fbpx

9 Resepi Popia Carbonara Cheese Viral And So Yummy!

Hari ini saya nak kongsi resepi popia carboonara cheese viral! Resepi  popia carbonara cheese ini juga  sesuai dijadikan frozen food, boleh digoreng bila lapar. Cheese tak kedekut, buat sendiri lagi puas hati. Meleleh lagi cheese dalam tu. Seriously sedapppp. Mudah je cara nak buat.  Mak mak memang patut simpan stock makanan dalam peti ais taww... Senang je nak goreng. 

Resepi Popia Carbonara Cheese Qaseh Honey

Popia Carbonara Cheese Qaseh Honey

Popia Carbonara Cheese: Sumber Qaseh Honey

Bahan Inti:

  • 3 keping isi ayam
  • 1 bawang holland
  • 1/2 batang lobak merah
  • 3 batang sosej ayam
  • 1/3 biji capsicum merah
  • 1 tin sos prego
  • 1 sudu kecil lada hitam – kisar
  • 1 sudu kecil oregano
  • gula dan garam secukup rasa

Bahan lain:

  • kulit popia secukupnya
  • mozzarella
  • tepung gandum + air secukupnya (satukan jadikan sebagai gam)

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali atau pan. Kemudian masukkan isi ayam tadi tanpa minyak.
  2. Kacau sekali sekala hingga air ayam kering atau mengecut.
  3. Kemudian masukkan pula bawang holland dan tumis hingga layu.
  4. Masukkan pula lobak merah. kacau sekali sekala dan biarkan seketika.
  5. Masukkan sosej dan capsicum. kacau rata. Masukkan pula sos prego dan kacau rata. Masukkan lada hitam, oregano kering, gula dan garam (jika perlu). Kacau rata semuanya.
  6. Apabila rasa telah sempurna terus matikan api (inti jangan terlalu pekat dan biarkan creamy) sejukkan sebentar.
  7. Sediakan kulit popia secukupnya.
  8. Letakkan inti carbonara tadi dan sedikit mozzarella, kemudian lipat kulit popia dengan kemas. Sapukan sedikit hujungnya dengan campuran tepung gandum sebagai gam dan lekatkan. Buat sehingga selesai.
  9. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan. Sedap dimakan panas-panas.

Resepi Popiah Carbonara Cheese Buat Orang Lapo

Popiah Carbonara Cheese Buat Orang Lapo

Popiah Carbonara Cheese: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

  • 1/2 Bawang Holland
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 200gm Ayam Cincang
  • 3 Sosej
  • 300 gram Sos Karbonara (1 Tin)
  • 2 Keju Cheddar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Kulit Popiah
  • Lobak Merah (parut panjang)
  • Telur
  • Keju Cheddar

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang holland bersama bawang putih sehingga sedikit layu.
  2. Masukkan ayam cincang. Kacau sedikit dan biarkan ayam separuh masak.
  3. Kemudian masukkan sosej. Kacau lagi.
  4. Masukkan 1 tin sos carbonara. Kacau sebentar.
  5. Tambahkan serbuk lada hitam dan kepingan keju.
  6. Kacau dan masak sehingga kuah carbonara sedikit kering.
  7. Sediakan kulit popiah. Letakkan inti secukupnya, sedikit lobak merah dan keju cheddar. Gulungkan popiah dengan kemas.
  8. Sapukan sedikit telur di hujung kulit popiah.
  9. Goreng sehingga kekuningan.

Resepi Popia Cendawan Carbonara Eda Kitchen

Popia Cendawan Carbonara

Popia Cendawan Carbonara: Sumber Eda Kitchen

Bahan-bahan:

  • Kulit popia secukupnya (lebih kurang 60 ke 70 keping)
  • 1 cawan isi ayam cincang/potong kecil
  • 2 cawan lobak disagat/potong memanjang  
  • 1 tin cendawan butang dihiris dan potong kecil
  • 2 keping cheese slice
  • 5 batang sosej dipotong kecil
  • 1 labu bawang holland dipotong kiub
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • Minyak

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang holland sehingga sedikit layu.
  2. Masukkan ayam cincang. Kacau sehingga ayam separuh masak.
  3. Masukkan secubit garam bersama dengan 1/2 sudu teh lada hitam.  Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan cendawan dan sosej. Kacau lagi.  Setelah agak kering masukkan 50 ml air.  Kacau lagi supaya tidak hangus dibahagian bawah kuali.
  5. Masukkan 1 tin sos carbonara. Kacau sebentar.
  6. Kemudian masukkan kesemua lobak sagat tadi.  Kacau sehingga sebati.
  7. Tambahkan 2 keping cheese.  Kacau sehingga cheese larut. 
  8. Akhir sekali kacau dan masak sehingga kuah carbonara sedikit kering.  Selepas itu boleh matikan api.
  9. Sejukkan sebelum digunakan atau jika nak simpan untuk buat pada hari esoknya pun boleh, caranya simpan didalam kedap udara kemudian masukkan kedalam peti sejuk bahagian bawah sahaja.

Cara Menggulung Dan Menggoreng Untuk Kekas Rangup :

  1.  Sediakan kulit popia bersaiz 7″x7″ atau saiz besar.  Letakkan 1 sudu makan inti ke bahagian diantara tengah dan salah satu sudut.  Tak perlu ratakan sangat.  Pastikan inti tak berair sangat. ~ air ni jika banyak sangat, akan meresap kedalam kulit popia, akibatnya popia akan rangup seketika saja selepas digoreng dan akan cepat lembik ketika sejuk.
  2. Gulung sambil ketatkan sehingga ketengah kurangkan ada ruang antara kulit-kulit tu.  Kalau saya akan buat 3 gulungan hingga ketengah kemudian lipat bahagian tepi bawa ketengah.  Teknik ini akan memudahkan untuk mengukur panjang popia carbonara.  Kemudian sambung gulung sambil kukuhkan gulungan supaya kemas.  Saya gam menggunakan air putih sahaja dihujung kulit popia supaya tidaklah terbuka gulungan tu.  Ulang proses yang sama sehingga semua inti habis.
  3. Setelah siap, boleh terus goreng atau simpan didalam peti sejuk dibahagian sejuk beku.
  4. Jika nak popia anda rangup, kaedahnya panaskan dahulu minyak (tak perlu panas sampai berasap yang penting dah cukup panas), kemudian kecilkan api, biarkan seketika barulah masukkan popia anda dan goreng.  Pastikan goreng didalam minyak yang banyak supaya popia anda timbul apabila digoreng.  Jika digoreng dengan minyak sedikit atau kuali cetek, biasanya popia akan hangus / hitam dibahagian yang menyentuh dasar kuali.
  5. Tips menggoreng jika simpan didalam peti sejuk, biarkan 5 minit dengan suhu bilik atau dapur barulah goreng mengikut kaedah no 4 diatas.

Resepi Popia Carbonara Cheese Tarik

Resepi Popia Carbonara Cheese Tarik

Resepi Popia Carbonara Cheese Tarik: Sumber Kuali Helena

Bahan-bahan:

  • kulit popia1 bawang holland
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 200 gram ayam kisar
  • 1 carrot size kecil, cincang halus
  • 1 tin sos carbonara
  • 2 keping keju chesdale
  • cendawan enoki, boleh tukar cendawan lain
  • 2 keping chesdale
  • 1-2 sudu teh tepung gandum
  • cheese mozzarella
  • lada hitam
  • seasoning

Cara-cara:

  1. Buat inti; Tumiskan bawang holland bersama bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga berubah warna.

  2. Kemudian masukkan carrot, kacau lagi. Masukkan 1 tin sos carbonara, jangan tambah air dan kacau sebentar.

  3. Tambahkan lada hitam, seasoning dan kepingan keju. Masukkan cendawan enoki serta tepung gandum. Kacau dan masak sehingga kuah carbonara agak pekat.

  4. Buat popia; Sediakan kulit popia, isikan inti sedikit inti. Masukkan hirisan mozarella. Gulungkan popia dengan kemas.

  5. Sapukan dengan bancuhan tepung gandum + air dihujung popia. Goreng hingga keperangan. Siap untuk dihidangkan!

Tips:

  • Sejukkan dahulu inti , supaya inti pekat dan tak cair.

  • Jangan letak inti banyak-banyak. Jangan gulung popia memanjang, buat biar kecik pendek je, supaya inti tak keluar dari hujung popia.

  • Kalau ikut tips 1, 2 dan 3 diatas, tak perlu pakai 2 lapis kulit popia, selapis pun dah cantik elok.

Resepi Popia Carbonara Simple Tapi Sedap

Popia Carbonara Simple Tapi Sedap

Popia Carbonara Simple Tapi Sedap: Sumber Syafyqah Azahar

Bahan-bahan:

  • 1 tin sos carbonara (Prego)
  • Kulit Popia
  • 5 batang Sosej (potong bulat tapi ikut sukalah haha)
  • Bawang (untuk menumis)
  • Carrot (disagat)
  • Tepung gandum (sebagai gam)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bawang sampai naik bau  (guna bawang biasa sebab cari bawang holland tak ada).
  3. Lepas bawang dah wangi wangi gitu, masukkan carrot.
  4. Masukkan hotdog.
  5. Kemudian, masukkan sos carbonara & tambah sedikit air.
  6. Tunggu sampai kuah tu pekat sikit, jangan cair sangat tau.
  7. Inti dah siap, angkat dari belanga tu pastu sejukkan okay.
  8. Letak inti kat kulit popia (kulit popia guna brand apa pun boleh, nak letak inti banyak mana pun boleh).
  9. Gulung popia.
  10. Goreng sampai kekuningan.

Nota:

  • * korang boleh tambah ayam, daging kat inti 
  • kalau letak cheese mungkin lagi sedap

Resepi Popia Carbonara Cheese Sedap

Resepi Popia Carbonara Cheese Sedap

Resepi Popia Carbonara Cheese Sedap: Sumber Ibu Dilah

Bahan-bahan:

  • 6 biji kentang
  • 1 batang carrot
  • Isi ayam bahagian dada
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 keping slice cheese
  • 1 kiub ayam
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk lada hitam
  • 1/2 cwn air (agak-agak)
  • 2 sudu butter
  • 1 pack kulit popia
  • 1 sudu tepung gandum (sebagai gam)

Cara-cara:

  1. Potong dadu kentang dan carrot. Cincang isi ayam kecil- kecil.
  2. Panaskan kuali dan cairkan 2 sudu butter.
  3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu sehingga naik bau, masukkan kiub pati ayam. Kacau rata.
  4. Masukkan kentang dan carrot ke dalam kuali. Tambahkan sedikit air utk empukkan kentang.
  5. Masukkan isi ayam dan gaul rata.
  6. Masukkan serbuk lada sulah dan lada hitam.
  7. Masukkan slice cheese yang telah dikoyak-koyakkan. Kacau sehingga sebati.
  8. Biarkan seketika sehingga inti kering sedikit baru la tutup api.. siap!!
  9. Bila inti dah sejuk sikit dah boleh la buat popia macam biasa.. tepung gandum tu bancuh sikit dengan sedikit air untuk dijadikan sebagai pelekat/gam. Buat la popia satu persatu.. then boleh frozenkan juga.. yang nak simpan untuk frozen tu tak perlu digoreng tau. Boleh terus simpan jer.

Resepi Popia Cabonara Cheese Zulfaza

Popia Cabonara Cheese Zulfaza

Popia Cabonara Cheese: Sumber Zulfaza

Bahan-bahan:

  • 4 keping dada ayam (dipotong kecil / cincang )
  • 8 batang Crab Stick (hiris bulat)
  • 8 batang sosej (hiris memanjang atau bulat)
  • 1 pack (200gm) Cendawan butang (dicincang)
  • 1/2 biji Capsicum (dipotong dadu kecil) (Optional)
  • Sayuran – sengkuang/lobak merah – hiris lidi
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil italian spice
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar Tepung gandum
  • 1 cawan Susu ( Full Cream/ Cair )
  • Air secukupnya
  • Cheddar cheese secukupnya (nak letak banyak mana terpulang citarasa) – saya guna 100 gram, selebihnya saya hiris nipis dan letak masa menggulung popia.
  • 1 biji Bawang besar*
  • 5 ulas Bawang putih (* bahan ni dicincang halus)
  • Sedikit Minyak dan mentega untuk menumis
  • Hirisan keju cheddar

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan mentega.
  2. Kemudian tumis bawang putih dan merah.
  3. Bila bawang telah naik bau, masukkan isi ayam dan cendawan. Tumiskan seketika. Kemudian masukkan sosej.
  4. Kemudian letak tepung utk pekatkan kuah.
  5. Kemudian masukkan susu dan keju (yang dipotong kecik2). Tambah air jika perlu. Masak sekejap sampai kuah pekat. Perisakan dengan serbuk lada hitam, italian sp secukup rasa.
  6. Sebelum tutup api masukkan crab stick.tujuan masukkn kemudian supaya tak hancur. Bila dah tutup api baru saya masukkan sayur sayuran termasuk capsicum, sebab takmo sayur lunyai sangat, nanti nak digoreng. 
  7. Akhir sekali gulung mcm biasa. Letakkan sekeping hirisan keju.
  8. Tips masa goreng, api jangan kecil sangat sebab kalau lama die akan kluar inti dan bocor. Minyak pun kotor.

Resepi Popia Carbonara Cheese Syed

Popia Carbonara Cheese Syed

Popia Carbonara Cheese: Sumber Syed

Bahan-bahan:

  • Kulit Popia
  • Bawang Holland (1 biji dipotong dadu)
  • Bawang Putih (4 ulas dipotong dadu juga)
  • Sosej Daging (pastikan jenama Ramly!)
  • Isi Ayam (ataupun boleh masukkan daging/ayam cincang)
  • Sos Carbonara 
  • Cheese Slice (2 ja, jangan letak semua pula)
  •  Lada (aku letak lada tapi takda la dalam gambar ni haha)

Cara-cara:

  1.  Panaskan minyak dalam kuali dan setelah panas, masukkan hirisan bawang besar, lada dan bawang putih. Tumiskan sehingga bawang tu bertukar warna dan layu sedikit.
  2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah dipotong halus. Kalau kau nak guna daging cincang atau ayam cincang pun okay. Next time kalau aku buat aku nak guna daging cincang pula.
  3. Setelah isi ayam bertukar warna dan tekstur, masukkan pula potongan sosej daging Ramly tadi dan kacau selama beberapa minit. To be honest, Ramly punya sosej ni sedap gila. Rasa dia tak sama macam kita makan sosej jenama lain. Memang agak mahal la tapi rasa dia okay and I guess dia macam sihat la sikit kot? hehe.
  4. Setelah semuanya telah masak dan bertukar warna, masukkan Sos Carbonara. Oh ya, aku salah beli tu! aku terbeli sos Mac and Cheese! HAHA tapi okay la sedap juga rasa dia. Kacau selama beberapa minit.
  5. Masukkan pula Cheese Slice ke dalam kuali dan kacau sehingga cheese tersebut cair.
  6. Seterusnya, masukkan garam dan gula serta perasa tambahan sehingga secukup rasa. Kacau sehingga campuran garam tadi larut and we’re done!
  7. Tunggu sehingga inti tersebut sejuk, dah sejuk sikit baru boleh kita gulung.

Resepi Popia Carbonara Citarasawan

popia carbonara

Popia Carbonara: Sumber Resipicitarasawan 

Bahan-bahan:

  • 1 tin sos Prego Carbonara
  • 3 batang sosej, potong kecil
  • 1/2 batang carrot (sagat halus)
  • 1 tin cendawan butang (hiris)
  • 1 keping dada ayam, cincang kecil
  • 1 bungkus kulit popia 8in
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 labu bawang holland, cincang
  • Kepingan Keju Chesedale, potong 8 

Cara-cara:

  1. Tumis bawang besar hingga layu.
  2. Masuk kan ayam cincang, sosej, carrot dan cendawan.
  3. Tambahkan sedikit air supaya lembut.
  4. Masukkan sos prego, perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
  5. Apabila mendidih, angkat dan sejukkan.
  6. Isi ke dalam kulit popia, tambah hirisan keju dan gulung.
  7. Goreng hingga keperangan.

Penutup

Popia adalah antara makanan yang tidak lapuk dek zaman dan tidak lekang dek panas. Ia cukup popular dan sedap dimakan. Apalagi popia cheese carbonara, ianya adalah hidangan inovasi yang kini semakin popular dan digemari oleh ramai orang. Anda juga boleh cuba resepi risoles sedap. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.