fbpx

9 Resepi Kuih Wajik Paling Sedap (Lemak Manis Secukup Rasa)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi kuih pulut wajik yang sedap! Wajik merupakan sejenis pulut manis yang pada asasnya dimasak dengan nisan kelapa.Jika kena caranya, wajik ini bukan sahaja sedap tetapi cantik. Pulutnya masih cantik berbiji, tak nampak pecah atau patah dan cukup berkilatnya. Ikut sahaja tips dan cara-cara nak sediakan wajik ini, ia juga disebut nasi manis. Kalau wajik tradisi guna gula merah sebagai pewarna asli dan nak sedap ada yang tambah isi durian dalamnya.

Resepi Kuih Pulut Wajik aka Nasi Manis Azie Kitchen

Kuih Pulut Wajik aka Nasi Manis Yang Sangat Sedap

Kuih Pulut Wajik aka Nasi Manis Yang Sangat Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan pekat segar
  • 200 gram gula merah
  • 100 gram gula Melaka
  • 1-2 sudu besar gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit kapur

Cara-cara:

  1. Bersihkan beras pulut, kemudian rendam selama lebih kurang 2 jam. Selepas itu, kukus beras pulut dengan daun pandan. 
  2. Angkat dan renjis dengan sedikit air dan kacau sehingga rata dan lembut. Kukus sekejap lagi. 
  3. Masak santan, gula merah, gula Melaka, gula pasir, garam di dalam kuali besar sehingga gula merah larut dan pekat. Jangan guna api besar untuk elak membuak.
  4. Setelah air gula pekat, masukkan pulut yang dikukus tadi dan gaul rata. Tekan supaya pulut tidak berketul dan bersalut dengan air gula. Masukkan kapur yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau sehingga agak kering. 
  5. Kacau lagi  sehingga pulut benar-benar pekat, likat dan tidak melekat di kuali atau sudip. Ketika ini, pulut akan terasa berat bila dikacau. Keluarkan daun pandan. 
  6. Ketika masih panas, Tuang ke dalam loyang yg telah di alas dengan daun pisang supaya lebih wangi. Wajik akan keras selepas sejuk. Hidangkan setelah sejuk.

Nota:

  • 2 cawan beras pulut sama dengan 380 gram. Resepi asal guna 1 kg beras pulut, 1 kg santan dan 1 kg gula merah.
  • Kalau hendak wajik tu keras sikit, beras pulut dikukus, tapi kalau nak wajik tu lembut, beras pulut ditanak dengan air separas beras dalam periuk.
  • Boleh juga dimasukkan isi durian jika suka wajik durian. 

Resepi Wajik Kampung Resepi Dari Emak Mentua Eny Abdullah

Wajik Kampung Resepi Dari Emak Mentua: Sumber Eny Abdullah

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras pulut direndam dahulu semalaman dan kemudian kukus sehingga masak
  • 1 kg gula putih
  • 500gm gula merah dimasak dan dijadikan air gula
  • 1 kg lebih sikit santan pekat
  • 1 mangkuk kecil air
  • Boleh tambah isi durian jika suka

Cara-cara:

  1. Dalam kuali masukkan air gula merah, panaskan semula
  2. Masukkan santan pekat, air dan gula pasir. Kacau sampai gula larut. Hati hati supaya santan tak pecah.
  3. Boleh tambah isi durian segar atau lempuk durian. Ada yang guna air ros sebagai perisa atau pandan.
  4. Masukkan pulut kukus panas-panas kedalam kuali tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  5. Masak sampai berkilat dah siap wajik atau pulut kacau yang sedap.

Resepi Kuih Pulut Wajik Kurang Manis Eda Kitchen

Resepi Kuih Pulut Wajik Kurang Manis Eda Kitchen

Kuih Pulut Wajik Kurang Manis: Sumber Eda Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg beras pulut (2 1/2 cawan)
  • 100 gm gula putih ( 1/2 cawan) kalau nak manis boleh tambah.
  • 150 gm gula kabung ( 2 keping)
  • 200 ml @ 1 kotak kecil santan kara (pekat)
  • 200 ml @ 1 kotak kecil santan ayam brand (cair)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 6 helai daun pandan
  • 1 cawan air (untuk memasak gula kabung)
  • Air secukupnya untuk mengukus nasi

Cara-cara:

  1. Cuci dan rendam beras pulut selama lebih kurang 3 jam.  
  2. Panaskan air di dalam pengukus terlebih dahulu.
  3. Toskan beras pulut yang direndam dan masukkan ke dalam loyang bersama beberapa keratan daun pandan.
  4. Kukuskan sehingga masak selama lebih kurang 20 minit. (Didalam periuk lain) Masakkan gula kabung sehingga cair.
  5. Tapis gula kabung yang dicairkan tadi ke dalam kuali.  Kemudian masukkan gula, garam, daun pandan yang telah diikat simpul dan juga santan.
  6. Gaul sehingga pekat dan likat (bertali) barulah masukkan nasi pulut.
  7. Gaul sekata sehingga kering dan kuih wajik kelihatan sedikit berminyak. 
  8. Masukkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai. Tekan-tekan sambil padankan dan ratakan.  Kemudian sejukkan barulah cantik jika nak potong.

Resepi Wajik Yang Mudah Aynorablogs

Wajik Yang Mudah: Sumber Aynorablogs

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras pulu
  • 2 1/2 biji kelapa
  • 600 gm gula pasir
  • 4 keping gula enau
  • 2 helai daun pandan – jika suka

Cara-cara:

  1. Rendam beras pulut semalaman.
  2. Kemudian, kukus beras pulut tersebut. Perahkan kelapa dan ambil santannya 2 kali.
  3. Masak santan sehingga tinggal separuh dan masukkan gula.
  4. Masak sampai pekat dan perlahankan api.
  5. Masukkan pulut dan kacau hingga kering.
  6. Masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk sebelum dimakan.

Resepi Kuih Wajik Siti Noraisyah

Kuih Wajik: Sumber Siti Noraisyah

Bahan-bahan:

  • 500 gram beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cawan)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun pandan
  • 4-6 ulas durian (diambil isinya)\
  • Sedikit kapur
  • Daun pisang

Bahan Air gula Melaka:

  • 300 gram gula melaka (+ sedikit gula merah)
  • 200 gram gula pasir
  • 1 cawan air

Cara-cara:

  1. Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit sambil dibalik-balikkan gaul dengan sedikit santan cair dan secubit garam.
  2. Masak gula melaka dan gula pasir dengan 1 cawan air. Setelah larut dan mendidih, hendaklah di tapis. Jerangkan semula gula yang ditapis tadi, masukkan daun pandan,  secubit garam dan isi durian – bagi yang suka perisa durian.

  3. Setelah mendidih masukkan 2 cawan santan pekat dan biarkan merenih dalam 1/2 jam menggunakan api yang kecil.
  4. Setelah gula pekat berkilat dan bertali, masukkan pulut yang dikukus tadi dan gaul rata.
  5. Masukkan kapur yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau dalam 30 minit atau sehingga agak kering.
  6. Setelah agak kering dan tak melekat di sudip, keluarkan daun pandan tadi. Tuang ke dalam loyang yang telah di alas dengan daun pisang.
  7. Sejukkan dan sedia dipotong untuk dihidangkan.

Resepi Wajik Pulut Norminieza

Wajik Pulut: Sumber Norminieza

Bahan-bahan:

  • 5 kg beras pulut
  • 1kg santan
  • 2 paket gula melaka
  • 1 kg gula
  • Sedikit garam
  • Daun pandan

Cara-cara: 

  1. Rendam beras pulut sekejap kemudian kukus sehingga masak. Dah masak sejuk kan dulu.
  2. Kemudian masakkan santan, gula melaka, gula, daun pandan dan sedikit garam. Masak semua tu sehingga likat.
  3. Kemudian masukkan pulut yang telah dikukus dan kacau sehingga sebati dan angkat agak-agak kering.
  4. Sejuk kan dan sedia untuk dimakan.

Nota:

  • Maaf Cik Nor terpaksa guna sukatan yang banyak sebab tak tahu nak agak sukatan santan. Hehe. Gula dan gula melaka tu boleh dikurangkan kalau anda tak suka manis. Orang Kelantan kan suka makan manis-manis. Tengok Cik Nor manis kan. Haha. Gula melaka tu untuk membuatkan warna wajik coklat kehitaman..hitam itu menawan???

Resepi Wajik Pulut Manis Yang Mudah

Wajik Pulut Manis Yang Mudah: Sumber Kompilasi Resepi

Bahan-bahan:

  • Pulut 500 gram (gm)
  • Santan 400 gm (1 bungkus sederhana)
  • Gula kabung 2 buku
  • Daun pandan
  • Gula pasir (gula putih)

Cara-cara: 

  1. Pulut 500 gm ditanak biasa. *pulut tu nak kukus pun boleh.
  2. Masukkan santan 400gm + daun pandan 2 helai + gula putih 1 cawan + gula kabung 2 buku ke dalam kuali. Kemudian kacau sehingga sebati semua.
  3. *Pasang api kecik sahaja semasa kacau ni.
  4. *Daun pandan  sebagai pewangi.
  5. Apabila telah sebati semua, masukkan pulut yang telah ditanak tadi ke dalam adunan sebati tersebut.
  6. *Sebelum masukkan pulut, boleh rasa adunan tersebut manis ke tidak. Jika kurang manis, boleh tambah gula kabung & gula putih lagi ke dalam adunan tersebut & kacau sehingga sebati.
  7. Kemudian kacau sehingga sebati, likat dan pekat.

Resepi Wajik Pulut/Pulut Kacau

Wajik Pulut/Pulut Kacau: Sumber Ujayuji

Bahan-bahan:

  • 500 gram beras pulut (lebih kurang 3 1/2 cawan arcopal)
  • *300 gram gula melaka @ gula merah
  • *200 gram gula pasir
  • bahan * dimasak dengan 1 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun pandan
  • Daun pisang untuk alas talam/loyang
  • 4-6 @ lebih ulas durian (diambil isinya) – bagi yang suka durian 

Cara-cara:

  1. *Kaedah kukus-Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit- sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair & secubit garam.
  2. *Kaedah tanak di rice cooker- 3 1/2 cwn pulut+ 3 1/2 cawan santan cair + secubit garam (hanya dibalik-balikkan ketika mendidih kemudian biarkan..untuk menghasilkan pulut yang gebu)
  3. *Kaedah masak pulut guna microwave- 3 1/2 cawan beras pulut 3 1/2 cawan santan cair, sedikit garam..panaskan selama 20 minit.
  4. Rebus gula melaka & gula pasir dengan 1 cawan air..setelah larut & mendidih, hendaklah di tapis.
  5. Panaskan semula gula yaang ditapis tadi, masukkan daun pandan & secubit garam (masukkan durian- bagi yang suka perisa durian).
  6. Setelah mendidih masukkan 2 cawan santan pekat biarkan mereneh dalam 1/2 jam guna api yang kecil.
  7. Setelah gula pekat berkilat & bertali, masukkan pulut yang dikukus @ ditanak tadi dan gaul rata.
  8. Setelah agak kering, keluarkan daun pandan tadi.. tuang kedalam loyang yang telah di alas dengan daun pisang.. Sejukan..dan sedia dipotong.

Resepi Wajik / Pulut Kacau Resipi Nenek

Wajik Pulut Kacau Resipi Nenek

Wajik / Pulut Kacau Resipi Nenek: Sumber Namakucella

Bahan-bahan:

  • 1 kg pulut ( kalau sukatan nenak = 1 cupak pulut)- rendam semalaman @ minima 4 jam
  • 1/2 kg santan pekat ( kalau sukatan nenek 3 cawan santan pekat dari 2 biji kelapa)
  • 300 gm dark brown sugar- boleh ganti gula Melaka ( kalau sukatan nenek 1/2 kati)
  • 300 gm gula pasir (kalau sukatan nenak 1/2 kati  +- 1  1/2  cawan )
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara:

  1. Rendam  pulut supaya masak cantik.
  2. Kukus pulut hingga nampak jernih dan masak .Masa mengukus ebih kurang 1/2 jam. Biar sejuk/suam).
  3. Masak santan,gula pasir,gula perang/gula melaka hingga mendidih.
  4. Kecilkan api dan kacau sentiasa hingga nampak gula pekat dan likat. Masukkan pulut kukus dan kacau rata.Masa ni gula akan kembali mencair. Teruskan kacau tanpa henti.
  5. Bila gulanya kembali pekat bersalut dengan pulut matikan api (masa mengacau selepas dimasukkan pulut lebih kurang 20 minit- 1/2 jam).
  6. Alas acuan atau bekas dengan daun pisang supaya nanti wajik berbau harum daun pisang, masukkan pulut kacau dalam acuan atau loyang.
  7. Setelah sejuk baru dipotong serong.

Penutup

Kuih wajik ini ada banyak nama sebenarnya. Di Kelantan, kuih ini dipanggil Nasi Manis atau Pulut Manis. Mudah je nak buat, jom cuba resepi kuih wajik yang saya kongsikan.

Jom cuba resepi ini:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.