)

Cara-caranya :

1. Beras pulut perlu dibasuh dulu dan direndam semalaman .
2. Mula memasak, panaskan api sederhana. Dan masukkan pulut yang direndam semalaman bersama semua bahan2 di atas. 
3. Kacau pulut sehingga pulut jadi 1/2 masak dan santan dah sebati dengan pulut. Kena kacau selalu untuk elak pulut hangit dan bagi masak sekata. Api memang kena jaga. 
4. Tutup api dan sejukkan dulu sebelum mula proses membalut ketupat.

Cara nak balut ketupat palas ini , anda oleh layari dalam link Youtube ini ye.  

2. Nasi Impit & Satay

Nasi Impit & Satay

Ini memang favourite saya. Kan seronok malam raya semua kumpul bakar sate, ada yang buat lemang ada yang buat ketupat. Kenangan tu nanti yang memang tak boleh dibeli. Hehe. Okay lah jom kita tengok cara buat nasi impit, kuah kacang dan sate ini. 

Bahan perapan satay : 

  • Ayam/Daging 2 kilo.
  • Bawang putih 1 labu.
  • Bawang besar 2 biji.
  • Halia 2 1/2 inci.
  • Serai 6 batang.
  • Lengkuas 2 inci.
  • Ketumbar 10 grm.
  • Jintan Manis 50 grm.
  • Jintan Putih 20 grm.
  • Kunyit serbuk 50 grm.
  • Kunyit hidup 3 inci.
  • Gula melaka 1 cawan.
  • Gula pasir 1 cawan (kurangkan jika tak nak manis).
  • Garam 3 sudu kecil.
    Jadi, anda perap untuk 4/5 jam. Lagi lama anda perap, lagi sedap sebab terasa kedalam daging bahan perapan tu. 

    Cara buat nasi impit : 

    Bahan -bahan :
  • 2 cawan beras
  • 6 cawan Air

    Cara-caranya :

Mula-mula, tanak nasi sampai masak. Tak kisahlah nak guna periuk biasa atau periuk elektrik / rice cooker. Asalkan nasi dapat masak sepenuhnya.

Sesekali kacau bagi rata dan tak berkerak. Bila nasi dah masak, terus lenyekkan sikit nasi tu dengan cawan atau senduk.

Pastikan nasi cukup lembek. Kalau tak cukup lembek boleh tambah sikit air panas. Nasi lembek yang dah dilenyek tu bolehlah dituangkan ke dalam loyang / dulang.

Kalau tak ada dulang macam ni, boleh juga guna bekas tupperware atau apa-apa bekas lain yang sewaktu dengannya.Kemudian, padat-padatkan nasi dalam loyang atau bekas tadi dan ratakan bagi elok.

Akhir sekali, tindihkan dengan bahan berat dan biarkan ia mengeras sekejap.Tutup dengan plastik supaya nasi tak melekat. Kalau ada daun pisang lagi bagus. Lagi wangi bau dia.

Nak bagi padat, tindih pulak guna lesung batu dan papan potong.

Cara penyediaan Kuah Kacang : 

  • 1 Cawan Minyak Masak
  • 500gm Kacang Tanah
  • 1/2 Cawan Minyak Masak
  • 1 Cawan Gula
  • 250g Gula kabong/Gula melaka
  • 2 1/2 Sb Garam
  • 2 Sb Kicap Manis
  • 400ml Air
  • 1 Sb Tepung Gandum (Campur Dengan Sedikit Air)

    Bahan Kisar : 

  • 150gm Cili Kering (rebus dahulu)
  • 2 Bawang Besar
  • 3 Cloves Bawang Putih
  • 1 Sb Udang Kering (optional)

    Cara-cara : 

  • Goreng kacang tanah dengan 1 cawan minyak masak sehingga garing. (kacau sentiasa)
  • Terus tapis kacang dan buang minyaknya untuk mengelakkan kacang menjadi terlebih garing.
  • Kisar kacang dengan air secukupnya. (Jangan kisar terlalu halus). Ketepikan.
  • Panaskan 1/2 cawan minyak masak dan tumis kesemua bahan kisar sehingga garing dengan menggunakan api kecil. (warna bertukar menjadi gelap)
  • Masukkan gula putih, gula kabong/gula melaka, garam dan kicap manis. Kacau dan biarkan sehingga gula hancur.
  • Masukkan kacang yang telah dikisar tadi. Masak sehingga kacang mengeluarkan minyak dengan menggunakan api kecil. (kacau sekali sekala)
  • Masukkan tepung gandum dan biarkan lagi lebih kurang 10 minit supaya kuah sedikit pekat.


  • Pastikan kacang digoreng sehingga garing dan sedikit gelap. Jangan terlebih garing kerana kuah kacang akan menjadi pahit.
  • Cili dan bawang boleh ditambah atau dikurangkan jika mahu lebih pedas atau kurang pedas.
  • Kicap: secret ingredient ??
  • Tumis cili dan bawang sehingga betul2 masak dan bertukar menjadi warna gelap menggunakan api kecil.
  • Seimbangkan rasa masin, manis dan pedas ikut selera masing-masing. (kuah kacang memang sedap manis-manis pedas. So jangan takut letak gula banyak. hehe)
  • Masak lagi 10 minit selepas letak tepung (tepung boleh gantikan dengan 2@3 keping biskut Marie). Kuah kacang akan jadi lebih pekat bila sejuk.
  • 3. Lontong

    lontong

    Bahan bahan:

    1/4 biji kubis
    1/4 biji sengkuang - potong panjang - tak letak
    1 batang karot - potong panjang
    6 batang kacang panjang
    2 biji terung panjang
    1 biji kentang - potong 8 - tak letak
    2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
    1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil - tak letak
    1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng - tak letak
    2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
    2 batang cili merah - hiris
    2 batang serai - ketuk
    1 cawan udang hidup
    2 santan kotak
    Garam secukup rasa
    Serbuk kunyit

    Bahan kisar:

    8 ulas bawang merah
    1 inci kunyit hidup
    2 sudu besar udang kering - rendam dan tos

    Cara cara:

    Masak bahan kisar dan serai bersama air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.

    Tambahkan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan sehingga ianya mendidih lagi. 

    Masukkan semua bahan dan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut. 

    Masukkan santan dan kacau rata supaya ianya tidak berketul. Masukkan pula udang serta sedikit serbuk kunyit bagi mencantikkan warna.

    Akhir sekali masukkan cili merah, tauhu dan tempe yang digoreng. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Terus dikacau kuahnya selepas beberapa minit api ditutup. 

    Sumber : Azie Kitchen

    4. Rendang Dendeng

    Rendang Dendeng

    Rendang dendeng memang sangat sedap makan bersama lemang. Makan macam tu pun dah sedap sebenarnya. Sampai tak sedar dah habis. Ibu ibu boleh la cuba resepi ini untuk makan bersama ahli kluarga. Ni la masa nya nak tunjuk skill memasak kan. Jom kita tengok bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya. 

    Bahan bahan:

    2 kg daging
    5-6 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
    Kicap lemak manis
    Kicap masin
    Garam secukup rasa
    Gula secukupnya

    Bahan Kisar: 

    4 biji bawang besar
    6-7 ulas bawang putih 

    Cara cara:

    Daging dipotong dua atau tiga ketul. Rebus daging dalam 30 minit atau agak agak tidak ada darah jer. Hiris nipis.

    Tumbuk ketuk hingga agak agak pecah urat sahaja. Ketuk dari tepi dulu sebelum ke bahagian tengah.

    Panaskan minyak dan goreng daging yang telah diketuk tadi. Goreng daging seketika hingga agak perang sikit.

    Semasa goreng daging, kena sentiasa jaga api takut hangus. Angkat dan ketepikan

    Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang kisar hingga wangi. 

    Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak dan garing serta pecah minyak. 

    Lepas tu masukkan sedikit air rebusan daging, kicap dan garam serta gula, jika perlu.  

    Setelah pecah minyak, masukkan daging yang siap digoreng. Kacau sampai sebati. Dan kecilkan api, biar mereneh lama hingga kering sikit. Kalau terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan daging. 

    Dah siap !

    Sumber : Azie Kitchen

    5. Lemang

    lemang

    Lemang merupakan makanan tradisional yang masih digemari pada zaman kini. Mungkin agak leceh tapi apa salah nya cuba buat sendiri kan. Jom kita tengok cara nya...

    Bahan-Bahan:

    1 kg beras pulut
    3-4 biji kelapa (ambil santannya)
    2 batang buluh sederhana besar
    Garam.

    Cara-cara : 

    Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
    Masukkan daun pisang ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
    Kemudian masukkan beras pulut yang telah dituskan dan jangan terlalu penuh.
    Masukkan sedikit garam ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
    Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar.
    Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan dan di padatkan dengan mehetak pelahan buluh tersebut agar masaknya sama rata.
    Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.

    6. Nasi Dagang & Kari Ikan

    Nasi Dagang

    Aduhh tengok gambar saja sudah membuatkan kita terbayang bagaimana rasanya. Memang seronok dapat makan nasi dagang pada hari raya ini. Hari biasa pun boleh tapi raya rasa lagi feel gitu.  Saya suka rujuk resepi Azie Kitchen sebab biasa nya bila saya follow betul-betul resepinya memang menjadi dan sedap. Bangga kejap ramai puji. Haha. Okay dah meh kita tengok resepi nya.

    Bahan kisar:

    10 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 inci halia
    1/2 inci lengkuas
    1/2 inci kunyit hidup

    Bahan lain:

    Ikan tongkol - rebus dengan asam dan garam
    30 gm serbuk rempah gulai cap Bunga Rose - atau rempah kari ikan
    2 sudu besar cili kisar
    1 kotak santan kotak
    1 keping asam keping
    1 sudu besar gula Melaka
    2 sudu besar gula
    Garam secukup rasa

    Cara cara:

    Rebus ikan dengan asam dan garam yang agak banyak. Rebus sehingga air hampir kering. Kalau dibiarkan semalaman, lagi sedap. Jika suka, masukkan sedikit cuka semasa merebus supaya ikan tidak mudah hancur.

    Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Masukkan cili kisar. Kacau rata. Kemudian masukkan rempah gulai. Kacau sehingga bahan tumis agak garing. Masukkan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih.

    Masukkan santan dan dikacau sehingga kuah hampir terbit minyak. Masukkan ikan, diikuti dengan gula Melaka, gula pasir, asam keping dan garam.

    Masak dengan api perlahan sehingga kuah tinggal separuh, masukkan air dan masak lagi sehingga kuah cantik dan terbit minyak. Gulai ini lagi sedap jika dimasak lama, 1 atau 2 jam.

    Akhir sekali, masukkan cili padi dan bolehlah ditutup api.

    7. Soto Ayam

    soto ayam

    Soto Ayam ni senang je cara penyediaan nya cuma banya sedikit bahan-bahannya. Ni kalau dah kenyang pun boleh tambah. Jom kita cuba ! 

    Bahan bahan: 

    I ekor ayam – potong 4
    1 sudu kecil serbuk jintan manis
    1 sudu kecil serbuk jintan putih
    2 sudu besar serbuk lada putih
    Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
    1 cawan santan pekat

    Bahan Kisar:

    5 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 inci halia
    1 inci kunyit hidup
    3 batang serai - ketuk 

    Cara cara: 

    Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih. 

    Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan perap dengan kicap masin seketika sebelum digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus. 

    Masukkan santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam. 

    Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur. Taburkan bahan bahan lain dan juga sedikit Sambal Kicap. Tengok 3 cara cara penyediaan Sambal Kicap di bawah ini.

    Sambal Kicap :

    Segenggam cili padi
    1 biji bawang besar
    2 ulas bawang putih
    Kicap cair
    Gula

    Blend segenggam cili padi dan bawang bawang. Masuk air dan masak sekejap. Masuk kicap cair dan gula. 

    Sumber : Azie Kitchen

    8. Nasi Arab

    nasi arab

    Nampak profesional giteww bila terer buat nasi arab. Yelah bukan senang nak buat nasi arab yang betul-betul sedap kan. Tapi resepi ini memang taktipu. Betul-betul menjadi dan sedap.. Saya dah cuba ! Tak percaya anda boleh cuba sendiri. 

    Bahan A

    4 cawan beras basmathi
    ½ cawan minyak zaitun  
    2 biji bawang besar - potong dadu
    5 ulas bawang putih - mayang
    ½ cm kulit kayu manis
    1 kuntum bunga lawang
    2 biji buah pelaga
    5 tangkai bunga cengkih
    1 helai daun bay
    3 helai daun pandan - tak letak
    1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara 

    Bahan B 

    1 ekor ayam di potong 8
    ½ cm halia
    1 sudu kecil serbuk ketumbar
    1 sudu kecil serbuk jintan manis
    1 sudu kecil serbuk jintan putih
    1 sudu kecil serbuk kunyit
    1 sudu kecil serbuk lada hitam
    1 helai daun salam
    1 sudu makan minyak masak
    1 liter air (agak2 ayam tenggelam)
    Garam dan gula secukup rasa 

    Cara cara:

    Kesemua bahan bahan B dididihkan di dalam periuk sehingga ayam masak. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam ini dengan minyak. Manakala air rebusannya disimpan utk memasak nasi. Ketepikan. 

    Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 3 helai daun pandan sehingga naik bau. 

    Masukkan beras dan goreng seketika. Curahkan 5 cawan air rebusan ayam tadi. Pindahkan ke dalam rice cooker.

    Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan ayam di atas nasi dan buatkan lubang ditengah2 nasi. Letakkan aluminium foil di tengah tengah nasi. 

    Masukkan  minyak dan arang yg telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut. 

    Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan periuk nasi supaya aroma asap terperangkap di dalam periuk. 

    Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa.

    Cara penyediaan Salsa :

    Bahan bahan: 

    4 biji buah tomato - potong dadu
    1 batang timun dibuang biji - potong dadu
    1 labu bawang besar - potong dadu
    2 tangkai cili merah - dimayang halus
    2 tangkai cili hijau - dimayang halus
    5 tangkai cili padi - dimayang halus
    1 biji lemon diperah ambil jusnya
    1 sudu makan minyak zaitun
    Garam  
    Gula 

    Cara cara: 

    Campurkan kesemua bahan2 di atas. Gaul mesra di salam satu mangkuk. Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandy.

    Sumber : Azie Kit

    9. Mee Kari

    mee kari

    Mee kari pun salah satu juadah raya yang disediakan dalam kalangan masyarakat Malaysia ini. Senang dan sedap semestinya. Yang penting cara penyediaan kuah kari tu mesti kena dengan resepi yang anda ikut. Jom tengok resepi ini !

    Bahan bahan:

    1/2 ekor ayam - di potong kecil
    6 sudu besar rempah kari daging (bancuh dg sedikit air)
    1 keping asam keping
    2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml)
    5 cawan stok udang
    1 kg isi kerang atau lebih
    1/2 cawan minyak masak
    2 keping fishcake- hiris nipis
    10 ketul fish ball- belah 2
    1 biji kentang - rebus & tumbuk
    Garam dan sedikit gula
    Air secukupnya 

    Bahan Kisar:

    6 ulas bawang merah
    1 labu bawang besar
    4 ulas bawang putih
    1/2 inci halia
    2 sudu besar cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
    1 btg serai
    2 sudu besar udang kering- rendam & tos
    1 cawan udang hidup (buang kulit & blend dg stok udang)

    Bahan Tumis :

    1 btg kulit kayu manis
    1 kuntum bunga lawang
    2 biji buah pelaga
    2 tangkai daun kari
    2 batang serai - ketuk

    Bahan Utk Mee dan Hiasan :

    1 kg mee kuning- celur, tos & lumur minyak menggoreng bawang
    3 keping tauhu kering - digoreng & hiris nipis
    2 fish cake - goreng & hiris nipis
    4 biji telur - direbus & belah dua
    4 biji limau kasturi - belah 2
    Daun bawang dan daun sup- dihiris
    Cili merah dan cili hijau - hiris
    Sawi - dicelur dan tos
    Taugeh - goreng tanpa minyak
    Bawang goreng

    Cara-cara :

    Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. 

    Kisar dengan sedikit air dan tapis airnya. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi.

    Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis. Masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. 

    Masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.

    Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di potong kecil dan biarkan sehingga empuk.

    Masukkan  fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.

    Masukkan ubi kentang yang telah ditumbuk bertujuan untuk memekatkan kuahnya. Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. 

    Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.

    10. Laksam Kelantan

    laksam kelantan

    Kalau siapa yang buat laksam kelantan ini masa open house, memang saya makan walaupun dah pergi 5 open house sebelum tu. Yelah fav kot. Dan saya pasti ini fav anda jugak. Rupanya tak susah mana pun buat. Mindset je tu ! Jom kita lihat bahan dan cara penyediaan. Ulam tu wajib ye baru lagi sedap dan sihat. 

    Bahan bahan:

    3 cawan tepung beras
    1/2 cawan tepung gandum
    5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
    1/2 sudu kecil garam

    Bahan Kuah :

    1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
    1/2 kg santan pekat
    1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair) 

    Bahan dikisar :

    10 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih
    1 inci halia
    2 btg serai - ketuk
    1 sudu kecil serbuk lada hitam
    3 keping asam keping
    Garam
    Gula secukup rasa.

    Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula.

    Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

    Ulam-ulaman :

    Kacang panjang
    Daun kesum
    Timun batang
    Bawang besar
    Bunga kantan
    Kubis

    Sambal

    Cili padi
    Cuka
    Garam
    Gula

    *Kisar kesemua bahan di atas

    Bahan lain :

    Belacan
    Garam

    Cara Menghidang:

    Masukkan laksa/laksam ke dalam pinggan. Sendukkan kuah dan tuang di atas laksam tadi. Letakkan ulam ulaman yang dihiris. Akhir sekali, letakkan sambal. 

    Sumber : Azie Kitchen

    Maka itulah 10 jenis hidangan di Aidilfitri yang anda boleh cuba buat di rumah. Tak terlambat sebab Syawal kan sebulan. Ala save je dulu mana tahu hari biasa raya dan pekena nasi arab ke soto ke ketupat ke. Mana ada salah nya kan. Baiklah selamat mecuba !

    Leave A Reply

    Your email address will not be published.