fbpx

13 Resepi Roti Jala Lembut (Mudahnya Buat Roti Jala)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi roti jala yang lembut, pastinya mudah dan sedap. Roti jala adalah hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Resepi roti jala ini boleh diwarna mengikut cita rasa dan digulung atau dilipat. Roti jala berbentuk rose pastinya memikat hati kerana bentuknya yang menarik dan berwarna warni. Roti jala sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan dihidangkan dengan kari atau gulai ayam atau daging. Ada yang suka cicah kuah kastard, durian dan makan begitu sahaja pun sedap! 

Resepi Roti Jala Gulai Kambing Kelantan Azie Kitchen

roti jala azie kitchen

Sumber: Roti Jala Azie Kitchen

Bahan-bahan Roti Jala:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
  2. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus di angkat dan digulung.

Bahan-bahan Gulai Kambing Kelantan:

gulai kambing kelantan

  • 1 1/2 kg daging kambing
  • 2 1/2 sudu besar rempah gulai
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawah putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang kayu manis
  • 3 pek kecil santan
  • 1/2 keping gula Melaka
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam keping
  • Garam
  • Gula

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia yang dikisar bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah gulai dan kacau sehingga agak pecah minyak. Masukkan ubi kentang dan daging kambing yang telah direbus dengan pressure cooker serta sedikit air rebusan daging. Kacau rata.
  3. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih. Masukkan kerisik, gula Melaka, garam dan gula.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan pecah minyak. Akhir sekali, masukkan asam. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.

Sumber: Gulai Kambing Kelantan

Resepi Roti Jala Kari Ayam Berkerisik Che Nom

kari ayam berkerisik

Sumber: Roti Jala Kari Ayam Berkerisik Che Nom

Bahan-bahan Roti Jala:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3½ cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar penuh majerin atau ¼ cawan majerin cair
  • 1 sudu kecil garam
  • ¾ sudu kecil serbuk kunyit
  • *kalau guna santan kotak, cairkan 1 kotak kecil dengan air supaya menjadi 3½ cawan santan cair

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan- bahan ke dalam blander dimulakan dengan santan cair.
  2. Diikuti dengan tepung gandum, garam, serbuk kunyit, telur dan mentega cair.
  3. Kisar sampai halus.
  4. Tapis adunan.
  5. Panaskan kuali dengan sedikit minyak (ratakan dengan tisu).
  6. Masukan adunan dalam acuan.
  7. Kemudian tirai roti jala sampai habis adunan.
  8. Gulung roti jala.
  9. Hidang dengan kari ayam.

Tips:

  • Masukkan dulu santan cair kedalam blander, supaya tepung tak berketul-ketul dan melekat dekat bawah blander.

Bahan-bahan Kari Ayam Berkerisik:

Bahan-bahan tumbuk halus:

  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • Rempah 4 sekawan:
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan lain:

  • ½ cawan minyak masak
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air
  • ½ – 1 ekor ayam saiz sederhana
  • ½ – 1 batang lobak merah
  • 2-3 cawan santan cair
  • 2 biji kentang
  • 2-3 sudu besar jus asam jawa
  • 1 cawan santan pekat
  • 2-3 sudu besar kerisik
  • garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian tumbuk hancur bahan-bahan tadi (nak cincang halus pon boleh).
  2. Carrot potong dadu.
  3. Potong kentang ikut cita rasa anda.
  4. Bancuh rempah kari daging, serbuk cili dan air.
  5. Panaskan minyak.
  6. Tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan.
  7. Masukkan rempah 4 sekawan, daun kari, bancuhan rempah dan air (air dari bekas bancuhan rempah dan lesung batu).
  8. Masak sehingga rempah kering kemudian tambah air.
  9. Ulang 3-4 kali.
  10. Bila rempah dah masak, masukkan ayam.
  11. Masukkan carrot dan tutup sekejap supaya masak sedikit.
  12. Kemudian masuk air asam jawa secukupnya.
  13. Masukkan pula kentang dan santan cair (santan perahan kedua). (Kalau guna santan kotak, masukkan air putih je untuk step ni).
  14. Teruskan masak sehingga kentang empuk.
  15. Masukkan santan pekat (untuk yang guna santan kotak boleh masukkan sekarang).
  16. Masukkan kerisik.
  17. Tambah sedikit air mengikut kepekatan kuah.
  18. Kemudian masukkan garam.
  19. Renehkan sehingga semua masak sebati.

Resepi Roti Jala Mat Gebu

roti jala mat gebu

Sumber: Roti Jala Mat Gebu

Bahan-bahan Roti Jala:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 cawan susu segar (optional, kalau tak nak susu, letak air)
  • 2-3 titik pewarna makanan kuning
  • 1 biji telur
  • 3 camca besar mentega air (atau minyak zaitun)
  • Secubit garam
  • Sos kegemaran sebagai pencicah (kuah kari, sambal tumis, gula atau apa saja yang sesuai)

Cara-cara penyediaan:

cara lipat roti jala

  1. Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali sos pencicah. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, saya guna saiz 10 inci. Lenser dengan sedikit minyak zaitun (lap dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Bila panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.
  3. Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, berhati-hati lipat seperti dalam gambar, kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung. Kemaskan dan alih dalam pinggan. Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama sos kegemaran atau sambal tumis.

Resepi Roti Jala Rose

roti jala rose

Sumber: Roti Jala Rose Nor Al Fatihah

Bahan-bahan Roti Jala Rose:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan air daun pandan (boleh juga guna air biasa)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji telur A
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar minyak
  • pewarna merah, kuning & hijau

Bahan-bahan Kari Ayam:

  • 1/2 ekor ayam – dipotong kecil
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji cengkih
  • 3 biji pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia *(bahan2 bertanda * di blend halus)
  • 1 btg serai-di ketuk
  • 1/2 cawan rempah kari ayam & daging faiza (di bancuh dgn sedikit air)
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit ait asam jawa
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 biji kentang-dipotong kecil
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

cara buat roti jala rose

  1. (Roti Jala) Kacau semua bahan2 kecuali pewarna. Tapiskan.
  2. Bahagikan 3 bahagian & campur pewarna. Masukkan adunan merah & kuning ke dalam botol muncung 3, manakala adunan hijau di masukkan ke dlm botol muncung 1.
  3. Panaskan non stick pan. Guna api perlahan. Jala/gariskan adunan merah dulu secara melintang. Kemudian, titikkkan adunan hijau di bahagian atas sisi garisan tadi menjadi seperti daun. Jarakkan, titik sekali lagi. Biar 2-3 minit hingga masak. Tak perlu terbalikkan. Angkat & gulung menjadi bunga.
  4. Saya guna non stick pan yang agak kecil. Jadi saya buat 2 jala spt di dalam gambar. Kene gulung & sambungkan kedua-duanya untuk dapatkan banyak kelopak & bunga menjadi besar, jadi ia akan jadi lebih cantik. Buat untuk adunan kuning sekali setelah habis adunan merah.
  5. (Kari Ayam) Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, cengkih, pelaga & bunga lawang & serai. Kacau seketika. Masukkan rempah kari & daun kari. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa & kacau rata.
  6. Campur santan & air. Bila sudah mendidih, masukkan ayam. Kacau sentiasa hingga ayam masak. Masukkan pula kentang, garam & gula. Masak hingga ayam sedikit empuk

Resepi Roti Jala Tanpa Telur

roti jala tanpa telur

Sumber: Roti Jala Tanpa Telur

Bahan-bahan Roti Jala Tanpa Telur:

  • 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Cawan Air
  • 1 Cawan Susu Segar @ Susu Cair
  • 1 Sudu Besar Minyak
  • 1 Sudu Kecil Garam
  • Pewarna Makanan Hijau
  • Serbuk Kunyit (Sebagai pewarna makanan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan tepung dan air. Kacau hingga rata dan sebati.
  2. Tambahkan susu segar, minyak masak serta garam dan kacau lagi hingga sebati.
  3. Tapiskan adunan supaya adunan tidak berketul-ketul dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  4. Masukkan pewarna makanan hijau pada 1 bahagian adunan dan masukkan pula serbuk kunyit pada 1 lagi bahagian adunan. Kacau rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam botol roti jala.
  6. Panaskan kuali dan sapukan kuali dengan sedikit minyak.
  7. Jalakan adunan tadi di dalam kuali menggunakan api yang kecil supaya roti jala tidak cepat garing.
  8. Apabila telah kekuningan dan masak, boleh lipat dan terus angkat roti jala (tak perlu terbalikkan). Ulang proses menjala sehingga adunan habis. Siap!

Bahan-bahan Kari Ayam Mak Mertua Power Tanpa Santan:

kari ayam mak mertua power

  • 1/2 Ekor Ayam
  • 3 Ulas Bawang Putih (tumbuk/cincang halus)
  • 1@2 Biji Bawang Besar (hiris)
  • 5 Tangkai Daun Kari
  • 125 gm Serbuk Kari Ikan
  • Air Secukupnya (Lebih kurang 750-1000ml)
  • 1@2 Biji Kentang
  • Garam
  • Gula (jika suka)
  • Sedikit Air Asam Jawa
  • 2 Sudu Besar Sos Tiram (bancuh dengan sedikit air)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan daun kari. Kacau rata.
  3. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam. Kacau sebentar.
  5. Masukkan air dan kentang. Biarkan sebentar.
  6. Tambahkan asam jawa, gula serta sos tiram. Seimbangkan rasa. Kacau hingga sebati.
  7. Masak sehingga kentang lembut dan boleh dihidangkan.

Tips:

  • Boleh tambah serbuk kari kalau nak lagi pekat.

Resepi Roti Jala White Coffee

roti jala white coffee

Sumber: Resepi Roti Jala White Coffee Anieschoc

Bahan-bahan Roti Jala White Coffee:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan
  • 2 biji telur
  • 1 peket white coffee (saya guna kopi kapal api)
  • 1/2 cawan gula

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam blender. Kisar halus jangan ada yang berketul-ketul.
  2. Masukkan ke dalam acuan roti jala.
  3. Jala di atas kuali hingga garing di bahagian bawah.
  4. Bila dah garing angkat dan lipat/gulung roti jala mengikut kretiviti masing-masing.
  5. Boleh di hidangkan bersama dengan sos coklat.

Resepi Roti Jala Pandan Bersama Sos Manis

roti jala pandan

Sumber: Roti Jala Pandan Bersama Sos Manis Nor Al Fatihah

Bahan-bahan Roti Jala Pandan Bersama Sos Manis:

  1. 3 cawan tepung gandum
  2. 2 1/2 cawan air daun pandan (blend air +6 helai daun pandan)
  3. 1/2 cawan santan pekat
  4. 2 biji telur
  5. 1 sudu teh garam halus
  6. 2 sudu teh gula (optional)
  7. 3 sudu bsr minyak
  8. pewarna hijau

Cara-cara penyediaan:

cara gulung roti jala pandan

  1. Campur semua bahan2 & kacau. Blend hingga sebati.
  2. Masukkan adunan ke dalam botol muncung 3. Panaskan kuali non stick dengan api kecil. Jalakan melintang dulu, kemudian menegak. Biarkan beberapa saat, x perlu diterbalikkan. Angkat.
  3. Posisikan roti jala menjadi diamond, iaitu bucu ke atas. Lipat sebelah kanan & kiri ke tgh. Lipat pula di bahagian atas sedikit supaya lebih kemas & gulungkan sampai habis.
  4. Tinggalkan sedikit adunan utk membuat sos dlm 1/2 @ 1 cawan. Campur 1/2 cawan santan, 1/2 cawan gula & 1 cawan air. Sukatan ini saya agak-agak sahaja. Masak di atas api kecil & kacau sentiasa hingga sedikit pekat & berlikat.

Resepi Roti Jala Coklat Kuah Kastard

Sumber: Roti Jala Coklat Kuah Kastard Rose Nani

Bahan-bahan Resepi Roti Jala Coklat :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 cawan susu full cream
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 1 biji telur
  • 2 sudu serbuk koko
  • 2 sudu minyak masak

Bahan-bahan Kuah Kastard:

  • 1/2 cawan susu full cream
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan air, susu full cream, susu pekat, telur, minyak masak, tepung gandum dan serbuk koko ke dalam blender. Blend hingga sebati dan tapis sebab tak nak adunan berketul-ketul.
  2. Tuang adunan roti jala dalam botol . Panaskan kuali non stick dan boleh mula menjala. Pastikan api kecil sahaja. Angkat roti bila sudah garing/ berubah warna.
  3. Angkat dan lipatlah ikut kreativiti masing-masing. Nak gulung ke, nak lipat segi tiga ke, bulat ke, bujur ke suka hati lah. Tapi untuk yang ni saya lipat segitiga.
  4. Untuk kuah kastad, campur semua bahan. Masukkan ke dalam kuali non stick. Guna api kecil je. Kacau hingga kuah masak dan naik buih-buih kecil. Tutup api. Siap untuk dihidangkan bersama Roti Jala Coklat.

Resepi Roti Jala Tembikai

Sumber: Roti Jala Tembikai Nor Al Fatihah

Bahan-bahan Roti Jala Tembikai:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu bsr minyak masak
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 1/2 cawan air @ secukupnya
  • pewarna kuning & hijau
  • coklat masakan – dicairkan

Cara-cara penyediaan:

  1. Kacau semua baha-bahan kecuali coklat & pewarna. Blend kan.
  2. Adunan yg cantik, masa di blend adunan ada pusar di tengah-tengah, boleh masukkan satu ibu jari. Jika tiada pusar @ pusar masih kecik, tambah air sedikit lagi.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pewarna kuning (isi tembikai) Satu bahagian lagi dicampurkan dgn pewarna hijau (kulit tembikai) Adunan kuning lebih banyak daripada adunan hijau. Masukkan adunan masing-masing ke dalam botol roti jala muncung tiga.
  4. Panaskan non stick pan. Jalakan adunan hijau dulu bentuk seperti kulit tembikai. Kemudian jalakan pula adunan kuning bentuk isi tembikai. Biarkan seketika, tak perlu diterbalikkan. Jika nampak sudah kering boleh lah di angkat.
  5. Letak di atas pinggan. Pusing bahagian bawah ke atas. Lipat dua. Kemudian lipat lagi sebanyak tiga kali menjadi bentuk segitiga.
  6. Titikkan coklat masakan dengan menggunakan piping bag spt biji tembikai. Boleh buat tembikai merah juga. Sesuai di cicah dgn kuah kari @ serawa durian.

Resepi Roti Jala Gluten Free

Sumber: Roti Jala Gluten Free Ummu Razin

Bahan-bahan Roti Jala Gluten Free

  • 1 cawan Tepung Jagung
  • 1/2 cawan Tepung Beras
  • 1/4 cawan Tepung Ubi Kayu
  • 1/2 sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil Serbuk Kunyit
  • 1 Biji Telur
  • 150 ml Air Santan
  • 3 Sudu Besar Minyak Masak

Cara-cara penyediaan:

  1. Sediakan bahan-bahan, dan sekatakan bahan kering.
  2. Selepas itu, masukkan air bersama minyak ke dalam bahan kering tadi. Kacau sebatikan. Dan masukkan pula telur sebiji. Fungsi minyak di letakkan sekali dalam acuan adalah untuk mengelakkan atas roti jala menjadi ‘tepung’.
  3. Kacau sehingga tepung tidak berketul-ketul. Acuan cair sedikit, tidak likat.
  4. Panaskan pan yang Non stick. Lebih mudah. Jika tiada, kena oleskan sedikit minyak setiap kali ingin meletakkan roti jala. Guna acuan plastik ni, mudah dan boleh goncang sebelum tebar di pan.
  5. Masak tidak perlu lama, cukup sekadar atas dia sudah kekuningan. Boleh tolak tepi tepi dan letak di piring. Jika lama, roti jala akan garing. Sukar untuk melipat.
  6. Lipat ketika roti jala sudah suam panas. Lebih mudah untuk dibentuk lipatan.
  7. Selesai, boleh hidang dan makan bersama kari ayam, kentang lebih.

Resepi Roti Jala Dragon Fruit Kuah Durian

roti jala dragon fruit

Sumber: Roti Jala Dragon Fruit Kuah Durian Leeina Qaliena

Bahan-bahan Roti Jala Dragon Fruit Kuah Durian:

  • 100-150 gram isi buah naga (dragon fruit)
  • 500 gram tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 2 biji telur
  • 200 ml santan kotak (boleh juga guna susu cair)
  • 500 ml air (ikut kesesuaian adunan. jangan terlalu cair)
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu minyak masak

Tambahan:

  • 500 ml air (ikut kesesuaian adunan. jangan terlalu cair)
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu minyak masak

Bahan-bahan Kuah Durian:

  • 5-6 ulas isi buah durian
  • 2 senduk kecil gula perang
  • 200 ml santan kotak
  • 2 1/2 cawan air

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan buah Naga (Dragon fruit)  dalam blender, santan dan telur blend halus. Kemudian masukkan tepung, garam, minyak dan air blend lagi sehingga betul-betul halus.
  2. Tapis ke dalam bekas. Panaskan kuali non stik, sapu sedikit butter menggunakan daun pandan (keluar aroma pandan yang wangi lagi sedap) kemudian jalakan roti jala dengan kemas. Terpulang nak jala bulat atau 4 segi.
  3. Percikkan atau sapu sedikit butter atas roti jala dengan menggunakan daun pandan. Setelah nampak masak sekata angkat dan gulung kemas. Ulang proses yang sama sehingga habis.
  4. Cara sediakan kuah Durian: Santan dan gula perang serta air dimasukkan dalam periuk, masukkan garam dan daun pandan. Masukkan isi durian juga. Kacau sehingga mendidih dan pekat. Padamkan api sedia untuk dihidangkan.
  5. Dah siap untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

Resepi Roti Jala Chocolate

roti jala coklat

Sumber: Roti Jala Chocolate Nana Isya

Bahan-bahan Roti Jala Chocolate:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar koko powder

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan. Kemudian blender dan tapis semua bahan tersebut.
  2. Masukkan ke dalam botol. Panaskan pan picit botol yang berisi tepung tadi. Jalakan tepung tersebut. Kemudian angkat dan lipat jala tersebut.
  3. Siap boleh dihidangkan bersama nuttela atau susu pekat. Selamat mencuba.

Resepi Roti Jala Berinti

roti jala berinti

Sumber: Roti Jala Berinti Nor Ariffin

Bahan-bahan Roti Jala Berinti:

  • 3 cawan tepung
  • 3 cawan air
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna 

Bahan-bahan inti: 

  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • 3 ulas bawang merah(blend)
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • Sedikit air
  • 1 cawan daging kisar
  • 1 biji kentang potong dadu
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Untuk inti tumis bahan blend sampai naik bau masukkan serbuk kari dan tumis lagi sampai pecah minyak.
  2. Masukkan daging kisar dan kentang fan sedikit air reneh sampai kentang empuk.
  3. Perasakan dengan garam reneh hingga kering dan sejukkan.
  4. Untuk roti jala, masukkan tepung, air, garam dan minyak serta pewarna ke dalam blender, blend sehingga semuanya sebati dan tiada bergentel-gentel.
  5. Masukkan dalam botol acuan roti jala dan kirai atas non stick pan, sudukan inti dan gulung.
  6. Siap untuk dihidangkan untuk minum petang.

 

Penutup

Jika dahulu, roti jala ini hanya berwarna kuning sahaja, namun sekarang roti jala ini lebih banyak warna dan variasi dan bentuk jalaan serta lipatannya juga ada bermacam-macam jenis dan cara. Kebiasaan roti jala kita makan dengan kari, kuah gulai atau sambal tumis, yang ini ikut pilihan masing-masing. Katanya walaupun baru pertama kali mencuba, tapi resepi roti jala ni memang mudah dan menjadi. Tak percaya, cubalah. Selain itu antara resepi yang mudah, boleh cuba Resepi Cucur Sedap dan Rangup. Boleh juga cuba  Resepi Puding ViralResepi Kek Batik Sedap pastinya patut di cuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.