fbpx

7 Resepi Lagsana Sedap (Cara Mudah Nak Sediakan Lagsana)

0

Hari ini saya nak kongsikan resepi lagsana sedap. Jika teringin nak makan western, jom cuba resepi lagsana ini. Sesekali nak tukar selera, apa salahnya. Insha-Allah sedap. Confirm repeat berkali-kali sebab senang nak sediakan. Resepi lagsana ini boleh dijadikan idea untuk memulakan perniagaan sebagai pendapatan tambahan. Peminat lagsana pasti suka resepi yang dikongsikan kali ini.

Resepi Lagsana Sedap Che Nom

lagsana sedap che nom

Lagsana Sedap: Sumber Che Nom

Bahan-bahan Lagsana Sedap Che Nom:

  • kepingan lasagna segera, tak perlu rebus
  • parutan keju mozarella, secukupnya
  • serbuk keju parmesan, secukupnya

Bahan-bahan untuk sos bolognaise:

  • 300 gram daging atau ayam kisar
  • 379 gram @ 1 jar kecil sos prego traditional
  • 3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
  • 1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 biji capsicum hijau, potong dadu
  • 6 biji cendawan butang, hiris nipis
  • 1 cawan carot yg dipotong dadu kecil
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk sos putih:

  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 keping keju cheddar cheesedale
  • 1 sudu besar serbuk parmesan cheese
  • 1 1/2 cawan fresh milk atau susu full cream
  • lada putih dan garam secukup rasa

 

Nota:

  • Guna 3 keping cheese jika tak masukkan keju parmesan

Cara untuk masak sos bolognaise:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut, kemudian masukkan bawang putih dan diikuti daging kisar. Kacau sehingga daging kering airnya.
  2. Masukkan serbuk lada hitam, cendawan, dan apabila cendawan sudah layu masukkan pula capsicum, karot dan sos prego. Masak sehingga karot lembut. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambahkan air jika kuah kering. Perlu dilebihkan kuah kerana kepingan pasta yang dugunakan adalah yang segera atau kering.

Cara untuk memasak sos putih:

  1. Panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
  2. Tuangkan susu dan masukkan cheddar cheese bersama parmesan cheese. Kacau seketika sehingga kuah sedit pekat dan masukkan lada putih seta sedikit garam. Hati-hati bila masukkan garam kerana cheese sudah rasa masin.
  3. Angkat dan sejukkan.

Cara untuk membuat lasagna:

  1. Panaskan oven kepada suhu 180°C.
  2. Sapu bekas caserole mentega supaya tidak melekat. Susun kepingan lasagna rapat-rapat.
  3. Kemudian tuang sos bolognese, ratakan. Sendukkan pula sos putih diikuti mozarella dan parmesan cheese.
  4. Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognese, sos putih, mozarella cheese dan sedikit parmesan cheese. Tutup bahagian atas dengan aluminium foil.
  5. Bakar di dalam oven selama 25minit. Kemudian buka aluminium foil dan teruskan membakar sehingga bahagian atas keperangan.

Resepi Lagsana Lagsana Azie Kitchen

resepi lagsana azie kitchen

Lagsana: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan Lagsana:

  • Keping lasagna secukupnya

Kuah merah (sama seperti membuat kuah spaghetti bolognese):

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit cili kisar, jika suka pedas
  • Daging cincang
  • 1 botol sos prego
  • Sedikit black pepper
  • Mushroom (atau apa apa yg suka)
  • Italian herbs
  • Fresh or dry parsley
  • Garam dan serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Masuk olive oil. 
  2. Tumis bawang besar, bawang putih.  
  3. Masuk cili kering sikit dan daging cincang. 
  4. Bila daging agak masak, masukkan sos prego, sedikit black pepper, mushroom, perasa Italian herbs dan garam. 
  5. Sesuaikan rasa dan kepekatannya.

Bahan-bahan Kuah Putih:

  • 4 sudu besar Majerin
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • 500 ml susu full cream  (apa apa susu pun boleh)
  • 2/3 grated cheddar cheese (optional)

Cara-cara:

  1. Panaskan majerin, bila cair masukkan tepung gandum, kacau sebati hingga tepung keperangan.  
  2. Masukkan susu.  Masuk garam, black pepper dan grated cheddar cheese (tak letak pun tak apa, tak ada beza rasa with or without cheese). 
  3. Kacau sampai pekat.  Kuah jangan terlalu pekat, biar cair sikit supaya tak kering bila dibakar.

Cara-cara Penyediaan Lagsana:

  1. Keping lasagna tu rendam dg air panas. Bila dah lembut atur dalam dulang acuan. Bubuh sos merah, sos bubuh putih, tabur cheese parut dan mozarela secara berselang seli.  
  2. Susun kepingan lagi dan seterusnya. Lapisan atas sekali mestilah kuah putih sebelum ditabur dengan cheese. Bakar setengah jam dalam oven 180 degree dalam 30 minit. selepas dikeluarkan dari oven, biarkan dalam 10 – 15 minit sebelum dihidangkan.

Resepi Lagsana Mudah dan Sedap

lagsana mudah dan sedap

Lagsana Mudah dan Sedap: Ayue Idris

Bahan-bahan Lagsana:

Bahan-bahan Sos bolognese:

  • Bawang merah – 3 biji di potong dadu
  • Bawang Putih – 6 ulas di cincang halus
  • Carrot – ½ batang di potong dadu
  • Daging kisar Ramlee – 1 pack
  • Sos spageti Kimbal – 1 tin
  • Serbuk Oregano – 2 sudu
  • Garam -½ sudu
  • Gula – 1 sudu
  • Cendawan – 1 tin di hiris
  • Lada hitam – 1 sudu (optional)

Cara-cara masak Sos bolognese:

  1. Rebus lasagna instant sheet sehingga boleh dilentur. (JANGAN sehingga masak).
  2. Tos dan susun diatas dulang. Jangan bertindih ya. (Ini arahan dari kotak, tapi sebenarnya tips yang Ayue baca, kalau tak nak rebus dulu pun tak apa. Boleh guna terus kepingan lasagna ni tapi sos kena cukup untuk melembutkan lasagna semasa proses membakar.)
  3. Tumis bawang merah, bawang putih, sehingga naik bau dan masukkan daging kisar. Masak sehingga air daging kering.
  4. Masukkan sos spaggeti, masak sebentar.
  5. Masukkan cendawan dan carrot.
  6. Masukkan serbuk oregano.
  7. Masukkan lada hitam jika ingin rasa pedas sedikit.
  8. Rasakkan dengan garam dan gula, ketepikan.

Bahan-bahan Sos Putih:

  • Cheddar Cheese – 1 pack
  • Mentega -2 sudu
  • Tepung gandum – 2 sudu
  • Susu segar penuh krim – 2 cawan
  • Garam – ½ sudu

Cara-cara Masak Sos Putih:

Panaskan mentega sehingga cair.

  1. Masukkan tepung gandum, masak sehingga kekuningan.
  2. Masukkan susu segar penuh krim dan gaul rata.
  3. Masukkan Cheddar cheese dan gaul hingga cheese cair dan sebati.
  4. Masukkan sedikit garam. Masak sehingga sos likat.

Bahan-bahan Layer Lagsana:

  • Mozarella Cheese
  • Parmesan Cheese

Cara-cara buat Lagsana:

  1. Sapukan loyang dengan mentega.
  2. Letak lasagna sheet dilapisan paling bawah.
  3. Disusuli dengan inti daging. Pastikan daging menutupi kepingan lasagna tau.
  4. Layerkan inti daging dengan sos putih.
  5. Taburkan mozarella cheese dan parmesan cheese.
  6. Ulang langkah 2 – 4 hingga loyang penuh.
  7. Bakar di dalam oven selama 40 minit, 160°.

Resepi Lagsana Cheese Daging

lagsana cheese daging

Lagsana Cheese Daging: Sumber Dari Dapur

Bahan-bahan Lagsana Cheese Daging:

  • Kepingan lasagna yang direndam dan ditos
  • 2 keping keju cheedar setiap bekas
  • Parutan keju mozarella secukupnya

Bahan Sos Bolognaise:

  • 150 gram sos spageti jenama Prego/Kimball
  • 200 gram tomato puri
  • 150 gram daging kisar/ayam cincang
  • 1/2 biji bawang Holland saiz bola tenis cincang halus
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1/2 sudu makan serbuk oregano
  • 1 sudu makan butter/mentega
  • Garam/gula/serbuk perasa

Cara Masak Sos Bolognaise:

  1. Panaskan butter hingga cair, masukkan bawang putih cincang hingga naik bau dan kekuningan baru tambah bawang besar cincang. Tumis bagi layu supaya kuah sos terasa manis daripada bawang. Dalam hidangan western, bawang adalah antara salah satu bahan wajib.
  2. Campurkan daging kisar dan kacau hingga masak serta kering air daging.
  3. Baru tambahkan sos spagetti,tomato puri, serbuk oregano.
  4. Masak bagi naik wap,baru perasakan ikut selera tekak. Siap dan ketepikan.

Bahan Sos Putih:

  • 2 sudu makan butter/mentega
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan susu segar full cream
  • 1 tin/ 295 gram sos carbonara preggo
  • 1 keping cheddar jika mahu
  • 1 sudu makan parmesan jika mahu
  • Serbuk perasa

Cara Masak Sos Putih:

  1. Kacau sebati gandum dengan sedikit susu segar supaya tak berketul.
  2. Panaskan butter hingga cair.
  3. Masukkan tepung gandum dan baki susu full cream.
  4. Kacau sebati hingga mula mendidih.
  5. Masukkan sos carbonara, kepingan cheddar, parmesan.
  6. Rasa dan jika nak tambah serbuk perasa,silakan.Garam gula tak perlu ya. Siap.

Cara Bakar Lagsana:

  1. Dalam bekas aluminium/loyang, masukkan sos bolognaise 1 sudu makan,1 sudu sos putih,baru letak 1 kepingan lasagna. Nak tabur parutan keju mozarella pun boleh jika suka. Lapiskan begini hingga penuh bekas. Dalam anggaran 5-6 lapis. Baru tuangkan sos bolognaise dan sos putih menutupi ruang dalam bekas.
  2. Untuk bahagian atas, letak sos bolognaise dan putih banyak sedikit baru letak kepingan keju cheedar dan parutan keju mozerella serta sedikit keju parmesan di bahagian atas jika mahu. Tabur juga daun oregano kering jika nak aroma lasagna labih terasa. Baru cheese bertarik-tarik nanti bila dah siap. Yang kuantiti ikut suka sebab nak buat makan, letak banyak,nak jual, letak sikit dan guna keju tertentu je kan.
  3. Bakar pada suhu 190-200’C selama 45 minit guna api atas bawah ikut oven anda masing atau sehingga garing tahap anda nak. Sedap dimakan panas-panas. Kalau anda nak buat resepi lasagna ayam, hanya ganti dengan daging kisar tu, guna ayam cincang. Mudah kan.

Resepi Lagsana Buat Orang Lapo

Lagsana

Lagsana: Sumber Nazatul Fairuz

Bahan-bahan Lagsana:

Bahan A (Inti);

  • 1/2 biji bawang holland
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 200 gram ayam/daging kisar
  • 200 gram sos spaghetti
  • 1 sudu kecil herba campuran
  • 1 sudu kecil oregano
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam secukupnya
  • Lada benggala

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan pula cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam/daging cincang. Gaul rata.
  4. Masukkan sos spaghetti.
  5. Tambahkan herba campuran, oregano, lada hitam dan garam secukupnya. Kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan pula lada benggala. Gaul sehingga lada sedikit layu. Ketepikan.

Bahan B (Sos Putih):

  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 cawan susu segar
  • 3 keping keju cheddar
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Cairkan butter. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
  2. Masukkan susu segar. Kacau sehingga mendidih.
  3. Tambahkan cheese dan perasakan dengan garam secukupnya. Kacau sehingga pekat.

Bahan-bahan Lain:

  • Mozarella cheese (parut)
  • Cheddar cheese (parut)
  • Kulit Lasagna

Cara Penyediaan Lagsana:

  1. Letakkan kulit Lasagna ke dalam loyang sehingga menutupi keseluruhan dasar loyang.
  2. Letakkan separuh inti di atas kulit Lasagna.
  3. Masukkan pula sos putih. Ratakan di atas inti.
  4. Taburkan cheese yang diparut secukupnya.
  5. Ulang proses yang sama sehingga habis.
  6. Bakar selama 30 minit pada suhu 180°c atau sehingga masak.

Nota:

  • Sos Putih tak perlu terlalu masin sebab inti dah masin.
  • Boleh tambah cendawan @ tomato di dalam inti.

Resepi Lagsana Daging Roti Gardenia

Lagsana Daging Roti Gardenia:

Lagsana Daging Roti Gardenia: Sumber Husna Halim

Bahan-bahan (Inti/Sos Daging):

  • 400g daging kisar
  • 1 tin sos Prego spaghetti
  • 1 sudu cili kisar
  • 2 biji lada benggala (dicincang)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • Sos cili secukupnya
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar dan masak sampai empuk. Boleh masukkan sedikit air supaya cepat masak.
  3. Masukkan sos Prego, sos cili dan kacau.
  4. Masukkan lada benggala.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  6. Siap dan ketepikan.

Bahan-Bahan Sos Putih:

  • 5 sudu besar mentega
  • 3 sudu tepung gandum
  • 500ml susu segar
  • 2 keping keju cheddar

Cara-cara:

  1. Cairkan mentega didalam periuk dan masukkan tepung gandum.
  2. Gunakan api perlahan dan kacau. Pastikan tepung tidak berketul.
  3. Masukkan susu dan keju. Kacau sebati sehingga keju cair.
  4. Letakkan di sebelah. Sos akan pekat setelah sejuk.

Cara Menyediakan Lagsana:

  1. Gunakan Roti Gardenia, gelek roti bagi nipis dan celup dengan susu.
  2. Susun roti satu lapis didalam loyang.
  3. Susun selang seli. Lasagna, sos daging, dan sos putih. Susun mengikut urutan.
  4. Pastikan lapisan terakhir adalah sos putih.
  5. Taburkan keju mozzarella diatas. Lebih banyak lebih sedap.
  6. Bakar pada suhu 150°C selama 30-40 minit sehingga bahagian atas berwarna keperangan.
  7. Siap untuk dimakan!

Resepi Lasagna Cikgu Syu

Resepi Lasagna Cikgu Syu

Lasagna Cikgu Syu: Nurul Hawa

Bahan-bahan Lagsana:

Bahan Sos Merah:

  • 2 tin kecil sos pasta tradisional (apa-apa jenama)
  • 300g daging atau ayam kisar
  • 1 tin cendawan butang dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar (saiz sederhana) – dipotong dadu
  • Lada benggala (pilihan)
  • 2 sudu teh serbuk oregano
  • 2 sudu teh lada hitam tumbuk
  • 2 sudu besar butter
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Cara-cara:

  1. Mula-mula panaskan kuali, tambahkan butter.
  2. Apabila butter telah cair, tumiskan bawang putih.
  3. Masukkkan isi ayam atau daging.
  4. Masak sehingga masak, kemudian masukkan cendawan dan lada benggala.
  5. Kemudian masukkan sos pasta dan gaul hingga semua bahan sebati.
  6. Taburkan serbuk oregano dan lada hitam.
  7. Kemudian sejukkan.

Bahan Sos Putih:

  • Susu full cream 1 kotak
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar butter (50g)
  • Garam
  • Cheese slice (cheddar) 4 keping.

Cara-cara:

  1. Panaskan butter, masukkan tepung, kacau.
  2. Masukkan susu dan cheese kacau sebati sampai pekat.
  3. Masukkan garam, sejukkan.

Bahan lain:

  • Lagsana 1 kotak
  • Mozarela slice (parut)

Cara-cara Penyediaan:

  1. Mula-mula rendam lasagna dengan air panas 10 min (Jangan rendam bertindih).
  2. Gris bekas yang sesuai.
  3. Lapisan pertama : letak sos merah then sos putih then kulit lasagna.
  4. Lapisan kedua : ulang 2 kali.
  5. Lapisan paling atas tutup moza cheese.
  6. Bakar 180c anggaran masa 20-30 minit.

Penutup

7 resepi lagsana ini pastinya sedap. Nak tukar selera western, boleh lah cuba resepi ini. Jika teringin masakan Thai, boleh cuba Resepi Somtam , sedap dimakan begitu sahaja. Kalau teringat masakan kampung, boleh cuba Resepi Pucuk Ubi. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.  

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.