fbpx

9 Resepi Somtam Sedap (Penggemar Makanan Thai Wajib Cuba)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi somtam yang sedap. Resepi somtam ini pastinya masam manis dan pedas yang membuka selera. Buat penggemar makanan thai, wajib cuba resepi somtam ini. Somtam diperbuat daripada kepingan nipis betik mentah. Somtam berasal dari Laos dan resepi somtam ini popular di Thailand. Sesuai juga untuk anda yang nak menjaga berat badan.

Resepi Somtam Betik Mat Gebu

somtam betik mat gebu

Somtam Betik: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan Somtam Betik:

  • 1 biji betik mengkal saiz lebih kurang sebesar mug
  • 1 biji lobak merah, saiz kecil
  • 1 biji tomato
  • 2 tangkai kacang panjang
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 2 camca besar kacang tanah tumbuk
  • 1 biji limau nipis, perah jusnya
  • 1 genggam udang kering, rendam sekejap, cuci dan toskan
  • Sedikit daun pudina, untuk hiasan
  • Hirisan cili padi merah, untuk hiasan
  • Sos ikan secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk halus:

  • 4 – 5 biji cili padi
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 camca besar penuh gula melaka

Cara-cara:

  1. Betik dikupas, belah dua dan buang bijinya, cuci, lap kering dan sagat memanjang. Lobak merah dikupas, cuci dan lap kering, sagat memanjang seperti betik tadi. Tomato dihiris nipis memanjang. Kacang pangjang dikerat pendek dan bunga kantan dimayang halus, ketepikan. Sementara itu udang kering ditoskan, dan goreng tanpa minyak hingga wangi, tumbuk hingga hancur, ketepikan.
  2. Dalam bekas besar, masukkan baha-bahan tumbuk hancur, udang kering dan kacau hingga rata. Tambah betik, lobak merah, tomato, kacang panjang dan bunga kantan, yang telah dihiris tadi. Gaul rata dan perasakan dengan sos ikan dan jus limau nipis secukup rasa.
  3. Sebelum menghidang, tabur kacang tanah tumbuk, daun pudina dan hirisan cili padi merah. Boleh hidangkan sebagai makanan pembuka selera.

Resepi Somtam Thai Amie’s Little Kitchen

somtam thai amie's little kitchen

Somtam Thai: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan Somtam Thai:

  • 2 cawan hirisan betik muda
  • 1 cawan hirisan mangga muda
  • 1 cawan hirisan lobak merah
  • 2 batang kacang panjang – patahkan sepanjang 3 cm
  • 1 biji tomato – hiris-hiris
  • 7 ulas bawang putih yang berkulit
  • 11 biji cili padi
  • 3 biji limau kasturi – ambil jusnya 
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar gula kabung / gula Siam
  • 2 sudu besar kacang tanah goreng
  • 2 sudu besar udang kering

Cara-cara:

  1. Tumbuk  bawang putih sekadar pecah di dalam lesung.
  2. Masukkan cili padi, gula kabung /gula Siam. Tumbuk lagi tetapi sekadar pecah cili padi sahaja.
  3. Seterusnya masukkan kacang panjang, tumbuk dan sambil korek bahan yang ditumbuk mengunakan senduk.’
  4. Kemudian masukkan lobak merah, mangga dan betik muda dan hirisan tomato. Gaul dan tumbuk sedikit lagi.
  5. Akhir sekali masukkan kacang tanah dan udang kering. Tumbuk beberapa kali dan masukkan sos ikan.
  6. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:

  • Ada juga yang tambahkan belacan dan juga terung Thai mentah. Semuanya terpulang ikut selera masing-masing. 

Resepi Somtam Zera Naim

somtam zera naim

Somtam: Sumber Zera Naim

Bahan-bahan Somtam:

  • 1 mangkuk parutan betik muda
  • 1 biji tomato | dadu kecil
  • 4 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji limau nipis | perah jusnya
  • 2 sudu makan gula kabung Thai
  • Kicap ikan secukupnya
  • 1 sudu makan kacang tanah | kisar kasar
  • 1 sudu makan udang kering Thai | goreng
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Di dalam lesung, masukkan gula kabung Thai, tumbuknya hingga hancur.
  2. Kemudian masukkan cili padi dan bawang putih. Tumbuk lagi.
  3. Masukkan tomato, kicap ikan secukupnya dan jus limau nipis.
  4. Gaul rata dan sebatikan rasa agar seimbang rasa pedas, masin, manis dan sedikit rasa masam.
  5. Dalam mangkuk satukan betik, udang kering dan kacang tanah serta sos yang telah disediakan tadi. Gaul sebati.
  6. Sedia dihidangkan.

Resepi Somtam Wann Rohani

somtam wann rohani

Somtam: Sumber Wann Rohani

Bahann-bahan Somtam:

  • Betik – di parut
  • Tomato 1 biji – potong 8
  • Kacang Tanah – goreng kemudian tumbuk kasar
  • Cili Padi – 5biji
  • Bawang Putih – 1 ulas
  • Gula Kabung – 1 sudu besar
  • Fish Sauce – 1 sudu besar
  • Limau Nipis – 2 biji
  • Lesung somtam

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih dan Cili Padi.
  2. Masukkan Udang Kering.
  3. Masukkan Kacang Tanah.
  4. Masukkan Gula Kabung dan Fish Sauce.
  5. Perah Limau Nipis.
  6. Rasa sesedap rasa before masukkan Betik.
  7. Jangan lupa Tomato. Nak tambah kacang panjang pun boleh.
  8. Hidang dengan kangkung boleh. kubis boleh. Apa pun boleh.

Resepi Somtam Seafood Thai

somtam seafood

Somtam Seafood: Sumber Rohani Ahmad

Bahan-bahan Somtam Seafood:

  • Bawang putih
  • Cili api merah
  • Limau nipis
  • Gula atau nise (Ciknie guna nise)
  • Sedikit Ajinomoto
  • Sos ikan
  • Sotong yg dah di rebus
  • Udang dah siap kopek dan rebus
  • Kerang yg siap rebus
  • Kacang panjang
  • Baby tomato
  • Daun bawang potong pendek

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih dengan cili api bagi lumat. Masukkan gula @ nise, sedikit aji, sos ikan dan tumbuk manja supaya tak terpercik sos ikan tu.
  2. Masukkan kacang panjang yang dah di potong pendek dan baby tomato gaul rata dan masukkan jus perahan limau
  3. Kemdian, masukkan sotong, udang dan kerang yang siap rebus tadi. Tumbuk manja-manja atau gaul je bagi ia sebati. Lepas tu masukkan daun bawang. Tak nak bubuh daun bawang pun tak apa. Siappp! Mudah kan.

Resepi Somtam Mangga Cik Wan Kitchen

somtam mangga cik wan kitchen

Somtam Mangga: Sumber Cik Wan Kitchen

Bahan-bahan Somtam Mangga:

  • 3 biji mangga muda jenis epal (kurang masam) – sagat halus
  • 3-4 tangkai kacang panjang – potong dalam 2 inci
  • 1 biji buah tomato – potong baji
  • 4 biji cili padi – nak pedas boleh tambah lagi
  • 2 peket kecil udang kering – goreng tanpa minyak
  • 1/2 cawan kacang tanah – goreng tanpa minyak
  • 2 sudu gula somtan
  • Sos ikan secukupnya
  • 2 biji limau nipis – ambil airnya

Cara-cara:

  1. Masukkan cili padi dalam lesung, lenyekkan atau tumbuk manja.
  2. Masukkan udang kering, tumbuk manja.
  3. Masukkan kacang panjang, tumbuk manja.
  4. Masukkan tomato baji, tumbuk manja.
  5. Masukkan gula somtam, lenyekkan semua bahan.
  6. Masukkan sos ikan dalam 2 sudu.
  7. Masukkan asam limau.
  8. Tuangkan kesemua bahan tumbuk kedalam bekas berisi parutan mangga.
  9. Rasakan biar masin, manis dan masam secukupnya.
  10. Masa hidang, taburkan kacang tanah. (Kalau ada letakkan setangkai kangkung muda)

Resepi Somtam Betik Telur Masin

somtam betik telur masin

Somtam Betik Telur Masin: Sumber Jemilah Tukimin

Bahan-bahan Somtam Betik Telur Masin:

  • 1/2 Biji Betik Muda – sagat halus
  • 1 biji telur masin – di rebus
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar kicap sotong
  • 2 sudu besar gula Thai
  • 3 biji limau nipis – ambil jus
  • Seubit garam
  • 1 sudu makan penuh kacang tanah – goreng tanpa minyak
  • 1 biji tomato Belah 8
  • 4 biji cili padi
  • 1 urat kacang panjang – potong dalam 2 inchi
  • 2 sudu makan udang kering

Cara-cara:

  1. Betik buang kulit cuci dan sagat halus, telur masin rebus kemudian asing kan kulit.
  2. Ambil lesung tumbuk kasar bawang putih, cili padi.
  3. Kemudian masukkan kicap sotong, gula thailand dan jus limau nipis.
  4. Gaul sebati kemudian rasa masam-masam manis.
  5. Kemudian masukkan betik, telur masin tumbuk manja-manja biar telur masin hancur kasar.
  6. Masukkan tomato, kacang panjang, kacang tanah dan udang kering tumbuk manja-manja.
  7. Gaul sebati semua bahan tadi dan hidangkan.

Resepi Somtam Maggi

somtam maggi

Somtam Maggi: Sumber NorLinda Ahmad

Bahan-bahan Somtam Maggi:

  •  pek mi maggi asam laksa
  • Separuh betik muda di sagat panjang
  • 2 biji limau nipis
  • 2 sudu sos ikan
  • Udang kering *
  • 1 sudu gula pasir *
  • 7 biji Cili padi *
  • 1 biji gula kabung *
  • 3 ulas bawang putih, *
  • Kacang panjang *
  • Kacang gajus di goreng

Cara-cara:

  1. Celurkan maggi dan toskan. Tumbuk kasar bahan yang bertanda *.
  2. Dah hancur masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
  3. Masukkan sos ikan, perencah maggi asam laksa, air limau nipis.
  4. Gaulkan. Masukkan maggi dan betik muda. Gaulkan sebati. Siap untuk dihidang.

Resepi Somtam Epal Ala Thai

somtam epal ala thai

Somtam Epal: Sumber Muhamad Muktamin Abdul Karim

Bahan-bahan Somtam Epal:

  • 3 biji epal
  • 3 sudu besar kacang digoreng *goreng tanpa minyak
  • 3 sudu besar udang kering halus *direndam sekejap
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji cili padi merah *cili besar pun boleh je kalau tak tahan pedas
  • 2 biji cili padi hijau *boleh tambah
  • Sedikit kacang panjang dipatah-patahkan/dikerat 1 inci
  • 3 sudu besar gula kabung Siam *saya guna gula melaka je
  • 3 sudu besar jus limau nipis *kurang/lebih ikut selera
  • 2 sudu sos ikan 5 biji tomato cherry * potong dua
  • Garam sedikit *boleh juga tambah air asam jawa

Cara-cara:

  1. Tumbuk semua bahan di atas kecuali sos ikan dan jus limau nipis.
  2. Parut epal ke dalam mangkuk dan gaul dengan semua bahan tumbuk, sos ikan, jus limau, garam dan gula Melaka.
  3. Sedia untuk dihidangkan.

Penutup

Resepi Som Tam atau kerabu Thai ini sangat sedap walaupun diratah begitu sahaja tanpa nasi. Rasanya yang masam, manis, pedas dan masin itu ditambah dengan kerangupan kacang goreng, kacang panjang dan betik muda yang diparut. Keistimewaan dan keunikan rasanya mampu membangkitkan selera. Resepi Kerabu Bayam Brazil juga sedap. Jika somtam, dihidangkan dengan Resepi Daging Dendeng pasti sedap. Makan dengan ayam goreng pun sedap juga. Jom cuba Resepi Ayam Yang Paling Sedap.

Leave A Reply

Your email address will not be published.