fbpx

9 Resepi Tempe Goreng Rangup, Sedap Dimakan!

0

Hari ini saya nak kongsi resepi tempe goreng yang rangup, sedap dimakan. Mudah disediakan. Tempe popular di Indonesia dan harganya murah. Di Malaysia, masyarakat kita juga menjadi penggemar tempe. Rasanya rangup dimakan dan sedap juga digoreng dan dibuat sambal goreng tempe! Tempe merupakan makanan yang diproses daripada kacang soya. Banyak resepi tempe goreng sambal tempe yang anda boleh cuba dibawah. Semuanya mudah dan menyelerakan.

Resepi Tempe Goreng Rangup Azie Kitchen

Tempe Goreng Rangup Azie Kitchen

Tempe Goreng Rangup: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 2 paket tempe – hiris memanjang 
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu kecil jintan manis – tumbuk 
  • 3 ulas bawang putih – cincang atau tumbuk halus 
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Garam secukupnya
  • 1/4 cawan air atau secukupnya
  • Minyak – untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan di atas kecuali air. Gaul sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya.
  2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Celup tempe ke dalam adunan tepung dan masukkan ke dalam kuali. Goreng sehingga kekuningan. 
  3. Angkat dan tos. Sedia dihidangkan bersama sambal kicap. 

Resepi Tempe Goreng Rangup

 

tempe goreng rangup

Tempe Goreng Rangup: Sumber Norashikin

Bahan-bahan:

  • 2 keping tempe- potong nipis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung Bestari
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 cawan daun bawang dihiris halus
  • 1/2 cawan daun bawang dihiris halus
  • 1 biji telur (saya tambah)
  • Garam jika perlu (saya tak letak sebab tepung Bestari dah masin)
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan:

  1. Potong tempe nipis-nipis.
  2. Sediakan bancuhan untuk goreng tempe mnggunakan semua bahan diatas. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga dapat bancuhan sesuai untuk menggoreng. Panaskan minyak api sederhana. 
  3. Celup kepingan tempe ke dalam bancuhan dan mula menggoreng. Balikkan bila sebelah sudah masak.

Resepi Tempe Goreng Rempah Ratus Mat Gebu

Tempe goreng rempah ratus mat gebu

Tempe Goreng Rempah Ratus: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 2 paket tempe (guna tempe berbungkus plastik saiz 4 x  4 inci)
  • 1 biji telur saiz kecil (gred C)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan air (cedok keluar 2 camca besar)
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 1 camca besar ketumbar biji*
  • 1/2 camca teh jintan kasar*
  • 1/2 camca teh jintan halus*
  • 2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
  • 1/8 camca teh soda bicarbonate
  • 1/2 camca teh garam (atau secukup rasa)

Bahan Sambal Kicap:

  • 20 biji cili padi thai jenis merah, digoreng sekejap
  • 3 ulas bawang putih, digoreng sekejap
  • 1 camca besar gula
  • 1/2 cawan kicap lemak manis JALEN

Cara-cara:

  1. Tempe dipotong pada 3 bahagian untuk setiap 1 bungkus. Kemudian setiap 1 bahagian dibelah nipis ( buat 4 belahan nipis). Buat semuanya hingga siap dan ketepikan. Sementara itu, dalam satu bekas, masukkan tepung beras, serbuk kunyit, soda bicarbonate dan garam. Kacau rata. 
  2. Tambah bahan2 tumbuk halus dan telur. Gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit hingga habis sambil dikacau hingga rata dan sebati. Ketepikan sebentar. 
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celupkan sekeping tempe dalam adunan hingga rata dan masukkan ke dalam kuali, goreng 7 – 8 keping sekali goreng, bergantung pada saiz kuali yang anda guna. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan garing. Balik2kan agar masaknya rata. Angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki tempe hingga siap dan hidangkan bersama sambal kicap.
  4. UNTUK SAMBAL KICAP :- Tumbuk cili, bawang putih dan gula hingga halus, masukkan kicap lemak manis dan kacau rata. Boleh hidangkan bersama tempe goreng rempah ratus tadi untuk minum petang.

Resepi Tempe Goreng Sambal Kicap

tempe goreng sambal kicap

Tempe Goreng: Sumber Bidadari.my

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum
  • Seulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit jintan manis ditumbuk halus
  • Sedikit lada kisar (untuk rasa pedas sedikit dan memberi warna oren pada adunan)
  • Sedikit minyak masak (untuk merangupkan tepung)
  • Air
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak cair sangat dan tidak juga terlalu pekat.
  3. Jika sudah siap, boleh celupkan tempe dan goreng hingga garing.

Sambal Kicap:

  1. Tumbuk lumat seulas bawang putih bersama cili api, secubit garam dan sedikit gula.
  2. Kemudian campurkan kicap secukupnya. Siap.

Resepi Ikan Bilis dan Tempe Goreng Cili Padi

 Ikan Bilis dan Tempe Goreng Cili Padi azie kitchen

Ikan Bilis dan Tempe Goreng Cili Padi: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis
  • Tempe
  • Cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam
  • Gula (mesti banyak)
  • Asam keping

Cara-cara:

  1. Ikan bilis dan tempe digoreng sehingga garing secara berasingan. angkat dan ketepikan. 
  2. Blend cili padi dan bawang putih dan ditumis sehingga garing. Masukkan garam, gula dan asam keping. 
  3. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan tempe. tutup api supaya ikan bilis dan tempe kekal rangup. Siap.

Resepi Tempe Goreng Daun Bawang

tempe goreng daun bawang

Tempe Goreng Daun Bawang: Sumber Semuanyajdt

Bahan-bahan:

  • 1 keping tempe | potong dadu
  • 1 keping tauhu | potong dadu
  • 2 pokok daun bawang | potong 3cm
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu makan udang kering
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
  5. Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kacau seketika dan tutup api.
  8. Sedia dihidangkan.

Resepi Sambal Tempe, Kentang Dan Ikan Bilis Goreng

Sambal Tempe, Kentang Dan Ikan Bilis Goreng

Sambal Tempe, Kentang Dan Ikan Bilis Goreng: Sumber Cik Matahari

Bahan-bahan:

  • 3 biji Kentang saiz sederhana ( dihiris nipis)
  • 3 keping tempe (dihiris nips)
  • 1 cawan ikan bilis ( digoreng)
  • 1/2 cawan kacang tanah (optional) 
  • 1 labu bawang besar saiz sederhana (dihiris)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih ( ditumbuk)
  • 1 gengam ikan bilis ( ditumbuk )
  • 2 cawan cili kering blend
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu teh pes asam jawa extra abadi
  • Minyak secukupnya.

Cara-cara:

  1. Goreng hingga garing kentang, tempe, ikan bilis dan kacang tanah.
  2. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, goreng sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan tumbuk tadi. Kacau hingga rata dan sebati.
  4. Masukkan cili kering blend. Kacau perlahan. Masukkan garam, gula dan perasakan.
  5. Masukkan juga pes asam jawa extra adabi.
  6. Masukkan 1/4 cawan air supaya sambal tidak hangit.Jangan lebih air pula nanti akan menyebabkan bahan yang digoreng jadi tidak rangup. Masak sambal biar lebih minyak sedikit barulah sedap

Resepi Sambal Tempe Ikan Bilis Rangup

Sambal Tempe Ikan Bilis Rangup

Sambal Tempe Ikan Bilis Rangup: Sumber Secukup Rasa

Bahan-bahan:

  • 2 Bungkus tempe – dihiris nipis
  • 1 Mangkuk kecil ikan bilis – digoreng
  • 2 Ulas bawang putih – dihiris
  • 3 Biji bawang merah – dihiris
  • 4 Sudu besar cili kisar
  • 1/2 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu besar gula perang

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak secukupnya , goreng tempe atas api perlahan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama , goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Buang sedikit minyak .Tinggalkan dalam anggaran 3 sudu besar , Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing.
  5. Masukkan sos tiram dan gula perang . Masak sehingga sambal mendidih dan nampak pekat berkilat. matikan api.
  6. Kemudian tuangkan tempe dan ikan bilis goreng tadi kedalam sambal..gaul2 sehingga semuanya rata..
  7. Siap sambal tempe Ikan Bilis Rangup.

Resepi Tempe Goreng Jawa

tempe goreng jawa

Tempe Goreng Jawa: Sumber Harian Metro

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus tempe (dipotong dan digoreng)
  • 3 sudu cili kisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 sudu kicap pekat
  • 2 tangkai cili merah
  • Gula Melaka secukup rasa
  • Bawang goreng
  • Serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili merah yang sudah dipotong kacau sehingga masak.
  3. Masukkan cili kisar, kacau sehingga naik minyak.
  4. Tambahkan kicap pekat, gula Melaka, cuka dan serbuk perasa.
  5. Masukkan tempe yang sudah digoreng dan kacau lagi.

Resepi Sambal Tempe Tauhu

sambal tempe tauhu

Sambal Tempe Tauhu: Sumber Sinar Harian

Bahan-bahan:

  • 2 paket tempe | potong
  • 3 ketul tauhu | potong
  • 21/2 sudu makan cili giling
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 sudu makan air asam jawa
  • ½ sudu makan gula
  • ½ inci belacan
  • 1 biji bunga lawang
  • Garam secukup rasa   
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng tempe serta tauhu yang telah dihiris. setelah itu tapis.
  2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam gorengan tadi, tumis bunga lawang, bawang merah serta bawang putih. Bila wangi, masukkan cili giling dan  belacan, kacau hingga naik baunya.
  3. Masukkan pula air asam jawa, gula dan garam secukup rasa, kacau sehingga sedikit pekat.
  4. Masukkan tempe dan tauhu tadi, gaul sekata dan tutup api. Sedia dinikmati.

Penutup

Resepi tempe goreng ini cukup mudah disediakan. Anda pasti suka kerangupannya, jadi boleh cuba cara-cara penyediaan tempe goreng ini. Resepi Sambal tempe pun disediakan. Pasti sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih ataupun roti.

 

Anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.