Hari ini saya nak kongsi pelaburan yang mesti anda lakukan. 5 pelaburan ini pastinya sangat bermanfaat untuk anda. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang pelaburan untuk persiapan di hari tua nanti! Pelaburan ke-3 paling penting! Iaitu kesihatan, ia tiada galang gantinya. Oleh itu, sebaiknya amalkan gaya hidup sihat dengan lakukan aktiviti fizikal dan makan secara sihat ya! Anda juga harus bijak tangani stress. Boleh cuba luangkan masa dengan keluarga dengan cara bersiar-siar dan lakukan aktiviti bersama pun best!
#1 Melabur Untuk Diri Sendiri
Amalkan Penjagaan Diri
Gaya Hidup Sihat: Sumber Laman Web Hospital Sungai Buloh
Pelaburan pertama adalah dengan melabur untuk diri sendiri. Anda boleh mulakan dengan amalkan penjagaan diri dengan menfokuskan gaya hidup sihat. Antaranya dengan makan secara sihat,bijak tangani stres, tidak merokok, lakukan aktiviti fizikal dan sihat tanpa alkohol.
Pemilihan makan secara sihat juga berperanan penting dalam penjagaan tubuh badan. Kita digalakkan untuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pola makanan harian dan mengurangkan makanan yang kurang sihat seperti makanan manis, segera dan sebagainya.
Amalkan Kebersihan Diri
Menjaga Kebersihan Diri: Sumber Hellosehat
Penjagaan kebersihan diri merupakan suatu perkara yang penting. Tidak menjaga kebersihan bukan sahaja menyebabkan masalah imej malah juga memudaratkan kesihatan. Oleh itu, sentiasa amalkan penjagaan kebersihan diri yang betul terutamanya pada musim wabak COVID-19 ini. Ingat, anda bersih, anda sihat, anda bahagia!
(Sharifah Shereen Reha Hassan, 2021)
Penjagaan Kebersihan Diri:
Mandi
Mencuci Muka
Mencuci Rambut dan Menjaga Kebersihan Rambut
Memberus Gigi
Mencuci Tangan
Penjagaan Kebersihan Wanita
Menjaga Kebersihan Pakaian
Kebersihan Tempat Tinggal
Pupuk Hobi Baru
Hobi: Sumber
Selain itu, anda boleh pupuk hobi baru. Jika sebelum ini anda banyak habiskan masa terluang, mungkin kali ini anda boleh cuba hobi baharu yang lebih sihat dan mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
Hobi juga adalah cara yang baik untuk memupuk hubungan rapat antara ahli keluarga. Kita dapat meluangkan masa melakukan perkara yang disukai bersama. Contohnya aktiviti yang boleh dilakukan sebagai hobi ialah:
- Bersukan (bola sepak, badminton, bola keranjang, berenang, memanjat dinding, dan kasut roda).
- Aktiviti keluarga (berjalan di taman/hutan, melihat bintang, memancing, berbasikal, dan berkhemah).
- Seni dan Kraftangan (catan, origami, membuat buku skrap, dan membina model).
- Mengumpul koleksi (setem, syiling, poskad, cangkerang, atau penutup botol!).
- Permainan teka teki (susun suai gambar, kiub Rubik, dam, catur, dan sudoku).
- Seni persembahan (menyanyi, bermain gitar atau piano, menari, dan persembahan silap mata).
- Kemahiran hidup (memasak, membuat kek, berkebun, menjahit, pertukangan kayu, dan kerja-kerja enjin).
Tanamkan Azam Baharu
Cara Hidup Sihat: Sumber Portal MyHEALTH
Anda boleh mulakan azam baharu bila-bila masa yang sesuai. Contohnya, jika dalam 6 bulan lagi anda ingin mencapai berat badan ideal dengan mengamalkan cara hidup sihat. Anda sudah boleh mula amalkan pemakanan yang seimbang dan bersenam secara berkala.
Sebaiknya, azam baharu anda biarlah realistik. Kebiasaanya, azam baharu adalah pembakar semangat untuk mencapai keinginan anda. Azam sebenarnya adalah salah satu faktor motivasi yang mampu menggerakkan seseorang itu untuk melakukan sesuatu (Dr Azuraida Shahadan, 2022).
#2 Melabur Dalam Keluarga
Sumber Gambar: theAsianparent
Jom bawa keluarga bersiar-siar. Hubungan antara ahli keluarga dapat dieratkan! Siapa yang tak suka bercuti kan. Dapat bercuti di dalam negara pun bahagianya bukan kepalang, terutamanya musim cuti termasuk pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti-cuti am. Dapat habiskan masa bersama keluarga. Tentunya kita lebih gembira.
Kita boleh juga adakan aktiviti seperti rancang malam rekreasi dan masak bersama.
Jika seharian duduk terperuk di rumah tanpa pengisian aktiviti yang menarik pasti bosan kan? Apa kata kita rancang aktiviti atau percutian yang menarik untuk dilakukan bersama keluarga.
Percutian keluarga adalah cara yang hebat untuk melupakan kerja, sekolah dan tekanan di rumah dan hanya bersenang-lenang.
(Trip Jalan, 2019)
Yang penting masa berharga yang dilaburkan bersama keluarga pastinya sangat bermakna. Kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Jika melancong ke tempat baru dengan mengembara dan melihat bahagian-bahagian yang berlainan di negara ini, pastinya kita boleh belajar budaya tempat yang berbeza dari kita.
Pastinya lebih banyak memori dapat dicipta bersama dengan keluarga tercinta bila luangkan masa dengan mereka yang kita sayangi.
#3 Melabur Dalam Pendidikan
Sumber: Akubiomed
Pendidikan ialah satu sistem dalam sesebuah kehidupan yang mengandungi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia (Saharia Hj. Ismail, 2015).
Pendidikan yang baik pasti menjadikan kita sebagai seorang individu yang mampu berkembang secara peribadi, sosial dan juga ekonomi. Kita dapat melakukan aktiviti kehidupan seharian dengan cara yang terbaik melalui ilmu pengetahuan yang kita sedia ada dan tambah nilai dengan cara:
- Daftar masuk kelas baharu
- Belajar budaya baharu
- Cari mentor
(Cikgu Siti, 2015)
#4 Melabur Untuk Kesihatan
Sumber: Pak Teh
Perkara paling berharga bagi seseorang ialah kesihatan yang baik. Tanpa tubuh badan yang sihat, semuanya sudah tidak berharga.
(Hellodoktor, 2020)
Antara pelaburan untuk kesihatan:
- Bermeditasi
- Daftar untuk insurans kesihatan
- Kerap bersenam
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:
- Sihat sebelum sakit
- Muda sebelum tua
- Kaya sebelum miskin
- Lapang sebelum sempit
- Hidup sebelum mati
Itulah kekayaan sebenar dalam hidup ini. Ada wang banyak namun sakit, tidak dapat nikmati makanan, tidak dapat berjalan melihat ciptaan Tuhan. Apabila diuji dengan kesakitan, terasa hidup sempit kerana lemah dan tidak bermaya.
(Pak Teh)
#5 Melabur Untuk Masa Depan
Sumber: Raiz
Tips pelaburan untuk masa depan:
- Tetapkan matlamat kewangan
- Rancang untuk persaraan
- Melabur dalam saham
Perkara-perkara asas dalam merancang persaraan
Walau apa juga perancangan anda, anda hendaklah mengetahui kedudukan kewangan anda sekarang (Bijak Wang, 2011):
- Berapa banyak wang simpanan dan aset yang anda miliki sekarang?
- Berapakah pendapatan bulanan anda?
- Berapa peratus daripada gaji bulanan anda dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau sebarang dana persaraan?
- Berapa peratuskah pulangan balik daripada pelaburan?
- Berapa tahun yang anda ada sehingga mencapai usia persaraan untuk mengumpul wang?
Penutup
Pada usia yang tua, kesihatan amat penting. Kos perubatan merupakan perbelanjaan utama yang boleh mengikis wang persaraan anda. Oleh itu, gaya hidup sihat sangat penting untuk mengurangkan risiko sakit seperti kencing manis dan darah tinggi di usia muda. Sebaiknya lindungi diri anda dengan mendaftar insurans kesihatan. Seringkali kita dengar, kesedaran yang sebenarnya mahal. Jangan “sudah terhantuk baru tengadah”.
Anda mungkin berminat: