fbpx

21 Resepi Telur Dadar Viral 2021 (Sedap, Gebu dan Rangup!)

0

Resepi Telur Dadar Viral ini sangat sedap. Sedap, Gebu dan Rangup! Kegemaran seisi keluarga sebab resepi telur dadar ini mudah nak sedia dan cepat nak masak. Telur dadar adalah menu yang wajib ada kalau masak kat rumah. Aneka resepi telur dadar disediakan untuk anda. Telur adalah makanan sumber protein yang menyihatkan. Kaya dengan vitamin A dan Omega 3.

Resepi Telur Dadar Yummy

telur dadar yummy

Resepi Telur Dadar Yummy: Sumber Nor Ariffin

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur
  • Secubit rempah kari
  • Secubit spicy paprika

Cara-cara:

  1. Pecahkan telur masukkan dalam bekas.
  2. Kacau telur kemudian masukkan rempah kari dan paprika kacau sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam pan, masukkan telur.
  4. Terbalikkan telur bagi sekata masak kedua-dua bahagian telur.
  5. Siap! sedap makan panas.

Resepi Telur Dadar Tebal

telur dadar tebal

Telur Dadar Tebal: Sumber Vanilla Kismis

Bahan-bahan:

  • 7 biji telur
  • Sedikit soda bikarbonat
  • Sedikit baking powder
  • Kicap sotong
  • Bawang dihiris dadu
  • Cili – dihiris

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan, pukul biasa saja tak perlu bersungguh sambil kacip gigi.
  2. Tuang minyak dalam kuali biar betul betul panas barulah masuk bancuhan telur.
  3. Kalau nak bersarang, masak dengan minyak yang banyak, jika untuk jualan minyaknya biasa saja.

Resepi Telur Dadar Gebu

telur dadar gebu

Telur Dadar Gebu: Sumber Khairul Hakimin Muhammad

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur ayam gred suka hati
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 biji bawang besar India
  • 2 biji cili merah
  • 1 cekak daun kucai
  • 1 sudu besar serbuk penaik
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Basuh dulu semua telur itu kemudian pecahkan dalam 1 bekas.
  2. Kemudian, cincang semua bawang, cili dan kucai.
  3. Masukkan dalam bekas telur tadi.
  4. Gunakan pemukul belon (whisk) dan pukul bahan-bahan tadi.
  5. Kemudian, sambil pukul sambil masukkan susu cair. Pukul sampai kembang.
  6. Kemudian masukkan serbuk penaik, serbuk kunyit dan garam. Pukul lagi sampai kembang sekali lagi.
  7. Panaskan kuali Tefal yang ada. Tak perlu minyak.
  8. Pasang api kecil.
  9. Masukkan telur tadi dalam kuali.
  10. Kemudian tutup dengan penutup periuk.
  11. Dalam 10 minit. Boleh buka, kembang lawa. Boleh ambil sudu atau garfu, kuis-kuis dia kat tengah kasi ada lubang. Boleh balikkan. Tutup semula. Dalam 10 minit lagi, boleh siap dah itu.

Resepi Telur Dadar Rangup Crispy

telur dadar rangup crispy

Telur Dadar Rangup Crispy: Sumber Hafizul Hakim

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur,
  • 1 sudu besar tepung, boleh guna tepung gandum, beras atau jagung,
  • 4 sudu air sejuk atau 2 ketul ais,
  • Garam/cukup rasa

Cara-cara:

  1. Kacau telur dan semua bahan sampai sebati. Yang penting, pastikan telur ini sejuk, jangan lupa tuang 4 sudu air sejuk.
  2. Panaskan minyak sampai betul-betul panas.
  3. Tuang telur daripada jarak yang tinggi.
  4. Satu bancuhan telur untuk 3-4 kali goreng sebab tidak boleh goreng sekaligus, nanti tidak jadi gebu macam dalam gambar.
  5. Kalau saya, Thai Sos jadi pilihan untuk cicah.

Nota:

  • Kalau tak ada air sejuk dan ais, masukkan saja bancuhan telur dalam peti ais beku dalam 5 minit bagi dia betul-betul sejuk sebelum digoreng.

Resepi Telur Dadar Mayonis Gebu

telur dadar mayonis gebu

Telur Dadar Mayonis Gebu: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 1 sudu makan mayonis
  • 2 tangkai daun bawang – hiris
  • 1 biji cili merah – hiris
  • 3 ulas bawang merah – hiris
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan bahan. Kacau rata.  Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga masak.

Resepi Telur Dadar Thai (Crispy Ala Thai)

telur dadar thai

Telur Dadar Thai (Crispy Ala Thai): Sumber Henny Suhaina

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 1 sdb tepung jagung
  • 1 sdb kicap sotong @ ikan @ nampla
  • 2 sdb air
  • 1 cwn minyak masak

Cara-cara:

  1. Kocak telur hingga kuning dan putih sebati dan serasi bersama.
  2. Dalam cawan lain bancuh air dengan tepung jagung.
  3. Masukkan air tepung jagung ke dalam mangkuk telur.
  4. Masukkan pula kicap sotong. Aduk mesra
  5. Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas.
  6. Tuang bancuhan telur tadi tinggi-tinggi.
  7. Sambil tuang minyak masak ke atas telur.
  8. Bila dah perang kedua belah bahagian boleh dihidang.

Resepi Telur Dadar Padang Azie Kitchen

telur  dadar padang

Telur Dadar Padang: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 3 sudu besar kelapa parut
  • 2 batang daun bawang – hiris nipis
  • Garam

Bahan Kisar:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 batang cili merah

Cara-cara:

  1. Kacau telur dengan semua bahan kisar sehingga rata. Kemudian masukkan bawang hiris dan lain lain bahan. Kacau lagi.
  2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tuang telur. Goreng sehingga garing dan dibalik balikkan.
  3. Bolehlah angkat dan dipotong mengikut citarasa masing masing.

Resepi Telur Dadar Sayuran

telur dadar sayuran

Telur Dadar Sayuran: Sumber Cik Manggis

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 1/2 labu bawang besar-dadu
  • 4 biji kacang panjang.
  • 4 pokok daun kucai.
  • 1/2 biji cili masak.-hiris nipis
  • 1/2 cawan tauge.
  • garam secukup rasa.
  • sedikit lada hitam.

Cara-cara:

  1. Sayur dipotong kecil
  2. Satukan semua bahan-bahan diatas ke dalam bekas dan gaul hingga rata.
  3. Panaskan kuali non stick saiz yang paling kecil. Masukkan sedikit minyak jagung,
  4. Sendukkan adunan telur kedalam kuali dan masak hingga perang.
  5. Balik balikkan agar ianya masak dengan sekata. Siap.

Resepi Telur Dadar Indonesian Ommelete

telur dadar indonesian ommelete

Telur Dadar Indonesian Ommelete: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur 
  • 1 sudu besar tepung beras – bancuh dengan 1 sudu besar air
  • Daun bawang – hiris
  • Daun kunyit – hiris
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam

Bahan tumbuk:

  • 1 ulas bawang putih
  • 1-2 ulas bawang merah
  • 3 tangkai cili api merah

Cara-cara:

  1. Larutkan tepung beras dengan air, garam dan serbuk kunyit.
  2. Masukkan bahan tumbuk, daun bawang dan daun kunyit yang dihiris. 
  3. Masukkan telur dan dipukul serta dikacau rata. Panaskan minyak dan goreng seperti biasa.  

Resepi Telur Dadar Mamak

telur dadar mamak

Telur Dadar Mamak: Sumber Mamak Haji

Bahan-bahan:

  • 8 biji telur.
  • 2 biji bawang labus besar di potong dadu.
  • 1 batang karot sederhana di sagat halus.
  • 2 tangkai cili merah dihiris halus.
  • 1 pokok ketumbar dihiris halus. kalau tak suka baunya gunakan daun sup atau daun bawang.
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada putih/sula.
  • 1/4 sudu serbuk jintan putih.
  • 1/4 serbuk ketumbar (kalau tidak gunakan daun ketumbar).
  • Secubit garam masala (kalau ada).
  • 3 sudu besar minyak masak.
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara:

  1. Adunkan semua bahan-bahan tadi dan gaul rata dan pukul telur untuk kembang sikit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan adunan telur.
  3. Kecilkan api dapur paras paling minima, tutup kuali hingga bahagian atas telur agak-agak masak sedikit. Terbalikkan telur dengan menggunakan pingan makan. Masak lagi hingga telur masak bahagian atas. Telur dadar dah siap.

Resepi Telur Dadar Bawang

telur dadar bawang

Telur Dadar Bawang: Sumber Ajinomoto

Bahan-bahan:

  • 5 Telur
  • ½ sudu besar
  • Kicap cair
  • ¾ sudu kecik AJI-NO-MOTO®
  • ¾ sudu kecik
  • Garam
  • ½ biji Bawang besar, hiris nipis
  • Secukupnya Minyak masak

Cara-cara:

  1. Pukul telur bersama kicap cair, AJI-NO-MOTO®, garam dan bawang sehingga kembang.
  2. Panaskan minyak, tuangkan campuran telur. Goreng di kedua-dua belah sehingga garing.
  3. Dihidang panas bersama nasi putih.

Resepi Telur Dadar Udang

telur dadar udang

Telur Dadar Udang: Sumber Elena’s Kitchen

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur – pukul
  • 12 ekor udang – potong kecil
  • 1/2 biji bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 1 biji cili merah – potong kecil
  • Sedikit daun bawang – hiris
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • minyak

Cara-cara:

  1. Perap udang dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah.
  3. Masukkan udang dan goreng hingga udang masak.
  4. Kemudian tuang telur yang dicampur dengan daun bawang.
  5. Kecilkan api dan tutup periuk dan biar bahagian bawah masak sebelum terbalikkan telur.
  6. Masakkan bahagian atas pula. Bila telur dadar dah masak, bolehlah angkat dan hidang.

Resepi Telur Dadar Oat

telur dadar oat

Telur Dadar Oat: Sumber Afzalina

Bahan-bahan:

  • Bawang Besar
  • Cili Besar
  • Lobak Merah
  • Daun Ketumbar
  • 3 Biji Telur
  • 1/2 Cawan Nutrabliss Instant Organic Oat daripada Watsons
  • 1/4 Cawan Susu Segar
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam
  • Organic Extra Virgin Coconut Oil daripada Watsons

Cara-cara:

  1. Hiris bawang besar, cili besar, lobak merah dan daun ketumbar. Ketepikan dahulu.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
  3. Masukkan oat, susu segar dan bahan-bahan yang dihiris tadi, garam secukupnya serta serbuk lada hitam. Kacau sehingga semuanya sebati.
  4. Kemudian, panaskan kuali dan masukkan minyak.  Goreng bancuhan telur dengan api sederhana sehingga masak dan kekuningan di kedua-dua belah. Angkat dan boleh dihidangkan.

Resepi Telur Dadar Isi Ayam

telur dadar isi ayam

Telur Dadar Isi Ayam: Sumber namakucella

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur ayam
  • 1 keping dada ayam – cincang
  • 1 biji cili merah – cincang
  • 1/2 bawang besar- cincang
  • 1 pelepah daun sup/daun bawang – hiris
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Minyak

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan (kecuali minyak)..
  2. Pukul & kacau rata supaya sebati.
  3. Panaskan minyak anggaran 3 sudu d dadarkan  hingga garing.
  4. Boleh dadar sekaligus menjadi dadar yang tebal @ boleh buat mini dadar untuk lebih garing rangup.

Nota:

  • Buat dadar kecik-kecik saiz mini supaya lebih garing crispy tepinya. Lagi 1 sebab supaya isi ayam terjamin masak
  • Kalau dadar tebal kena masak api perlahan di tutup kuali supaya isi ayam didalamnya masak.
  • Telur Dadar Isi Ayam akan garing rangup diluar & moist juicy di dalamnya kerana juice dari isi ayam.

Resepi Telur Dadar Gulung (Korean Egg Roll)

telur dadar gulung (korean egg roll)

Telur Dadar Gulung: Sumber CikLeen Petri

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur ayam
  • 2 inci lobak merah (parut & potong)
  • 1/4 biji bawang holand (cincang halus)
  • 2 biji bawang putih (cincang halus)
  • 3 helai daun bawang (cincang halus)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu serbuk knor
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam
  • Sedikit mentega / majerin

Cara-cara:

  1. Pukul telur hingga kembang bersama, garam, serbuk knor & lada hitam.
  2. Masukkan pula lobak, daun bawang, bawang holand & bawang putih. Kacau rata.
  3. Letakkan sedikit mentega pada kuali. Sebaiknya kuali tak lekat. Tuangkan sesenduk besar bancuhan telur.
  4. Dah agak kering, gulungkan telur berkenaan. Pastikan jangan terlalu kering bahagian atas telur. Elok basah-basah lagi supaya elok melekat bila digulung. Jangan gulung habis, tinggalkan sedikit yang tak digulung. Tuangkan lagi sesenduk bancuhan telur.
  5. Ulang langkah diatas sehingga bancuhan telur habis.
  6. Dah siap, angkat dan potong.

Resepi Telur Dadar Ala Taiwan

tellur dadar taiwan

Telur Dadar Ala Taiwan: Sumber saji.my

Bahan-bahan:

  • Isi udang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • Lada sulah
  • Daun ketumbar
  • Tepung ubi kayu
  • Tepung beras
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 biji telur
  • Bawang putih

Cara-cara:

  1. Gaulkan sos tiram, kicap cair, sos ikan dan lada sulah bersama telur.
  2. Tambah daun ketumbar dan daung bawang. Ketepikan.
  3. Tumis bawang putih dan udang. Ketepikan.
  4. Bancuhan tepung ubi (4 sudu besar) dan tepung beras (1sudu besar) dibancuh cair dengan air.
  5. Bila kuali dah panas, taburkan bancuhan tepung ke atasnya (seperti lempeng).
  6. Setelah bancuhan tepung mula masak, masukkan bancuhan telur tadi bersama udang dan bawang putih.
  7. Boleh gaul atau pecahkan, mengikut citarasa masing-masing. Siap.

Resepi Telur Dadar Filipina ( Tortang Talong)

telur dadar filipina

Telur Dadar Filipina (Tortang Talong): Sumber saji.my

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur ayam
  • Bawang (dihiris)
  • Cili padi (dihiris)
  • 2 biji terung (dibakar sehingga kulit hitam)
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Bakar terung sehingga hitam, kemudian kikis bahagian kulit yang hitam.
  2. Lenyek isi terung. Pastikan tidak sampai hancur, ketepikan.
  3. Pecahkan telur ayam dan masukkan bawang merah serta cili padi.
  4. Perasakan dengan garam. Pukul sebati.
  5. Goreng bancuhan telur seperti telur dadar biasa.
  6. Masukkan terung tadi sebelum telur mengeras.
  7. Goreng sehingga masak.

Resepi Telur Dadar Berkeju

telur dadar berkeju

Telur Dadar Berkeju: Sumber Amie

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur gred AA
  • 1/2 biji capsicum hijau – cincang dadu
  • 1/2 cawan hirisan daun bawang
  • 1 labu bawang besar – cincang dadu
  • 5 biji cili padi – hiris halus
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam MAGGI
  • Cukup Rasa 1 cawan parutan keju BEQA
  • mentega

Cara-cara:

  1. Campur telur bersama semua bahan di ata kecuali mentega dan parutan keju.
  2. Panaskan kuali non-stik saiz kecil, dan cairkan sedikit mentega.
  3. Masukkan 1/3 bahagian adunan telur ke dalam kuali.
  4. Masukkan 1/3 cawan parutan keju BEQA.
  5. Apabila permukaan telur dadar kelihatan kental, terbalikkan dengan berhati-hati.
  6. Setelah telur dadar kelihatan kuning keemasan, angkat.
  7. Ulangi 3,4 & 5 hingga selesai.

Resepi Telur Dadar Stail Kedai Makan

telur dadar stail kedai makan

Resepi Telur Dadar Stail Kedai Makan: Sumber Nasi Ulam Cikgu

Bahan-bahan:

  • Telur
  • Batang saderi
  • Lobak merah
  • Bawang besar
  • Daun bawang
  • Cili merah besar
  • Tepung ubi
  • Telur
  • Garam
  • Ajinomoto

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan. Kacau sampai tepung ubi hancur.
  2. Masukkan minyak, pastikan minyak panas sebelum masukkan telur.
  3. Goreng telur dengan api yang kecil.
  4. Tutup kuali dengan penutup.
  5. Tunggu sekejap dan terbalikkan telur dadar dan angkat.
  6. Siap untuk dihidang.

Resepi Telur Dadar Cencalok

telur dadar cencalok

Telur Dadar Cencalok: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 1 sudu makan cencalok – tapis dan perah airnya
  • 1-2 biji bawang merah – hiris
  • 2 biji cili padi – hiris

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan gaul rata.
  2. Panaskan minyak dan goreng. Angkat bila masak.
  3. Enak dinikmati bersama nasi panas dan perahan limau nipis.

Resepi Telur Dadar Goreng Tepung

Telur Dadar Goreng Tepung: Sumber saji.my

Bahan-bahan:

  • Telur
  • Tepung serbaguna (pedas)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit air

Cara-cara:

  1. Goreng telur dadar kemudian potong.
  2. Ambil secukupnya tepung serbaguna, kemudian bancuh dengan air (jangan terlampau cair).
  3. Celupkan telur dadar ke dalam bancuhan tepung. Kemudian, golekkan ke dalam tepung serbaguna yang kering pula.
  4. Goreng hingga kecoklatan.
  5. Angkat dan toskan. Siap.

Penutup

Resepi Telur Dadar ini pastinya sedap, gebu dan rangup! Nak makan tanpa nasi pun sedap, apa lagi makan dengan nasi panas-panas. Nak masak apa hari ni? Mudah je, masak telur dadar pun sedap, pasti makin berselera mereka makan. Boleh juga cuba Resepi Kerabu Bayam Brazil

Leave A Reply

Your email address will not be published.