fbpx

9 Pilihan Menu Starbucks Rendah Kalori – Ini Cara Memesannya

Anda Peminat tegar kopi di starbucks tetapi takut dengan kandungan gula yang terlalu tinggi?

Atau tidak tahu nak pilih menu apa yang terdapat di Starbucks yang berkalori rendah ?

Nah, di sini saya kongsikan panduan cara memilih menu starbucks berkalori rendah serta cara memesannya.

9 Pilihan Menu Starbucks Rendah Kalori dan Bagaimana Cara Memesannya


Sebelum memesan air di Starbucks, pastikan ikuti 10 petua dibawah:

  1. Less /half Syrups (sedikit gula).

  2. Syrup free (bebas gula).

  3. Pilih yang kalori rendah (4-100).

  4. Back to basic

Kopi, teh, espresso, cappucino adalah pilihan yang terbaik untuk kekal sihat.

  1. Pilih ukuran gelas yang kecil.

Tall (small). Grande (Medium), Venti (Large). Pilihan gelas mempengaruhi jumlah kalori. Makin besar gelas yang dipilih, maka kalorinya makin bertambah.

  1. Whipped cream.

Minuman berkrim mempunyai kalori yang agak tinggi yang perlu dielakkan.

  1. Ambil yang skinny atau light.

Skinny bermaksud minuman yang dibuat dengan susu rendah lemak, bebas gula dan bebas krim. Light bermaksud frappucino yang dibuat dengan bebas gula dan susu berkrim supaya kandungan kalori tetap menjadi rendah.

  1. Minta extra shot kopi.

Ini kerana makin banyak kandungan kopi adalah lebih baik berbanding decaf (kurang kopi)

  1. Topping Foam.

Buih membantu mendapatkan kalori yang rendah kerana kandungan buih menstabilkan kandungan air.

10. Ambil minuman sejuk berbanding air panas

Tahukah anda bahawa minuman sejuk membantu mengurangkan jumlah kalori berbanding air panas kerana kandungan ais mampu mencairkan gula dalam minuman. 

Menu Starbucks Rendah Kalori:

1. Caramel Frappucino Light  (100 kalori)

Pilihan Menu Starbucks Rendah Kalori - Ini Cara Memesannya

Caramel Frappucino dikatakan minuman paling popular di starbucks. Jika anda salah satu peminat minuman ini tetapi takut dengan kandungan kalori yang tinggi , anda boleh request yang light base, bersaiz tall, susu rendah lemak, caramel syrup. Minuman ini mempunyai 100 kalori sahaja. Kira ok laa asalkan tidak lebih dari 100 kalori !

2. Iced Coffee (70 kalori)

9 Pilihan Menu Starbucks Rendah Kalori dan Bagaimana Cara Memesannya

Peminat tegar kopi, anda harus mencuba Iced Coffe. Iced Coffee diperbuat daripada pure kopi jenis arabika yang mampu memberikan rasa yang dingin dan segar. Jika mahukan susu dan gula, anda boleh request kepada pihak barista supaya meletakkan separuh gula (half syrup) atau tambahkan susu non fat untuk kelainan.

3. Brewed Coffee (4 kalori)

9 Pilihan Menu Starbucks Rendah Kalori dan Bagaimana Cara Memesannya

Brewed Coffee adalah antara kopi klasik yang ada di menu Starbucks. Kandungan kalori dalam Brewed Coffee tidaklah  terlalu ketara. Tall size hanyalah 4 cal dengan 0 gram lemak manakala venti size 5 cal dengan 0 gram lemak sahaja. Jadi tidak kisah lah kalau anda pilih size yang mana satu kerana kandungan kalorinya tetap rendah.

4. Skinny Vanilla Latte (60 kalori)

9 Pilihan Menu Starbucks Rendah Kalori dan Bagaimana Cara Memesannya

Skinny Vanilla Latte adalah minuman yang rendah gula dan lemak yang mempunyai keenakan yang luar biasa . Gabungan espresso dengan susu tanpa lemak dan sirup berperisa vanila menjadi ketagihan untuk pencinta vanila latte. Kandungan kalori yang terdapat dalam minuman ini dalam 60 kalori sahaja jika anda memesannya dengan susu non fat, bersaiz grande dan non syrup.

5. Iced Skinny Latte (60 kalori)

9 Pilihan Menu Starbucks Rendah Kalori dan Bagaimana Cara Memesannya

Iced Skinny Latte adalah syurga untuk pencinta latte tanpa perlu memikirkan kandungan kalori. Iced Skinny Latte adalah espresso dengan campuran susu nonfat dan sirap tanpa gula yang digabungkan dengan ais. Tall size hanya mengandungi 60 kalori dengan 0 gram lemak sahaja.

6. Caffe Americano (15 kalori)

9 Pilihan Menu Starbucks Rendah Kalori dan Bagaimana Cara Memesannya

Salah satu minuman Starbucks paling sedap yang digemari oleh para pecinta kopi sejati, iaitu Caffe Americano. Kopi hitam yang biji kopinya digiling oleh pihak barista Starbucks ini memang pilihan yang tepat bagi mereka yang tidak suka minuman manis. Rasa Caffe Americano ini pahit, tetapi anda boleh request half syrup atau anda boleh minum kopi hitam ini dalam keadaan sejuk atau panas.

7. Non-Fat Caffe Latte (100 kalori)

9 Pilihan Menu Starbucks Rendah Kalori dan Bagaimana Cara Memesannya

Non-fat caffe latte bermaksud gabungan espresso, steamed milk, buih dengan susu rendah lemak. Minuman ini mempunyai kalori lebih tinggi berbanding yang lain tetapi tidaklah terlalu ketara kerana jumlah kalorinya tidak lebih daripada 100. Jadi, ketika anda mahu memesan menu ini, harus pesan non-fat caffe latte, bersaiz tall dan none syrup.

8. Non-fat Cappucino (97 kalori)

9 Pilihan Menu Starbucks Rendah Kalori dan Bagaimana Cara Memesannya

Cappucino dikatakan berkalori tinggi. Tetapi apabila anda menggabungkan ia dengan memilih susu rendah lemak, non syrup, jumlah kalorinya akan berkurang. 

9. Coffee Frappucino Light (90 kalori)

9 Pilihan Menu Starbucks Rendah Kalori dan Bagaimana Cara Memesannya

Campuran shot espresso dengan susu rendah lemak kemudian diblend dengan  ais yang masih mengekalkan kenikmatan yang luar biasa. anda boleh request yang light base, bersaiz tall dan non syrup.

Cara memesan:

  1. Pergi ke kaunter pilih nama minuman kesukaan anda kemudian sebutkan pilih ukuran gelas jenis Tall (short). Grande (Medium), Venti (Large).

  2. Sebutkan pilihan jenis minuman yang anda mahukan sama ada panas, sejuk atau blend.

  3. Untuk pilihan menu starbucks berkalori rendah, anda boleh request sama ada mahukan yang half syrup, skinny, extra shot  dll.

  4. Kemudian sebutkan short name anda dan pihak barista akan menamakan gelas dengan nama anda.

  5. Buat bayaran anda sama ada secara tunai, debit atau kredit.

  6. Tunggu seketika kemudian pihak barista akan panggil nama anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.