fbpx

11 Resepi Kuih Bingka Viral Dan Sedap! Rasa Lembut Dan Lemak Manis

Hari ini saya nak kongsi resepi kuih bingka. Sedap.. cukup rasa lemak manis. Lembut tau bila digigit, keraknya juga sedap! Mudah je nak sediakan kuih bingka yang enak dinikmati dan tidak muak. Ikut sahaja resepi kuih bingka yang anda suka. Kuih bingka ini juga popular dengan nama macam bengkang dan kuih bakar. Apabila dibakar, pasti harum semerbak di dapur. Sedap dihidangkan untuk seisi keluarga. 

Resepi Kuih Bingka Pandan Mat Gebu

RESIPI KUIH BINGKA PANDAN Mat Gebu

Kuih Bingka Pandan: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir (che mat kurangkan 1 camca besar)
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan jus pandan (kisar 5-6 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan tapis)
  • 2 camca besar mentega, dicairkan dan sejukkan
  • 1/4 camca teh garam
  • 3 biji telur gred A
  • Bijan secukupnya untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 190C. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dengan aluminium foil dan sapu permukaannya dengan mentega. Masukkan tin tadi ke dalam oven dan biarkan ia panas.
  2. Pukul telur, garam dan gula pasir hingga gula larut. Masukkan jus pandan dan santan. Kacau rata. Tambah tepung gandum, gaul hingga rata dan tidak berbintil-bintil. Akhir sekali masukkan mentega cair, gaul rata dan tapis adunan tadi ke dalam jug.
  3. Berhati-hati keluarkan tin tadi dari oven. Tuang adunan kuih bingka dan tabur bijan rata-rata atasnya sebagai hiasan. Bakar 1 jam 10 minit atau hingga kuih bingka masak (hingga permukaan kuih keperangan). Uji dengan mencucuk lidi sate bersih di bahagian tengah kuih, kalau keluarnya bersih tanda kuih sudah masak. 
  4. Keluarkan dari oven dan biarkan sekejap. Keluarkan kuih dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Potong dan hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

Nota:

  • Masa membakar, kuih akan naik tinggi, ini normal kerana kuih bingka mengandungi telur dan bila sejuk ia akan turun balik. Semasa panas, kuih bingka pandan nampak lembut, tapi bila dah cukup sejuk, kuih jadi elok, cantik dan mudah dipotong. Jika untuk sarapan pagi, che mat sarankan anda buat kuih bingka ni malam, esok pagi kuih sudah cukup sejuk untuk dipotong. Selamat mencuba!!

Resepi Kuih Bingka Pandan Wani Sukarno

Resepi Kuih Bingka Pandan Wani Sukarno

Kuih Bingka Pandan: Sumber Wani Sukarno

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum, diayak
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur gred A
  • 600 ml santan ( guna 200ml santan kotak + 400ml air)
  • 250 ml jus pandan (5 helai daun pandan, potong kecil dan kisar dengan 250ml air, tapis)
  • 2 camca besar mentega, cair dan sejukkan ( ganti dengan minyak jagung )
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/4 camca teh pewarna hijau makanan
  • Bijan secukupnya untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sapu tin kek berukuran 8inci x 8inci x 2 1/2inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar berlebih dibahagian kanan dan kiri tin, tujuan untuk memudahkan  kueh diangkat keluar. Lenser dengan mentega. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, pukul telur dan gula dengan whisk hingga hancur, masukkan santan dan jus pandan, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga licin. Tambah garam, pewarna hijau makanan dan mentega cair. Kacau rata-rata dan tapis. Ketepikan.
  3. Panas kan acuan dalam oven selama 10 minit, kemudian keluarkan dan tuang
    bancuhan kuih bakar (kacau dulu sebelum dituang). Bakar 10 minit, keluarkan dan tabur bijan rata-rata. Sambung bakar lagi 40 – 50 minit atau hingga masak (bila cucuk dengan lidi sate, keluar bersih) dan permukaannya perang (cm tukar oven pada fungsi grill dan bakar 5-6 minit lagi hingga permukaan kuih sedikit berkerak).
  4. Sejukkan kuih sekejap longgarkan dari tin, gunakan spatula dan keluarkan, biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.

Nota: Untuk Buat Satu Adunan

  1. bakar dalam 10 minit sekejap, kemudian keluarkan letak bijan and then continue bakar dalam  45 minit, lepas masak sambung guna api bawah saja 30 minit masih suhu 150  kemudian api atas dalam 10 minit suhu 130.
  2. Telur 2 biji guna gred A.
  3. Mentega cair ganti dengan minyak jagung.

Resepi Kuih Bakar Pandan Lembut dan Sedap

Kuih Bakar Pandan Lembut dan Sedap: Sumber Che Nom

Bahan-bahan untuk jus pandan:

  • 1 cawan /250 ml air
  • 5 helai daun pandan

Bahan-bahan untuk kuih bakar pandan:

  • 2 cawan /250 gram tepung gandum
  • 1 cawan /200 gram gula putih
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 ¼ cawan /563 ml santan
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar majerin
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit minyak
  • bijan secukupnya untuk taburan

Cara-cara:

  1. Panaskan oven kepada suhu 170°C, api atas bawah.
  2. Potong kasar daun pandan, kisar halus bersama air untuk hasilkan 1 cawan jus pandan. Tapis jus pandan dan ketepikan.
  3. Masukkan tepung gandum, gula putih, garam, santan, jus pandan, telur, majerin dan pewarna hijau ke dalam blender. Kisar halus dan tapis.
  4. Ambil acuan bunga kemboja, tuang sedikit minyak dalam acuan dan kemudian panaskan.
  5. Setelah minyak panas, tabur bijan dan biarkan sehingga bijan bertukar menjadi warna sedikti perang. Tuang adunan sehingga hampir 3/4 penuh acuan. Tabur lagi bijan di atas permukaan sebelum dibakar.
  6. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga permukaan kuih bakar pandan menjadi warna perang.
  7. Cucuk dengan lidi, kalau lidi bersih bila ditarik maksudnya kuih dan masak.
  8. Sejukkan sebelum dipotong.

Tips:

  • Pada10 minit terakhir, kuatkan oven kepada suhu 190°C supaya permukaan kuih cepat menjadi perang dan sedikit garing.

Resepi Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen Paling Sedap

Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen Yang Paling Sedap

Kuih Bakar Istimewa: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 14 cawan santan – guna 4 biji kelapa dikisar dengan air daun pandan dari 12 helai
  • 7 biji telur saiz B
  • 3 ½ cawan gula pasir – boleh tambah/kurangkan
  • 800 gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam – tambah secubit lagi
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-cara:

  1. Kisar 10-12 helai daun pandan dan tapis airnya. Masukkan air daun pandan ke dalam kelapa parut dan blend untuk mendapatkan sukatan santan yang diperlukan.
  2. Blend telur dengan gula seketika agak agak gula sedikit hancur sahaja. Tak perlu betul betul hancur. Masukkan 7 cawan santan dulu dan blend seketika. Saya guna whisk sahaja.
  3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kemudian masukkan baki santan. Jika suka masukkan sedikit pewarna hijau.
  4. Lumur butter di sekeliling loyang dan tabur tepung gandum digoyang supaya tepung rata.
  5. Tapis adunan sebelum dituang ke dalam loyang. Bakar dalam oven dengan suhu antara 180-200C lebih kurang 1-2 jam. Saya guna suhu 200C dulu, kemudian diturunkan ke 180C. Jika dibakar 2 loyang sekali, perlu ditukar kedudukan loyang. Bakar sehingga permukaan atas berwarna coklat kekuningan.  
  6. Keluarkan dari oven dan lalukan pisau sekeliling loyang. Biarkan kuih betul betul sejuk sebelum dipotong.  

Nota:

  • Kalau buat separuh, boleh guna samada 4 atau 3 biji telur.
  • Jika suka, boleh juga tabur bijan sebelum dibakar.
  • Jika hendak dimakan sebagai hidangan petang, bolehlah dibakar dalam pukul 9 pagi. Kata Kak Lok, kuih boleh tahan sehingga 2 hari di bawah tudung saji. 

Resepi Kuih Bakar Yang Sangat Sedap dan Wajib Dicuba

Kuih Bakar Yang Sangat Sedap dan Wajib Dicuba: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 2 cawan gula pasir
  • 2 cawan jus pandan – 7 helai daun pandan + 4 helai daun limau purut
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 6 biji telur
  • 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • Garam
  • Pewarna hijau
  • Bijan secukupnya
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan kacau menggunakan whisk. Masukkan serbuk kulit kayu manis, garam dan tepung. Tapis adunan.
  2. Panaskan loyang atas dapur. Masukkan minyak dan bijan. Tuang adunan dalam 3 senduk atau lebih kurang 300 ml. 
  3. Nota: Satu cara lagi ialah bijan ditabur selepas adunan hampir mengeras bagi memastikan bijan tidak tenggelam. Selepas ditabur, boleh pindahkan ke dalam oven.
  4. Biarkan adunan agak mengeras dan sedikit keperangan, baru dipindahkan loyang ke dalam oven dan bakar sehingga masak mengikut garing yang disukai. Nota: saya bakar antara 30-35 minit pada suhu 180C. 

Nota:

  • Adunan menghasilkan 5 biji kuih bakar. 

Resepi Bingka Susu Lembut, Lemak Dan Harum

Bingka Susu Lembut, Lemak Dan Harum

Bingka Susu Lembut, Lemak Dan Harum: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Cawan @ 250ml Susu Cair
  • 2 Sudu Besar @ 20 gram Gula
  • 2 Biji telur (Gred B)
  • 1/2 Cawan @ 150 gram Susu Pekat Manis
  • 2 Cawan @ 500ml Air
  • 6 Sudu Besar @ 90 gram Marjerin
  • 6 Sudu Besar @ 50 gram Tepung Kastard
  • 1/2 sudu kecil Garam
  • 1/2 sudu kecil Esen Vanila
  • Bijan
  • Bijan Hitam

Cara-cara:

  1. Masukkan tepung gandum, susu cair, gula, telur dan susu pekat ke dalam mangkuk. Pukul atau kacau kesemua bahan sehingga sebati. Ketepikan.
  2. Dalam kuali masukkan air, marjerin, tepung kastard, garam dan esen vanila. Kacau sehingga tepung kastard larut (jangan buka api dahulu).
  3. Buka api dan masak sehingga adunan agak likat. Gunakan api yang kecil dan sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul.
  4. Kemudian, masukkan adunan tepung gandum yang mula-mula tadi dan kacau lagi sehingga sebati dan likat. Angkat.
  5. Sediakan loyang atau bekas yang sesuai yang telah disapu dengan merjerin.
  6. Tuang adunan tadi, semasa masih panas dan hiaskan dengan bijan.
  7. Bakar pada suhu 180ºc / 356ºf selama 40 minit atau sehingga garing mengikut oven masing-masing. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit.

Nota:

  • Untuk mendapatkan potongan bingka yang cantik dan licin, pastikan bingka betul-betul sejuk sebelum di potong.

Resepi Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis 

Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis Yang Sangat Sedap

Bingka Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 4 cawan ubi kayu parut
  • 2 cawan santan pekat – dari 1 biji kelapa 
  • 1 cawan gula pasir
  • ½ sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celcius menggunakan api atas dan bawah tanpa kipas. 
  2. Parut ubi kayu dan sukat. Masukkan semua bahan lain dan kacau rata sehingga gula hancur.
  3. Tuang ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci dan ratakan permukaannya. Nota: saya  guna loyang 8×8 inci. 
  4. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar selama 1 jam – 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan.
  5. Untuk mendapat permukaan kuih yang keperangan, tukar api oven pada fungsi grill (api atas saja dan tanpa kipas) bila kuih telah masak. Bakar untuk 5 – 8 minit lagi atau mengikut tahap garing yang dikehendaki. Nota: Saya tak buat seperti ini, sebaliknya bakar lebih 2 jam.   
  6. Setelah masak, keluarkan dan sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang. Kuih akan lekang dari tin pembakar apabila ia berada pada suhu bilik.

Resepi Bingka Ubi Kayu Gula Merah Amie’s Little Kitchen

Bingka Ubi Kayu Gula Merah Amie's Little Kitchen

Bingka Ubi Kayu Gula Merah: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 5 cawan ubi parut
  • 2 cawan pati santan dari sebiji kelapa
  • 1 1/2 setengah larutan gula merah dari 300 gram gula merah
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar marjerin
  • loyang pembakar empat segi 8 ” X 8″

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 180’C.
  2. Sementara itu masukkan ubi kayu parut ke dalam sebuah mangkuk besar.
  3. Tambahkan santan, gula merah, gula putih dan garam.
  4. Gaul sebati.
  5. Oleskan loyang pembakar dengan marjerin.
  6. Tuang adunan ubi kayu ke dalam loyang.
  7. Bakar adunan di dalam oven  di bahagian paling bawah selama 1 jam 40 minit atau sehingga masak – bergantung pada kepanasan oven masing-masing. Amie gunakan api bawah sahaja.
  8. Jika inginkan permukaan yang lebih garing, pindahkan loyang ke bahagian atas dan  ubah api di atas, serta bakar lagi selama 15 minit  – terpulang tahap mana yang anda kehendaki untuk menghasilkan keraknya.

Resepi Kuih Bingka Ubi Gula Melaka Mat Gebu

RESIPI KUIH BINGKA UBI GULA MELAKA

Kuih Bingka Ubi Gula Melaka: Sember Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 500 gram ubi parut, tak perlu toskan airnya
  • 70 gram kelapa parut putih, guna kelapa untuk buat inti
  • 2 biji telur gred A
  • 2 camca besar mentega, dicairkan
  • 2 camca teh esen vanilla
  • 1/2 camca teh garam
  • 250 ml santan*
  • 150 gram gula melaka, hiris halus*
  • 1 helai daun pandan*(*disatukan dan masak hingga gula hancur, tak perlu sampai mendidih)

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentehga, alas dasar tin dengan aluminium foil, lebihkan sedikit pada bahagian kiri dan kanan tin, agar mudah kita nak keluarkan kuih bila masak nanti. Lenser juga permukaan aluminium foil tadi. Masukkan tin ke dalam oven, biarkan tin panas.
  2. Sementara itu, tapi santan yang dimasak dengan gula melaka tadi ke dalam mangkuk besar. Masukkan ubi parut dan kelapa parut, kacau rata. Tambah telur, garam, esen vanilla dan mentega cair. Kacau hingga semua rata dan sebati.
  3. Berhati-hati keluarkan tin dari oven. Tuang adunan kuih bingka ubi ke dalam tin panas tadi. Ratakan dan masukkan kembali ke dalam oven. Bakar kurang lebih 50 – 55 minit atau hingga masak. Uji dengan mencucuk bahagian tengah kuih dengan lidi sate bersih atau cake tester, jika keluar bersih tanda kuih dah masak.
  4. Jika suka permukaan kuih berkerak. tukar fungsi api oven kepada fungi ‘grill’ dan bakar untuk 4 – 5 minit lagi hingga permukaan kuih bingka kecoklatan. Keluarkan dari oven, biar sekejap dan keluarkan dari tin. Biarkan betul2 sejuk baru dipotong. Selamat mencuba!

Resepi Kuih Bingka Gula Melaka Yatie Memories

Kuih Bingka Gula Melaka Yatie Memories

Kuih Bingka Gula Melaka: Sumber Yatie Memories

Bahan-bahan:

  • 175 gram tepung beras
  • 3 1/2 sudu besar tepung Hoen Kwee (saya guna tepung jagung je)
  • 100 gram gula pasir (akak guna 50 gram)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 875 ml santan pekat*
  • 150 ml santan cair
  • 200 gram gula melaka
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • 1 sudu besar air kapur (opt)
  • 1 sudu kecil pewarna choc. (saya tambah 1 sudu besar pewarna coklat)

Cara-cara:

  1. 5 bahan pertama dikacau dan tapis.
  2. Santan cair, gula melaka dan daun pandan dimasak mendidih. Tapis.
  3. Satukan kesemua bahan-bahan dan masak hingga pekat. Tuang adunan dan ratakan di dalam loyang yang digris dan bakar selama 40-45 min. pada suhu 160C.
  4. Untuk mendapatkan permukaan kuih yang garing, bakar dengan api atas sebentar, sejukkan.
  5. Biar kuih benar-benar sejuk, potong dan hidangkan.

Nota:

  • Untuk resepi di atas, saya menggunakan santan kotak kara 200ml sebanyak 2 kotak. Ambil 50 ml dan tambah air sebanyak 100 ml untuk menjadikan sebanyak 150 ml santan cair.
  • Gunakan pula selebihnya (150 ml santan + 200 ml santan) dan tambahkan air utk menjadikan jumlahnya 875ml santan pekat. (350ml santan + 525 air = 875 santan pekat).

Resepi Bengkang Tepung Beras Gula Merah Kak Ruby

Bengkang Tepung Beras Gula Merah: Sumber Kak Ruby

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula halus
  • 1 cawan gula merah
  • 7 cawan santan
  • ½ sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Semua bahan digaul rata dan dimasak hingga pekat, dengan api sederhana saja.
    Masukkan ke dalam loyang 8” x 8” yang sudah disapu dengan sedikit minyak atau butter.
  2. Bakar pada suhu 180c – 200c selama 1 jam atau hingga masak.
  3. Bila sudah  masak, tunggu betul-betul sejuk baru keluarkan dari loyang dan potong.  Masa panas  kuih masih lagi lembik.

Penutup

Kuih bingka ini sesuai untuk dihidangkan pada keluarga kerana rasa yang sedap dan mudah penyediaanya. 

Jom cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.