fbpx

9 Resepi Kerabu Perut Paling Sedap, Peminat Kerabu Kena Cuba!

Hari ini saya nak kongsi resepi kerabu perut paling sedap anda kena cuba! Memang mudah, senang dan ringkas. Tutup mata pon boleh siap ni. Rasanya yang kenyal, masam, pedas dan cukup semua rasa memang menaikkan selera.  Makan dengan nasi panas-panas memang sedap, apatah lagi jika diratah begitu sahaja. Kecur liur dibuatnya, peminat kerabu mesti cuba resepi kerabu perut ini.

Resepi Kerabu Perut Sama Taugeh Mat Gebu

Kerabu Perut Sama Taugeh Mat Gebu

Kerabu Perut Sama Taugeh: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 300 gram perut lembu (babat) cuci bersih*
  • 1 inci halia*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3/4 camca teh garam*(*disatukan dan rebus hingga babat empuk)
  • 2 genggam longgar taugeh, dibersihkan
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 1 kuntum bunga kantan, hiris halus
  • 1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja dan hiris halus
  • 2 helai daun limau purut muda, hiris halus (jika saiz daun besar, guna 1)
  • 5 biji cili padi hijau, hiris halus
  • 5 biji cili padi merah, hiris halus
  • 2 camca besar kerisik
  • 3/4 cawan pati santan
  • 3 biji limau kasturi
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumbuk Halus:

  • 1 biji cili merah
  • 1 biji bawang merah kecil
  • 1/2 inci belacan,dibakar

Cara-cara:

  1. Toskan babat, biar sejuk kemudian hiris halus. Satukan bahan tumbuk halus dengan santan. Kacau rata dan masak sekejap, tak perlu sampai mendidih, masak hingga suam, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Taugeh letak dalam tapis dan siram dengan air panas, tos dan biar sejuk.
  2. Dalam satu bekas, masukkan hirisan perut, taugeh, bawang besar, bunga kantan, daun limau purut, serai. cili padi dan kerisik. Gaul hingga rata. Masukkan santan yang dimasak tadi dan gaul lagi hingga mesra.
  3. Perahkan jus limau kasturi secukupnya (jangan perah semua anda perah 1-2 biji dulu ke dalam kerabu, gaul dan rasa, jika perlu baru tambah lagi). Rasa dan tambah apa yang perlu sama ada garam atau gula. Kemudian boleh dihidangkan bersama nasi panas dan lauk-lauk lain…. Selamat mencuba!!

Resepi Mudah Kerabu Perut Kecoq Lioq

Kerabu Perut Kecoq Lioq

Kerabu Perut Kecoq Lioq: Sumber Papaglamz

Bahan-bahan:

  • 1/2 kilo perut lembu yang direbus (potong kecil-kecil) 
  • Daun selom/ulam Raja 
  • 1 ulas bawang merah 
  • 1 batang bunga kantan (ambil bunga aje)
  • 3 batang cili padi 
  • segenggam tomato ceri (belah dua)
  • 2 sudu besar jus limau kasturi
  • 1 sudu besar kerisik
  •  1 sudu besar minyak
  • *perasakan dengan garam/gula

Cara-cara:

  1. Hiris halus bawang merah, daun selom/ulam raja, cili padi, bunga kantan. Letak tepi jap.
  2. Gaul kerisik dengan minyak, jus limau kasturi, garam dan gula.
  3. Gaulkan bahan yang lain. Siap untuk dihidangkan.

Kerabu Perut Gaya Siam Penuh Rasa

Kerabu Perut Gaya Siam Penuh Rasa

Kerabu Perut Gaya Siam Penuh Rasa: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg perut lembu telah direbus
  • 2 batang serai | mayang halus
  • 1 biji bawang besar | mayang halus
  • 1/2 batang bunga kantan | mayang halus
  • 1 biji buah tomato | potong kecil
  • 10 biji cili padi | mayang halus
  • 1 biji limau nipis | perah jusnya
  • Cuka secukup rasa
  • Sos ikan/sotong secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Perut lembu yang telah direbus dihiris kecil dan memanjang, kemudian ketepikan.
  2. Campur perut yang telah dihiris bersama  hirisan bawang, serai, bunga kantan. Cili padi dan tomato.
  3. Dalam mangkuk lain campurkan garam, gula cuka dan perahan jus limau nipis.
  4. Kacau rata, kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi bahan hirisan tadi.
  5. Sekali lagi gaul rata.
  6. Setelah secukup rasa, kerabu perut sedia dihidangkan.

Nota:

  • Boleh ditambah hirisan timun atau kacang panjang jika suka.

Resepi Kerabu Perut Kelantan

Kerabu Perut Kelantan

Kerabu Perut Kelantan: Sumber Nota Resepi

Bahan-bahan:

  • Perut lembu – ½ kg
  • Kelapa parut – 1 cawan
  • Kacang panjang 5 
  • Daun Kesum – 6 batang
  • Bunga kantan 1
  • Bawang merah – 5 biji
  • Serai – 3 batang
  • Cili padi – 8 tangkai
  • Serbuk lada hitam – 1 sudu besar
  • Bawang putih – 4 biji
  • Isi ikan ( 2 ekor ikan selayang yg direbus) 
  • 2 sudu gula
  • Garam secukup rasa
  • Jus limau nipis sebiji
  • Santan segar / kotak  – 1 cawan

Cara-cara:

  1. Rebus perut guna pressure cooker 20 minit ( periuk biasa rebus sehingga empuk).
  2. Goreng kelapa sehingga garing, dan masukkan bawang dan serai yang dihiris.
  3. Kisar dengan food processor / boleh tumbuk guna lesung ( isi ikan, serbuk lada hitam, garam,  gula,  kelapa goreng).
  4. Potong kecil ( kacang panjang, daun kesum, bunga kantan, cili padi).
  5. Akhir sekali campur kesemua 1-4, dan masukkan santan segar dan jus limau nipis – gaul sampai rata.

Resepi Kerabu Perut Santan Kerisik

Kerabu Perut Santan Kerisik

Kerabu Perut Santan Kerisik: Sumber Namakucella

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg perut lembu – siap bersih dan rebus lembut serta hiris
  • 1/2 bawang besar -hiris
  • 1 tomato masak- hiris
  • 1 biji limau nipis
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2 sudu kerisik
  • 1 sudu makan beras- digoreng tanpa minyak & tumbuk jadi serbuk

Bahan Tumbuk:

  • 10 cili padi
  • 1 cili merah
  • 1 sudu teh belacan

Cara-cara:

  1. Campurkan bahan tumbuk dengan santan, kerisik, bawang hiris, garam dan gula.
  2. Masukkan perut, tomato dan gaul rata.
  3. Perah limau, dan sesuaikan rasa.
  4. Akhir sekali taburkan serbuk beras goreng dan gaul rata. Siap.

Resepi Kerabu Perut Kelate Intai Dapur

Kerabu Perut Kelate Intai Dapur

Kerabu Perut Kelate: Sumber Intai Dapur

Bahan A:

  • 500 gram perut lembu
  • Ikan kembong seekor(kalau ikan selar kuning 3/4)*lebihkan ikan untuk rasa yang lebih umph!*
  • lada hitam/lada sulah – lada hitam dalam 1 sudu kecil
  • bawang merah besar(bawang India) 1 labu

Bahan B:

  • bawang merah besar 1 labu di mayang
  • cili merah dimayang – guna cili api
  • 1 bunga kantan dimayang 
  • kelapa parut untuk dibuat kerisik
  • 1 biji tomato di potong dadu (kalau tak letak pun tak apa)
  • asam limau nipis/limau kasturi
  • garam
  • gula
  • santan RM1
  • Kacang panjang RM1/seikat dan dimayang halus-halus – Liza gantikan dengan timun yang dihiris

Cara-cara:

  1. Ok! Mula-mula sekali hiris perut lembu itu memanjang kemudian direbus sehingga empuk dan toskan. Panggang ikan jadi ikan bakar (kalau saya nak cepat saya rebuskan saja dengan sedikit air).
  2. Sediakan kerisik. Goreng lebih kurang secawan kelapa parut tanpa minyak sehingga garing dan warna bertukar menjadi perang. Tumbuk kelapa hingga nampak keluar minyak. Ok dah siap kerisik, guna yang ready made je.
  3. Tumbuk lada hitam, kemudian tumbuk bawang dari bahan A, tak lumat sangat pun tak mengapa. Kemudian masukkan isi ikan yang dipanggang/rebus tadi, tumbuk lagi.
  4. Bila dah siap 4 peringkat tadi campurkan semua yang dalam lesung tadi, kacang panjang dan kesemua bahan B dalam satu mangkuk besar. Kacau-kacaukan hingga rasanya serasi…. masin ada, manis dan masam… Selamat mencuba!

Resepi Kerabu Perut Cahaya Hidupku

Resepi Kerabu Perut Cahaya Hidupku

Kerabu Perut: Sumber Cahaya Hidupku

Bahan-bahan:

  • 1 kg perut lembu – dibersihkan,direbus dan di hiris nipis
  • kacang panjang secukupnya- dihiris halus
  • taugeh secukupnya- di cuci dan di bersihkan
  • 1 bawang besar- hiris halus
  • 4 biji cili padi- dihiris halus
  • 2 biji limau nipis- ambil airnya
  • 1 biji tomato- hiris
  • Sedikit daun ketumbar dan daun kesum- dihiris halus

Bahan Untuk Ditumbuk:

  • 1 sudu kerisik
  • 2 batang serai- hiris halus
  • 2 sudu udang kering- dibersihkan
  • 1/2 bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • 1 inci halia

Cara-cara:

  1. Tumbuk semua bahan yang berkenaan hingga 3/4 hancur.
  2. Gaulkan dengan perut yang telah dihiris tadi.
  3. Gaulkan dengan semua sayuran yang telah dihiris halus dan juga air limau nipis.
  4. Masukkan bahan perasa.
  5. Siap untuk dihidang.

Resepi Kerabu Perut, Pucuk Paku dan Taugeh

Kerabu Perut, Pucuk Paku dan Taugeh

Kerabu Perut, Pucuk Paku dan Taugeh: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk hirisan perut lembu – siap dicelur
  • 1 mangkuk pucuk paku – siap dicelur
  • 1 cawan taugeh – siap dicelur
  • 1 cawan kelapa parut – tumbuk sedikit – jangan sampai lumat
  • 1 labu bawang besar – hiris nipis
  • 1 kuntum bunga kantan – hiris
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 7 biji limau kasturi – perah jusnya

Bahan Tumbuk:

  • 1/2 cawan udang kering – rendam hingga lembut – toskan
  • 15 biji cili padi – boleh tambah jika suka pedas

Cara-cara:

  1. Sediakan mangkuk saiz besar.
  2. Masukkan kesemua bahan dan gaul rata.
  3. Biarkan 10-15 minit sebelum dihidangkan.

Resepi Kerabu Perut Air Asam Ana Jingga

Resepi Kerabu Perut Air Asam Ana Jingga

Resepi Kerabu Perut Air Asam: Sumber Ana Jingga

Bahan-bahan:

  • Beberapa keping perut lembu yang telah dibersihkan hingga putih – rebus empuk dan hiris nipis-nipis.
  • Bawang merah di mayang halus
  •  Cili api ikut kepedasan rasa masing-masing – di mayang halus
  • Dua batang serai – dihiris halus
  • Dua biji tomato – dipotong dadu 
  • Sedikit belacan – ikut suka 
  • Perahan air asam limau
  •  Bancuhan air asam jawa 
  •  Garam
  •  Gula 
  •  Daun sup atau ketumbar

Cara-cara:

  1. Gaulkan kesemua bahan bersama hirisan perut tadi.
  2. Masukkan air asam jawa dan sedikit perahan limau.
  3. Rasakan dengan garam dan gula serta taburkan daun sup atau daun ketumbar sebagai penambah rasa.

Penutup

Leave A Reply

Your email address will not be published.