Hari ini saya nak kongsi resepi sambal durian dan tempoyak yang pastinya menambah selera anda. Bahan utamanya sudah pasti durian. Resepi sambal durian dan sambal tempoyak ini sangat mudah dan sedap! Apalagi dimakan dengan nasi panas-panas. Rahsia sambal tempoyak yang sedap ialah penggunaan isi durian yang baru yang masih manis.
Resepi Sambal Durian
Sambal Durian: Sumber Netie Rose Oven
Bahan-bahan Sambal Durian:
- 100 gram isi Durian
- 4-5 biji Cili Padi
- 1 sudu kecil garam
Cara-cara:
- Mula-mula ambill lesung batu. Tumbuk cili padi hinga 3/4 lumat.
- Masukkan garam. Kemudian masukkan isi durian.
Resepi Sambal Durian Atok Kalsom
Sambal Durian Atok Kalsom: Sumber Alia Ali
Bahan-bahan Sambal Durian Atok Kalsom:
- 50 biji cili padi saiz kecil
- 1 biji cili hijau
- 4 ulas durian segar
- Sedikit garam
Cara-cara:
- Basuh bersih cili hijau dan cili padi serta buang tangkainya.
- Keluarkan isi durian daripada bijinya. Kuantiti garamnya lebih kurang separuh sudu kecil.
- Tumbuk cili padi.
- Masukkan isi durian dan tumbuk perlahan.
- Masukkan separuh sudu kecil garam. Rasa sambal, kalau perlu, tambah garam lagi.
- Kacau rata dengan sudu. Siap. Jangan tambah gula. Durian segar sudah sedia manis.
- Nak makan dengan apa? Ini cadangan hidangan. Hidangkan Sambal Durian Atok Kalsom dengan telur dadar dan sayur kacang panjang goreng. Sedap oooi ! Selamat mencuba ya.
Resep Sambal Durian Goreng Sarawak
Sambal Durian Goreng Sarawak: Sumber Yanti Suudi
Bahan-bahan Sambal Durian Goreng Sarawak:
- 1 biji durian diambil isinya(jangan buang biji tengah nya)
- 5 ulas bawang merah ditumbuk
- 1 labu bawang besar dipotong macam buah oren
- 5 ulas bawang putih ditumbuk
- 2 sudu makan cili giling
- 1 batang serai diketuk
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- sejemput ikan bilis
- garam, MSG, gula secukupnya
- sedikit air
- sedikit minyak untuk menumis.
Cara-cara:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk bersama denagan serai,cili giling, serbuk kunyit dan ikan bilis sehingga wangi.
- Masukkan durian dan kacau rata.Masukkan sedikt air. Perasakan degan garam, MSG dan gula.Kacau sehingga isi durian tertanggal sedikit dari bijinya.
- Akhir sekali masukkan bawang besar. Tutup api setelah bawang besar menjadi layu.
- Siap dihidangkan.
Resepi Sambal Tempoyak
Sambal Tempoyak: Sumber Gyna Elenna
Bahan-bahan Sambal Tempoyak:
- 3 cawan tempoyak
- 1 cawan cili padi kampung
- 1 biji bawang besar
- Sedikit kunyit hidup
- Garam secukupnya
- 1 cawan ikan bilis (digoreng)
- Minyak untuk menumis
Cara-cara:
- Kisar cili padi,bawang dan kunyit hidup bersama sedikit air.
- Panaskan minyak,goreng garing ikan bilis kemudian toskan.
- Menggunakan minyak yang sama,tumis bahan kisar sehingga naik bau dan garing.
- Masukkan tempoyak dan garam.Kemudian masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Gaul sebati.
Resepi Sambal Tempoyak Durian
Sambal Tempoyak Durian: Sumber QayLaa
Bahan-bahan Sambal Tempoyak Durian:
- 4 sudu makan tempoyak mentah
- Segengam ikan bilis
- 5 biji cili padi
Cara-cara:
- Ikan bilis d basuh sekejap dan toskan. Kuantiti ikut suka.
- Cili di potong halus-halus, ikut citarasa boleh tambahkan or kurangkan.
- Gaul semua, di makan dengan nasi panas memang sedap.
Resepi Sambal Tempoyak Sedap Azie Kitchen
Sambal Tempoyak Sedap: Sumber Azie Kitchen
Bahan-bahan Sambal Tempoyak Sedap:
- Beberapa ulas durian – ambik isi dan hancurkan
- Segenggam cili padi kampung
- Sedikit garam
Cara-cara:
- Kisar kasar cili padi dengan menggunakan blender kering. Selepas itu, masukkan sedikit garam. Bolehlah dimasukkan ke dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk.
- Bila hendak dihidangkan, ambik isi durian yang dihancurkan dan masukkan cili kisar secukupnya. Gaul rata dan sedia dihidangkan bersama ulam ulaman.
Resepi Sambal Tempoyak Petai
Sambal Tempoyak Petai: Sumber Nurul Razali
Bahan-bahan Sambal Tempoyak Petai:
- Semangkuk kecil ikan bilis
- 3 papan petai
- 1 biji bawang merah besar
- 10-20 biji cili padi
- 3 sudu besar tempoyak
- Garam secukupnya
- Minyak untuk menumis
Cara-cara:
- Tumbuk cili padi dengan garam. Tambahkan tempoyak dan air sedikit ke dalam lesung.
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan ikan bilis. Masak sampai ikan bilis agak garing.
- Masukkan bahan tumbuk tadi (dalam lesung) kedalam kuali. Api perlahan biar sampai kuah tempoyak mendidih.
- Bila kuah dah agak pekat, masukkan petai. Kacau goreng sampai sambal nya pekat dan pecah minyak. Boleh dihidang bersama nasi panas. Selamat mencuba.
Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Goreng Che Nom
Sambal Tempoyak Ikan Bilis Goreng: Sumber Che Nom
Bahan-bahan Sambal Tempoyak Ikan Bilis Goreng:
- Ikan bilis lebih kurang segenggam penuh atau ikut anggaran sendiri
- Tempoyak 3-4 sudu besar
- Bawang besar satu biji – dihiris
- Garam secukupnya
- Minyak masak
Bahan-bahan untuk dikisar/ditumbuk :
- Bawang putih 2 ulas
- Cili padi 15-25 biji (ikut tahap kepedasan yang diinginkan)
- Cili merah 1-2 biji
Cara-cara:
- Gorengkan ikan bilis sehingga garing kemudian letakkan ke tepi.
- Tumiskan bawang besar dan bahan yang telah dikisar. Kemudian masukkan garam dan kacau.
- Masukkan tempoyak kemudian gaul sehingga rata.
- Akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul sehingga sebati.
Tips:
- Resepi ini lebih sedap jika di makan bersama nasi panas dan juga lebih sedap jika bahan-bahannya ditumbuk berbanding dikisar.
Resepi Sambal Ikan Bilis Campur Tempoyak
Sambal Ikan Bilis Campur Tempoyak: Sumber Tengku RosElyza Raja Muhammad
Bahan-bahan Resepi Sambal Ikan Bilis Campur Tempoyak:
- 2 sudu besar tempoyak fresh
- 20-25 biji cili padi (kisar @ tumbuk)
- Petai
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Ikan bilis (kisar @ tumbuk)
- Bawang merah (ditumbuk)
- Bawang putih (ditumbuk)
Cara-cara:
- Tumbuk bawang, cili padi, ikan bilis sehingga lumat, ketepikan.
- Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Bila dah pecah minyak, masukkan petai dan kacau rata. Baru masukkan 2 sudu besar tempoyak.
- Tambah air sikit – sikit dan letak garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih dan bila dah pekat boleh tutup api.
Resepi Sambal Tempoyak Durian Merah
Sambal Tempoyak Durian Merah: Sumber Amie’s Little Kitchen
Bahan-bahan Sambal Tempoyak Durian Merah:
- 1 cawan isi durian merah
- 4 sudu besar minyak
- 1 labu bawang besar – cincang
- garam / gula / perasa pilihan
- Bahan kisar / tumbuk
- 20 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1/2 cawan udang kering – rendam hingga lembut – toskan
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan goreng bawang besar hingga kekuningan.
- Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga wangi.
- Kemudian masukkan durian merah, garam / gula / perasa pilihan.
- Perlahankan api.
- Biarkan isi durian merah hancur, dan sambal masak sehingga terbit minyak.
- Padamkan api dapur.
Resepi Sambal Budu Tempoyak
Sambal Budu Tempoyak: Sumber Dapur Ibundo
Bahan-bahan Sambal Budu Tempoyak:
- Bawang
- Cili
- Asam Limau
- Budu
- Tempoyak
Cara-cara:
- Nak buat sambal budu tempoyak ni cuma dihiriskan bawang, cili dan perahkan asam limau ke dalam budu.
- Lepas tu, masukkan tempoyak. Lebihkan tempoyak sebab nak hilangkan rasa budu yang masin.
- Bubuh juga setengah sudu kecil gula.Tambah air sikit sebab pekat.
Resepi Sambal Tempoyak Daun Kayu Negeri Sembilan
Sambal Tempoyak Daun Kayu Negeri Sembilan: Sumber Nazuhaina Azu
Bahan-bahan:
- 1 ikat pucuk ubi – hiris halus
- 5 helai daun kunyit – hiris halus
- 20 helai daun kaduk – hiris halus
- 10 helai daun mangun – hiris halus
- 5 batang serai – hiris halus
- Petai ambil isi saja
- Ikan bilis
- 1kg tempoyak mentah
- 1kg santan pekat (4 biji kelapa)
Bahan kisar
- 1/2 cawan cili padi
- 2 inci kunyit hidup
Cara-cara:
- Bersihkan semua bahan dan mayang bahan-bahan yang perlu dihiris halus.
- Kisar cili padi dan kunyit hidup. Kemudian masukkan dalam kuali.
- Masuk santan dan tempoyak. Sebatikan. Apabila sudah mendidih, masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi.
- Seterusnya masukkan ikan bilis dan juga petai yang telah dikupas kulitnya. Masak hingga pekat.
- Perasakan Sambal Tempoyak Daun Kayu dengan garam secukupnya. Padamkan api dan siap untuk dihidangkan.
Penutup
Tak lengkap kalau tak ada sambal dalan hidangan masakan tengahari. Resepi Sambal Durian dan Tempoyak ini pastinya menambah selera anda. Resepi Sambal Belacan Viral pun sedap! Tambah pula bila digandingkan dengan nasi dan ulaman. Jika teringin nak makan daging dendeng, boleh cuba Resepi Daging Dendeng Sedap.