fbpx

5 Resepi Karipap Cheese Leleh Yang Sedap, Inti Padat!

0

Hari ini saya nak kongsi resepi karipap cheese leleh yang pastinya inti padat! Sedapnya, makan panas-panas. Nak puas hati, boleh buat sendiri. Mudah je nak buat inti karipap cheese leleh ini. Sesuai juga dijadikan karipap frozen. Jom kita cuba citarasa fusion ini, padatkan inti karipap dengann cheese leleh! Yang pasti, rasanya memang sedap dan berbeza daripada karipap biasa yang kita buat.

Resepi Puff Ajaib / Karipap Inti Cheese

Resepi Puff Ajaib Karipap Inti Cheese

Puff Ajaib / Karipap Inti Cheese: Sumber Illya Ariffin

Bahan Pastri Puff:

  • Tepung Gandum 500 gram
  • Minyak jagung 175ml
  • Air limau nipis 1 biji
  • Air sejuk secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan Inti:

  • Daging kambing kisar
  • Mozarella cheese
  • Cheddar chesse
  • Puri tomato
  • Herba campuran
  • Garam secukup rasa

Cara-cara Pastri Puff:

  1. Panaskan minyak jagung, masukan ke dalam tepung.
  2. Masukan air sejuk serta uli.
  3. Masukan perahan limau nipis dan garam.
  4. Setelah menjadi doh, masukan ke dalam plastik dan biarkan doh rehat selama 15 min.

Cara-cara Inti:

  1. Panaskan minyak dan goreng daging kambing kisar.
  2. Masukan puri tomato serta herba campuran dan garam secukup rasa.
  3. Angkat selepas kering.

Cara Penyediaan:

  1. Akhir sekali masukan inti ke dalam doh yang di uli sebelum memasukan cheese.

  2. Kemudian goreng dan hidang sewaktu panas.

Resepi Karipap Cheese Norliy Harun

Karipap Cheese Norliy Harun myrasa

Karipap Cheese : Sumber myrasa / Norli Harun

Bahan Inti (Untuk 10 biji Karipap):

  • Minyak masak

  • 3 biji kentang (potong dadu)

  • 5 ulas bawang putih (potong dadu)

  • 1 labu bawang besar (potong dadu)

  • 1 biji tomato (potong dadu)

  • Daging kisar secukupnya

  • 1 peket keju

  • 1 sudu kecil oregano

  • 2 sudu besar sos tomato

  • Garam secukup rasa

Cara Masak Inti:

  1. Goreng kentang sampai masak. Ketepikan.
  2. Bawang putih dan bawang besar ditumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan tomato. Tumis lagi.
  4. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga betul-betul masak.
  5. Masukkan keju, oregano, sos tomato dan garam. Kacau lagi.
  6. Setelah masak, tutup api dan biarkan sejuk.

Bahan Doh:

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar marjerin atau mentega
  • 1 kg tepung gandum
  • 200 ml air sejuk
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1.  Panaskan minyak masak dan masukkan marjerin atau mentega ke dalam kuali sehingga betul-betul panas.
  2. Tuang tepung gandum ke dalam bekas. Masukkan minyak panas tadi ke dalam tepung dan gaul.
  3. Setelah adunan rata, masukkan air sejuk yang sudah dibancuh dengan garam. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga dok tidak melekat di tangan dan bekas.
  4. Biarkan setengah jam baru boleh mula buat karipap.

Cara Penyediaan:

  1. Ambil sedikit doh dan buat bentul bulat. Leperkan.
  2. Letakkan sesudu besar inti.
  3. Kelimkan tepi karipap.
  4. Panaskan minyak masak dan goreng karipap sehingga kekuningan.
  5. Angkat dan sedia dihidang.

Resepi Karipap Cheese Resepi Bonda

Resepi Karipap Cheese Resepi Bonda

Karipap Cheese: Sumber Resepi Bonda

Bahan Kulit:

  • 225 gram tepung gandum
  • 80 gram margerin
  • 70 ml air @ secukupnya
  • sedikit garam halus

Bahan Inti:

  • 2 biji kentang ~ direbus dan dilecek halus
  • sedikit daun sup
  • lada sulah secukupnya
  • mayonis secukupnya
  • susu cair secukupnya
  • sausage secukupnya ~ direbus dan dipotong kecil
  • cheese cheddar secukupnya ~ dipotong ikut citarasa

Cara buat Kulit:

  1. Satukan tepung dan margerin, gaul hingga rata.
  2. Air dan garam disatukan, kacau hingga garam hancur.
  3. Masukkan air dalam adunan dan gaul hingga lembut dan licin.
  4. Pastikan masukkan air separuh-separuh. Jika dah ok, tak perlu habiskan. Jika adunan masih keras, boleh tambah sikit lagi.

Cara buat Inti:

  1. Kentang yang dah dilecek, gaulkan bersama lada sulah, daun sup, mayonis, dan susu cair.

  2. Masukkan susu cair sikit demi sikit, kalau adunan dah lembut dan tak kering sangat, dah ok. Kalau guna lada sulah berperisa AjiShio, memang dah masin dan tak perlu tambah garam. Kalau guna lada sulah biasa, tambah sedikit garam.

  3. Sausage boleh digantikan dengan jejari ketam jika suka ataupun campur keduanya sekali lagi sedap.

  4. Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan kemudian digelek nipis. Letak inti secukupnya (Berapa banyak cheese dan sausage bergantung pada selera anda), tutup dan kelim ditepinya.

  5. Goreng hingga keemasan dan sedap dimakan panas.

Resepi Karipap Cendawan Keju Meleleh Sally

Karipap Cendawan Keju Meleleh

Karipap Cendawan Keju Meleleh: Sumber Sally

Bahan Inti:

  • Cendawan oyster-bersihkan dan siat kecil-kecil.
  • Bawang Putih-diracik halus
  • Mix herb
  • lada hitam
  • Garam & Gula
  • Parutan Cheddar Cheese
  • mayonis

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak masak, bila agak layu masukkan cendawan yang disiat kecil..bila cendawan sudah agak masak, masukkan mix herb, garam & gula dan juga black pepper.
  2. Kacau rata. Bila cendawan sejuk barulah digaulkan dengan mayonis. Parutan cheddar cheese masukkan ketika nak klim karipap.

Bahan Doh Karipap Rangup:

  • 2 1/2 cawan Gandum – biasanya ianya menghasilkan lebih kurang 25 biji karipap sederhana besar
  • 1 sudu besar planta
  • 3 sudu besar minyak masak
  • secubit garam
  • Air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak, masukkan planta. Bila dah cair masukkan ke dalam tepung gandum..Hati-hati sebab minyak masih panas..masukkan secubit garam..jadikan adunan seperti bread crumb sebelum dicampur air sedikit demi sedikit.

Resepi Karipap Cendawan Cheese

Karipap Cendawan Cheese

Karipap Cendawan Cheese: Sumber Iluminasi

Bahan-bahan:

  • Cendawan shitake (1 pek)
  • Bawang besar (3 biji) – dicincang
  • Isi ayam (3 ketul) – dipotong dadu
  • Lada sulah (1 sudu besar)
  • Slice cheese (4)
  • Mentega/marjerin (1 sudu besar)
  • Susu full cream (1 cawan)
  • Instant sup cendawan (1 pek)
  • Pati ayam (1 kiub)

Cara-cara:

  1. Sediakan doh kulit karipap, boleh ikut mana-mana resepi kulit karipap.
  2. Rendamkan cendawan shitake sehingga kembang. Kemudian, potong dadu.
  3. Tumis bawang sehingga garing dengan kuantiti minyak sederhana. Jangan terlalu banyak minyak.
  4. Masukkan ayam dan gaul sebati. Kecilkan api dan masukkan cendawan.
  5. Perlu sentiasa kacau untuk mengelakkan cendawan hangus. Masukkan lada sulah dan kacau sebati. Padam api dan ketepikan.
  6. Dengan menggunakan cara double boil, cairkan cheese dan mentega bersama susu.
  7. Apabila cheese dan mentega sudah cair, masukkan instant sup cendawan dan kiub pati ayam. Kacau sehingga sebati. Curahkan sup cendawan tersebut ke dalam kuali ayam dan cendawan shitake tadi. Masak sehingga
    kuah menjadi pekat.
  8. Letakkan inti cendawan cheese tadi ke dalam doh kulit karipap dan goreng.

Penutup

Goreng karipap menggunakan api perlahan dan minyak yang banyak untuk karipap kulit licin ya! Sedap dinikmati ketika panas dengan keju nya yg melimpah keluar dan intinya yang cukup padat!

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.