fbpx

5 Resepi Rojak Asma Viral, Resepi Kuah Rojak Paling Sedap!

Hari ini saya nak kongsi resepi Rojak Asma viral dan resepi kuah rojak paling seda! Rojak Asma merupakan rojak yang popular di negeri selatan tanah air iaitu Johor. Rojak Asma dengan Rojak Mamak tidak sama tetapi kuahnya sahaja yang sama. Rojak Asma adalah rojak campur bahan-bahan makanan seperti tauhu, tempe, fish cake, pedal dan hati ayam goreng, salad, tepung goreng, jemput udang dan banyak lagi. Ada juga hirisan timun. Resepi ini istimewa dari Johor dan tentunya dijamin bersih dan berkualiti apabila kita sendiri yang memasak dari rumah. Nak buat banyak mana pun boleh! Rasanya memang padu dan berbaloi. 

Resepi Rojak Asma Mat Gebu

Rojak Asma Mat Gebu

Rojak Asma: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan Kuah:

  • 12 tangkai cili kering
  • 1 genggam udang kering, cuci dan rendam 10 minit, toskan
  • Keledek oren sebesar 2 penumbuk orang dewasa, direbus hingga empuk
  • 8 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 keping nipis hirisan halia
  • Sebesar hujung jari belacan (che mat tambah
  • 3/4 cawan kacang tanah yang telah dikisar
  • 2 camca besar penuh bijan, digoreng tanpa minyak hingga kekuningan
  • 1/4 cawan gula melaka
  • 3/4 camca besar pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan Cucur Tepung:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 camca teh baking powder
  • 1 camca besar udang kering, rendam sekejap, toskan dan tumbuk halus
  • 1 biji telur
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 camca teh garam
  • 1 camca teh gula
  • 15 tangkai kucai, kerat pendek
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • Beberapa titik pewarna kuning makanan

Bahan-bahan Rojak:

  • Fishcake secukupnya, digoreng
  • Sosej ayam secukupnya, digoreng
  • Tauhu, digoreng
  • Tempe, digoreng
  • Sotong kembang, hiris, cuci dan rebus seminit, toskan
  • Kentang, kupas kulitnya, rebus hingga empuk dan goreng
  • Telur rebus secukupnya, digoreng
  • Daun salad secukupnya, dipotong 
  • Timun, dihiris
  • Cili hijau, hiris kasar
  • Cucur tepung secukupnya, dipotong 4 setiap 1

Cara-cara:

  1. UNTUK KUAH ROJAK :- Cili kering dibuang biji, cuci bersih dan lap kering. Goreng cili kering tadi sekejap, angkat dan ketepikan. Goreng pulak udang kering, angkat dan ketepikan. Kisar keledek oren dengan air rebusannya dan ketepikan. Kemudian kisar lada kering tadi dengan udang kering, belacan, bawang merah kecil, bawang putih dan halia hingga halus.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga harum dan naik minyak. Guna api sederhana, kacau sentiasa. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tambah keledek kisar, kacau dan tambah air anggaran 4 cawan. Kacau dan biarkan mendidih. Masukkan kacang tanah kisar, kacau dan masak hingga pekat.
  3. Masukkan gula melaka dan perasakan dengan garam secukup rasa. Masak sekejap dan tambah gula pasir secukupnya, biasanya kuah rojak asma sedikit manis, ini ikut selera masing-masing lah yea. Bila elok pekatnya, boleh masukkan bijan, tinggalkan sedikit bijan untuk digunakan sebagai hiasan. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biasanya uah rojak asma tidak terlalu pekat.
  4. UNTUK CUCUR TEPUNG :- Masukkan ke semua bahan-bahan cucur tepung ke dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna kuning makanan. Gaul hingga semua rata. Tuang air sedikit demi sedikit dan kacau hingga semua sebati. Masukkan pewarna kuning makanan, kacau rata dan rehatkan adunan sekejap dalam 15 minit. 
  5. Sementara itu, panaskan minyak untuk menggoreng cucur tepung. Sudukan 1 camca besar adunan cucur ke dalam minyak panas. Buat 8 – 10 biji cucur sekali buat, bergantung pada saiz kuali. Balik-balikkan agar cucur masak sekata. Bila kuning keemasan, boleh angkat, toskan minyaknya dan taruk atas tissue dapur bersih. Baki tepung cucur boleh simpan dalam peti sejuk, jika tak habis.
  6. UNTUK MENGHIDANG ROJAK ASMA :- Fishcake, sosej ayam, tauhu, tempe dan kentang dipotong pada saiz sederhana. Susunkan ke dalam pinggan sesuai bersama bahan-bahan lain. Potong pula telur rebus yang telah digoreng tadi dan letakkan atas bahan-bahan rojak. Tuang kuah secukupnya, taburkan bijan dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba!

Resepi Rojak Asma Azlita Aziz

Rojak Asma Azlita Aziz

Rojak Asma: Sumber Azlita Aziz

Bahan Cucur Tepung:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh kunyit serbuk
  • 1/2 sudu teh gula
  • 150 ml air
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dalam bekas, kecuali air dan telur.
  2. Kemudian masukkan air dan kacau hingga rata.
  3. Jangan masukkkan telur dahulu ya, kita perap dahulu adunan ni selama 1 jam.
  4. Sementara kita tunggu adunan ni di perap, kita sediakan bahan-bahan untuk kuah rojaknya dahulu.

Bahan Kuah Rojak:

  • 1/2 cawan kacang tanah ~ di goreng dan kemudian tumbuk, jangan halus sangat dan jangan kasar sangat
  • 3 biji kentang ~ kupas kulit dan potong bulat kemudian di goreng
  • 1 sudu besar bijan putih ~ di sangai ( goreng tanpa minyak)
  • 1 buku gula Melaka
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • air secukupnya

Bahan Kisar:

  • 15 ~ 20 tangkai cili kering, rendam lembut dan kisar halus
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inc kunyit hidup
  • 2 inc halia
  • 2 sudu besar udang kering ~ rendam lembut dan kisar

Cara-cara:

  1. Kentang di kupas kulitnya, hiris bulat-bulat dan kemudian goreng hingga kuning keemasan.
  2. Kemudian di kisar halus. Kentang ni untuk pekatkan kuah, anda boleh gantikan dengan keledek oren yang di rebus , kemudian di lenyek halus atau ada juga yang meletakkan biskut marrie. Kalau guna biskut Marrie, rendam dengan air hingga kembang kemudian kisar halus.
  3. Kacang tanah, goreng, buang kulit dan tumbuk, jangan terlalu halus dan jangan juga terlalu kasar.
  4. Bijan putih, di goreng tanpa minyak, jaga-jaga ya sebab bijan cepat hangus.
  5. Lada kering tu ikut kepedasan masing-masing, kalau suka pedas boleh lebihkan.. kalau tak suka pedas kurangkan. Lada ni anda rendan atau rebus hingga lembut kemudian kisar halus.
  6. Bawang, halia, bawang putih dan kunyit di kisar halus.
  7. Ok bahan dah sedia sekarang boleh kita mulakan proses memasak

Bahan Sampingan:

  • Timun di belah 2 dan hiris, jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat. Dia tebal sikit dari kita hiris untuk nasi lemak tu.. baru lah rasa rangup bila di nikmati nanti.
  • Daun salad, yang ni kita potong atau hiris aje… lebih kurang 1 inc.
  • Lada hijau kita hiris bulat atau serong, terpulang pada cara masing-masing.

Bahan Digoreng:

  • 4 keping tauhu
  • 2 keping tempe
  • 5 keping jejari ketam
  • 2 keping fish cake
  • 5 keping jejari udang
  • 2 biji kentang , kupas kulit dan belah 4
  • fish ball jika suka
  • sotong kembang jika suka ~ kalau letak sotong kembang ni rebus ya sotongnya tu
  • ketam jika suka ~ kalau  letak ketam celup dahulu dengan tepung beras, macam buat adunan goreng pisang tu kemudian goreng. Boleh juga  celup dengan tepung jagung kemudian goreng
  • 3 biji telur di rebus
  • Yang penting cucur kita tadi jangan lupa

Cara-cara:

  1. Sekarang kita panaskan minyak dalam kuali, kerana kita nak goreng semua bahan di atas.
  2. Ok sebelum kita goreng bahan-bahan di atas kita goreng cucur kita tadi dulu.
  3. Cucur yang kita dah perap selama 1 jam tadi, kita masukkan sebiji telur dan kacau rata.
  4. Bila minyak dah panas, guna sudu untuk ambil tepung dan masak macam kita buat jempu-jemput. Tapi adunan tepung ni dia cair sikit sebab tu kita guna sudu.
    Gorenglah cucur kita ni tadi sampai kuning keemasan. Buat sampai habis semua adunan. Angkat dan ketepikan.
  5. Sekarang kita goreng pula bahan yang lain, macam tauhu, tempe, telur rebus, fish cake, fish ball. jejari ketam, jejari udang, kalau ada ketam celup tepung dan udang goreng sekali.
  6. Kentang yang kita belah 4 tadi goreng sekali. Ok dah siap semua bahan di goreng, bolehlah kita hidangkan bersama kuah rojak kita tadi.
  7. Bahan-bahan yang kita dah goreng tadi kita potong kecil untuk mudah nak makan nanti.

Resepi Rojak Asma Aznanie

Rojak Asma Aznanie

Rojak Asma: Sumber Aznanie

Bahan Cucur:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh gula
  • 1/4 sudu teh garam
  • 125 ml air

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kecuali telur.
  2. Gaulkan hingga sebati.
  3. Perap bancuhan tepung tadi selama 1 jam.
  4. Masukkan telur dan kacau rata.
  5. Panaskan minyak.
  6. Goreng apam sehingga kekuningan.

Bahan Kuah:

  • 300 gram keledek
  • 1.5 liter air
  • 1 sudu besar asam jawa – bancuh dengan 75 ml air
  • 3 biji bawang merah – cincang halus
  • 10 tangkai lada kering – direbus dan diblend
  • 1/3 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula
  • 20 gram kacang tanah – di goreng dan dikisar halus
  • 1/2 sudu teh kicap masak hitam
  • 1/2 sudu besar cuka
  • 1/3 cawan minyak masak

Cara-cara:

  1. Rebus keledek hingga empuk.
  2. Setelah keledek empuk, kisar dengan air hingga lumat.
  3. Panaskan minyak masak dalam periuk.
  4. Tumiskan bawang dan lada kisar hingga garing.
  5. Masukkan keledek yang dikisar dan kacau rata.
  6. Masukkan garam, gula dan bancuhan asam jawa.
  7. Kacau selalu di atas api perlahan.
  8. Masukkan kacang tanah, kicap hitam dan cuka.
  9. Masak sampai terbit minyak.
  10. Rasalah masin manis kuahnya.
  11. Angkat dan hidangkan.

Bahan Sampingan:

  • Taughe – dibuang ekor dan topi dan dicelur
  • Telur – direbus 
  • Tauhu – digoreng
  • Fish cake – digoreng
  • Timun – dipotong memanjang
  • Kentang – direbus 
  • Tempe – digoreng
  • Sengkuang – di potong memanjang
  • Lada besar – dipotong bulat
  • Daun salad – di potong kecil

Resepi Rojak Asma Mar Mansor

Rojak Asma Mar Mansor

Rojak Asma: Sumber Mar Mansor

Bahan-bahan:

  • 3 keping tahu, digoreng dan dipotong
  • 2 biji timun 
  • 1 biji sengkuang 
  • 3 biji telur rebus, kupas kulit dan digoreng
  • 4 biji kentang rebus
  • 5 biji jemput-jemput tauge dan bawan
  • 2 ekor sotong kembang, masak samba
  • 2 keping tempe dicelup, tepung dan goreng
  • 2 keping fish cake, digoreng
  • 300 gram paru, direbus empuk, potong nipis dan goreng
  • Lada hijau

Bahan Kuah:

  • 600 gram keledek, direbus empuk dan dikisar
  • 50 gram udang kering
  • 50 gram bijan, disangai
  • 300 gram kacang tanah, digoreng dan dikisar
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 10 tangkai cili kering, dikisar halus
  • Air asam jawa, gula dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1.  Potong bahan rojak dan susun dalam pinggan hidang yang besar.
  2. Kisar cili kering bersama udang kering, bawang putih dan bawang merah.
  3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  4. Masukkan keledek, kacang tanah, air asam jawa, garam dan gula. Tambah air secukupnya.
  5. Rasakan masam, masin dan manis. Taburkan bijan , kacau rata dan tutup api.
  6. Hidangkan bersama bahan rojak.

Resepi Rojak Asma @ Asmah Queen Zara

Rojak Asma Aynora

Rojak Asma @ Asmah: Sumber Queen Zara

Bahan Kuah Kacang:

  • 2-3 sudu cili kering kisar
  • gula pasir & gula perang
  • garam
  • kacang tanah – kisar halus air secukupnya sikit bijan

Cara-cara:

  1. Tumis cili kisar sampai naik minyak.
  2. Masuk air dan kacang tanah kisar, rebus lebih kurang 1/2 jam hingga 1 jam.
  3. Masuk bahan perasa (gula perang dan gula pasir, garam).
  4. Masuk bijan, kacau-kacau dan tutup api.

Bahan-bahan lain:

  • Segala macam fish ball, tauhu, tempe, cucur udang ~goreng & potong-potong.

Bahan Cucur Udang:

  • 1 sudu yis kering + sikit air suam 
  • 1 sudu gula (satukan & biar berbuih)
  • sayur-sayur ( carrot, kobis potong halus )
  • udang
  • 1/2 sudu kecil lada putih
  • garam air secukupnya

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan gaul sebati.
  2. Biarkan kembang @ naik sikit sebelum goreng.

Penutup

Tak perlu lagi nak ke Johor mencari Rojak Asma, buat sendiri pun boleh! Kuahnya lah penentu kepada kesedapan rojak asma ini. Biasa kuah rojak ni terasa lemak manisnya barulah terlajak laris!

Anda juga boleh cuba resepi risoles sedap.

Leave A Reply

Your email address will not be published.