fbpx

7 Resepi Kek Batik Sedap (Mudah Nak Buat Pasti Ketagih Nak Makan Lagi!)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi kek batik sedap. Cara nak buat kek batik sangat mudah, pasti ketagih nak makan lagi! Resepi kek batik ini, pasti ada peminatnya yang craving nak makan manis. Siapa yang teringin nak makan kek batik, pasti puas hati dengan resepi kek batik ini. Resepi Kek batik hijau pun ada! Bahan nak buat kek batik ini mudah nak dapat kat kedai.

Resepi Kek Batik Sedap Che Nom

Kek Batik Sedap: Sumber Che Nom 

Bahan-bahan:

  • 1 pek biskut Marie
  • 250g mentega/butter
  • 200g serbuk Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko, ayak
  • 3/4 tin susu pekat

Cara-cara penyediaan:

  1. Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Che Nom guna loyang berukuran 8″x8″.
  2. Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
  3. Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
  4. Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
  5. Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
  6. Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.

Tips:

  • Jenis butter yang digunakan akan mempengaruhi rasa kek batik. Che Nom gunakan 1 buku butter jenama Buttercup. Jika guna pure butter yang mahal, rasa akan lebih berlemak dan rich. Boleh juga jika digantikan butter dengan majerin, sedap dan tiada sebarang masalah cuma rasa kek batik akan sedikit berbeza.

Resepi Kek Batik Lembut

Kek Batik Lembut: Sumber Hazanis

Bahan-bahan Kek Batik:

  • 600g biskut marie
  • 200g butter
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 biji telur
  • Esen vanila
Topping atau Ganache:
  • 100g milk compound
  • 100 g dark compound
  • 200 ml whipping cream
  • 1 sdb butter
  • 1 sdb golden syrup (optional)
  • 1 sdk hazelnut oil
 
Double boil kesemua bahan topping atau masukkan kedalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.
 

Cara-cara penyediaan:

  1. Masak butter sampai cair, masakkan kek batik guna api kecil sahaja. Kemudian, terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
  2. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat – cepat untuk elakkan berketul.
  3. Kemudian, masukkan telur, kacau dulu bagi rata dan masukkan air. Kacau sebati biarkan kesemuanya sekata.
  4. Akhir sekali, masukkan biskut. Kacau rata bagi semua biskut bersalut coklat. Boleh tutup api.
  5. Terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10 inci (alaskan dengan plastik bagi biskut tidak melekat dan senang keluar). Tekan untuk padatkan.
  6. Tuangkan chocolate ganache yang sudahpun cair dan simpan di chiller selama 4 jam atau lebih sebelum dipotong.
  7. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi lembut sebelum senang untuk dipotong.

Resepi Kek Batik Jawa

Kek Batik Jawa: Sumber HASue

Bahan-bahan:

  • 330g mentega/marjerin-brand puteri peket hijau
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 5 biji telur-gred c
  • 1/2 cawan susu pekat/krimer manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/4 bungkus biskut marie cap ayam (ikut banyak mana nak letak)(biskut ni lebih putih dan sesuai digunakan)-Jangan dipatah-patahkan
  • 2 cawan milo/vico (letak lebih sikit pun tak apa)
  • 1 sudu besar browning sugar / choc. emulco – untuk warna lebih gelap

Cara-cara penyediaan:

  1. Pukul mentega/marjerin bersama gula sehingga sebati, masukkan telur satu persatu sehingga habis.
  2. Masukkan esen vanilla,susu pekat dan milo/vico. Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Sementara itu, sediakan loyang/bekas yg sesuai. Alas dengan plastik keseluruhannya. Ketepikan.
  4. Panaskan kuali dengan api sederhana, masukkan adunan tadi ke dalam kuali dan kacau sentiasa sehingga adunan bertukar warna dari coklat kepada kehitaman dan mula memekat
  5. Apabila sudah pekat keseluruhannya,baru masukkan biskut marie. Pastikan jangan sampai pecah minyak kerana ini akan menyebabkan minyak meresap ke dalam biskut dan membuatkan biskut lemau/tidak rangup.
  6. Cedok dalam 2 senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  7. *Cadangan: gunakan beg plastik yang kecil dan di dalamnya dilapik kitchen paper yang dilipat tebal untuk menekan adunan,elak dari panas
  8. Tekan padat adunan supaya nampak kemas. Pastikan juga dkemas bahagian penjuru loyang/bekas.
  9. Apabila sudah rata, masukkan lagi adunan dan ulangi langkah tadi sehingga adunan habis.
  10. Sekali sekala, hentakkan loyang untuk memastikan ia benar-benar kemas dan teratur.
  11. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati bila-bila masa.

Tips:

  1. Elakkan daripada menuang SEMUA adunan sekaligus ke dalam loyang kerana ini akan membuatkan susunan biskut tidak menentu dan kurang kemas.
  2. Elakkan juga dari mematah-matahkan biskut kerana biskut yg dipatahkan akan menjadikan kek kurang kemas bila dipotong..
  3. Tujuan dialas dengan plastik pada loyang adalah supaya senang untuk dikeluarkan dan masih kelihatan kemas.

Resepi Kek Batik 3 Layer

Kek Batik 3 Layer: Sumber Cik Dyg

Bahan-bahan:

  • 1/2ketul butter*
  • 5biji telur*
  • 3/4cawan tepung gandum*
  • 3/4 cawan milo*
  • 1/4cawan serbuk koko* (Tak ada serbuk koko boleh pakai 1cawan milo)
  • 1/2tin susu pekat*
  • 1/2 cawan gula*
  • Esen vanila*
  • Biskut meri 2baris atau 200g

Cara-cara penyediaan: 

  1. Blend kesemua bahan bertanda * , kemudian masak di atas dapur dengan api yang perlahan sehingga pekat.
  2. Masukkan biskut meri kacau sebati dan tuangkan ke dalam bekas.
  3. Tekan dan padatkan biskut sehingga rata.

Bahan-bahan Lapisan Cheese:

  • 250g cream cheese
  • 150g whipping cream
  • 70g gula kastor
  • Esen vanila
  • 10g gelatin
  • 50g air panas + 30g untuk blend

Cara-cara penyediaan Lapisan Cheese:

  1. Satukan gelatin dengan air panas. Biar 5 minit bagi kembang.
  2. Masukkan bahan yang lain ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
  3. Masukkan gelatin, blend lagi sehingga sebati.
  4. Tuangkan adunan di atas kek batik yang dah siap tadi. Ketepikan.

Bahan-bahan Lapisan Coklat:

  • 150g coklat coin (CikDyg guna jenama beryls)
  • 70g whipping cream/ boleh ganti dengan susu cair
  • Sedikit minyak jagung/ butter

Cara-cara buat Lapisan Coklat:

  1. Panaskan whipping cream.
  2. Tutup api, dan masukkan coklat sambil kacau sehingga coklat cair.
  3. Masukkan minyak jagung dan kacau sebati.
  4. Tuang sebagai lapisan paling atas kek batik. Siap!

Resepi Kek Batik Brunei

Kek Batik Brunei: Sumber Nazatul Fairuz

Bahan-bahan:

  • 300 gram Biskut Marie (dipatahkan)
  • 2 Biji Telur (A)
  • 2/3 Cawan @ 200 ml Susu Pekat Manis
  • 200 gram Mentega
  • 2 Cawan @ 140 gram Nestum
  • 2 Cawan @ 250 gram Vico

Cara-cara penyediaan:

  1. Patah-patahkan biskut marie. Ketepikan.
  2. Pukul telur sebentar dan campurkan dengan susu pekat manis. Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan mentega ke dalam kuali kacau hingga cair dan masukkan adunan telur dan susu tadi. Kacau hingga sebati.
  4. Tambahkan nestum dan vico. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga semuanya sebati.
  5. Masukkan biskut marie, gaul rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  6. Tuang biskut yang siap di masak ke dalam loyang yang telah di lapik dengan baking paper atau plastik supaya senang untuk dikeluarkan dari loyang nanti. Tekan biskut tadi sehingga padat.
  7. Taburkan nestum di atasnya sebagai hiasan.
  8. Simpan di dalam peti sekurang-kurangnya 4 jam atau hingga boleh dipotong.
  9. Keluarkan dari peti dan potong. Sedia untuk di makan.

Nota: 

  • Boleh tambahkan susu jika ingin kek batik yang lebih manis.

Resepi Kek Batik Crunchy

kek-batik-crunchy

Kek Batik Crunchy: Sumber Shezrin

Bahan-bahan:

  • 250 gram butter
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1 1/2 cawan serbuk milo
  • 6 sudu pure serbuk koko
  • 1 paket biskut marie

Cara-cara penyediaan:

  1. Cairkan butter guna api sederhana dan tambahkan esen vanilla. Masukkan susu pekat manis. Tutup api
  2. Masukkan milo dan serbuk koko sedikit demi sedikit supaya tak berketul. Gunakan whisk untuk kacau.
  3. Masukkan biskut yang dipatah 4 bahagian dan kacau sehingga semua biskut tersalut chocolate.
  4. Masukkan biskut bersalut coklat ke dalam loyang pilihan. Gunakan cling wrap untuk menutup bahagian atas kek dan padatkan kek dengan menggunakan bahagian dasar cawan.
  5. Masukkan ke dalam peti ais bawah selama 2 jam untuk ia set. 

Resepi Kek Batik Hijau

Kek Batik Hijau: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 125gm mentega tanpa garam
  • 3/4 cawan susu pekat manis – lebihkan jika suka manis
  • 2 cawan Horlick
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 paket biskut marie 

Cara-cara penyediaan:

  1. Adun telur, susu pekat manis dan mentega hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan susu pekat manis, Horlick dan tepung gandum. Adun lagi hingga adunan tidakberketul.
  3. Tambahkan esen vanilla dan pewarna hijau dengan secukupnya.
  4. Masak adunan dalam kuali hingga hampir pekat dan masukkan biskut yang telah dipatah-patahkan. Gaul rata.
  5. Tuang adunan biskut ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik. Tekan-tekan supaya mampat.
  6. Sejukkan kek dan bolehlah dinikmati. .

Penutup
Kek batik cukup mudah nak buat, pasti ketagih nak makan. Rasanya penuh dengan coklat dicampur pula rasa lemak daripada biskut, pastinya menimbulkan kombinasi yang amat menarik untuk dimakan. 

Nak resepi lagi? Tengok senarai resepi INI.

2/5 - (1 vote)
Leave A Reply

Your email address will not be published.