fbpx

5 Resepi Ayam Asap Teh Sedap! Rasa Unik, Aroma Yang Menyelerakan

0

Hari ini saya nak kongsi resepi Ayam Asap Teh. Bayangkan, kita minum teh panas sahaja dah rasa sedap dengan bau harumnya apatah lagi diperap bersama ayam yang di masak secara kukus. Agak unik nama resipi dan cara penyediaan Ayam Asap Teh ini, namun yang pastinya rasanya cukup sedap, secukup rasa masin, manis dan penuh beraroma. 

Resepi Ayam Asap Teh Hijau Citarasawan

Ayam Asap Teh Hijau Citarasawan 

Ayam Asap Teh Hijau: Sumber Citarasawan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (1.2kg) atau 4 keping paha ayam
  • 2 hiris halia
  • 2 ulas bawang putih, ketuk

Bahan perapan:

  • 1 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 2 sudu kecil kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 2 ulas bawang putih, parut
  • 2 inci halia, parut
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan Asap:

  • 2 sudu besar teh hijau Thai
  • 3 sudu beras
  • 3 sudu gula pasir
  • 1 mangkuk aluminium foil

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam, lumur dengan garam dan cucuk isinya dengan garpu. Masukkan hirisan halia dan bawang putih ke dalam badan ayam. Satukan bahan perapan di dalam mangkuk, gaul rata.
    Lumur ayam dengan setengah bahan perahan. Simpan bakinya untuk sapuan.
  2. Bersihkan ayam, lumur dengan garam dan cucuk isinya dengan garpu. Masukkan hirisan halia dan bawang putih ke dalam badan ayam. Satukan bahan perapan di dalam mangkuk, gaul rata. Lumur ayam dengan setengah bahan perahan. Simpan bakinya untuk sapuan.
  3. Lumur ayam dengan baki bahan perapan. Sementara itu, sediakan bahan Asap.
    Lapik kuali dengan aluminium foil. Letak mangkuk bahan asap, alas dengan jaring. Panaskan kuali dan tutup hingga berasap.
  4. Letakkan ayam di atas jaring dan tutup kuali. Panggang dengan api besar selama 15 minit. Buka tutup kuali dan sapu lagi bahan perapan. Panggang semula selama 15 minit hingga kulit ayam mengering. Rehatkan ayam sebelum di potong dan di hidang.

Resepi Ayam Asap Teh Enak Enak Rasa Dapur Kim

Ayam Asap Teh

Ayam Asap Teh Enak Enak Rasa: Sumber Dapur Kim

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1/2 sudu teh lada hitam biji
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 2 ulas bawang putih
  • 2″ halia
  • Garam secukup rasa

Bahan perasap:

  • 3 uncang teh
  • 3 sudu besar beras
  • 3 sudu besar gula perang

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam.  Kalau nak cepat masak guna bahagian dada.
  2. Ambil separuh campuran sos tadi dan gaul dengan ayam.
  3. Kemudian perapkan lagi lama lagi sedap.
  4. Panaskan air untuk kukus ayam, guna api yang besar.
  5. Letak ayam atas pengukus.  Letak halia dan bawang putih atas ayam, biar rasanya padu.
  6. Tutup, kukus bahagian peha 30 ~ 40 minit.
  7. Jika bahagian dada 20 ~ 30 minit.  Atau jika was-was kukus lama atau rebus.
  8. Sudah 40 minit angkat ayam dari pengukus. Air rebusan ini boleh dijadikan chicken broth.  Jangan dibuang.  Letak dalam mangkuk. Baki separuh sos tadi, sapukan rata pada ayam yang dikukus tadi.
  9. Ketepikan dan sejukkan sebentar. Sekarang kita nak perasapkan ayam.
    Ambil aluminium foil dan jadikan macam mangkuk. Letak atas kuali dan hidupkan api besar sampai ia berasap. Letak ayam atas penjaring pengukus.
    Tutup, biarkan 5 minit, kemudian sederhanakan api dan sambung perasap lagi 10 ~ 15 minit.
  10. Lagi lama lagi sedap aromanya.  (Pastikan diperiksa jikalau tidak hitam sangat nanti pada bahagian kulit ayam) . Dah siap, sapukan lagi lapisan sos. Rehatkan ayam dan biarkan sos ini menggering.
  11. Chicken broth tadi boleh dicampurkan dengan lebihan sos campuran. Hasil bahan perasap yang terbakar, buangkan saja.
  12. Fungsi kita guna beras ini untuk sebarkan haba dengan serata pada teh dan gula. Bila ayam dan turun suhunya, baru ptong ayam.
  13. Kalau potong masa panas, nanti isinya jadi kering.
  14. Makan dengan nasi ayam dengan aroma membangkitkan selera.

Resepi Ayam Asap Teh Marinated

Ayam Asap Teh Marinated

Ayam Asap Teh Marinated: Sumber Growseri

Bahan-bahan:

  • 8 ketul ayam
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu minyak bijan
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu madu
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Garam secukup rasa

Bahan perasap:

  • 3 uncang teh
  • 3 sudu beras
  • 3 sudu gula perang

Cara-cara:

  1. Halia dan bawang putih cincang atau potong halus. Campurkan dengan kicap pekat, sos tiram, madu, lada hitam dan minyak bijan.
  2. Bersihkan ayam. Saya suka guna bahagian ini, tapi kena masak lama sedikit kerana paha tu lambat masak. Jika nak cepat masak, gunakan bahagian dada.
  3. Ambil separuh campuran sos tadi, dan gaul dengan ayam. Kemudian perap. Lagi lama lagi sedap.
  4. Panaskan air untuk kukus ayam guna api besar.
  5. Letak ayam, atas pengukus. Letak halia dan bawang putih atas ayam tu. Biar rasa dia padu.
  6. Tutup! Kukus ayam bahagian paha 30-40 minit. Jika bahagian dada, 20-30 minit sudah cukup. Jika was-was, masaklah lama-lama, atau rebus.
  7. Selepas 40 minit angkat ayam dari pengukus. Air kukusan boleh dijadikan chiken broth! Jangan buang! Letak dalam mangkuk.
  8. Sapu rata pada ayam yang dah dikukus campuran sos tadi.
  9. Sekarang kita nak perasap ayam. Ambil aluminum foil, dan buat mangkuk.
  10. Letak beras, teh, dah gula perang dalam aluminium foil dan campurkan. Bahan-bahan ni yang akan beri aroma yang menyelerakan nanti pada ayam.
  11. Letak dalam kuali dan hidupkan api besar, sampai dia berasap. Dah berasap, letak letak ayam dan jaring pengukus kita tadi, atas ni.
  12. Tutup! Biarkan 5 minit, kemudian sederhanakan api dan sambung perasap lagi 10-15 minit. Lagi lama lagi sedap aromanya.

Resepi Ayam Asap Teh Bicara Hati

Resepi Ayam Asap Teh

Ayam Asap Teh: Sumber Bicara Hati

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (bahagian dada atau bahagian paha)
  • ½ sudu teh lada hitam
  • 1 sudu minyak bijan
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu madu
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Garam secukup rasa

Bahan perasap:

  • 3 uncang teh hitam
  • 3 sudu beras
  • 3 sudu gula perang

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam terlebih dahulu.
  2. Gaulkan kesemua bahan-bahan perap.
  3. Ambil separuh dari campuran sos dan gaul dengan ayam. Perapkan selama beberapa minit. Sediakan tempat pengukus dan didihkan air pada api yang besar.
  4. Letakkan ayam di atas pengukus. Letakkan juga halia dan bawang putih untuk menaikkan aroma das rasa.
  5. Tutupkan pengukus dengan rapi dan kukus ayam selama 30 hingga 40 minit. (20-30 minit untuk bahagian dada) Setelah 40 minit, angkat ayam dari pengukus.
  6. Sapukan lebihan sos perapan pada yang dah dikukus. Sediakan perasap ayam dengan menggunakan pembalut aluminium Letakkan beras, teh hitam dan gula perang dalam aluminium foil dan gaulkan. Letakkan dalam kuali pada api yang besar sehingga berasap.
  7. Apabila sudah berasap, letakkan ayam dan jaring pengukus di atas bahan perasap dan tutupkan Apabila sos sudah kering, tambahkan satu lagi lapisan sos perapan. Rehatkan ayam dan biarkan sos menjadi kering.

Resepi Ayam Asap Teh Masakan Cina Paling ‘Aneh’ Tapi Sedap!

Ayam Asap Teh Masakan Cina

Ayam Asap Teh Masakan Cina: Sumber Kamarul Ariffin Nor Sadan

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu minyak bijan
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu madu
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Garam secukup rasa

Bahan perasap:

  • 3 uncang teh
  • 3 sudu beras
  • 3 sudu gula perang

Cara-cara:

  1. Halia dan bawang putih cincang atau potong halus. Campurkan dengan kicap pekat, sos tiram, madu, lada hitam dan minyak bijan.
  2. Bersihkan ayam. Saya suka guna bahagian ini, tapi kena masak lama sedikit kerana paha tu lambat masak. Jika nak cepat masak, gunakan bahagian dada.
  3. Ambil separuh campuran sos tadi, dan gaul dengan ayam. Kemudian perap. Lagi lama lagi sedap.
  4. Ambil separuh campuran sos tadi, dan gaul dengan ayam. Kemudian perap. Lagi lama lagi sedap.
  5. Letak ayam, atas pengukus. Letak halia dan bawang putih atas ayam tu. Biar rasa dia padu.
  6. Alang-alang nak kukus, tumpang pau lah. Haha.
  7. Tutup! Kukus ayam bahagian paha 30-40 minit. Jika bahagian dada, 20-30 minit sudah cukup. Jika was-was, masaklah lama-lama, atau rebus.
  8. OK, dah 40 minit! Ini hasilnya! Angkat ayam dari pengukus. Sabar, belum siap lagi.
  9. Air kukusan ni dah jadi chiken broth! Jangan buang! Letak dalam mangkuk. Sedap broth ni!
  10. Tadi ada separuh lagi campuran sos tu, kan? Sapukan rata pada ayam yang dah dikukus.
  11. Dah cantik, kan? Belum siap, belum siap! Letak tepi dulu ayam ni.
  12. Sekarang kita nak perasap ayam. Ambil aluminum foil, dan buat mangkuk macam ni.
  13. Letak beras, teh, dah gula perang dalam aluminium foil dan campurkan. Bahan-bahan ni yang akan beri aroma yang menyelerakan nanti pada ayam kita. *terlebih pula beras saya.
  14. Letak dalam kuali dan hidupkan api besar, sampai dia berasap. Dah berasap, letak letak ayam dan jaring pengukus kita tadi, atas ni.
  15. Tutup! Biarkan 5 minit, kemudian sederhanakan api dan sambung perasap lagi 10-15 minit. Lagi lama lagi sedap aromanya.
  16. Tada! Sekarang dah cantik, dan beraroma teh!
  17. Sapu lagi satu lapisan sos. Rehatkan ayam dan biarkan sos ni mengering.
  18. Broth ayam tadi boleh campur dengan lebihan sos campuran. Nanti waktu makan ayam boleh buat penambah rasa.
  19. OK, ini hasil bahan perasap yang dah terbakar. Buang sahaja, memang bukan untuk makan. Fungsi kita guna beras ni untuk sebarkan haba dengan serata pada teh dan gula.
  20. Bila ayam dah turun suhunya dan kering, baru potong ayam! Kalau potong masa panas, nanti isi jadi kering. Tengok tu! Kulit berkilat, tapi isi pun juicy lagi.
  21. Nah lagi! Lihat gambar ni, boleh bayangkan tak, masin dan manis kulitnya, serta betapa lembut isinya?

Penutup

Mudah je nak sediakan Ayam Asap Teh ini. 

Boleh cuba resepi INI:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.