fbpx

Cara Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) Secara Online Terkini

0

Bermula selasa 15 Oktober 2019, penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada kumpulan B40 boleh membuat semakan status kelayakan Program Subsidi Petrol PSP di portal rasmi (KPDNHEP).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata program ini memaanfaatkan 2.9 juta rakyat Malaysia daripada golongan B40 layak menerima subsidi minyak jika memenuhi kriteria kelayakan bagi mengurangi beban dalam perbelanjaan penggunaan petrol.

Beliau berkata, jika ada nama penerima bantuan yang tercicir, mereka boleh melengkapkan butiran maklumat di permohonan rayuan melalui portal tersebut.

Berikut perkongsian cara untuk menyemak kelayakan dan rayuan subsidi petrol secara online bagi mengetahui status permohanan dan kelayakan anda.

Pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan dan membuka akaun bank terlebih dahulu jika tidak mempunyai sebarang akaun.


Syarat Kelayakan

Cara Semak Kelayakan Subsidi

Cara Semak Kelayakan Subsidi

Langkah 1: Klik sini untuk masuk ke Portal Program Subsidi Petrol (PSP) 2020.

Cara Semak Kelayakan Subsidi

1. Tandakan kotak “Saya Faham dan Bersetuju”.

2. Masukkan “No. Kad Pengenalan” bagi membuat semakan kelayakan. 

3. Klik butang “Semak” untuk teruskan.

Langkah 2: Anda akan dibawa ke skrin paparan dibawah (bagi penerima yang layak).

Cara Semak Kelayakan Subsidi

5. Isi maklumat maklumat anda kemudian tekan butang “Kemas Kini”.

Langkah 3:

Cara Semak Kelayakan Subsidi

6. Pilih “Nama Bank” terkini anda dan masukkan “Nombor Akaun Bank”.

7. Klik butang “Kemaskini No. Akaun”.

Langkah 4:

Cara Semak Kelayakan Subsidi

8. Masukkan Nombor Akaun BSH Terdahulu yang telah didaftarkan bagi tujuan pengesahan.

9. Tekan butang “Ok”.

Langkah 5:

Cara Semak Kelayakan Subsidi

10. Pilih jenis bantuan kemudian tekan butang "Simpan".

Permohonan Rayuan

Sekiranya ada nama penerima bantuan yang tercicir atau mendapati tidak layak menerima PSP tetapi memenuhi kriteria syarat kelayakan, klik butang "Ingin Merayu" kemudian isikan maklumat berkenaan.

Cara Semak Kelayakan Subsidi
Cara Semak Kelayakan Subsidi

Jika memenuhi kriteria kelayakan, bantuan subsidi akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima PSP.

Sekiranya penerima tidak mempunyai akaun bank, mereka hendaklah membuka akaun bank dan mengemas kini maklumat tersebut di dalam portal PSP bermula 15 Oktober 2019.

  • Readers Rating
  • Rated 4.8 stars
    4.8 / 5 (3 )
  • Your Rating


Leave A Reply

Your email address will not be published.