Hari ini saya nak kongsi mengenai insentif i-Saraan KWSP. i-Saraan ialah caruman sukarela dengan insentif pesaraan untuk yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap. Ahli juga akan menerima caruman tambahan dari pihak kerajaan. Bukan itu sahaja, anak anda seawal usia 14 tahun keatas pun sudah layak mendaftar i-Saraan dan menerima insentif RM250 setiap tahun! INI adalah kesempatan keemasan bagi anda untuk mendaftarkan anak anda i-Saraan dan menerima faedah yang menarik!
i-Saraan KWSP
Infografik i-Saraan: Sumber MYPT3
Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun [berkuatkuasa 1 Januari 2018]) ke atas caruman anda.
- *Tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan.
- *Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 60 tahun.
Faedah i-Saraan
- Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap.
- Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran.
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
- Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 60 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
- Bantuan Kematian: RM2,500 * tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
Siapa Yang Boleh Memohon
- Warganegara Malaysia
- Orang yang bekerja sendiri. Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
- Ahli KWSP
- Berumur 60 tahun ke bawah
- Telah membuat pilihan i-Saraan (Menghantar borang KWSP 16G(M))
Peringatan Penting:
Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.
Cara Dan Saluran Pembayaran
- MBSB Bank*
- MAYBANK (M2u)
- RHB Bank*
- PUBLIC BANK
- Bank Muamalat
- Alliance Bank*
- Hong Leong Bank*
- Bank Islam*
- Cimb Bank
*Kemudahan bayaran secara berulang disediakan.
Kaunter Ejen Bank (tunai/cek):
- BSN
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank
*Bayaran tunai dan cek tidak diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja diterima.
Ejen bank berdaftar:
Kaunter KWSP:
- Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar
Had Bayaran
- Minimum (RM sahaja) – Tiada had
Maksimum (RM sahaja) – RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela
(Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013).
Apa Yang Anda Perlukan
- MyKad
- Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
Daftar KWSP: Sumber erabaru.com
Nota Tambahan:
Kelebihan Buka Akaun Untuk Anak
Tahukah anda bahawa anak anda yang berumur 14 tahun dan ke atas sudah boleh mendaftar akaun KWSP? Perkara ini sangat baik sebagai simpanan jangka panjang dan anak anda layak menerima dividen pada setiap tahun.
Menariknya, pihak kerajaan menyediakan insentif tambahan sebanyak 15%, maksimum RM250 setahun di bawah Skim i-Saraan. Sekiranya anda membuat caruman sebanyak RM3000, kerajaan akan memberikan insentif maksimum RM250 sebagai galakan di bawah skim ini.
(MAJALAH LABUR, 2022)
- Perancangan yang baik untuk simpanan jangka masa panjang & lebih terjamin
- Belajar memupuk budaya menyimpan pada usia muda
- Caruman tidak perlu dibuat secara bulanan
- Anak anda turut akan menerima insentif tahunan maksimum RM 250
- Terima dividen patuh syariah setiap tahun
- Sebagai ahli KWSP layak tuntut bantuan khairat kematian sebanyak RM 2,500
Pengecualian cukai: Akhir sekali, tahukah anda yang sumbangan KWSP anda boleh ditolak daripada cukai, sehingga jumlah maksimum RM6000 setiap tahun? Ini juga termasuklah pengecualian insurans nyawa premium. Malah, dividen yang anda dapat dan wang yang dikeluarkan di bawah KWSP semuanya dikecualikan daripada cukai!
(TEAM LOANSTREET, 2022)
Cara Daftar KWSP Anak
Ibu bapa yang mempunyai anak berumur 14 tahun dan keatas layak untuk membuat permohonan. Anda hanya perlu melalui mana-mana cawangan kiosk KWSP untuk membuat pendaftaran secara mudah tanpa perlu pergi ke kaunter KWSP (CARIANTERBARU.COM, 2022).
- Bagi membuat pendaftaran sebagai ahli KWSP perlu sediakan IC anak dan cap jari di mana-mana kiosk KWSP.
- Kemudian sila maklumkan kepad pegawai KWSP untuk membuka i-akaun dan beralih ke simpanan syariah secara terus. Kebiasaannya pegawai KWSP akan bantu buatkan secara terus di kiosk tersebut.
- Setelah i-akaun siap, pegawai akan membantu daftarkan ke akaun simpanan syariah.
- Sila beritahu pegawai KWSP tersebut untuk daftar caruman i-Saraan (Caruman secara sukarela).
Kepada para penjaga dan ibu bapa disyorkan untuk membuka akaun KWSP anak bagi tujuan simpanan anak untuk masa hadapan mereka lebih terancang dan terjamin. Mereka juga turut dapat insentif tambahan RM 250 setahun.
(CARIANTERBARU.COM, 2022)
Adakah Caruman Ini Perlu Dilakukan Setiap Bulan?
Jawapannya tidak! Anda boleh membuat caruman pada bila-bila masa. i-Saraan merupakan skim caruman sukarela. Jadi, anda tidak terikat untuk membuat caruman pada setiap bulan.
Penutup
Untuk makluman, caruman ke akaun i-Saraan KWSP anak anda tidak wajib dibuat secara bulanan. Pembayaran sumbangan i-Saraan boleh dibuat secara dalam talian di rumah melalui perbankan dalam talian ibu bapa. Pegawai yang membantu anda mendaftar akaun akan menyediakan kertas panduan untuk memindahkan wang ke akaun. Pendek kata, ibu bapa tidak perlu menunggu anak anda mula bekerja untuk pendafftaran i-Saraan KWSP. Kini simpanan jangka panjang dapat dimulaka seawal usia 14 tahun dan layak menerima insentif kerajaan sebanyak RM250!
Anda mungkin berminat: