fbpx

5 Resepi Popia Nestum Sedap dan Rangup

0

Hari ini saya nak kongsi resepi popia nestum. Sedap dan rangup. Popia nestum ni paling simple nak buat dan kegemaran ramai. Sesuai untuk kudapan. Mungkin masa nak menggulung mengambil masa, lepas dah siap, sekejap je habis sebab rasanya yang sedap dan rangup. Sekali makan, susah nak berhenti.  Bahan-bahan popia nesum ini mudah nak dapat di kedai dan pasaraya.

Resepi Popia Nestum Sedap Che Nom

popia nestum sedap che nom

Popia Nestum Sedap: Sumber Che Nom

Bahan-bahan Popia Nestum Sedap Che Nom:

Bahan untuk popia nestum:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 1/2 cawan nestum (Che Nom lebihkan Nestum kepada satu cawan), kisar halus
  • 1/2 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula halus

Bahan untuk gam:

  • 2 sudu besar tepung
  • 1/4 cawan air

Cara-cara:

  1. Bancuh tepung bersama air dan ketepikan.
  2. Gulung kulit popia menggunakan sebilah lidi satay atau chopstick. Pastikan ada sedikit ruang di tengah-tengah gulungan.
  3. Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat. Ulang proses sehingga habis kulit popia. Tutup dengan kain supaya tidak kering.
  4. Gunting gulungan kulit popia secara menyerong dalam jarak 1.5cm.
  5. Goreng sehingga kekuningan.
  6. Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks. Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara.

Tips:

  • Semasa proses menggulung dan menggunting kulit popia, anda haruslah sentiasa tutup kulit popia dengan kain supaya kulitnya tidak kering dan keras. Jika kering, susah untuk digulung kerana ia mudah pecah.

Resepi Popia Nestum Milo

popia nestum milo

Popia Nestum Milo: Sumber Eyma Balkish

Bahan-bahan Popia Nestum Milo:

  • 1 paket besar kulit popia
  • 1 cawan Nestum
  • 1/2 cawan Milo
  • 1/2 cawan gula halus

Cara Menggulung Kulit Popia :

  1. Bancuh tepung gandum bersama sedikit air sebagai gam kulit popia.
  2. Ambil sekeping kulit popia, gulung dengan menggunakan chop stick dan jika tiada straw atau lidi juga boleh digunakan.
  3. Gulung kulit popia dan di hujung kulit popia gamkan dengan bancuhan tepung gandum tadi.
  4. Selepas semuanya siap digulung, gunting mengikut citarasa kesukaan anda. Lebih baik digunting menyerong kerana nestum dan milo boleh menyerap masuk ke dalam kulit popia.
  5. Apabila siap digunting, goreng kulit popia hingga kekuningan.

Cara Membuat Adunan Nestum Milo :

  1. Blender nestum bersama gula dan milo. Kisar hingga halus dan gebu.
  2. Salutkan dengan adunan nestum milo ini ketika kulit popia masih panas supaya ia melekat.
  3. Sedia untuk dihidang.

Resepi Popia Nestum Horlick Sheila Rusly

popia nestum horlick

Popia Nestum Horlick: Sumber Sheila Rusly

Bahan-bahan Popia Nestum Horlic:

  • 1 peket popia (jenama KG plastik warna biru)
  • 1 cawan nestum original (blender)
  • 1/2 cawan horlick (blender)
  • 1/2 cawan gula halus(blender)
  • 1 biji putih telur

Cara-cara

  1. Ambik sekeping popia dan disapu putih telur di setiap permukaan kulit popia, kemudian gulungkan.
  2. Gulung secara menegak atau menyerong dan jangan terlampau halus gulungannye, gulung besar-besar sedikit..
  3. Gunting secara menyerong dan goreng jangan sampai rentung. Ketepikan.
  4. Bila semua dah digoreng, masukkan popia ke dalam bekas yang berisi nestum, horlick dan gula halus yang telah diblender sebelum ini.

Resepi Popia Cheese Pedas dan Rangup

Popia Cheese Pedas dan Rangup

Popia Cheese Pedas dan Rangup: Sumber Nadzirah Salahuddin

Bahan-bahan Popia Cheese Pedas dan Rangup:

  • Sepeket kulit popia
  • 15 sudu besar serbuk cheese
  • Sepeket serbuk cili
  • 8 sudu besar gula pasir
  • Minyak untuk menggoreng

**Sukatan hanya anggaran. Boleh ubah ikut citarasa sendiri 

Cara-cara:

  1. Potong kulit popia kepada segi empat kecil-kecil.
  2. Leraikan setiap lapisan kulit popia yang dah dipotong.
  3. Goreng kulit popia sehingga berwarna keemasan.
  4. Kisar serbuk cheese, serbuk cili, dan gula pasir sampai sebati.
  5. Masukkan kulit popia ke dalam botol, taburkan serbuk cheese, goncang hingga sebati.

Tips:

  • Masukkan kulit popia dan serbuk cheese tu sedikit demi sedikit ya. Baru la mudah untuk digoncang botol tu sampai kulit popia semua dah sebati bersalut dengan serbuk cheese.
  • Kalau letak banyak-banyak sekaligus, nanti tak ada ruang untuk kulit popia tu bergerak masa kita goncang. Dan minyak dalam kulit popia tu boleh buat serbuk cheese jadi berketul dan tak boleh nak salut kulit popia tu elok-elok. Nanti tak sedap sangat popia cheese tu kalau warna pudar je.

Resepi Popia Coklat Viral

Popia Coklat Viral

Popia Coklat Viral: Sumber Sofia Ahmad

Bahan-bahan:

  • Kulit popia (brand KG pastry sedap)
  • Coklat bar (brand beryl’s sedap) / Cadbury pun boleh
  • Minyak masak untuk goreng kulit popia dan letak sikit dalam coklat

Cara-cara:

  1. Gulung popia. Hujung gulungan tu lekat kan sedikit dengan gam (air+tepung gandum sikit) potong serong halus- halus dan goreng hingga keperangan.
  2. Sambil tunggu popia sejuk, buat coklat dia. Cairkan coklat bar dalam 1 cawan (kaedah double boiler) atau ikut agak-agak yang boleh salut untuk popia kita tadi. Lagi banyak lagi sedap. Campurkan 3 sudu besar minyak masak. Kacau sebati.
  3. Biar sejuk sikit, gaul sebati coklat dan popia tadi. Letak dalam balang. Siap.
  4. Boleh letak dalam peti ais atau boleh letak pada suhu bilik.

Penutup

Selepas sekian lama, popia telah dipelbagaikan, khususnya kulit popia yang dibuat makanan kegemaran generasi moden, antaranya popia nestum. Popia nestum yang sedap dan rangup ini sesuai dimakan bila-bila sahaja. Kebiasaannya, popia akan berperisa pedas namun, popia ini disalut oleh serbuk nestum yang membuatkannya rasa manis. Selain itu, antara kudapan rangup yang boleh dicuba ialah Resepi Cucur Rangup

Leave A Reply

Your email address will not be published.