fbpx

9 Resepi Ayam Ungkep Jawa Viral (Masakan Jawa Simple)

Hari ini saya nak kongsi resepi ayam ungkep jawa. Masakan ungkep membawa maksud tutup kerana ketika dimasak, ayam ini perlu ditutup ketika ia menggelegak. Keistimewaan ayam ungkep kerana rempah ratus yang meresap hingga ke dalam tekstur dan menjadikan dagingnya lembut. Rasanya yang berempah tetapi bukan rendang, ada sedikit kuah yang pekat tetapi tidak bersantan ini cukup menyelerakan. Rasanya, insha Allah memang sedap hingga menjilat jari. Selain makan dengan nasi, ayam ungkep ni juga sedap dimakan dengan nasi himpit, lemang, ketupat palas dan pulut. Resepi ungkep begitu popular dalam kalangan masyarakat Jawa. Rasanya cukup menarik dan boleh diratah begitu saja.

Resepi Ungkep Ayam Che Nom

Resepi Ungkep Ayam Che Nom

Ayam Ungkep: Sumber Ayam Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1kg ayam – potong 10-12 (agak-agak je)
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1-2 cawan air
  • 1-2 keping asam keping
  • Sedikit minyak

Bahan-bahan untuk dikisar/ditumbuk :

  • Lebih kurang 2-3cm halia
  • Lebih kurang 3cm kunyit hidup
  • 12-17 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • 10-12 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis serai yg diketuk tadi. Dah naik bau, masukan bahan-bahan yang dikisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam kecut dan masak.
  3. Tambah air sedikit-sedikit. Kacau sekali sekala untuk memastikan ayam tak hangus atau hancur. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan sedikit perasa pilihan.
  4. Masak hingga kuah agak kering dan ayam empuk. Jika suka kuahnya lebih ,tak perlu masak sampai kering.
  5. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Tips:

  • Boleh guna serbuk ketumbar, jintan manis dan putih juga. Pastikan bahan- bahan yang dikisar ditumis sehingga betul-betul pecah minyak jika tidak cili tadi akan membuatkan anda sakit perut.

Resepi Ayam Ungkep Azie Kitchen

Resepi Ayam Ungkep Azie Kitchen

Ayam Ungkep: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam – potong 10 – perap dg garam & kunyit 
  • 2 batang serai – dititik
  • 3 cawan air
  • 1/4 kotak santan – saya tambah
  • Garam/gula/perasa pilihan
  • 1/2 keping asam keping – opsyenal
  • Minyak masak

Bahan tumbuk / kisar:

  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah
  • Sejemput serbuk ketumbar
  • Sejemput serbuk jintan manis
  • Sejemput serbuk jintan putih
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 cm halia
  • 15 biji cili padi 

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan  serai dan ayam yang telah diperap dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan kecut atau berubah warna.
  3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. Tutup kuali rapat-rapat. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
  4. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.

Resepi Ungkep Ayam Style Jawa Mat Gebu

Resepi Ungkep Ayam Style Jawa Mat Gebu

Ungkep Ayam Style Jawa: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 600 gram ayam, potong saiz sederhana
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan Kisar Halus:

  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1 biji cili hijau
  • 10 – 15 biji cili padi merah
  • 1 camca besar ketumbar
  • 1/2 camca teh jintan kasar
  • 1/2 camca teh jintan halus
  • 3/4 inci kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam). Biar mendidih. Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam. Masak dengan api sederhana hingga kering. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.

Resepi Ungkep Ayam Buat Orang Lapo

Ungkep Ayam Buat Orang Lapo

Ungkep Ayam: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

  • 6 ketul ayam
  • Sedikit air limau / 1-2 asam keping
  • Garam
  • Sedikit air
  • Minyak

Bahan Kisar:

  • 1 batang serai
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah besar
  • 10 tangkai cili padi
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • Sedikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan garing.
  2. Masukkan ayam. Tambahkan sedikit air jika perlu. Gaul rata
  3. Tutup kuali dan tunggu sehingga menggelegak.
  4. Masukkan air limau dan garam secukupnya. Tambah serbuk perasa jika suka.
  5. Gaul rata dan tutup periuk. Tunggu sehingga ayam masak. Kacau sekali sekala supaya ayam tak rentung.

Tips:

  • Pastikan bahan tumis betul-betul masak supaya cili tak mentah.

Resepi Ayam Ungkep Jawa Bella Jamal

Resepi Ayam Ungkep Jawa

Ayam Ungkep Jawa: Sumber Bella Jamal

Bahan A:

  • 10 ketul bahagian ayam
  • 1 batang serai (dititik)
  • 2 keping asam kepin
  • 2 helai daun limau purut
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan B (bahan tumbuk/kisar):

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 10 biji cili api (ikut suka)
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh jintan manis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis Bahan B hingga pecah minyak dan naik bau. Gunakan api perlahan.
  2. Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, serai dititik dan gaul rata. Tutupkan periuk/kuali dan masak sampai ayam kecut dan sedikit masak.
  3. Bila ayam empuk, masukkan air separas ayam dan biarkan mendidih.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa, aduk rata dan biarkan kuah kering.

Tips:

  • Boleh lebihkan cili padi hijau jika nak pedas
  • Masukkan air sama paras dengan ayam, jangan terlalu banyak
  • Jika gunakan ayam kampung perlu lebihkan air
  • Masak dengan api perlahan dan periuk ditutup. Sekali sekala kacau supaya tidak hangit.

Resepi Ayam Ungkep Masakan Jawa Yang Sedap Dan Mudah

Ayam Ungkep Masakan Jawa Yang Sedap Dan Mudah

Ayam Ungkep Masakan Jawa Yang Sedap Dan Mudah: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – potong 12
  • 4 batang serai
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil asam jawa
  • garam n gula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia
  • 25 biji cili padi (nak lg pedas tambah lagi)
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih

Cara-cara:

  1. Satukan bahan2 kisar dan kisar halus. Ketepikan.
  2. Panaskan periuk dan minyak masak secukupnya.
  3. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan terbit minyak.
  4. Masukkan serai, daun limau purut dan air asam jawa. Kacau rata.
  5. Masukkan pula ayam, air, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi.
  6. Tutup periuk lebih kurang 20 minit. Biarkan (jika menggunakan periuk biasa, kacau perlahan sekali sekala).
  7. Buka penutup periuk, kacau perlahan. Teruskan memasak hingga kuah sedikit kering. Perasakan rasanya jika sempurna matikan api. Hidangkan bersama dengan nasi putih.

Resepi Ayam Ungkep Yang Mudah Tapi Sedap!

Resepi Ayam Ungkep Yang Mudah Tapi Sedap!

Ayam Ungkep Yang Mudah Tapi Sedap!: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam seberat 1.4 kg – potong menjadi 10 – 12 ketul –  bersihkan dan lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit – perap seketika antara 25-30 minit
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 sudu kecil pati asam jawa – bancuh dengan 1/2 cawan air 
  • 3 cawan air
  • garam / gula / perasa pilihan secukupnya
  • 1/2 minyak

Bahan tumbuk / kisar:

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 sudu besar ketumbar biji
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 3 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 20 biji cili padi kampung

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan bancuhan air pati asam jawa dan biarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan  serai dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
  3. Tambahkan air, garam /  gula / perasa pilihan.                                           
  4. Tutup kuali rapat-rapat. Gunakan api sederhana.
  5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
  6. Apabila kuah hampir kering, dan terbit minyak (jika suka kuahnya, tak perlu masak sampai kering) dan ayam empuk, padamkan api dapur.

Resepi Lazat Dan Sihat ‘Ayam Ungkep’ Tanpa Santan

Resipi Lazat Dan Sihat ‘Ayam Ungkep’ Tanpa Santan

 ‘Ayam Ungkep’ Tanpa Santan: Sumber Thevocket

Bahan-bahan:

  • Ayam- 6 ketul
  • Sebiji bawang besar
  • Halia- 2 inci
  • Cili api hijau- 10 biji
  • Bawang putih- 4 ulas
  • Kunyit hidup- 2 inci
  • Sesudu besar jintan manis
  • Sesudu besar ketumbar
  • Serai- 2 batang
  • Sesudu besar gula melaka
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Basuh bersih ayam tersebut.

  2. Kemudian, masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam lalu gaul rata. Biarkan sebentar.

  3. Masukkan bawang besar, halia, cili api hijau, bawang putih, kunyit hidup, jintan manis dan ketumbar ke dalam mesin pengisar. Kisar bahan-bahan dengan sedikit minyak masak sehingga halus.

  4. Selepas itu, panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak.

  5. Masukkan ayam yang telah digaul dengan kunyit dan garam tadi dan gaul rata.

  6. Kemudian, masukkan serai dan gaul rata.

  7. Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Gaul rata sehingga masak.

  8. Tunggu seketika dan siap.

Resepi Ayam Ungkep Versi Jawa Johor

Resepi Ayam Ungkep Versi Jawa Johor

Ayam Ungkep Versi Jawa Johor: Sumber Atier Syah

Bahan-bahan:

  • Ayam (ayam bandar/kampung/tua)
  • Serai (2 batang) – diketuk/dititik
  • Bawang merah (sebiji) – dipotong 4
  • Bawang putih (7 ulas)
  • Kunyit hidup (sebesar ibu jari)
  • Lada kecil (jumlah ikut citarasa) – pemilik resepi suka pedas sedikit
  • Ketumbar (paket kecil) – direndam dahulu supaya senang untuk
  • ditumbuk dan tidak terkeluar dari lesung
  • Kunyit serbuk (1 sudu) – optional
  • Asam jawa (1 sudu makan)
  • Gula (1 sudu makan)
  • Garam (1 sudu setengah)
  • Ajinomoto (setengah) – optional kerana ada orang tidak makan

Cara-cara:

  1. Mula-mula tumbuk ketumbar dahulu. Setelah agak sudah lumat sedikit, baru masukkan bawang putih, kunyit, lada dan akhir sekali bawang merah kerana ia berair. Tips: Jika mahu keasliannya terasa, bahan-bahan tadi perlu ditumbuk dan jangan dikisar.
  2. Apabila telah sebati, cedok menggunakan tangan. Panaskan 3 sudu minyak dan tumis sehingga naik bau dan agak garing sedikit. Perlu sabar. Masukkan sekali serai yang telah dititik. Masukkan ayam dan air masak sama paras ayam. Jangan terlalu banyak.
  3. Tips: Jika masak ayam kampung tidak mengapa air perlu banyak kerana
    mahu tunggu empuk.
  4. Tutup dan biarkan selama 10 minit sehingga kelihatan mendidih.
  5. Buka tutup dan masukkan asam jawa, gula, kunyit serbuk, garam atau
    ajinomoto secukupnya dan tutup balik.
  6. Setelah kuah kelihatan hampir mahu kering seperti gambar di bawah,
    biarkan dan jangan tambah air. Godak-godak supaya bawahnya tidak hangus
    dan mengelakkan baunya tidak menarik.
  7. Masak sehingga ayam empuk dan kuah kering sedkit. Tips: Jika menggunakan ayam kampung atau ayam tua, masak lama sedikit.
  8. Rasa sedikit kuahnya samaada cukup rasa masam, manis, masin dan pedas. Jika yakin cukup, tutup api. Masak pekat-pekat.

Penutup

Sebenarnya, selain ayam, kita juga boleh masak daging ungkep, kerang ungkep dan lain-lain yang sesuai. Pastinya resepi yang sedap dan mudah ini dapat membantu anda masak dengan lebih yakin di dapur. Selamat mencuba!

Boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.