fbpx

5 Resepi Ayam Masak Rose Sedap Dan Mudah 2022

Hari ini saya nak kongsi resepi ayam masak rose. Sedap dimakan bersama nasi hujan panas. Ayam masak rose sedikit berbeza dengan ayam masak merah kerana ayam masak rose menggunakan sedikit santan dalam resepi. Rasanya masam-masam manis pasti sedap. Bahan yang digunakan pun sangatlah mudah dan ringkas untuk ayam masak rose. Jadi, selamat mencuba!

Resepi Ayam Masak Rose Mat Gebu

Ayam Masak Rose Mat Gebu

Ayam Masak Rose: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
  • 1 camca teh serbuk kunyit*
  • 3/4 camca teh garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 2 camca besar tomato puree
  • 3 camca besar sos cili
  • 2 camca besar sos tomato
  • 2 batang serai, diketuk
  • 1/4 cawan kismis
  • 1/3 cawan susu sejat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan air
  • Hirisan daun sup untuk hiasan

Bahan Kisar Halus:

  • 1  biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih

Bahan-bahan Tumis:

  • 1 biji bawang besar hiris
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Cara-cara:

  1. Goreng ayam 1/2 masak, angkat dan toskan. Cedok keluar minyak tadi dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga layu dan harum. Tambah serai, kismis dan bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga wangi.
  2. Tambah cili kisar, kacau rata, masukkan sos cili, sos tomato dan tomato puree, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga naik minyak. Masukkan ayam, gaul rata dan tuang air. Kacau rata dan masak hingga pekat.
  3. Tambah susu cair, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa (mesti ada rasa manis sedikit). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan bersama nasi putih atau sebarang nasi berperisa. Kalau suka boleh juga hiaskan dengan kacang pis. Selamat mencuba!!

Resepi Ayam Masak Rose Azie Kitchen

Ayam Masak Rose Azie Kitchen

Ayam Masak Rose: Sumber Azie Kitchen

Bahan perap ayam:

  • 1 inci kunyit hidup – tumbuk halus

  • 5 ulas bawang putih – tumbuk halus

  • 2 inci halia – tumbuk halus

  • Garam

  • 1 ekor Ayam – potong 16

Bahan-bahan:

  • 3 biji bawang besar – hiris nipis-nipis

  • 2 ulas bawang putih – di hiris halus

  • 3 batang serai – di ketok

  • 10 biji buah tomato masak

  • 100 gram /5 sudu besar butter cair

  • santan sepeket

  • 4 sudu besar cili kisar

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 2 inci kayu manis

  • 3 biji buah pelaga

  • Asam gelugor/keping

  • Daun pandan

Cara-cara:

  1. Ayam di perapkan bersama kunyit hidup/halia/garam dan bawang putih. Ketepikan.

  2. Bawang besar yang dihiris di goreng dalam minyak yang agak banyak. Selepas di toskan, ambil minyak sedikit untuk di tumiskan cili kisar. Bila cili dah masak, ketepikan.

  3. Dalam periuk berasingan panaskan butter. Masukkan bawang putih yang dihiris halus. Masukkan serai yang di ketok, daun pandan. Masukkan bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis. Masukkan ayam yang di perap.

  4. Tutupkan periuk. Biar ayam itu separuh masak. Sambil tu kacau-kacau ayam biar tak melekat kat periuk.

  5. Masukkan santan pekat. Masukkan juga cili yang ditumis tadi.

  6. Masukkan buah tomato yang di potong 8. Masukkan asam keping juga. Tutup periuk.

  7. Masukkan bawang besar yang di goreng awal tadi.

  8. Rasa. Tambahkan garam.

Resepi Ayam Ros Sedap Che Nom

Ayam Ros Sedap Che Nom

Ayam Ros Sedap: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam, potong 12
  • sedikit kunyit, untuk goreng ayam
  • sedikit garam, untuk goreng ayam
  • 1 helai daun pandan, dicarik dan simpul
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang besar, hiris memanjang
  • 1/2 tin (225 gram) sup tomato
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 1/2 tin susu cair
  • 100 gram santan pekat
  • daun pudina

Bahan untuk rempah tumis:

  • 2 senduk besar minyak masak
  • 2 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • Bahan dibancuh menjadi pes:
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil kas kas
  • 1 sudu kecil garam masala
  • 1 sudu besar serbuk cili

Bahan Kisar A:

  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang putih

Bahan Kisar B:

  • 15 tangkai cili kering1
  • 1 batang karot
  • 1 biji tomato

Bahan Kisar C:

  • 100 gram badan, direndam air panas dan dikisar halus

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng ayam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan rempah tumis, serai, daun pandan dan bawang besar. Tumisg sehingga bawang kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar A, tumis sehingga naik bau dan kemudian masukkan pula bahan kisar B dan diikuti bahan kisar C. Masukkan tomato sup, tomato puri dan susu cair. Masak di atas api perlahan dan kacau supaya tidak hangus di bawah.
  4. Masukkan pula bahan yang dibancuh menjadi pes. Kacau sehingga bahan-bahan dan rempah masak sehingga pecah minyak.
  5. Apabila pecah minyak, masukkan ayam goreng dan biarkan masak di atas api perlahan selama 15-20 minit.
  6. Kemudian masukkan santan pekat dan masak sehingga kuah menjadi pekat dan berkilat. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  7. Angkat dan tabur dengan daun pudina dan bawang goreng.

Resepi Ayam Masak Rose Resepi Kenduri Tengku Butang

Ayam Masak Rose Resepi Kenduri Tengku Butang

Ayam Masak Rose Resepi Kenduri: Sumber Tengku Butang

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 4 sekawan
  • Serai 2 batang (diketuk)
  • Daun pandan 2helai(disimpul)
  • Cili kering (direbus dahulu)
  • Carrot (sebatang )
  • Tomato (sebiji)
  • Bawang besar 3 biji
  • Bawang putih 5 atau 6 ulas
  • Halia (hiris )
  • Serbuk kas kas
  • Serbuk badam(badam biji tu kisar halus)
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk cili
  • Susu cair (stgh tin)
  • Susu pekat(1camca)
  • Tomato pure
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Garam kasar
  • Gula
  • Perasa(jika suka)

Cara-cara:

  1. Ayam basuh bersih-bersih, gaul kunyit garam Pastu goreng separuh masak. Ketepikan ayam yang telah digoreng tadi. 
  2. Bahan-bahan yang bertanda * dikisar halus.tumis bahan bawang besar yang dihiris,4 sekawan, serai dan daun pandan hingga sedikit layu. 
  3. Masukkan bahan kisar yang pertama dulu (bawang besar bawang putih dan halia). Tumis sekejap, lepas tu masuk pulak bahan kisar yang kedua (cili kering, carrot , tomato) tumis hingga pecah minyak.
  4. Dah pecah minyak,masukan bahan-bahan serbuk jintan manis,serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk kas kas(satukan kesemuanya bahan-bahan ni dijadikan pes)masukkan susu cair stgh tin,1 sudu susu pekat, tomato pure dan tambah air.
  5. Biarkan mendidih, masukkan ayam,serbuk badam..garam gula dan perasa. Masak sehingga kepekatan kuah yang kita nak.dh boleh tutup api.. Tabur daun bawang dan daun sup ..siap.

Resepi Ayam Ros/Ayam Masak Ros Lina Pg

Resepi Ayam Ros Ayam Masak Ros Lina Pg

Ayam Ros/Ayam Masak Ros: Sumber Lina Pg

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam ( potong 12 )
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 5 ulas bawang merah ( blend )
  • 3 ulas bawang putih ( blend )
  • 1 cm halia ( blend )
  • 1 cm lengkuas (blend)
  • 1 labu bawang besar ( potong bulat – hiasan )
  • 2 batang serai ( ketuk )
  • 2 helai daun pandan simpul
  • 3-4 sudu makan cili giling (boleh tambah/kurang)
  • 3-4 sudu makan tomato puri (kalau xde ganti ngan sos tomato)
  • 200ml santan pekat
  • Buah tomato (belah 4)
  • Sedikit gajus (LiNa Pg beli yg roasted)
  • Daun Ketumbar (dlm gambar daun sup huhu)
  • Cili merah (hiris)
  • Sedikit gula melaka (LiNa Pg gn ~1cm) boleh gantikan dengan gula/perasa
  • Minyak
  • Garam dan kunyit
  • Rempah 4 beradik 
  • Air 

Cara-cara:

  1. Ayam dicuci bersih, toskan dan perasakan ayam dengan garam kunyit, goreng 2/3 masak dan ketepikan.
  2. Tumiskan rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,pelaga), serai, daun pandan dan bahan blend hingga garing.
  3. Masukkan cili giling dan gula melaka tumis lagi hingga pecah minyak 
  4. Masukkan tomato puri/sos tomato dan kacau sebentar
  5. Masukkan ayam dan gaul sebati.
  6. Masukkan santan pekat, kacau lagi.Tambah ait jika suka berkuah
  7. Sesuaikan rasa (tambah garam/gula -jika perlu)
  8. Masukkan gajus, hirisan bawang besar, cili merah dan ketumbar.Kacau sekejap.Tutup api
  9. Tadaaa…dah siap ayam rose yang sedap.

Penutup

Resepi ini cukup mudah nak disediakan bahan-bahannya. Jom cuba ayam masak rose ini.

Anda juga boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.