Hari ini saya nak kongsi resepi pau yang gebu dan lembut! Mudah je nak buat pau gebu gebas ini, confirm puas hati. Kukus panas-panas untuk makan pagi mahupun tengah hari pun sedap! Nak buat frozen pun senang. Anda boleh letakkan inti ikut selera anda, contohnya kaya, kacang merah, rendang daging, ayam bbq dan lain-lain lagi. Memang sedap dimakan panas-panas!
Resepi Pau Gebu Dan Lembut Che Nom
Pau Gebu dan Lembut: Sumber Che Nom
Bahan-bahan:
- 250 gram tepung pau atau tepung Hong Kong
- 3/4 sudu teh yis kering
- 1/2 sudu teh baking powder
- 4 sudu besar gula kastor
- 1 sudu besar lemak sayuran atau shortening
- 1 sudu teh bread softner
- 1/2 cawan air suam
Cara-cara:
- Ayak tepung di dalam mangkuk kemudian tambah yis, baking powder dan bread softner. Kacau adunan sehingga bergaul sebati.
- Tuang air suam sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh, tambahkan pula lemak sayuran dan uli doh selama lebih kurang 10 minit atau sehingga licin dan tidak melekat. Rehatkan doh selama 10 minit.
- Jika menggunakan breadmaker, sila ikut arahan mengikut bradmaker anda dan biarkan selama 10 minit sahaja kemudian angkat keluar doh.
- Bahagikan doh kepada 10 bahagian (saya bahagikan doh kepada 8 sahaja).
- Masukkan inti kesukaan anda dan tutup/pintal kemas di bahagian bawah.
- Letakkan bahagian yang dipintal dia atas permukaan kertas bersih bersaiz 2×2 inci.
- Tutup dan rehatkan pau selama 45 minit. Panaskan kukusan sehingga air betul-betul mendidih dan kukus selama 10 minit. Angkat dan sejukkan.
Tips:
- Saya ikat penutup pau dengan kain supaya wap air tidak menitik di atas pau semasa proses mengukus, dan pau akan terhasil dengan cantik.
Resepi Pau Kukus Yang Viral (Rahsia Gebu Dan Lembut)
Pau Kukus Yang Viral (Rahsia Gebu Dan Lembut): Sumber Saji.my
Bahan-bahan:
- 1 kg tepung pau.
- 1 sudu teh baking powder.
– Kedua-dua bahan di atas diayak bersama (Bahan A) - 1 sudu teh garam.
- 1/2 cawan minyak jagung atau minyak masak.
- 2 1/4 cawan air.
- 11 gram yis.
- 1 sudu makan gula.
- 2 sudu makan susu pekat manis.
- 1 biji telur.
– Satukan bahan di atas dan kacau hingga gula larut (Bahan B)
Cara-cara:
-
Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk besar.
-
Tuangkan Bahan B cecair sedikit-sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
-
Tutup doh dengan kain dan biarkan 5 minit.
-
Ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar bola ping pong (anggaran berat 35 gram). Kemudian leperkan.
-
Masukkan inti yang telah dibulat-bulatkan sebesar guli (anggaran berat 12 gram). Tutup dan kemaskan.
-
Letakkan doh di atas lapik kertas minyak yang dipotong segi empat atau bulat, atau letakkan di atas paper cup yang dileperkan sedikit.
-
Susun dalam kukusan, dan jarakkan sedikit antara satu sama lain.
-
Kukus pau selama 7 hingga 10 minit.
Tips:
- Biarkan doh naik 1 kali ganda (jangan terlalu naik ya, sebab ia akan mengecut pula bila di kukus dan membuatkan permukaannya mengerutu dan keras).
- Pastikan kukusan telah di panaskan terlebih dahulu hingga airnya betul-betul mendidih.
- Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari kukusan tidak menitis atas pau yang membuatkan permukaan pau berkawah.
- Jika mahu buat ½ adunan, kurangkan jumlah air, gula, susu pekat, sukatan yis tetap sama.
Resepi Pau Gebu dan Lembut Azie Kitchen
Pau Gebu dan Lembut: Sumber Azie Kitchen
Bahan-bahan:
- 250 gram (2 1/2 cawan) tepung pau – ayak
- 3 gram (3/4 sudu teh) yis kering
- 2 gram (1/2 sudu teh) baking powder
- 50 gram (4 sudu besar) gula kaster
- 20 gram (1 sudu besar) sayuran
- 2 gram (1 sudu teh) bread softener
- 1/2 cawan air suam
Cara-cara:
-
Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener dan gula di dalam mangkuk adunan.
-
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
-
Bahagikan doh kepada 30- 40 gram setiap satu. Rehatkan selama 10 minit lagi.
-
Masukkan inti dan tutup kemas. Letakkan setiap pau di atas kertas empat segi (2″ x 2″) dan susun di dalam pengukus. Rehatkan pau selama 45 minit sebelum dikukus.
- Untuk mengukus, didihkan air di dalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi.
- Kukus pau selama 10 minit. Tutup penutup pengukus dengan kain untuk mengelak air menitis atas pau semasa dikukus.
Nota:
- Air perlu lah betul betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu dan utk pau yg sentiasa panas dan lembut, letakkan dlm rice cooker di atas nasi (jika mempunyai rice cooker yg ada pengukus).
- Angkat bahagian pengukus yang ada pau dengan penutup sekali bagi memastikan pau tidak menggerutu permukaannya.
Resepi Pau Kukus Gebu & Lembut Yang Simple
Pau Kukus Gebu & Lembut Yang Simple: Sumber Says.com
Bahan-bahan:
- 250 gram atau 2 1/2 cawan tepung pau atau tepung gandum (diayak)
- 3 gram atau 3/4 sudu teh yis
- 2 gram atau 1/2 sudu teh baking powder
- 50 gram atau 4 sudu makan gula kastor
- 20 gram atau 1 sudu makan lemak sayuran (boleh digantikan dengan minyak)
- 2 gram atau 1 sudu teh bread softener (pilihan)
- 1/2 cawan air suam
Cara-cara:
- Gabungkan tepung, yis, baking powder, bread softener dalam mangkuk adunan. Uli sehingga sebati, sambil masukkan air suam sedikit demi sedikit.
- Masukkan lemak sayuran. Uli sehingga doh tidak melekat dan licin.
- Biarkan doh pada suhu bilik selama 10 minit.
- Kemudian, bahagikan doh kepada 10 bahagian kecil.
- Leperkan doh untuk masukkan inti. Selepas itu, bulatkan doh menjadi pau.
- Letakkan pau ke atas kertas empat segi (2″x 2′) atau daun pisang.
- Didihkan air dalam pengukus, kemudian letakkan pau dan kukus selama 10 minit.
Jika anda menggunakan bread maker:
- Masukkan air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula kastor, bread softerner dan lemak sayuran (masukkan mengikut urutan).
- Pilih menu dough dan start.
- Biarkan doh dalam bread maker selama 10 minit sahaja.
Tips supaya pau lebih licin dan gebu:
- Pastikan air betul-betul panas dan mendidih supaya pau anda kelihatan gebu dan licin.
- Apabila pau dah masak, angkat bahagian kukusan dan penutupnya sekali supaya mengelakkan wap masuk ke dalam pau. Jangan buka penutupnya sahaja, nanti pau kemek dan tak cantik!
Resepi Pau Gebu Dan Lembut Buat Orang Lapo
Pau Gebu Dan Lembut: Sumber Buat Orang Lapo
Bahan-bahan:
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 cawan tepung gandum/tepung pau/tepung superfine
- 1 sudu besar yis
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar gula
- 1/2 cawan air suam
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil bread softener (optional)
Cara-cara:
- Bancuh gula dalam air suam hingga larut. Masukkan yis sekali dan biarkan seketika hingga air nampak berbuih.
- Masukkan tepung gandum ke dalam bekas besar. Gaul bersama susu pekat, minyak masak, garam dan juga bread softener.
- Masukkan campuran yis tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh kenyal dan licin. Pastikan doh tidak melekat pada tangan dan tepi mangkuk.
- Rehatkan doh sekejap. Lebih kurang 10-15 minit.
- Leperkan doh dan masukkan inti. Tutup inti dengan rapat.
- Alaskan doh dengan daun pisang@plastik@kertas minyak. Perap lagi doh lebih kurang 30 minit sehingga mengembang elok.
- Bila dah kembang, kukus selama 10 minit. Pastikan kukus dipanaskan terlebih dahulu.
Resepi Pau Gebu Montok Tembam…..Lembuttt!!
Pau Gebu Montok Tembam…..Lembuttt!!: Sumber Mat Gebu
Bahan-bahan Inti:
- 2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan dadu kecil, rebus hingga empuk dan toskan
- 1 cawan isi ayam yang dipotong kecil
- 1 camca besar penuh rempah kari daging
- 1/2 camca besar rempah kurma
- 1 biji bawang besar, didadu
- 2 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 tangkai daun kari
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1/2 cawan air
- Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bahan Doh Pau:
- 500 gram tepung pau (boleh beli dipasaraya dan kedai2 runcit)
- 1/2 cawan gula halus
- 1/4 cawan minyak jagung
- 1 1/4 cawan air
- 6 gram instant yeast
Cara-cara:
- UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun kari, kayu manis, bungalawang, bawang putih + halia hingga harum. Masukkan rempah kari + rempah kurma, kacau dan tuang air. Masukkan ayam dan kacau. Tambah kentang, gaul rata. Biar mendidih dengan api kecil.Bila inti pekat, tambah gara, secukup rasa dan secubit gula. Kacau hingga rata dan kering, masukkan hirisan daun bawang, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
- UNTUK DOH :- Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 – 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.
- UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :- Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat-bulatkan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat-bulatkan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 – 40 minit. Kukus selama 10 – 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.
Resepi Pau Kacang Merah, Gebu Dan Sangat Sedap
Pau Kacang Merah, Gebu Dan Sangat Sedap: Sumber Azlita Aziz
Bahan Inti Kacang Merah:
- 1 kg kacang merah besar ~ basuh bersih dan rendam sebentar
- 1700 ~ 2000 gram gula pasir ~ manis bergantung pada selera, lebih gula inti tahan
- lebih lama
- 1 kg minyak jagung
- garam secukup rasa
- Tepung gandum secukupnya
- 1 helai daun pandan ~ di simpul
Cara-cara:
- Kacang yang kita dah rendam tadi cuci bersih.
- Rebus kacang hingga mendidih.
- Tutup api dan biarkan periuk bertutup selama 2 hingga 3 jam. Anda akan dapati kacang akan mengembang besar.
- Rebus semula hingga kacang lembut
- Bila kacang dah lembut angkat biarkan sejuk sebentar. Air rebusan jangan buang ia di gunakan untuk kisar kacang.
- Bila dah sejuk, kisar kacang dengan air rebusan (jangan banyak ya, sekadar untuk kisar kacang) dan kisar kacang hingga halus.
- Masukkan kacang dan daun pandan ke dalam kuali, Kacau sampai mendidih.
- Kemudian masukkan gula. Lepas tu masukkan garam halus secukup rasa lemaknya.Bila dah mendidih , berkilat dan sebati, masukkan minyak
- Kacau sampai minyak betul-betul sebati dengan kacang. Biarkan ia mendidih dan agak likat.
Bahan-bahan Pau:
- 1 kg tepung pau atau tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder – Kedua-dua bahan di atas di ayak bersama
- 1 sudu teh garam
- 1/2 cawan minyak jagung atau minyak masak
- 2 1/4 cawan air
- 11 gram yis
- 1 sudu makan gula
- 2 sudu makan susu pekat manis
- 1 biji telur
Cara-cara:
- Satukan bahan di atas dan kacau hingga gula larut.
- Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar.
- Tuangkan adunan cecair sedikit-sedikit sambil di uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
- Tutup doh dengan kain dan biarkan 5 minit.
- Susun dalam kukusan, dan jarakkan sedikit antara satu sama lain.
- Biarkan doh naik 1 kali ganda ( jangan terlalu naik ya, sebab ia akan mengecut pula bila di kukus dan membuatkan permukaannya mengerutu dan keras).
- Pastikan kukusan telah di panaskan terlebih dahulu hingga airnya betul-betul mendidih.
- Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari kukusan tidak menitis atas pau yang membuatkan permukaan pau berkawah.
- Kukus pau selama 7 hingga 10 minit.
- Bila dah masak, angkat kukusan dengan penutupnya sekali. Jangan buka tutupnya dahulu, biarkan sebentar baru di buka tutup kukusan. Ia mengelakkan pau terencat dan mengecut.
- Keluarkan pau dan sejukkan atas redai.
Tips untuk frozen:
- Setelah pau sejuk dari redai, simpan dalam bekas plastik yang kedap udara. Masuk dalam bag plastik pun boleh. Simpan dalam peti ais. Bila nak makan keluarkan dan kukus semula selama 5 minit.
Penutup
Jom cuba di rumah resepi pau yang gebu ini.
Antara resepi yang anda boleh cuba:
- Resepi Cream Puff Sedap (Mudah, Gebu Je!)
- Resepi Karipap Rangup dan Sedap (Anda Kena Cuba Resepi Ini!)
- Resepi Karipap Sardin vs Karipap Inti Ikan (Sedapnya Tembosa Ikan Ini)
- Resepi Karipap Pusing Yang Rangup 2022 (Kulit Rapuh Krup Krap, Sedapnya!)
- Resepi Karipap Cheese Leleh Yang Sedap, Inti Padat!
- Resepi Karipap Inti Bihun Yang Simple Dan Sedap!
- Resepi Roti Nan Yang Lembut & Gebu!