fbpx

5 Tips Menangani Kelesuan Pandemik

Hari ini saya nak kongsi 5 tips menangani kelesuan pandemik (pandemic fatigue). Kelesuan pandemik didefinisikan sebagai tindak balas semulajadi yang dijangkakan terhadap kesukaran berlanjutan serta berpanjangan dalam kehidupan seseorang disebabkan pandemik. Antara tanda-tanda kelesuan pandemik adalah kepenatan untuk mengamalkan norma baharu, rasa kecewa, bimbang, dan paling teruk boleh mengakibatkan  kemurungan. Rasa tidak puas hati, terasing dan putus asa adalah antara ciri-ciri kelesuan ini.

Berikut adalah 5 tips menangani kelesuan pandemik. Perkongsian bermanfaat ini, dari chanel telegram Gu Cakna Ubat.

Muhasabah dan reda

muhasabah diri dan reda

Ambil masa untuk cermin diri kita sendiri.
Apakah yang aku rasa sekarang ini? Dengan peningkatan kes, dengan masa depan yang tidak dapat dipastikan?

Di waktu yang sukar ini, bila kita merasa jengkel, tidak sabar, marah, atau mengalami keletihan, kegelisahan atau kemurungan, boleh dikatakan ia adalah normal. Jika keadaan sukar sekarang ini diambil kira.

Kita kena akui perkara ini kita sedang lalui dan hadapi. Ia adalah satu reaksi yang normal sebagai manusia.

Bernafas dan bertafakur

bernafas dan bertafakur

‘Kalau tak bernafas, matilah kita!’ hihi
Bila saya ambil gambar ramai-ramai, saya akan tegur, ‘jangan lupa bernafas!’ sebab semua tense atau tegang sampai posing nampak dibuat-buat.

Latihan pernafasan adalah kaedah paling mudah untuk mengurangkan tekanan dan kegelisahan. Perlahankan pernafasan anda untuk memberitahu badan anda bahawa tidak ada ancaman yang sedang berlaku. Dengan bersolat, berzikir, membaca al-quran atau apa-apa meditasi (tafakur) agama juga amat-amat membantu.

Pantau media sosial anda

pantau media sosial

Hentikan ‘doomscrolling’ dan hadkan masa di skrin telefon anda.

Yeahhh, saya amat suka tips ini! Peringatan kepada diri sendiri nih! haha

Apa tu ‘doomscrolling’? benda ini adalah satu keadaan kita sengaja mencari bahan-bahan atau cerita-cerita negatif dalam media sosial. Lama pulak tu, berjam-jam duk baca perkara-perkara yang belum tentu hujung pangkalnya.

Maka dengan itu, saya mengajak diri dan sahabat sekalian, hadkan masa di media sosial, ia bukan segala-galanya di dunia ini.

Anxiety can build from media exposure! Jika nak jugak atau tak nak ketinggalan dengan media sosial, pilihlah sumber yang benar-benar boleh diyakini dan dipercayai.

Kembalikan dan tambah tenaga anda

Makan makanan berkhasiat.
Ambil masa berjalan-jalan sekitar kejiranan. Atau berjogging.
Baca buku guys, membaca itu jambatan ilmu.
Jika payah sangat, tengok je Netflix! hihi

Aktifkan dirimu!

aktifkan dirimu

Saya suka berlari! So saya berlari. Selepas raya ini, sudah seminggu saya berlari 2 atau 3 km sehari. Ye, sedikit! Tetapi ok la dengan kemampuan saya yang semakin tua ini. hihi

Saya juga mula buat jumprope atau skipping sejak seminggu ini. Alhamdulillah. Semalam pula start Freeletics.

Macam-macam boleh buat untuk mengaktifkan diri.

‘Arghhh, aku mana ada masa untuk semua ini!’

Guys, jika kita letak perkara ini (aktif) sebagai keutamaan, kita pasti akan mencari jalan untuk membuatnya insyaAllah. Orait! Itu sahaja untuk 5 tips untuk mencegah atau menangani kelesuan pandemik ini.

Sumber: Affarizan Sidek (Pegawai Farmasi JKNK)

Penutup

Kelesuan pandemik (pandemic fatigue) di seluruh dunia menjadi salah satu penyebab peningkatan kes sejak kebelakangan ini termasuk di Malaysia. Berdasarkan laporan akhbar (Berita Harian, 2021), Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, disebabkan itu masyarakat mula menjadi lesu dan secara tidak langsung lupa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) diperkenalkan hujung tahun lalu.

Tidak ada jalan lain lagi, semuanya berbalik kepada pematuhan SOP dan setiap daripada kita perlu mainkan peranan kerana tanpa pembabitan bersama, pastinya sukar negara memerangi COVID-19. Jangan menunding jari ke arah orang lain, kita sewajarnya bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing. Bahaya virus ini adalah benar dan boleh membawa maut. Masyarakat perlu mengambil serius dengan memainkan peranan masing-masing, dengan cara patuh SOP dan duduk di rumah jika tiada urusan penting untuk keluar #Kitajagakita.

Anda mungkin berminat dengan:

Leave A Reply

Your email address will not be published.