fbpx

11 Resepi Kerabu Kaki Ayam Padu, Simple & Mudah Je!

Hari ini saya nak kongsi resepi kerabu kaki ayam. Bagusnya makan kaki ayam ini, ianya kaya dengan kolagen semulajadi yang bagus untuk menegangkan kulit. Kolagen penting untuk badan kita kerana dapat mencegah penuaan, baiki kesihatan kulit dan membentuk kulit anjal. Semakin kita tua, semakin kurang kolagen yang dapat badan kita hasilkan, menyebabkan kulit semakin kering dan berkedut. Siapa tak nak cantikkan kulit kan? Apalagi jika cara penyediaannya cukup simple dan mudah. Jadi, tak perlulah membazir masa nak cari bahan-bahan yang sebenarnya ada di dapur.

Resepi Kerabu Kaki Ayam Wani Sukarno

Kerabu Kaki Ayam Wani Sukarno

Kerabu Kaki Ayam: Sumber Wani Sukarno

Bahan-bahan:

  • 500 gram kaki ayam atau secukupnya
  • 2 biji tomato buang biji dan dihiris *
  • 1/2 belacan dibakar atau secukupnya
  • 2 batang serai dihiris nipis*
  • secekak daun kesum dihiris*
  • 1 tangkai bunga kantan ( sederhana ) dihiris*
  • bawang besar secukupnya dhiris*
  • perahan limau nipis
  • garam dan gula 

Cara-cara:

  1. Kaki ayam dicelur dan toskan.
  2. Bahan-bahan yang bertanda * semuanya dihiris.
  3. Sediakan mangkuk dan gaulkan bersama semua bahan , perah asam limau , gula dan garam. Suai rasa semua dan dah siap !!

Resepi Kerabu Kaki Ayam Eny Abdullah

Kerabu Kaki Ayam Eny Abdullah

Kerabu Kaki Ayam:Sumber Eny Abdullah

Bahan-bahan:

  • Kaki ayam secukupnya direbus sehingga lembut dan isi mudah tanggal dari tulang. Cara nak buang tulang, picitkan je tulang dibahagian kaki tu sehingga tanggal dan cuma tinggal isinya sahaja. Kalau besar sangat isi kaki tu, potong sedikit.
  • Cili padi ikut nak pedas ke tak okay – dipotong nipis
  • 2 kuntum bunga kantan – diracik halus
  • 1 labu bawang besar – dipotong nipis
  • 5 sudu besar jus limau / lemon
  • 2 batang serai, di kupas dan di ambil bahagian hujung yang lembut dan putih – dihiris nipis
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 4 biji tomato – dihiris nipis

Cara-cara:

  1. Campurkan dan gaul semua bahan dan siap!

Resepi Kerabu Kaki Ayam Ala Thai

Resepi Kerabu Kaki Ayam Ala Thai

Kerabu Kaki Ayam Ala Thai: Sumber I am Fuzy

Bahan-bahan:

  • 350 gram kaki ayam, dibersihkan
  • 5 ulas bawang merah, dimayang
  • 1 labu bawang besar, dihiris
  • 2 batang serai, dimayang halus
  • 5 biji limau kasturi, diambil jusnya
  • 5 biji cili api, dihiris
  • 2 pokok ketumbar, dihiris halus
  • 5 – 7 helai daun selasih, dihiris halus (kalau tak suka tak perlu letak)
  • 2 helai daun limau purut, dihiris halus (kalau tak suka tak perlu letak)
  • 2 sudu sos ikan
  • gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Kaki ayam yang telah dibersihkan direbus hingga empuk.  Angkat dan toskan.  Bila dah sejuk boleh la ditanggalkan (diperisi bak kata orang utaqa)  isi dari tulang.
  2. Semua bahan yang telah dihiris, dimayang dan dipotong serta kaki ayam tu digaul hingga rata dan masukkan air perahan limau kasturi, sos nampla serta garam dan gula secukup rasa.  Kemudian masukkan kedalam bekas dan simpan dalam peti sejuk dalam 20 – 30 minit sebelum dihidangkan.

Resepi Kerabu Kaki Ayam Bersama Kulit Tembikai

Kerabu Kaki Ayam Bersama Kulit Tembikai

Kerabu Kaki Ayam Bersama Kulit Tembikai: Sumber Iera Azira

Bahan-bahan:

  • Kaki Ayam – rebus@celur air panas & tos air 
  • Kulit tembikai – buang kulit hijau
  • Cabai melaka/cili padi
  • Bawang besar
  • Tomato
  • Sos Nampla 
  • Jus limau nipis
  • Garam/Serbuk perasa
  • Daun Ketumbar

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Gaul dan rasa secukupnya, tabur Daun Ketumbar.
  3. Siap untuk dihidang.

Resepi Kerabu Kaki Ayam Yang Sedap Dan Mudah

Kerabu Kaki Ayam Yang Sedap Dan Mudah

Kerabu Kaki Ayam Yang Sedap Dan Mudah: Sumber Ruzita Kitchen

Bahan-bahan:

  • 6 batang kaki ayam- potong kecil dan buang tulang dan rebus

  • 2 biji bawang merah-hiris

  • ¼ cawan cuka

  • 5 sudu besar gula

  • 1 sudu kecil garam

  • 3 biji cili padi-hiris bulat

  • 1 tangkai daun ketumbar-hiris

  • 1 kuntum bunga kantan-hiris

  • 1 batang serai –hiris halus

Cara-cara:

  1. Didalam mangkuk, satukan  bawang merah, cuka, gula, garam dan cili padi.
  2. Kacau hingga gula dan garam larut.
  3. Masukkan serai dan bunga kantan. Gaul.
  4. Masukkan kaki ayam. Gaul rata.
  5. Hidang dalam pinggan dan tabur kan hirisan daun ketumbar.

Resepi Kerabu Kaki Ayam Sedap Diratah

Kerabu Kaki Ayam Sedap Diratah

Kerabu Kaki Ayam Sedap Diratah: Sumber Dapur K Noor

Bahan-bahan:

  • 12 ketul kaki ayam – dibersihkan dan dipotong dua dan rebus. Kaknoor buang tulang kaki ayam ni supaya senang nak makan.
  • 1 biji bawang besar – dihiris nipis
  • 11 biji cili api – dihiris bulat nipis kaknoor lebihkan cili dan tumbuk
  • 2 biji tomato – dihiris
  • 2 batang serai – dihiris nipis
  • 1 biji limau nipis – diambil jusnya
  • 3 sudu makan sos ikan (nampla)
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • 1 pokok daun sup – dihiris halus
  • 1 pokok daun bawang – dihiris halus
  •  kaknoor tambah soon, bunga kantan, garam dan gula sikit

Cara-cara:

  1. Masukkan air, kaki ayam dan sedikit garam ke dalam periuk. Rebus hingga kaki ayam empuk.
  2. Sejatkan kaki ayam.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  4. Hidangkan.

Resepi Kerabu Kaki Ayam Dapur Kak Yah

Kerabu Kaki Ayam Dapur Kak Yah

Kerabu Kaki Ayam: Sumber Dapur Kak Yah

Bahan-bahan:

  • 5 pasang kaki ayam(yang beli siap..dia sudah buang tulangnya)
  • Sebatang serai (potong  nipis)
  • Sekuntum bunga kantan (potong nipis)
  • 2 biji bawang merah (mayang)
  • 3 biji cili padi (potong nipis)
  • Sebiji cili merah
  • 2 biji limau nipis (ambil jusnya…bergantung kalau jenis yang kurang berair kena lebihkan)
  • Sebiji buah tomato (potong dadu)
  • 2 tangkai daun ketumbar (potong kecil)
  • Gula dan garam

Cara-cara:

  1. Bersihkan kaki ayam dan rebus bersama sedikit garam sehingga lembut. Angkat dan toskan.
  2. Potong biar agak kecil sedikit.
  3. Gaulkan bersama bahan-bahan tadi dan pastikan biar ada rasa masam manisnya.

Resepi Kerabu Kaki Ayam Padu

Resepi Kerabu Kaki Ayam Padu

Kerabu Kaki Ayam Padu: Sumber A. Bawang

Bahan-bahan:

  • Kaki ayam
  • Bawang besar
  • Tomato
  • Bunga kantan
  • Daun ketumbar
  • Serai
  • Cili api
  • Sos ikan
  • Garam
  • Gula
  • Limau nipis
  • Cuka

Cara-cara:

  1. Rebuskan kaki ayam dalam 30minit sehingga empuk..
  2. selepas masak toskan kaki ayam tersebut dan buangkan tulang. 
  3. Hiriskan semua bahan2 di atas kemudian masukkan ke dlm kaki ayam. 
  4. Masukkan garam, gula, air limau nipis, cuka sikit, dan sos ikan sikit.. 
  5. Kemudian gaulkan sehingga sebati.. 
  6. Dan siap dihidang.

Resepi Kerabu Kaki Ayam Resepi Bonda

Resepi Kerabu Kaki Ayam Resepi Bonda

Kerabu Kaki Ayam: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg kaki ayam
  • 3 biji tomato – dipotong nipis
  • 3 biji bawang besar – dipotong nipis
  • 1 kuntum bunga kantan – dipotong nipis
  • 1 kuntum cendawan bunga – direndam dalam air panas hingga kembang dan potong halus
  • Daun sup secukupnya – dipotong halus
  • 5 biji limau nipis – ambil airnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Kaki ayam direbus sehingga empuk. Angkat dan biarkan sejuk.
  2. Selepas itu keluarkan tulang kaki ayam tersebut.

  3. Masukkan kaki ayam tersebut ke dalam mangkuk bersama tomato, bawang besar, bunga kantan, cendawan bunga, gula dan garam secukup rasa. Gaul sehingga sebati.

  4. Setelah siap taburkan daun sup, dan sedia dihidangkan.

Resepi Kerabu Kaki Ayam Thai Lembut Sangat

Kerabu Kaki Ayam Thai Lembut Sangat

Kerabu Kaki Ayam Thai Lembut Sangat: Sumber MYKMU

Bahan Rebus:

  • 1/2 kg kaki ayam (basuh bersih & rebus)
  • 1/2 inci lengkuas & halia

Bahan Hirisan:

  • 1 batang serai
  • 1 batang bunga kantan
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 pokok daun sup
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato
  • hirisan cili padi (optional)

Bahan perasa:

  • 1 biji limau nipis
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos plam
  • garam & gula (optional)

Cara-cara:

  1. Rebus kaki-kaki ayam dengan halia & lengkuas hingga empuk.
  2. Dah siap rebus, angkat toskan.
  3. Hiris halus bahan-bahan hirisan. Satukan ayam & bahan-bahan hiris dalam mangkuk besar.
  4. Campur limau nipis, sos ikan & sos plam gaul sebati  perasakan dengan gula & secubit garam.

Resepi Kerabu Kaki Ayam Butterlaici

Kerabu Kaki Ayam

Kerabu Kaki Ayam: Sumber Butterlaici

Bahan-bahan:

  • 100 gram kaki ayam
  • 4 cawan air
  •  3 sudu kecil garam
  •  ½ biji bawang Holland
  • 1 biji tomato
  •  4 biji cili padi
  •  1 batang serai
  •  4 tangkai daun sup
  •  2 sudu besar sos ikan
  •  1 biji limau nipis

Cara-cara:

  1. Rebus kaki ayam berserta garam sehingga empuk.
  2. Hiris bahan-bahan seperti bawang holland, tomato, cili padi, serai dan daun sup.
  3.  Angkat kaki ayam yang telah masak.
  4. Campurkan bahan-bahan hiris, sos ikan, limau nipis dan garam bersama-sama kaki ayam. Gaul sehingga sebati.

Penutup

Mudah je nak sediakan resepi kerabu kaki ayam ini. Bahan-bahannya pun simple je!

Boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.