fbpx

5 Resepi Bihun Goreng Siam Paling Sedap 2022!

0

Hari ini saya nak kongsi resepi bihun goreng siam. Jom saya kongsikan resepi bihun goreng siam yang paling sedap! Ada dua style yang anda boleh cuba, sama ada digoreng kering atau basah, dimakan dengan kuah specialnya! Menariknya, bihun goreng siam ini juga menggunakan bahan seperti tauhu dan taucu! Pasti membangkitkan selera. Jangan lupa cuba 5 Tips Goreng Bihun Lembut (Elak Bihun Digoreng Lembik) INI!

Resepi Bihun Goreng Siam Berkuah Pembuka Selera

Bihun Goreng Siam Berkuah Pembuka Selera

Bihun Goreng Siam Berkuah Pembuka Selera: Sumber Ana Jingga

Bahan-bahan:

  • Bihun ( direndam sehingga lembut terlebih dahulu)
  • Udang atau udang kering 
  • Tauhu ( digoreng dan di dadu )
  • Kucai
  • Taugeh
  • Bawang merah (blend)
  • Bawang putih (blend)
  • Cili Giling 
  • Garam dan minyak untuk menumis.

Cara-cara:

  1. Tumis bahan blend iaitu bawang merah dan bawang putih. Masukkan cili giling ikut kepedasan masing-masing.
  2. Masukkan udang atau udang kering.Rasakan dengan garam.
  3. Masukkan bihun dan gaul sebati.
  4. Masukkan taugeh dan juga daun kucai dan akhir sekali masukkan tauhu dadu yang telah siap digoreng. Siap satu menu bihun goreng.

Bahan untuk Kuah Bihun Goreng Siam:

  • Cili giling
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 peket taucu 
  • Air asam jawa
  • Gula pasir/Garam

Cara-cara:

  1. Bawang besar dan bawang putih di kisar atau di tumbuk. Tumiskan.’
  2. Masukkan cili giling dan biar masak pecah minyak.
  3. Masukkan taucu (tak perlu di basuh).
  4. Masukkan air asam jawa jangan terlalu pekat untuk mengelakkan terlalu masam.
  5. Rasakan dengan sedikit gula dan garam jangan terlalu banyak kerana taucu sudah pun masin.
  6. Siap dan hidangkan bersama telur dadar atau pun telur rebus.

Resepi Bihun Goreng Siam Che Nom

Resepi Bihun Goreng Siam

Bihun Goreng Siam: Sumber Che Nom

Bahan untuk Kisar:

  • 1 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 sudu besar taucu (masin)
  • Sedikit minyak masak

Bahan-bahan lain:

  • 300 gram tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak masak
  • cawan minyak masak
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 ketul isi ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Batang sawi
  • Bebola ikan
  • 4-5 sudu besar air asam jawa
  • 400 gram /1 bungkus bihun
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa (anggaran 1 sudu besar)
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Daun sawi

Bahan-bahan untuk taburan:

  • 2 ketul tauhu
  • Daun bawang
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji telur rebus

Cara-cara:

  1. Gaul sekata tauhu bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng tauhu sehingga garing kedua belah bahagian.
  3. Kisar halus bahan-bahan tumis.
  4. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar halus sehingga garing dan naik bau.
  5. Masukkan cili kisar, isi ayam, sos tiram, batang sawi, sedikit garam, bebola ikan, dan air asam jawa.
  6. Masukkan bihun yang telah direndam selama jam dan kacau sehingga bihun lembut.
  7. Tambah air sedikit demi sediki serta garam, gula, serbuk pati ayam (pilihan) dan daun sawi. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  8. Masukkan taugeh, gaul dan tutup api.
  9. Kemudian, hidangkan dengan hiasan tauhu goreng, taburan daun bawang dan hirisan cili merah serta telur rebus.

Resepi Bihun Goreng Thai Style

Bihun Goreng Thai Style

Bihun Goreng Thai Style: Sumber Rose

Bahan-bahan:

  • 1/2 packet bihun
  • 3 ketul ayam yang dipotong kecil atau jenis makanan laut
  • 2 keping tauhu di potong dadu dan di goreng separuh masak
  • 1/4 cawan udang kering yang di tumbuk agak kasar
  • 2 biji telur
  • 4 ~ 5 biji bawag merah
  • 1/4 cawan kcg tanah ( disangai dan ditumbuk agak halus)
  • sedikit taugeh
  • 3 sudu besar chili flakes
  • sikit daun bawang
  • sebiji limau nipis (di belah dua)
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu besar kicap cair,
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sikit sos ikan
  • 2 sudu besar chili sos

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sikit dalam kuali. Goreng kilas ayam yang dipotong kecil tadi.
  2. Angkat dan ketepikan.
  3. Goreng tauhu biar setengah masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Kemudian goreng sekejap udang kering. Angkat dan ketepikan.
  5. Sekarang, dgn minyak yang sama, goreng bawang merah sampai kekuningan.
  6. Tolak ke tepi kuali.
  7. Kemudian, pecahkan pula dua biji telur macam kita nak buat scrambled egg tu. Sekejap saja.
  8. Bila telur dah pecah, tarik masuk bawang goreng tadi serta ayam goreng kilas.
  9. Kemudian, masukkan pula bihun kita  kacau sampai sekata.
  10. Jangan lupa masukkan udang kering yang di goreng kilas tadi serta tauhu.
  11. Selepas tu tuang semua bahan dalam tulisan biru dan kacau lagi.
  12. Tak perlu garam lagi sebab semua bahan diatas dah cukup untuk memasinkan bihun kita.
  13. Terakhir masukkan taugeh dan goreng sekejap. Tutup api .

Nota:

  • Cara hidangkan bihun ini, letakkan bihun di dalam satu pinggan, bahan-bahan seperti, kacang tanah, chili flakes, limau nipis diletak dikeliling bihun. Siapa yang suka pedas boleh ambil cili yang diasingkan tu. Dan begitu jugak dengan garnishing yang lain.

Resepi Mee Siam Kering

Mee  Siam Kering

Mee  Siam Kering: Sumber Patyskitchen

Bahan-bahan:

  • 1 paket bihun  direndam hingga lembut
  • 2 genggam taugeh
  • 1 ikat kucai dipotong 1 ” panjang
  • 200 g udang hidup dibuang kulitnya
  • 1 biji b1w1ng besar dihiris nipis
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam, gula dan perisa

Bahan untuk di blend:

  • 15 tangkai cili kering rendam
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar udang kering direndam dulu

* Blend semua bahan sehingga menjadi pes basah.

Bahan perisa:

  • 2 sudu besar sos tomato

  • 2 sudu besar kicap manis

  • 2 sudu besar tauco – dibasuh dahulu

Bahan Hiasan:

  • 2 keping tahu digoreng dihiris nipis
  • limau kasturi
  • 2 bii telur dibuat telur dadar dihiris nipis
  • 2 bii cili merah dihiris nipis
  • 2 tangkai daun bawang dihiris nipis
  • Bawang goreng

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan  tumis bawang besar sehingga garing.
  2. Masukkan bahan blend sehingga garing.
  3. Masukkan udang dan biarkan seketika. 
  4. Masukkan taucu , sos tomato, kicap dan biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu.
  5. Masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak-agak sudah sebati masukkan taugeh, dan kucai gaul hingga rata.
  6. Tambahkan air jika perlu.
  7. Angkat dan hias.

Resepi Bihun Goreng Siam Cili Padi

Resepi Bihun Goreng Siam Cili Padi

Resepi Bihun Goreng Siam Cili Padi: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 300 gram bihun – direndam lebih kurang 1/2 – 1 jam
  • 2 labu bawang besar – dikisar
  • 4 ulas bawang putih – dikisar
  • 15 batang cili padi – dikisar (kalau nak lebih pedas sila tambah cili padi)
  • 3 sudu makan udang kering (rendam sebentar) – dikisar
  • 15 ekor udang sederhana besar – dibuang misai dan ekornya yang tajam cuci bersih dan toskan
  • 2 pohon sawi – dipotong
  • 1 batang lobak merah di hiris batang mancis
  • 1 sudu makan serbuk ayam pasti sedap knorr
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan gula
  • garam (ikut rasa)
  • 1- 1 1/2 cawan air
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang diblender bawang, cili padi, udang kering hingga agak garing dan berbau wangi.
  2. Masukkan air dan bahan-bahan perasa, biarkan mendidih sebentar. Bila dah mendidih masukkan lobak merah serta batang sawi, masukkan bihun dan balikkan hingga rata.

  3. Perasakan dengan garam kalau kurang tambah sedikit lagi, balik-balikkan hingga bihun agak kering dan boleh matikan api.

  4. Hidangkan dengan hiaskan bersama bawang goreng dan daun bawang/sup hiris dan tomato hiris.

Penutup

Jom cuba resepi bihun goreng siam ini. Masak sendiri di rumah lagi puas hati!

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.