fbpx

11 Resepi Masakan Kampung Sedap Berdesik

0

Masakan kampung boleh dikatakan masakan yang disukai setiap orang. 

Dalam banyak-banyak menu yang disediakan di kedai mahupun di rumah, masakan yang berasaskan kampung juga menaikkan selera setiap orang

Apatah lagi kalau anda masaknya di rumah, pasti meningkatkan selera yang tersayang.

Di sini, saya bawakan resepi masakan kampung yang ramai tidak tahu yang mempunyai kelainan sedikit berbanding yang lain.

Bahan-bahan yang digunakan juga adalah bahan yang simple2 sahaja.

Jom lihat.

1. Kerabu pucuk paku + kerang

Resepi Masakan Kampung

Bahan-bahan:

  • 1 ikat pucuk paku(celur)
  • taugeh semangkuk (celur)
  • kerang(rebus dulu)
  • 5@6 biji bwg merah kecik
  • 2 sudu besar kerisik
  • cili padi
  • belacan
  • garam
  • pati santan

Cara Penyediaannya:

  1. tumbuk@kisar kering cili padi dgn belacan
  2. kacau cili kisar, kerisik n bwg merah dlm besen besar
  3. masuk kerang kacau2 sebati, masukkan garam sikit
  4. masuk pucuk paku n taugeh yg dicelur td
  5. kacau rata.. masukkan pati santan dlm 2@3 sudu besar
  6. kalau apa yg kurang blh tambah ikut selera masing2

Selamat Mencuba:)

Kredit: my resepi

2. Terung Goreng Berlada

Resepi Masakan Kampung

Bahan-bahan:

  • Terung
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air asam jawa
  • Bawang besar-dihiris
  • Ikan bilis digoreng garing

Bahan-bahan (Tumbuk Kasar):

  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Cili besar merah
  • Cili padi

Cara Penyediaannya:

  1. terung dibasuh dan dibelah tengah..Goreng dlm minyak panas, biar smp masak tpi jgn lembik sgt... Angkat toskan.
  2. kemudian tumiskan bahan2 yg telah ditumbuk kasar tadi sehingga naik bau wangi ..Masak sehingga pecah minyak.
  3. kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula.. kalu nak lebihkan kuah masukkan sedikit air.. biarkan mendidih.
  4. kemudian masukkan terung yg telah ditoskan tadi dgn bawang besar yg dihiris... biarkan kejap bg sambal berlada sebati dgn terung.
  5. bila sudah betul2 masak, angkat dan gaulkan dgn ikan bilis goreng... siap!!

3. Paprik Sotong 

Resepi Masakan Kampung

Bahan-bahan:

  • 3-4 ekor sotong - bersihkan dan potong
  • 3 ulas bwg putih - diketuk
  • 1 labu bwg besar - dihiris kasar
  • 2 btg serai - dihiris kasar
  • 2 helai daun limau purut
  • 5 biji cili padi - di ketuk
  • 1 biji cili merah-hiris menyerong
  • Sedikit bunga kobis, kacang buncis dan carrot
  • Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan- sukatan agak2 la ye..
  • Garam sekiranya perlu
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara Penyediaannya:

1. Panaskan minyak,Tumis bawang bwg putih dan cili padi ketuk, kacau sekejap.

2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram ,sos ikan dan sotong. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.

3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan cili merah. Rasa dan sekiranya perlu, tambahkan sedikit garam.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.

Selamat mencuba

Kredit : Resepi Ummi

4. Sambal Telur Ikan Bilis

Resepi Masakan Kampung

Bahan-Bahan:

  • 4 biji telur, digoreng mata kerbau
  • 1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
  • 1 pokok daun bawang, hiris halus
  • Daun salad secukupnya untuk hiasan

Bahan-bahan (Sambal Tumis):

  • 2 senduk nasi cili kisar
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3/4 inci belacan*
  • 1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)

Cara Penyediaanya:

UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah jus asam jawa dan masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK SAMBAL TELUR IKAN BILIS :- Susun daun salad dalam bekas sesuai, kemudian susun pula telur mata kerbau tadi. Ratakan sambal dan tabur dengan ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

5. Ikan Bawal Berlada

Resepi Masakan Kampung

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal saiz sederhana
  • 4 tangkai cili merah dipotong
  • 4 tangkai cili hijau di potong
  • 3- 5 tangkai cili padi dipotong
  • 1 labu bawang besar
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 batang serai-diketuk
  • 1 biji limau kasturi
  • 1 sm belacan-dibakar
  • 3 labu bawang merah dihiris
  • 2 ulas bawang putih di hiris
  • Sedikit minyak dan air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaanya:

  1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng dalam minyak yang banyak hingga separa garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah, cili hijau, cili padi, bawang merah dan bawang putih selama 3 minit.
  3. Angkat dan kisar bersama belacan menggunakan pengisar kering.
  4. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan bahan kisar dan tambahkan sedikit air serta air asam jawa.
  5. Biarkan seketika hingga sambal menjadi pekat dan agak kering. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api dan tuangkan sambal goreng di atas ikan.

Credit to : karangkraf

6. Sambal Goreng Pucuk Ubi

Resepi Masakan Kampung

Bahan-bahan:

  • 1 ikat pucuk ubi-dipilih, dibasuh dan digoreng garing- toskan letak tepi
  • Bahan utk sambal
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan cili kisar (Kalau nak pedas boleh tambah cili padi)
  • 3 sudu besar gula
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit garam
  • Sedikit ikan bilis

Cara Penyediaanya:

  1. mula kita goreng ikan bilis tadi. dah garing ketepikan.
  2. guna minyak yang sama goreng ikan bilis tadi kita
  3. Tumis bahan-bahan sambal sehingga elok masak
  4. Setelah elok masak gaulkan pucuk ubi tadi dgn sambal dan digaul rata dan perisakan dengan garam dan gula.

*hidang dengan nasi panas panas.Mau berpinggan pinggan uii..

Selamat mencuba:)

7. Sotong Goreng Kunyit

Resepi Masakan Kampung

Bahan-bahan:

  • 500gm sotong- dibersihkan
  • 5 batang kancang panjang-dipotong 2 inci
  • 3 biji bawang merah-dihiris halus
  • 4 ulas bawang putih-dihiris halus
  • 1 labu bawang besar-dihiris
  • 1 tangkai lada merah besar-dihiris halus
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar sos tiram
  • perasa-garam,gula dan ajinomoto
  • minyak

Cara Penyediaanya:

1. pijarkan minyak didalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga separuh garing

2. masukkan sotong dan serbuk kunyit. Kacau sehingga sotong masak

3. masukkan bahan perasa bersama sos tiram.. Kacau sebentar..

4. akhir sekali masukkan kacang panjang, bawang besar dan juga lada merah besar..Masak sehingga bawang besar sedikit layu

5. Sedia dihidang.

*boleh juga dimasak bersama ikn goreng atau aym goreng..kaedahnya sama..tetapi perlu digoreng terlebih dahulu ayam dan ikn itu.

Selamat Mencuba:)

8. Ikan Tenggiri Masak Kicap

Resepi Masakan Kampung

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ikan tenggiri segar di potong setengah inci tebal
  • 1 biji bawang Holland di racik kasar
  • 1 / 2 inci halia di racik kasar
  • 4- 5 biji cili padi thai
  • 2 sudu makan cuka
  • 3/ 4 cawan air
  • 1 batang daun bawang
  • Kicap mengikut citarasa anda
  • Garam dan gula untuk perasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara Penyediaanya:

  1. Goreng dulu ikan tenggiri yg telah di potong tadi dan tumis bwg putih dan halia 
  2. Masukkan bawang Holland yg di racik kasar berserta ikan tenggiri yg di goreng tadi
  3. Masukkan kicap secukup rasa dan air
  4. Masukkan garam dan gula untuk perasa kalau nak sedap lagi campur 2 sudu makan cuka angkat dan hidangkan.
  5. Selamat mencuba!

9. Asam Pedas Ayam Daun Pudina

Resepi Masakan Kampung

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam - dipotong 8
  • 5 biji buah keras - dikisar
  • 10 tangkai cili kering - dikisar
  • 10 tangkai cili merah - dikisar
  • 2 labu bawang besar - dihiris
  • 4 batang serai
  • 1 sm lengkuas
  • 1 sm halia
  • 1 sm belacan
  • 2 biji tomato
  • 2 biji terung
  • 5 biji bendi
  • 2 kelopak lobak masin
  • Sedikit air asam jawa
  • 4 keping asam keping
  • 3 ikat daun kesum
  • 4 ikat daun pudina
  • 1 kuntum bunga kantan - dihiris
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara Penyediaanya:

1. Panaskam minyak di dalam kuali.
2. Tumis hirisan bawang besar,
3. Kemudian, masukkan semua bahan yang telah dikisar.
4. Apabila wangi, masukkan air asam jawa dan asam keping.
5. Masukkan daun kesum dan daun pudina.
6. Masukkan ayam yang siap dipotong tadi.
7. Masukkan garam dan gula.
8. Masak ayam sehingga naik bau.
9. Apabila ayam sudah hampir setengah masak, masukkan terung.
10. Kemudian, masukkan bendi, lobak masin dan daun pudina.
11. Akhir sekali, taburkan hirisan bunga kantan di atasnya.

Selamat Mencuba !

10. Lala Masak Berlada

Resepi Masakan Kampung

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 15 tangkai lada kering (jenis besar, x pedas)
  • sedikit gula melaka (manisan kampung)
  • 1kg lala
  • garam
  • gula
  • sedikit air
  • bawang besar holland potong bulat
    cili hijau potong serong

Bahan (untuk dikisar):

  • bawang merah
  • bawang putih
  • lada kering
  • sedikit air

Cara Penyediaanya:

  1. Tumis bahan yg dikisar sehingga naik bau. pastikan bwg benar2 masak.
  2. Masukkan gula melaka, gula dan garam. Test rasa. Tambah jika x cukup.
  3. Masukkan sedikit air. Kalau nk berkuah, blh lebihkan.
  4. Masukkan lala, bwg holland dan cili hijau.
  5. Kacau rata hingga masak. *Jgn lama sgt, nnt kecut isi lala tu. hehehe...

*kalau nk bubuh serai yg dititik n halia kisar pun boleh. ikut variasi masing-masing.

Selamat Mencuba 🙂

11. Sambal Tumis Kerang

Resepi Masakan Kampung

Bahan-bahan:

  • 3-4 kg kerang ~ direbus dan ambil isinya
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk/kisar
  • 2 biji bawang besar ~ ditumbuk/kisar
  • 3 sudu(kurang atau lebih) cili yg telah dikisar
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) ~ kisar/tumbuk bersama bawang
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air ~ jika perlu.

Cara Penyediaannya:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.

2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.

3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.

4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.