fbpx

10 Tempat Menarik Di Bentong

0

Ingin jalan-jalan ke Pahang ? Jom ke 10 Tempat Menarik di Bentong. Jangan tidak tahu Bentong juga menjadi tumpuan pelnacong dengan tarikan tempat nya yang istimewa dan menakjubkan. Kadang-kadang ada yang suka singgah sahaja kerana Bentong menjadi tempat laluan jika dari Pantai Timur nak ke Kuala Lumpur. 

1. Japanese Village, Bukit Tinggi

Japanese Village, Bukit Tinggi

Bertemakan taman seperti di negara matahari terbit Jepun, anda juga boleh melihat kebudayaan negara Jepun dari segi pakaian, struktur bangunan dan pemakanan. Jadi tidak perlu lah ke Jepun jika ingin melihat dan merasai kebudayaan mereka. Terdapat resort yang anda boleh menginap dimana resort nya persis dengan rumah-rumah tradisional di Jepun. Makan bersila dan macam-macam lagi. Anda harus datang sendiri untuk merasai pengalaman ini. 

2. Janda Baik

Janda Baik

Siapa yang tidak kenal dengan Janda Baik ? Merupakan tempat menenangkan fikiran dan lari dari kesibukan kota raya. Janda Baik kebiasaan nya menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia semenanjung jika ingin merasai kesegaran air sungai yang sejuk dan menyamankan. Terletak di antara bukit bukau, pengunjung dapat menikmati pemandangan yang indah dan cuaca yang sejuk seperti di Cameron Highland. Selain itu, disini juga terdapat banyak chalet,resort atau homestay yang anda boleh menginap bersama keluarga atau rakan-rakan. Aktiviti keluarga boleh dilakukan disini dan yang seronok lagi resort mereka betul-betul berada di tepi sungai. Wahh bunyi pun dah seronok bukan. Jangan risau resort disini sangat lah berpatutan. 

3. Suria Hot Spring

Suria Hot Spring

Merupakan resort yang menyediakan kolam air panas buatan manusia di Bentong. Jika anda bertenang dan suasana yang menyamankan, anda boleh singgah ke Suria Hot Spring ini. Seperti yang kita tahu, mandi di kolam air panas adalah bagus untuk badan dan melegakan sakit-sakit sendi. Inilah peluang anda.

4. Genting Premium Outlet

Genting Premium Outlet

Tempat yang paling menjadi tumpuan rakyat Malaysia tak kira umur. Ini kerana di Genting Highland , anda boleh bershopping barangan berjenama, bermain di taman tema, menaiki kereta kabel sambil menikmati pemandangan yang tinggi, dan macam-macam lagi. Jika anda ke sini pada waktu hari bekerja oun sudah ramai, apatahlagi bila waktu hujung minggu. Memang sesak. Tapi selalu update tentang Genting Highland Premium Outlet kerana tempat membeli-belah ini sering mengadakan diskaun besar-besaran. Memang waktu yang tepat untuk membeli -belah. 

5. Air Terjun Chamang

Air Terjun Chamang

Air terjun Chamang merupakansalah satu air terjun yang manjadi tarikan di Bentong. Ini kerana air yang sangat bersih dan pemandangan sekitar yang cantik. Air terjun ini agak luas jadi pengunjung dibenarkan mandi-manda disini. Selain itu, disini juga terdapat pelbagai kemudahan seperti tandas,surau, kedai dan parking yang luas. Jadi tidak hairanlah remaja ataupun orang tua suka berkonvoi dan berbbq disini. 

6. Horse Trail, Bukit Tinggi

Horse Trail, Bukit Tinggi

Merasa ingin membawa anak-anak menaiki kuda ? Horse Trail Bukit Tinggi memberi peluang untuk anda merasai naik kuda bersama tour guider mereka. Lengkap dengan pakaian keselamatan semasa menaiki kuda bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. Mereka akan membawa anda mengelilingi kawasan sekitar Bukit Tinggi. Seperti yang kita tahu, Bukit Tinggi juga mempunyai pemandangan semula jadi yang menakjubkan. 

7. Hutan Lipur Lintang

Hutan Lipur Lintang

Hutan Lipur Lintang merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong dimana pelancong asing suka melihat hutan tropika di negara kita. Ini kerana hutan ditempat mereka agak berbeza dengan hutan kita. Selain itu, pengunjung boleh menikmati pemandangan dari atas canopy walk sambil melihat tumbuh-tumbuhan dari kepelbagaian ekologi. 

8. Genting Highlands

Genting Highlands
  1. Seperti yang kita tahu, Genting Highland memang manjadi tempat kegemaran rakyat Malaysia. Jika anda merasa ingin menyeronokkan, parking di parking lot GPO dan rasai pengalaman menaiki kereta kabel. Anda boleh melihat kawasan sekitar dengan lebih jelas. Bahkan tiket menaiki kereta kabel juga murah sahaja. Selain itu, terdapat teman tema di Genting Highland ini iaitu Genting Highland Indoor Themepark dan Genting Highland Outdoor Waterpark. Bersiap,-sedialah duit anda untuk dihabiskan. Hehe.

9. Colmar Tropicale Berjaya Hills, Bukit Tinggi

Colmar Tropicale Berjaya Hills, Bukit Tinggi

Bukit Tinggi juga salah satu tempat uang menjadi tumpuan oelancong yang ingin merasai bercuti di tempat yang sejuk. Disini pula lebih berkonsepkan seperti di Venice Itali. Struktur yang berbeza dan kelihatan sangat menarik untuk menginap. Jangan risau, lavender dan strawberry masih ada disini. Selain itu, hotel disini juga menawarkan harga yang berpatutan. Lebih-lebih lagi sesiapa yang mencari pakej ubtuk honeymoon tu. Pelbagai tawaran yang di berikan untuk anda. 

10. Little Cameron, Genting Highlands

Little Cameron, Genting Highlands

Genting Strawberry

Little Cameron Genting Highland ini membuatkan anda merasa seperti di Cameron Highland. Mana tidak nya, disini memberi tarikan pengunjung seperti strawberry, bunga-bunga yang ditanam di ladang yang penuh dan buah anggur. Terletak di seberang jalan menuju ke Genting Highland jadi jika anda sudah ke Genting Highland , singgah la ke sini juga. Sebab anda boleh merasai seperti di Cameron Highland. Bahkan disini juga terdapat ladang teh taw tapi tidaklah seluas seperti di Cameron.   

Semoga 10 Tempat Menarik di Bentong itu dapat memudahkan tentatif perjalanan atau percutian anda. Cuti-cuti Malaysia !

Leave A Reply

Your email address will not be published.