fbpx

15 Resepi Mee Berkuah Viral 2021 (Pedas Berasap Buat Anda Berpeluh)

0

Ini adalah resepi mee berkuah viral 2021 yang pastinya sangat sedap dan mudah nak masak. Mee Kari, Mee Bandung, Mee Rebus, Mee Hailam, & Mee Sup / Mee Celup, kalau kena caranya, pedas berasap sampai berpeluh dibuatnya! Biasanya, mee berkuah menjadi pilihan penggemar mee di kedai makan dan restoran. Resepi mee berkuah viral 2021 adalah masakan mudah dan cepat nak masak bila tak ada selera nak makan nasi. Makan panas- panas, makin berselera jadinya! 

Resepi Mee Kari Sedap Che Nom

mee kari sedap che nom

Mee Kari Sedap: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 kg mee kuning
  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 1 kg kerang, rebus dan ambil isi
  • 300 gram udang, buang kulit
  • 2 cawan air rebusan dari kulit udang yg dibuang
  • 10-15 biji bebola ikan (fish ball)
  • 3 keping kek ikan (fish cake)
  • 4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah, rebus dan lecek halus
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • (boleh digantikan dengan santan kotak)
  • Bahan untuk rempah tumis:
    • 1 batang kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 3 kuntum cengkih
    • 5 biji buah pelaga
    • 2 tangkai daun kari
  • Bahan untuk kisar halus:
    • 6 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 inci lengkuas
    • 1 batang serai, hiris nipis
    • 10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
    • 2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut.
  • Bahan untuk hiasan:
    • 4 biji telur rebus, potong dua
    • 2 tangkai sawi, potong dan rebus
    • bawang goreng
    • limau kasturi, potong dua
    • taugeh
    • daun bawang
    • cili merah
    • tauhu kering goreng
    • *saya rebus udang dan letak sebagai hiasan istimewa

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
  4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.

Tips:

  • Apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah sudah masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam.
  • Boleh juga gunakan santan kotak (1 kotak) dan campurkan sedikit air untuk kuah.

Resipi Mee Kari Kerang Azie Kitchen

Mee Kari Kerang : Sumber Azie Kitchen

mee kari kerang

Bahan-bahan: –

  • 1/2 ekor ayam – di potong kecil
  • 6 sudu besar rempah kari daging (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 keping asam keping
  • 2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml)
  • 5 cawan stok udang1 kg isi kerang atau lebih
  • 1/2 cawan minyak masak2 keping fishcake- hiris nipis
  • 10 ketul fish ball- belah 2
  • 1 biji kentang – rebus & tumbuk
  • Garam dan sedikit gula
  • Air secukupnya 

Bahan kisar:

  • 6 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 sudu besar cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar udang kering- rendam & tos
  • 1 cawan udang hidup (buang kulit & blend dengan stok udang)

Bahan tumis:

  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 batang serai – ketuk

Bahan untuk mee dan hiasan:

  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 batang serai – ketuk

Cara-cara masak:

  1. Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. 
  2. Kisar dengan sedikit air dan tapis airnya. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi.
  3. Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. 
  4. Kisar dengan sedikit air dan tapis airnya. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi.
  5. Masukkan  fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.
  6. Masukkan ubi kentang yang telah ditumbuk bertujuan untuk memekatkan kuahnya.
  7. Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. 
  8. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.

Cara menyediakan mee kari kerang:

  1. Masukkan sedikit mee ke dalam ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, taugeh, telur rebus dan tauhu goreng.
  2. Tuangkan kuah di atas mee tadi.
  3. Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang, cili dan bawang goreng.
  4. Sedia untuk dimakan

Resipi Mee Kari 

mee kari udang

Mee Kari Udang: Sumber Ajinomoto Malaysia

Bahan-bahan:

  • ¾ cawan Minyak masak
  • 4 sudu besar Serbuk rempah kari daging, digaul bersama sedikit air
  • 250 g Isi ayam
  • 2 sudu kecil Asam jawa, dicampur dengan 4 cawan air
  • ½ cawan Santan
  • 4 sudu kecil Perencah Pati Ikan Bilis TUMIX®
  • ½ sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil Gula
  • 6 biji Tauhu goreng / tauhu lampung, dibelah dua

Bahan-bahan A: dikisar halus

  • 2 biji Bawang besar
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia
  • 1 batang Serai
  • 6 tangkai Cili kering, dibuang biji dan direbus
  • 100 ml Air

Bahan-bahan B: bahan sampingan

  • 600 g Mee kuning, dicelur dan ditoskan
  • 100 g Isi udang, dicelur
  • 100 g Isi kerang, dicelur
  • 1 peket kecil Bebola ikan, dicelur
  • 4 helai Sawi, dicelur
  • 50 g Tauge, dicelur
  • 3 biji Telur rebus, dibelah dua
  • 2 biji Hirisan cili merah
  • 30 g Daun sup, dihiris nipis
  • 2 sudu besar Bawang goreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan (A) bersama pes rempah kari sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga separuh masak.
  3. Masukkan air asam jawa dan kacau rata. Masukkan santan dan biarkan mendidih seketika.
  4. Perasakan dengan Perencah Pati Ikan Bilis TUMIX®, garam dan gula. Akhir sekali masukkan tauhu pok. Kacau dan padamkan api.
  5. Masukkan sedikit mee kuning di dalam mangkuk, tuangkan kuah dan hiaskan dengan bahan sampingan. Sedia untuk dihidang.

Resipi Mee Bandung Muar Che Nom

Mee Bandung Muar: Sumber Che Nom

mee bandung muar che nom

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee kuning
  • 8-10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar udang kering
  • 200 gram udang
  • 200 gram daging
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 cawan stok daging
  • 4-5 tangkai sawi
  • Sedikit kubis
  • 1 camca besar sos tiram
  • 2 bij telur

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus udang kering bersama 1/2 cawan air.
  2. Blend cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering bersama air rebusan udang kering.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan batang sawi, sos tiram, udang dan daging, kacau seketika, kemudian masukkan 3 cawan air rebusan daging.
  5. Masukkan daun sawi dan kubis berserta bancuhan tepung jagung.
  6. Masak sehingga mendidih, dan tuangkan ke atas mee.

Resepi Mee Bandung Sempoi Che Nom

mee bandung sempoi che nom

Bahan-bahan:-

  • Bahan-bahan untuk tumbuk kasar:
    • 2 sudu besar udang kering
    • 1-2 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
  • Bahan-bahan untuk lain-lain:
    • sedikit minyak
    • 4-5 biji bawang merah kecil (untuk homemade bawang goreng)
    • 2 ketul tauhu
    • 2-3 sudu besar cili kisar
    • 3 sudu besar sos cili
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 100g isi ayam
    • sedikit serbuk lada sulah
    • Anggaran 1 liter air
    • 1 ikat sayur sawi
    • ½ batang lobak merah
    • ½ ketul kiub ayam
    • 1 biji tomato
    • 8-10 ekor udang
    • garam, secukup rasa
    • sedikit lada sulah (tambahan)
    • sedikit gula
    • 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
    • 4 tangkai cili padi
    • 4 biji telur
  • Bahan-bahan untuk hiasan/condiments:
    • daun bawang
    • cili merah
    • limau nipis

Cara-cara untuk kuah mee bandung:

  1. Potong tomato, lobak merah, sawi yang dibahagikan batang dan daunnya.
  2. Hiris nipis isi ayam.
  3. Panaskan minyak dan goreng bawang yang telah digaulkan dengan sedikit garam. Kerapkan mengacau bawang lalu angkat dan toskan minyak selepas ia sudah keperangan.
  4. Kemudian, goreng tauhu sehingga keperangan dan goreng pula udang separuh masak lalu angkat.
  5. Tumis bahan tumbuk kasar sehingga keperangan dan naik bau.
  6. Selepas sudah garing, masukkan cili kisar dan sambung menumis selama anggaran 5 minit.
  7. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, hirisan isi ayam, dan serbuk lada sulah. Gaul kesemuanya dan sehingga isi ayam masak.
  8. Masukkan air, batang sawi, hirisan lobak merah dan renehkan kuah sebentar.
  9. Masukkan kiub ayam (pilihan), hirisan tomato, udang, garam secukup rasa, sediikit tambahan lada sulah serta gula.
  10. Bancuh tepung jagung bersama air dan tuangkan kedalam kuah. Tuang sedikit dahulu dan lihat tahap kepekatan kuah yang diingini.
  11. Masukkan cili padi untuk tambah pedas kuah.
  12. Letak 4 biji telur dan daun sawi. Kemudian, kuah mee bandung siap dimasak.
  13. Rebus mee dan sediakan bahan-bahan hiasan seperti daun bawang, cili merah serta limau nipis.
  14. Selepas itu, mee bandung siap untuk dihidang bersama bahan-bahan hiasan.

Tips:

  • Jika tidak mahu letakkan udang, ia boleh digantikan dengan sotong.
  • Jika sudah ada bawang goreng yang dibeli siap, tidak perlu lagi untuk menggoreng bawang bagi langkah ketiga untuk kuah mee bandung.
  • Ketika memasukkan telur kedalam kuah, elakkan telur daripada dikacau untuk mengelak telur menjadi hancur dan kuantiti telur bergantung kepada beberapa orang makan.

Resepi Mee Bandung Azie Kitchen

mee bandung azie kitchen

Mee Bandung: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan: 

  • 1 bungkus mee kuning
  • 4-6 ekor udang basah
  • 1-2 ekor sotong – potong bulat
  • 50 gm udang kering
  • 1/4 cawan kacang tanah goreng- tumbuk
  • Sawi
  • Hirisan daging (tak letak)
  • Air rebusan daging (guna kiub ayam)
  • 4 biji telur
  • Gula dan garam
  • Mee kuning – celur

Bahan kisar:

  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering

Bahan hiasan:

  • 3 keping tauhu goreng – hiris nipis
  • Bawang goren
  • Hirisan cili merah
  • Limau kasturi/limau nipis

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  3. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak, ikut suka. Akhir sekali masukkan sawi.
  4. Tutup api. Curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Siap untuk dimakan.

Nota:

  • Kalau tak nak letak kacang pun tak apa, tapi lebihkan udang kering untuk memekatkan kuah. Rasa kuah mee bandung manis manis pedas.

Resepi Mee Rebus Sedap Che Nom

mee rebus sedap che nom

Mee Rebus Sedap: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 kg mee kuning, dicelur
  • 250g taugeh, buang ekor dan celur
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng
  • 3 biji telur, direbus
  • 1 tangkai daun sup, hiris halus
  • Cili merah, hiris nipis
  • Cili hijau, hiris nipis
  • 3 ketul tauhu, digoreng dan hiris sederhana nipis
  • Bahan untuk kuah:
    • 1 senduk minyak masak
    • 500 g daging, hiris nipis
    • 500 g keledek merah, anggaran 2 ketul kecil
    • 2 sudu besar taucu
    • 5 ulas bawang merah*
    • 4 ulas bawang putih*
    • 2 cm halia*
    • 1 sudu besar udang kering yang direndam*
    • 2 sudu besar serbuk kari daging
    • 6 cawan air
    • 1/2 cawan serbuk kacang tanah ( kacang tanah digoreng tanpa minyak dan kisar halus)
    • 2 cm lengkuas, dititik
    • 1 biji tomato, dipotong dadu
    • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

Cara untuk memasak kuah:

  1. Rebus keledek sehingga masak, dan lenyek halus.
  2. Kisar halus bahan bertanda (*)
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau sebati
  4. Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didihkan sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Cara-untuk menghidang: 

  1. Masukkan sedikit mee yang telah dicelur ke dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas mee.
  2. Hiaskan dengan tauhu goreng, daun bawang, telur rebus, cili merah dan hijau dan taugeh.
  3. Perahkan dengan limau kasturi. Sedia untuk dimakan.

Resepi Mee Rebus Asli Johor

Mee Rebus Asli Johor: Sumber Pn Nur Dini Abd Aziz

Bahan-bahan:-

  • 2 kilo mee kuning, dicelur
  • 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
  • 4 biji keledek, direbus dan dikisar
  • 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 3 biji bawang merah, dikisar
  • 1 inci halia, dikisar
  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering:

  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 80g tepung gandum
  • ¼ camt serbuk kunyit
  • Garam
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan: 

  • Tauhu yang digoreng, dipotong kecil
  • Daun sup, dimayang
  • Bawang goreng
  • Telur rebus, dibelah dua
  • Lada hijau, dipotong bulat
  • Taugeh, dicelur
  • Limau kasturi, dibelah dua

Cara-cara penyediaan Mee Rebus Asli Johor:-

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  2. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing.
  3. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah:

  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
  3. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
  4. Masukkan rampah kari kacau rata
  5. Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
  6. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara-cara untuk menghias:

  1. Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
  2. Tuangkan kuahnya.
  3. Kemudian, hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
  4. Siap!

Resepi Mee Rebus Kelantan

mee rebus kelantan

Mee Rebus Kelantan: Sumber Majalah Papa Mama

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam – tumbuk halus atau blend semuanya
  • Daging /Ayam ikut suka
  • Sayur sawi
  • Tomato
  • Lada besar merah
  • Mee kuning 

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumis semua bahan blend hingga wangi. Masukkan daging atau ayam atau fish cake/ ball.
  2. Masukkan air. Terpulang nak kuah banyak mana, letak garam gula sedikit aji atau kiub ayam, secukup rasa.
  3. Kuah dah menggelegak, masukkan sayur dan mee kuning. Kalau suka pecahkan telur. Makan dengan sos cili.Jika suka..ada lada jeruk lg sedap.

Resepi Mee Hailam Kuah Pekat Banjir

mee hailam

Mee Hailam Kuah Pekat Banjir: Sumber Che Nom

  • Bahan-bahan untuk mee (dicelur):
    • air secukupnya
    • 1 pek /450g mee kuning
  • Bahan-bahan untuk kuah mee hailam:
    • sedikit minyak, untuk menumis
    • 2 ulas bawang putih. hiris nipis
    • 1 biji bawang merah kecil, hiris nipis
    • 1 sudu besar cili kisar
    • 1 ketul isi ayam, hiris kecil
    • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
    • 1/2 batang karot
    • sayur sawi, asingkan daun dan batang
    • 2 keping fishcake, potong nipis
    • 3 cawan air (anggaran)
    • 3 sudu besar sos tomato
    • 3 sudu besar sos cili
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 4-5 ekor udang besar
    • kicap manis secukupnya, sehingga warna kuah jadi gelap
    • 2 batang baby corn
    • 2 ekor sotong
    • sedikit tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
    • 1 biji tomato, belah 6
    • garam secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk hiasan:
    • daun sup
    • bawang goreng
    • cili merah
    • limau nipis

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus air sehingga mendidih. Celur mee kuning dalam anggaran 5 minit. Tapis dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
  3. Masukkan cili kisar, kacau sehingga cili masak.
  4. Masukkan hirisan isi ayam dan serbuk lada sulah, masak sehingga air ayam kering.
  5. Masukkan karot dan batang sawi. Kacau sehingga layu.
  6. Masukkan fishcake dan air. Masak sehingga mendidih.
  7. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, udang dan kicap secukupnya. Agak-agak sehingga kuah menjadi pekat.
  8. Masukkan baby corn, sotong dan air bancuhan tepung jagung. Masukkan sikit demi sedikit supaya mendapat kepekatan yang sesuai.
  9. Masukkan hirisan tomato dan daun sawi. Masak sehingga kuah mendidih.
  10. Masukkan mee yang dicelur tadi dan boleh terus dihidang.
  11. Hias dengan hirisan daun sup, bawang goreng, hirisan cili merah dan limau nipis.

Resepi Mee Hailam Yang Sedap Azie Kitchen

mee hailam

Mee Hailam: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 300 gm udang sederhana besar
  • 300 gm daging/isi ayam (tak letak)
  • 3 ekor sotong saiz besar
  • 1 peket fish ball
Bahan sos:
  • 3-4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos ikan
Sayur sayuran:
  • Sedikit sayur sawi
  • 1 batang carrot
  • 2 biji tomato
Bahan kisar:
  • 2 sudu besar cili 
  • 4 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 paket mee kuning
  • 4 cawan air
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar tepung jagung – dibancuh dengan air
  • Garam 
  • Daun sup
  • Cili merah

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis cili dan bawang kisar sampai pecah minyak dan kemudian masukkan ketulan isi ayam sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh lah dimasukkan air. Masukkan karot dan batang sawi, masak sampai kuah hampir mendidih.
  2. Masukkan semua sos cili, sos tiram, minyak bijan, kicap manis dan cair, sos ikan dan kacau rata.
  3. Masukkan udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan biar sekejap sampai telur masak sebelum dimasukkan sayur sawi, buah tomato dan kacau. Apabila telur mengeras, saya keluarkan dari kuali untuk mengelakkan ianya menjadi hancur.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk menjadikan kuah pekat. Kacau rata dan kalau kurang masin baru la ditambah garam.
  6. Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur.
  7. Bila nak hidang boleh la diletakkan telur yang dikeluarkan tadi, ditabur daun sup, cili merah dan juga bawang goreng.
Nota:
  • Boleh dicelur mee dan tuang kuah apabila hendak dihidangkan untuk mengelakkan kuah menjadi terlalu kering dan mee terlalu kembang.

Resepi Mee Hailam Sedap dan Simple

mee hailam

Mee Hailam Sedap dan Simple: Sumber Blog rasa.my

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg mee kuning
  • 1/4 kg daging ayam dan daging lembu
  • 10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 potong kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus ‘baby corn’
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • 1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap
  • Air (Ikut kita nk kuah banyak mana.. selalunya kita ikut sesedap rasa)

* Ditumbuk terlebih dahulu* Ayam dan daging direbus dahulu

Cara-cara penyediaan:

  1. Pertama sekali tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.
  2. Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar-benar masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.
  3. Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
  4. Selepas itu masukkan pula perasa, gula dan garam. ( sukatan mengikut citarasa anda)
  5. Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.
  6. Kemudian masukkan mee.
  7. Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.
  8. Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.
  9. Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin).
  10. Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.
  11. Setelah siap, bolehlah menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.
  12. Mee hailam sedap dan simple telah pun siap!

Resepi Mee Sup Istimewa Azie Kitchen

mee sup azie kitchen

Mee Sup Istimewa: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan: 

  • 1 ekor ayam – potong kecil
  • 2 bawang besar kuning – cincang/kisar
  • 1 labu bawang putih – tumbuk
  • 3 inci halia – tumbuk
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar.
  • 2 kiub stok daging
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
Bahan lain:
  • 2 pek mee kuning/mee hoon – celur
  • 1 ikat sawi – celur
  • Cili kicap – resepi di bawah
  • Daun sup – hiris
  • Bawang goreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar. Tumis sehingga wangi.  
  2. Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam. Kacau seketika. 
  3. Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis.  
  4. Masukkan air agak agaklah jumlahnya. Saya guna lebih kurang 1 blender. Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih.
  5. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon bersama bahan bahan lain.

Cili Kicap

Bahan Cili Kicap:

  • Segenggam cili padi
  • 15 biji cili merah dan hijau
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4 biji limau kasturi – perah airnya
  • Sedikit cuka
  • Kicap manis
  • Garam
  • Gula

Cara-cara penyediaan:

Sangai bawang putih dan cili padi sebelum ditumbuk. Masukkan air perahan limau kasturi, sedikit cuka dan kicap manis. Akhir sekali sesuaikan rasa dan masukkan garam dan g

Nota: 

Cara bakar belacan. Susun belacan yang dipotong dalam dulang dan bakar dalam oven. Angkat dan boleh simpan dalam bekas sebelum disimpan dalam peti ais

Resepi Mee Celup Thai

mee celup thai

Mee Celup Thai: Sumber Pn Fatin Shaida

Bahan-bahan: 

  • Ayam / tulang daging lembu
  • Meatball / bebola daging (celur)
  • Perencah sup thai 
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang / sup Kangkung / sawi / tauge
  • Kicap pekat Garam / gula / ajinomoto
  • Cili serbuk
  • Cili jeruk (cili besar hijau)
  • Cili api
  • Kacang tanah tumbuk halus
  • Bawang putih goreng
  • Bawang merah goreng
  • Bawang putih jeruk
  • Kicap soya / manis
  • Kicap sotong thai
  • Lada hitam serbuk
  • Mee Kuning / Kueh Tiaw / Bihun

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan air setengah periuk bersama ayam yang dipotong kepada 4 bahagian serta ayam bahagian tulang seperti leher, kaki. Kalau nak kuah tu sedap lagi, masukkan tulang lembu sekali dalam kuah, kuah akan rasa lebih manis guna air rebusan tulang.
  2. Biarkan sampai ayam mendidih.
  3. Masukkan akar daun ketumbar, perencah thai, 1 plastik perencah boleh disediakan utk 20 mangkuk mee. Semalam saya buat ayam seekor setengah, saya masukkan 2 plastik perencah boleh makan seramai 40 orang.
  4. Masukkan garam, ajinomoto secukup rasa. Kalau nak sihat sikit tak letak pun takpe. Jangan terlalu masin, nanti boleh tambah bila nak hidangkan dalam mangkuk. Ini hanya untuk bagi ayam ada rasa dan tidak tawar. Seterusnya masukkan kicap pekat, boleh bajet dengan kuah yang anda inginkan, jika nak makan mee kuah hitam boleh lebihkan kicap. Sesetengah orang lebih suka yang kuah putih, terpulang citarasa masing-masing.
  5. Masukkan bawang putih goreng lebih kurang 2 sudu besar, masukkan bawang putih jeruk bersama airnya.
  6. Tambahkan air bagi penuh periuk mengikut bajet hidangan anda untuk berapa orang makan. 
  7. Tutup periuk. Biarkan sehingga mendidih, akhir sekali tabur daun ketumbar yang dah dipotong halus
  8. Sedia utk dihidang.

Cara-cara buat perencah untuk penambah rasa (kasi umphhh lagi):

  • Cili jeruk – Potong halus-halus, rendam bersama cuka makan.
  • Cili serbuk tumis – Panaskan minyak, masukkan cili serbuk biarkan 1 minit tutup api. Lebihkan minyak, supaya ada nampak macam berair, kalau minyak kurang cili akan kering.
  • Cili api tumbuk / blend. Buat macam sambal, cuma masukkan sedikit cuka makan bersama air masak, lepastu blend / tumbuk.
  • Hidangkan juga kicap sotong thai / kicap manis, garam, gula & lada hitam serbuk.
  • Dan yang paling penting! Jangan lupa rebus dulu tau mee dan sayur tu. Sayur tu tak payah rebus lama sangat. Selamat mencuba!!

Resepi Mee Celup Champa

mee celup champa

Mee Celup Champa: Sumber Pn Tahrunnisah Jali

Bahan-bahan: 

  • 1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth (air/sup tulang)
  • 3 liter air
  • 2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
  • Seekor sotong kering sebesar tapak tangan* (jika ada)
  • Daun ketumbar seikat
  • Daun bawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • * 4 biji bunga lawang
  • * 1/2 cawan sos ikan
  • Gula
  • Garam
  • Perasa jika suka Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
  • 3 kiub stok perisa daging

Cara-cara penyediaan:

  1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth.
  2. Caranya didihkan air rebusan dahulu masukkan daging dan tulang dalam 30 minit hingga 1 jam. Kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran. Kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali. Selepas 30 minit mendidih, lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh, buang lagi airnya. Kemudian masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi. Kali ini rebus sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam.
  3. Sementara daging empuk, boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering, kayu manis dan cengkih.
  4. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang dibakar tadi. Masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebuslah dengan api perlahan.

Tips: Tapis kuah supaya bahan-bahan atau rempah tidak masuk ke mangkuk mee.

Sambal Lada:- 

Bahan-bahan:

  • 4 biji lada merah (besar)*
  • 20 – 30 biji cili api*
  • 2 ulas  bawang putih*
  • 2 sudu besar cuka
  • Sedikit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus sehingga layu bahan-bahan bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. Siap!

Minyak Bawang Putih:- 

Bahan-bahan:

  • 3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
  • 1 cawan minyak jagung

Cara penyediaan: 

  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningandan tutup api.

Aksesori Lain:

  • Kuey teow, mihun,mee champa
  • Daun ketumbar, daun sup, daun bawang
  • Limau nipis
  • Hirisan daging
  • Minyak bawang putih
  • Tauge
  • Kicap
  • Serbuk lada sulah/lada hitam
  • Gula (tambahan jika suka manis)
  • Sos ikan jika perlu

Boleh la letak kicap, perah asam limau,sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis. Bahan tambahan ni la penyedap mee sup taw!

Selamat mencuba!

Penutup

Resepi Mee Berkuah Viral 2021 yang dikongsikan, pastinya menyelerakan dan sedap. Orang kata tips pikat hati suami, ikat perut suami dengan masakan disukainya dan air tangan anda. Orang bujang pula, boleh la asah skill masakan di dapur. Boleh cuba resepi mee berkuah yang anda suka. Pastinya, semangkuk pun tak cukup! Tambahan pula, dengan situasi pandemik yang melanda, membataskan kita untuk menikmati mee berkuah di kedai makan dan restoran. Disebabkan norma baharu, hanya takeaway dan  khidmat runner / penghantaran sahaja untuk membeli makanan. Kalau dah teringin nak makan panas-panas mee berkuah, masak kat rumah pun boleh. Bahan mudah disediakan dan senang nak buat, nak tambah semangkuk lagi pun boleh!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.