fbpx

5 Resepi Roti Bun Coklat Viral Yang Paling Sedap!

0

Hari ini saya nak kongsi resepi roti bun coklat. Bagi anda yang baru nak berjinak-jinak nak buat roti, boleh la cuba resepi roti bun coklat viral yang sedap ini! Hasilnya lembut dan gebu. Tambah pula dengan filing coklat di dalamnya, memang sedap. Pengemar coklat pasti suka roti bun ini! Sesuai  dihidangkan untuk minum petang.  

Resepi Bun Coklat Lembut Che Nom

Resepi Bun Coklat Lembut

Bun Coklat Lembut: Sumber Che Nom

Bahan-bahan Doh:

  • 300 gram tepung high protein atau tepung roti
  • 30 gram serbuk koko
  • 5 gram yis segera
  • 65 gram gula kastor
  • 5 gram garam halust
  • 50 ml susu full cream
  • 150 ml air
  • 40 gram mentega

Bahan untuk inti:

  • ketulan coklat

Bahan untuk sapu (egg wash) dan hiasan:

  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • secubit garam
  • coklat rice secukupnya

Cara-cara:

  1. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Masukan bahan-bahan untuk doh di dalam breadmaker mengikut arahan breadmaker anda.
  3. Press mode uli dan tunggu hingga doh sedia untuk dibentukkan.
  4. Angkat doh tumbuk keluar ketulan angin.
  5. buat bebola kecil dan timbang seberat seberat 40g setiap satu.
  6. Masukkan inti ketulan coklan di tengah dan bulatkan. Susuh di atas dulang yang telah digris dengan minyak atau mentega. Susun dengan menjarakkan doh sedikit supaya ada ruang untuk don mengembang, anggaran 20-30 minit.
  7. Sapukan telur/egg wash dan tabur coklat rice di atas.
  8. Panaskan oven kepada suhu 160 celcius. Bakar roti selama 20-30 minit bergantung kepada oven anda.

Resepi Roti Bun Coklat (Inti Krim Coklat)

Roti Bun Coklat (Inti Krim Coklat)

Roti Bun Coklat (Inti Krim Coklat): Sumber Emilia Puteri

Bahan-bahan:

  • 200 gram tepung roti/ highprotein flour
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 2 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur (3/4 biji dimasukkan dalam adunan, bakinya akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun nanti)
  • 120ml susu segar atau air suam
  • 1 sudu kecil bread softner/bread improver ( optional- saya letak bread softner)
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:

  1. Kalau guna Bread Maker (BM) boleh masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan Pilih menu Dough dan tekan ON. Kalau takde BM boleh ikut cara di bawah.
  2. Kalau tak guna bread maker (BM): Campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli doh biar betul-betul lembut, uli dengan tangan lebih kurang 8 hingga 10 minit. Kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

Bahan-bahan Krim Coklat:

  • 40 gram coklat

  • 300 gram susu segar

  • 40 gram gula

  • 30 gram tepung jagung

  • 12 gram mentega

  • 18 gram serbuk koko

Cara-cara:

  1. Masukkan susu dan tepung jagung dan serbuk koko ke dalam periuk. Kacau sampai tepung jagung tak berketul.

  2. Masukkan pula gula dan coklat yang dipotong kecil-kecil. Masak dengan api sederhana sehingga berkilat sambil dikacau.
  3. Bila dah berkilat, padamkan api. Masukkan mentega. Kacau sehingga sebati.

  4. (Untuk yang guna BM dan BMnya dah siap uli doh & untuk yang tak guna BM yang dohnya dah naik 2 kali ganda). Tumbuk-tumbukkan doh, keluarkan angin dan uli semula doh.

  5. Kemudian bahagikan pada 12 bahagian kecil.
  6. Isikan doh dengan 1 sudu kecil krim coklat. Bentukkan bulat.
  7. Susun atas dulang pembakar dan biarkan naik dua kali ganda.
  8. Sebelum dibakar gils permukaan doh dengan baki telur tadi dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit (saya bakar 18 minit sahaja). Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, anak anda pasti menggemarinya.
  9. Roti bun coklat dah siap. Buat roti ni thrill sikit sebab warna dia coklat, jadi saya tak berapa pasti sama ada roti ni dah masak ke belum hehehehe… 🙂 Nasib baik ok dan tak terbakar.

Resepi Bun Coklat Kak Liza

Bun Coklat Kak Liza

Bun Coklat Kak Liza: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 500 gram tepung berprotein tinggi
  • 30 gram tepung susu
  • 20 gram serbuk koko
  • 100 gram gula halus
  • 11 gram dry instant yeast
  • 1 camca teh bread softerner (optional)
  • 1 biji telur, dikacau dengan garfu
  • 1/2 camca teh garam
  • 250 ml air
  • 80 gram mentega
  • 100 gram Milk coklat untuk hiasan (tiada dalam resipi asal)

Cara-cara:

  1. UNTUK DOH 🙂 Satukan semua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali mentega, uli hingga menjadi doh. Tambah mentega dan uli hingga mentega sebati dan doh menjadi kenyal, licin dan anjal. Masa menguli kurang lebih 25 – 30 minit. KAEDAH LAIN 🙂 Satukan semua bahan2 dalam bread maker, pilih setting for dough, tekan dan tunggu hingga siap.
  2. UNTUK BUN COKLAT 🙂 Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, uli 5 minit dan bahagikan doh pada saiz yang diingini, timbang untuk mendapatkan saiz yang sama besar. Bulat-bulatkan dan susun atas loyang yang telah digris dengan mentega. Biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  3. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 25 minit (mat bakar pada suhu 180C selama 20 minit). Bila roti masak, keluarkan dari oven dan sapu permukaannya dengan mentega. Alih roti atas jaringan dan biarkan sejuk.
  4. Cairkan milk chocolate secara double-boiler hingga cair, masukkan dalam piping bag dan buat zig-zag atas permukaan bun coklat tadi.
  5. CATATAN MAT GEBU 😉 Mat buat separuh adunan, dan untuk telur tu, lepas dipukul dengan garfu, mat ambil sebahagian atau pun kurang lebih 30 gram. Manakala bun coklat tu, berat setiap biji doh lebih kurang 41 gram semasa dibentuk. Dapat 12 biji.

Resepi Chocolate Rice Bun

Chocolate Rice Bun

Chocolate Rice Bun: Sumber K Nor

Bahan-bahan (untuk doh roti):

  • 300 gram tepung roti
  • sedikit coklat rice@coklat urai
  • 2 sudu besar susu tepung @ skim milk
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 biji telur
  • 1 1/2 sudu besar butter@marjerin
  • 120 ml susu suam@air suam
  • 2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar water roux

Cara-cara * untuk gliss dan topping*

  • Baki telur + 2 sudu besar susu segar @ air +beberapa titik madu dan sedikit coklat rice.

Cara-cara (Doh Roti):

  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh kecuali coklat rice dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
  4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, kemudian masukkan coklat rice dan uli sebati, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan sedikit coklat rice, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Resepi Bun Inti Coklat

Bun Inti Coklat

Bun Inti Coklat: Sumber K Nor

Bahan Basic Doh:

  • 380 gram tepung high protein (tepung roti)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80 gram gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 biji telur A ~ dikocok sket dgn garfu
  • 100ml air
  • 100gm water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30 gram butter
  • 30 gram shortening

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan-bahan kering seperti tepung dan susu tepung.
  2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yang lain
  3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
  5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
  6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
  7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
  8. Boleh la dibentukkan doh tadi mengikut citarasa anda.

Bahan Coklat Filling:

  • 250 ml susu sejat
  • 180 ml air suam
  • 125 gram gula halus atau gula kastor..boleh tambah sedikit jika nak manis
  • 60 gram mentega
  • 60 gram serbuk koko
  • 40 gram tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:

  1. Campurkan susu,koko, air suam dan tepung jagung. Kacau.
  2. Tapis kedalam bekas berisi gula..Ana campur & blender sampai halus, terus tuang dalam bekas gula.
  3. Kacau dan pekatkan diatas api..guna api perlahan.
  4. Kacau sampai pekat.
  5. Campurkan mentega dan esen.
  6. Kacau sebati dan tutup api..sejukkan.

* K.Nor lebihkan gula sebab serbuk koko yang K.Nor guna agak pahit.

Penutup

Mudah je nak buat, jom cuba!

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.