fbpx

6 Tips Produktif Bekerja Dari Rumah Musim Covid 19

0

Alamak ! WORK FROM HOME LAGI 😭 Stress kan bila fikir terpaksa bekerja dari rumah?

Beberapa minggu yang lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021.

Well, here we go again. It’s PKP 2.0 guys 😢 Semestinya akan ada sebahagian dari kita yang terjejas akibat dari PKP 2.0 ini dan mestilah rutin harian kita pun akan turut terjejas. Yang mane tengah belajar, terpaksa belajar atas talian dan yang mana tengah bekerja terpaksa bekerja dari rumah. 

“Work From Home” atau lebih mudah disebut WFH. Dengar macam best kan sebab tidak perlu ke pejabat dan boleh buat benda lain yang kita nak selain kerja tapi kalau kita tak dapat menguruskan masa dengan baik, WFH akan membuatkan kita lebih tertekan. Suasana bekerja di rumah pun pasti akan mempengaruhi kualiti kerja kita dan perkara itu akan menyebabkan kita lebih tertekan.

So, here I am today 😎 Saya akan kongsikan tips untuk anda semua yang terpaksa bekerja dari rumah agar sentiasa produktif dan bersemangat untuk meneruskan kerja anda. 

1. Bangun Awal Pagi

angan jadikan WFH sebagai alasan untuk anda bangun lewat kerana tidak perlu ke pejabat.

Cristoph Randler, seorang pakar Biologi dari Harvard pernah menyatakan bahawasanya mereka yang mempunyai tabiat bangun awal adalah lebih proaktif dan kajian dari beliau juga menunjukkan mereka yang bangun awal berupaya untuk menangani masalah dengan lebih efisien. 

Oleh itu, anda digalakkan untuk bangun awal pagi supaya anda lebih produktif dan dapat memberi sepenuh perhatian pada kerja anda

2. Lakukan Senaman Ringan Sebelum Memulakan Kerja

Selepas bangun pagi, ambil masa untuk melakukan senaman ringan yang boleh dilakukan di rumah. Senaman dapat mengeluarkan endorfin yang membantu meningkatkan segala perasaan yang menambahkan positiviti, minat dan produktiviti seseorang.

Kajian juga mendapati bersenam di awal pagi meningkatkan keupayaan pembakaran kalori berkekalan sehingga petang. Jadi, pemikiran kita akan lebih tajam dan kita dapat memberi sepenuh perhatian kepada kerja kita.

3. Sediakan Ruang Bekerja

Mempunyai ruang bekerja sendiri akan membantu kita rasa lebih selesa untuk bekerja di rumah.

Anda boleh menggunakan mana-mana ruang yang kosong untuk dijadikan tempat bekerja anda. Jika tiada ruang kosong, sekurang-kurangnya anda perlu menyediakan sebuah meja dan anda boleh menghias meja tersebut mengikut kreativiti anda.

Trust me, tempat kerja yang tersusun atur dan cantik akan membuatkan kita lebih tenang dan gembira untuk menyiapkan kerja kita.

Friendly reminder, jangan gunakan tempat tidur atau tempat makan sebagai ruang berkerja anda kerana perkara tersebut akan menggangu fokus anda.

4. Mempunyai Daily Planner

Apabila bekerja di rumah, sudah tentu kerja kita juga makin bertambah.

Sekiranya anda merancang perjalanan kerja anda pada hari tersebut hanya dalam minda anda, maka otak anda akan lebih terbeban kerana terpaksa mengingati satu-satu perkara yang anda ingin lakukan.

Menyediakan perancang harian amat lah membantu anda dalam menyelesaikan kerja harian anda dalam sesuatu masa.

Anda boleh mencatat to-do-list dalam perancang harian anda setiap pagi sebelum memulakan kerja supaya kerja-kerja anda sentiasa ‘on track’ dan dapat di siapkan dalam waktu yang ditetapkan.

Hari anda akan berjalan dengan lebih lancar dengan adanya perancang harian ini.

5. Gunakan Aplikasi Yang Boleh Menghubungkan Dengan Rakan

WFH bermaksud anda bekerja sendirian.

Tidak dinafikan pasti akan ada perasaan sunyi kerana kita sudah terbiasa bekerja dengan rakan-rakan. Mendengar bebelan dan gelak tawa mereka yang menemani kita sepanjang waktu bekerja akan menjadi perkara yang paling dirindui apabila terpaksa berkerja dari rumah.

Oleh itu, aplikasi-aplikasi yang telah dibina untuk menghubungkan kita dengan orang yang jauh sangatlah berguna pada masa sekarang. Anda boleh berhubung dengan rakan sekerja anda melalui video call atau Google Meet.

Tidak semestinya anda harus berhubung atas urusan kerja semata-mata, cukuplah sekadar untuk teman berborak untuk mengelakkan kesunyian memenuhi jiwa kita dan secara tidak langsung kita akan berasa malas untuk meneruskan kerja.

6. Tetapkan Waktu Rehat

Bekerja dari rumah kadangkala menyebabkan kita bekerja terlebih masa disebabkan fleksibiliti waktu bekerja.

Bekerja di luar kemampuan kita akan menyebabkan otak dan badan kita mudah rasa letih dan lemau. Jadi, anda harus tetapkan waktu rehat sekurang-kurangnya satu jam dalam jadual bekerja anda.

Anda boleh menggunakan waktu rehat tersebut untuk ‘release tension’ seperti luang masa bersama keluarga, memasak atau bersosial di media sosial.

Setelah itu, anda boleh sambung kerja anda dengan minda yang segar kembali.

Kajian membuktikan dengan mengambil sedikit masa untuk berehat dapat meningkatkan tahap kreativiti dan produktiviti kerja anda.

Secara tidak langsung, work from home telah menjadi perkara yang normal bagi para pekerja selagi kita masih dalam peperangan menentang Covid-19.


Sekian sahaja perkongsian saya. Semoga memberi inspirasi supaya sentiasa bersemangat dalam bekerja. Stay at home. Stay safe. #kitajagakita

Leave A Reply

Your email address will not be published.