fbpx

5 Resepi Daging Dendeng Sedap (Hidangan Istimewa Senang Masak)

Resepi Daging Dendeng ini sedap sangat! Rasanya manis pedas. Istimewanya daging dendeng ia tahan lama dan mudah dimasak. Kalau anda teringin nak rasa masakan istimewa yang ada di jamuan perkahwinan, tentunya resepi daging dendeng mesti dicuba. Penggemar daging wajib cuba resepi daging dendeng ini.

Resepi Daging Dendeng Sedap dan Mudah

dendeng daging sedap dan mudah

Daging Dendeng Sedap dan Mudah: Sumber Putri Bungsu

Bahan-bahan: 

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah – lebih lagi sedap
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 batang serai – lebih lagi sedap
  • 3 senduk besar lada kisar
  • 1/2 mangkuk kicap – untuk perap bersama daging 
  • 2 senduk kicap lemak manis
  • 1 kg daging – hiris
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Perap daging bersama 1/2 mangkuk kicap.
  2. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai. Tumis hingga naik bau.
  3. Seterusnya masukkan lada kisar. Masak hingga sedikit garing.
  4. Masukkan daging yang telah diperap dengan kicap tadi. Biarkan daging dengan api kecil @ sederhana dan kacau sentiasa agar tidak hangus di bahagian bawah. Jika kurang rasa, tambahkan kicap.
  5. Masak hingga daging menjadi kering. Angkat dan hidangkan.

Resepi Daging Dendeng Sedap Azie Kitchen

dendeng daging azie kitchen

Daging Dendeng Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan bahan:
  • 2 kg daging
  • 5-6 sudu besar cili kisar – ikut pedas disukai
  • Kicap lemak manis
  • Kicap masin
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukupnya
Bahan Kisar:
  • 4 biji bawang besar
  • 6-7 ulas bawang putih 
Cara-cara penyediaan:
  1. Daging dipotong dua atau tiga ketul. Rebus daging dalam 30 minit atau agak agak tidak ada darah jer. Hiris nipis.
  2. Tumbuk ketuk hingga agak agak pecah urat sahaja. Ketuk dari tepi dulu sebelum ke bahagian tengah.
  3. Panaskan minyak dan goreng daging yang telah diketuk tadi. Goreng daging seketika hingga agak perang sikit. Semasa goreng daging, kena sentiasa jaga api takut hangus. Angkat dan ketepikan. 
  4. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang kisar hingga wangi. 
  5. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak dan garing serta pecah minyak.
  6. Lepas tu masukkan sedikit air rebusan daging, kicap dan garam serta gula, jika perlu.
  7. Setelah pecah minyak, masukkan daging yang siap digoreng. Kacau sampai sebati. Dan kecilkan api, biar mereneh lama hingga kering sikit. Kalau terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan daging.
Nota:
  • Cili kering biar ada yang dikisar kasar sedikit. 

Resepi Daging Dendeng Pak Engku

dendeng daging pak engku

Daging Dendeng Pak Engku: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging lembu yg tiada lemak – ita guna batang pinang
  • 100 gm bawang goren

Bahan kisar:

  • 15 tangkai cili kering – digoreng dan dikisar
  • 10 ulas bawang merah – digoreng dan dikisar
  • 2 inc halia – digoreng dan dikisar
  • 3 ulas bawang putih – digoreng dan dikisar

Bahan Tumis:

  • 5 biji buah pelaga
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih

Cara-cara penyediaan:

  1. Daging dipotong nipis kemudian direbus.
  2. Apabila lembut, toskan dan kemudian digoreng.
  3. Tumis buah pelaga, kulit kayu manis bunga lawang dan bunga cengkih.
  4. Masukkan bahan yg telah dikisar kasar tadi.
  5. Biarkan hingga naik bau dan naik minyak.
  6. Barulah masukkan daging yg telah digoreng tadi.
  7. Masukkan garam dan perasa kacau rata.
  8. Kemudian taburkan bawang goreng.

Resepi Daging Dendeng Minangkabau

dendeng daging minangkabau

Daging Dendeng Minangkabau: Sumber Mohd Faisal Muahaiyidin

Bahan rebusan

  • Satu kilogram (kg) daging
  • Satu sudu besar jintan manis (ditumbuk)
  • Satu sudu besar jintan putih (ditumbuk)

Bahan perapan

  • 1/2 botol kicap manis (320ml)

Bahan kisar:

  • Empat biji bawang merah (besar)
  • 10 biji bawang putih
  • Enam batang serai
  • Satu inci halia
  • Cili kering kisar
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-cara penyediaan daging dendeng:

  1. Rebuskan daging bersama jintan manis dan jintan putih yang ditumbuk sehingga empuk.
  2. Selepas empuk, hiriskan daging dalam kepingan yang besar dan lebar.
  3. Kemudian daging itu perlu ditumbuk sedikit dalam lesung untuk mendapatkan tekstur daging yang leper.
  4. Seterusnya perapkan daging yang ditumbuk tadi bersama kicap selama satu jam.
  5. Kemudian tumiskan bahan kisar sehingga garing dan masukkan daging yang diperap tadi dalam tumisan itu.
  6. Masak sehingga kuahnya kering sedikit menggunakan api dapur yang kecil.
  7. Daging dendeng sedia untuk dihidangkan.

Resepi Dendeng Balado Padang

dendeng daging balado padang

Dendeng Balado Padang: Sumber Aniza

Bahan A

  • 1 kg daging bahagian tenderloin – dipotong 3
  • 6 ulas bawang putih – diketuk
  • 3 biji bawang merah – dihiris
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Air untuk merebus
Bahan B
  • Ditumbuk halus
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • Air untuk rendaman
Bahan C
  • Ditumbuk kasar
  • 4 biji cili merah
  • 6 biji cili kering
  • 4 biji cilipadi
  • 8 biji bawang merah- dihiris nipis
  • 6 sudu minyak untuk menumis
 
Bahan D
  • 1 sudu makan asam jawa- diperah dengan 4 sudu besar air
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus Bahan A bersama hingga daging empuk. Angkat dan potong nipis daging, ketuk daging dengan menggunakan lesung batu hingga meleper.
  2. Campurkan semua Bahan B dan masukkan air didalam bekas yang agak besar. Masukkan hirisan daging kedalam campuran Bahan B tadi.
  3. Rendamkan anggaran 1 jam, pastikan semua daging tadi terendam . Toskan daging dan goreng dengan sedikit minyak hingga daging agak garing.
  4. Di dalam kuali yang berlainan, panaskan minyak dan tumiskan bawang merah. Biarkan hingga agak garing baru dimasukkan semua cili yang sudah ditumbuk kasar.
  5. Masak hingga cili agak garing barulah dimasukkan Bahan D. Akhir sekali masukkan daging yang sudah digoreng tadi. Kacau hingga rata dan sebati
  6. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Penutup

Resepi daging dendeng yang menarik pada saya ialah Resepi Daging Dendeng Minangkabau. Resepi ini dikatakan diperkenalkan dan berasal dari Indonesia dan diperkenalkan oleh orang Minangkabau. Antara keunikan masakan daging dendeng ialah tahan lama kerana tidak menggunakan santan selain dimasak sehingga kering. Sedap dimakan dengan nasi impit, apatah lagi dimakan panas-panas dengan nasi dan sambal belacan!

Anda juga boleh dapatkan panduan masakan seperti:-

Insert Table of Contents
Leave A Reply

Your email address will not be published.