fbpx

5 Resepi Lontong Kuah Lodeh Sedap

0

Hari ini saya nak kongsi resepi lontong kuah lodeh yang sedap. Sebut sahaja resepi lontong, terbayang 3 benda utama iaitu nasi impit, sambal ikan bilis dan juga kuah lodeh. Resepi lontong kuah lodeh, yang selalu dihidangkan buat sarapan pagi atau juga hidangan di hari raya.  Masakan lontong pastinya enak dan lazat untuk disajikan kepada keluarga. Jom cuba resepi lontong viral ini. Sedap!

Resepi Lontong Dan Kuah Lodeh Azie Kitchen 

Lontong Dan Kuah Lodeh Azie Kitchen

Lontong Dan Kuah Lodeh:Sumber Azie Kitchen 

Bahan-bahan:

  • 1/4 biji kubis
  • 1/4 biji sengkuang – potong panjang
  • 1 batang karot – potong panjang
  • 6 batang kacang panjang
  • 2 biji terung panjang 
  • 1 biji kentang – potong 8
  • 2 keping fucuk – rendam dan potong kecil
  • 1 ikat soo hoon – rendam dan potong kecil
  • keping tempe – potong dadu besar dan goreng
  • 2 keping tauhu – potong kecil dan goreng
  • 2 batang cili merah – hiris-hiris batang serai – ketuk
  • 1 cawan udang hidup 
  • 2 santan kotak 
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit

Bahan kisar:

  • 8 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar udang kering – rendam dan tos

Cara-cara:

  1. Masak bahan kisar dan serai bersama air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya. 
  2. Tambahkan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan sehingga ianya mendidih lagi. 
  3. Masukkan semua bahan dan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut. 

Resepi Lontong dan Kuah Lodeh Che Nom

lontong dan kuah lodeh che nom

Lontong dan Kuah Lodeh: Che Nom

Bahan-bahan:

  • 2 inci lengkuas, dititik
  • 2 batang serai, dititik
  • 500 gram udang
  • 1 kotak santan segera ATAU santan dari 1/2 biji kelapa
  • 1 batang karot, potong panjang
  • 7-8 batang kacang panjang, potong
  • 1/2 biji sengkuang
  • 1 bungkus tempe, potong kiub
  • 3 ketul tauhu, potong kiub
  • 1 genggam suhun
  • 3-4 keping fucuk, rendam lembut dan potong 1 inci panjang
  • sedikit kubis cincang (anggaran 1/4 bahagian)

Bahan-bahan untuk kisar halus:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci kunyit hidup ATAU 2 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar udang kering, rendam bersama air seketika

Bahan-bahan untuk dihidang bersama:

  • nasi impit, rebus
  • telur, rebus
  • tempe, hiris nipis dan goreng garing (optional)
  • ikan bilis kecil, goreng (optional)

Cara-cara:

  1. Bersihkan udang, buang kepala dan kulit (jika suka).
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan dan naik bau dan kemudian masukkan lenkuas dan serai yang dititik.
  3. Masukkan udang dan kacau seketika. Kemudian tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan sayur karot, kacang panjang, sengkuang sehingga lembut.
  5. Masukkan pula tempe, tauhu, suun, fucuk dan kubis sehingga lembut.
  6. Setelah lembut masukkan pula santan pekat dan masak di atas api yang perlahan. Teruskan mengacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul. Tambahkan air yang secukupnya jika kuah terlalu pekat.
  7. Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus, tempe goreng dan ikan bilis goreng.
  8. Sudukan sambal ikan bilis atau sambal sotong rendam untuk melengkapkan hidangan.

Tips:

  • Dicadangkan supaya anda gunakan kunyit hidup sebagai bahan utama kerana rasa dan aroma kunyit hidup menambahkan lagi kesedapan kuah lodeh.

Resepi Lontong Kuah Lodeh Simple & Sedap

lontong kuah lodeh simple

Lontong Kuah Lodeh dan Simple: Sumber Puan Nor Hazwani Mohd Zain

Bahan-bahan:

Bahan A: (Untuk blender)

  • 5 biji bawang besar
  • 6-7 batang serai
  • Kunyit
  • Halia
  • Lengkuas
  • Segenggam udang kering
  • Buah keras

Bahan B: (Aneka sayuran dipotong kecil)

  • Sengkuang
  • Carrot
  • Baby jagung
  • Tempe
  • Kacang panjang
  • Cili
  • Kobis
  • Terung
  • Tauhu

Bahan C:

  • Soo hoon
  • Fuchuk

Bahan D:

  • Santan
  • Asam keping
  • Garam / perasa secukupnya

Cara-cara:

  1. Mula-mula kisarkan semua bahan A menggunakan blender.
  2. Kemudian, panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
  3. Bila dah mendidih, masukkan bahan yang dikisar tadi.
  4. Kemudian masak lagi hingga mendidih. Lepas tu baru masukkan sayur-sayur.
  5. Sayur ni ikut masing-masinglah. Kalau ikutkan resepi asal tak bubuh pun baby jagung dengan bunga kobis. Tapi memandangkan saya peminat sayur, saya bubuh je apa yang ada.
  6. Sayur macam sengkuang, carrot, baby jagung dan tempe boleh masuk awal sikit untuk bagi lembut.
  7. Sayur yang cepat lembut contohnya kacang panjang, cili, kobis, terung dan tauhu tu masukkan kemudian sikit.
  8. Seterusnya masukkan soo hoon dan fuchuk yang telah direndam.
  9. Bila semua bahan dah agak lembut, bolehlah kita perasakan.
  10. Bubuh garam secukup rasa, asam keping dalam 2 keping dan akhir sekali santan.
  11. Kalau nak kuah lambat basi, guna santan kotak. Kacau sebati.
  12. Masukkan perasa secukupnya dan tutup api. Siap!

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan:

  • Cili kering
  • Belacan
  • Air asam jawa
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kunyit
  • Lengkuas
  • Serai (diketuk)
  • Ikan bilis

Cara-cara:

  1. Blender semua bahan kecuali serai dan ikan bilis. Panaskan minyak dan tumis semua bahan sekali dengan serai yang diketuk tu. Bila dah naik bau, masukkan ikan bilis. Siap!

Resepi Lontong Singapura Mat Gebu

lontong singapura mat gebu

Lontong Singapura: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1/4 bahagian kobis bulat, hiris kecil, cuci dan toskan
  • 1 batang lobak merah saiz kecil, potong bentuk jejari
  • 1/2 biji sengkuang saiz sederhana, potong bentuk jejari
  • 5 keping cendawan ‘black fungus @ cendawan telinga kera’, potong kecil
  • 5 tangkai kacang panjang, hiris serong
  • 2 keping tauhu, potong kiub
  • 2 keping tempe, potong kiub
  • Sebesar penumbuk bunga kobis, dipotong sekuntum
  • 2Fucuk @ tauhu kering secukupnya, potong kecil dan rendam hingga lembut
  • 1/3 cawan isi udang
  • 1 cekak soo hoon, kerat pendek
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1.2 liter santan cair
  • 300 ml pati santan
  • 1 helai daun kunyit, hiris halus
  • sGaram dan gula secukup rasa
  • Air jika perlu

Bahan-bahan kisar halus:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 tangkai cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas – 5 minit dan toskan
  • 1 genggam udang kering, rendam sekejap dan toskan
  • 1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai, hiris halus

Bahan-bahan lain:

  • Nasi impit atau ketupat
  • Sambal tumis
  • Telur rebus, dibelah dua
  • Serunding (optional)
  • Begedil (optional)

Cara-cara:

  1. UNTUK KUAH LODEH :- Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan). Tumis serai titik dan bahan2 kisar halus hingga harum. Masukkan lobak merah, sengkuang dan cendawan ‘black fungus’, kacau rata dan tuang santan cair. Biarkan mendidih hingga lobak merah dan sengkuang empuk sedikit. Masukkan bunga kobis, tauhu, tempe dan kacang panjang. Kacau dan masak sekejap. Tambah sedikit air jika perlu.
  2. Masukkan kobis, udang dan juga soo hoon, kacau rata dan tuang pati santan. Masak dengan api kecil dan kacau sekali sekala. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Tambah hirisan daun kuyit (jika guna). Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama bahan2 lain.
  3. UNTUK LONTONG SINGAPURA :- Masukkan secukupnya ketupat atau nasi impit dalam bekas sesuai. Cedok kuah lodeh bersama isinya dan tuangkan atas ketupat/nasi impit tadi. Tambah telur rebus, seruding, begedil dan hidangkan dengan sambal tumis. Jika suka boleh hias dengan hirisan daun kunyit. Sedap dimakan panas. Selamat mencuba.

Resepi Lontong Johor Mat Gebu

lontong johor mat gebu

Lontong Johor: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 8 tangkai kacang panjang, hiris serong
  • 1 biji terung bulat saiz kecik, potong kiub dan rendam
  • 1 biji sengkuang, saiz kecik, kupas dan potong seperti anak mancis, rendam
  • 1 batang lobak merah, kupas dan potong seperti anak mancis, rendam
  • Tauhu kering @ fucuk sebesar
  • 3 tapak tangan orang dewasa, rendam hingga lembut dan potong kecil
  • 1 keping tauhu, potong kiub
  • 2 keping tempe berbungkus daun, potong kiub
  • 1/4 bahagian kobis, potong kecil, cuci dan toskan
  • 5 – 6 kuntuk cendawan telinga kera, rendam hingga kembang, dan potong kecil
  • 2 helai daun salam (boleh ganti dengan bay leaf) – optional
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1/2 cekak soo hoon, kerat pendek, cuci bawah air paip dan toskan
  • 400 ml pati santan ( 2 kotak kecil – 200 ml, santan Kara)
  • 1 ketul kiub ikan bilis, optional
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan-bahan kisar halus:

  • 7 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 camca besar udang kering, cuci dan rendam 10 minit

Bahan-bahan lain:

  • Ketupat, nasi impit atau Lontong secukupnya
  • Serunding kelapa
  • Sambal tumis atau kuah kacang (yang ni ikut pilihan masing-masing)
  • Telur rebus secukupnya, dibelah 2 setiap 1

Cara-cara:

  1. Panaskan 3 camca besar minyak dalam periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar halus hingga wangi dan naik minyak. Masukkan lobak merah, sengkuang, cendawan telinga kera dan tauhu kering (fucuk), semuanya ditoskan dulu air rendamannya. Gaul rata dan tuang air secukupnya, anggaran 1.5 liter. Kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, jika guna, masak sekejap.
  2. Tambah tauhu, tempe, kacang panjang, dan terung. Kacau rata. Masukkan daun salam dan juga kobis, kacau rata dan bila kobis lembut, boleh tuang santan. Kacau perlahan, masukkan soo hoon dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula, anggaran 1/4 camca teh (kalau guna serbuk perasa, tak perlu letak gula). Kacau rata dan biarkan mendidih untuk 3 – 4 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK MENGHIDANG :- Masukkan secukupnya ketupat (atau nasi impit, lotong) yang telah dipotong ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah lodeh dengan isi2 secukupnya dan hias dengan sambal tumis, serunding kelapa dan telur rebus. Hidangkan segera untuk sarapan pagi. Selamat mencuba!

Penutup

Tak rugi mencuba 5 resepi lontong ini. Jika anda teringin masakan kampung, Rendang pucuk ubi pun sedap. Boleh cuba Resepi Pucuk Ubi ini. Anda juga boleh cuba Resepi Teresek ini, rasanya sedap dan mudah nak sediakan. Raya Haji nanti, boleh lah anda cuba Resepi Lontong Kuah Lodeh dan Resepi Roti Jala ini. Roti jala berbentuk rose pastinya memikat hati kerana bentuknya yang menarik dan berwarna warni. Keduanya sesuai disajikan pada hari perayaan dan hari istimewa. Jika teringin nak makan, pasti berbaloi kerana resepi ini sedap dan viral.

Leave A Reply

Your email address will not be published.