fbpx

15 Resepi Sup Ikan Viral (Cara Mudah Menu Berpantang & Diet Sihat)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi sup ikan. Sup ikan merah memang sedap, digandingkan dengan nasi dan sambal belacan pun dan cukup menyelerakan, makan dengan sambal kicap pun sedap!. Aroma supnya yang wangi dilengkapi dengan rasanya yang amat luar biasa memang tak rugi kalau cuba. Sup pekat, wangi dengan aroma daun ketumbar serta bawang goreng, cukup rasa masam masin dan dengan isi ikan yang segar. Kalau nak sup ikan yang sedap, perlu dan wajib dapatkan ikan yang segar ya!

Resepi Sup Ikan Merah Yang Mudah Dan Sedap

Sup Ikan Merah Yang Mudah Dan Sedap

Sup Ikan Merah Yang Mudah Dan Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 ekor Ikan Merah 
  • 3 ulas bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 1/2 inci halia – hiris kasar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji ubi kentang – jika suka 
  • 1 batang karot – hiris nipis
  • 1 sudu lada hitam – tumbuk kasar
  • 1-2 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
  • Garam – jika perl
  • Daun sup / daun bawang
  • Bawang goreng

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah, bawang putih yang dihiris bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya. Masukkan ubi kentang dan karot dan masak sehingga hampir lembut. 
  3. Kemudian masukkan ikan, garam, lada hitam dan serbuk MAGGI Cukup Rasa.
  4. Setelah kentang empuk, taburkan daun bawang dan tutup api. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng. 

Resepi Sup Ikan Merah Mat Gebu

Resipi Sup Ikan Merah Mat Gebu

Sup Ikan Merah: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah kurang lebih berat 600+ gram
  • 4 kuntum cedawan ‘oyster king mushroom’ contoh di sini 
  • 1 sup bunjut ‘sup ikan’ adabi
  • 1 pokok daun ketumbar, kerat kasar
  • 1 kiub ikan bilis maggi
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
  • 1 camca besar rempah sup adabi
  • 1 biji limau nipis, perah jusnya
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan-bahan Tumbuk Halus:

  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Bahan Tumis Darat:

  • 3 biji bawang merah kecik, hiris
  • 1 ulas bawang putih, hiris

Bahan Sampingan:

  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Sambal kicap, jika suka

Cara-cara:

  1. Ikan merah disiang, potong kepada beberapa bahagian atau ikut suka, Cuci dan perap denga garam kasar dan jus limau nipis selama 15 minit. Cuci kembali hingga bersih dan toskan. Cendawan dicuci, toskan dan potong kiub besar2 dan ketepikan,
  2. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 4 camca besar, Tumis bahan2 tumbuk halus, serai dan masukkan juga sup bunjut ‘sup ikan’ adabi (dalam bungkusan sup bunjut adabi ni ada 1  sup bunjut, bay leaf, kayu manis dan buah keras. Masukkan kesemuanya sekali). Kacau rata dan masak hingga wangi. 
  3. Masukkan rempah sup, kacau rata dan tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan. Kacau dan biarkan rempah masak dengan api kecik untuk 8 – 10 minit. Tuang air secukupnya, anggaran 1.2 liter, kacau dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan dan juga cendawan. Tambah kiub ikan bilis, lada hitam tumbuk dan kacau perlahan, biarkan mendidih hingga ikan masak. Perasakan dengan garam secukupnya dan masak sekejap. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan jus limau nipis, kacau perlahan dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  5. Sementara itu, panaskan 3 – 4 camca besar minyak dalam kuali dan tumis hirisan bawang merah dan bawang putih (yang ni untuk tumis darat). Masak hingga bawang keperangan, tapi awas jangan sampai hangus pulak. Masukkan bawang tadi dengan minyak-minyak panasnya sekali ke dalam periuk sup. Tutup periuk dan biarka 10 minit. Sebelum dihidangkan, tabur dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Jika suka boleh dimakan dengan sambal kicap, selamat mencuba!

Nota:

  • Jus limau nipis tu boleh juga diganti dengan jus limau kasturi. Bagi yang tak suka rasa masam , tak perlu masukkan jus limau nipis. Sedap dimakan sama nasi panas, roti atau dihirup panas-panas.

Resepi Sup Ikan Ala Siam Mat Gebu

RESIPI SUP IKAN ALA SIAM

Sup Ikan Ala Siam: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 keping kepala ikan merah (kurang lebih 700+ gram)

  • 2 biji kentang, kupas, dan belah 8 setiap 1 dan direndam

  • 12 biji tomato ceri

  • 1 sup bunjut Adabi

  • 3 batang serai, diketuk

  • 1 pokok daun ketumbar, cuci bersih dengan akar2nya dan hiris kasar

  • 2 helai daun limau purut

  • 10 biji cili padi siam warna merah, diketuk

  • 2 biji limau nipis, perah jusnya (satu untuk memerap ikan dan satu untuk dimasukkan ke dalam sup)

  • 1 camca teh lada hitam, tumbuk halus

  • 1 batang kayu manis*

  • 1 kuntum bunga lawang*

  • 5 kuntum bunga cengkih*

  • 3 biji buah pelaga*

  • Garam dan gula secukup rasa

  • Air secukupnya

  • Hirisan daun sup, untuk hiasan

  • Bawang goreng untuk hiasan

Bahan-bahan Tumbuk Halus:

  • 7 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Kepala ikan dibersihkan, kemudian kerat kepada beberapa bahagian, perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 15 minit, kendian dicuci dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan2 bertanda (*), hingga harum. Masukkan bahan-bahan tumbuk halus dan kacau rata. Tambah lada hitam tumbuk, gaul dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (anggaran 1.5 liter), kacau dan biarkan mendidih.
  2. Masukkan kentang (toskan dulu air rendamannya) dan sup bunjut, masak hingga kentang empuk. Tambah kepala ikan, daun ketumbar, daun limau purut dan cili padi belah. Kacau rata dan biarkan mendidih hingga ikan masak.
  3. Tambah jus limau nipis, perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan sedikit gula. Kacau perlahan dan akhir sekali masukkan tomato ceri. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Selamat mencuba!

Resepi Sup Ikan Merah Azlita Aziz

Resepi Sup Ikan Merah Azlita Aziz

Sup Ikan Merah: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah ~ disiang dan cuci bersih
  • 1 peket rempah tumis 4 sekawan
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 kiub ikan
  • 1 sudu teh lada hitam ~ ditumbuk 
  • 2 pokok daun bawang
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • baby carot 
  • 1 biji tomato ~ di belah 2
  • 1 ekor ikan merah ~ disiang dan cuci bersih
  • 1 peket rempah tumis 4 sekawan
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 kiub ikan
  • 1 sudu teh lada hitam ~ ditumbuk
  • 2 pokok daun bawang
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • baby carot
  • 1 biji tomato ~ di belah 2

Bahan Hiris:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inc halia

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan rempah tumis dan bahan hiris hingga harum.
  3. Masukkan air, kiub ikan, lada hitam dan sup bunjut.
  4. Biar kuah mendidih.
  5. Bila telah mendidih, masukkan garam secukup rasa, baby carot dan tomato.
  6. Kemudian masukkan ikan.
  7. Biar ia mendidih dan ikan masak sempurna.
  8. Taburkan hirisan daun bawang.
  9. Sedia di nikmati.

Resepi Sup Salmon Dan Brokoli Eny Abdullah

Sup Salmon Dan Brokoli

Sup Salmon Dan Brokoli: Sumber Eny Abdullah

Bahan-bahan:

  • 2 keping ikan salmon
  • ½ cawan brokoli, dipotong1 batang celery, dipotong
  • 1 biji tomato dibelah nipis
  • 2 keping tauhu lembut, dipotong
  • 3 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 ulas bawang merah, dihiris
  • 1 inci halia, dihiris nipis
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 helai daun bay kering
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar ikan bilis, ditumbuk – sebagai perasa lebih sedap letak ni tau
  • 1 sudu besar daun sup, dicincang
  • 3-4 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, dan tumis bawang merah, tomato yang dihiris, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi.
  2. Masukkan air dan celery. Masukkan ikan bilis tumbuk, lada sulah dan garam. Masukkan juga daun bay kering. Biar sehingga mendidih.
  3. Masukkan kepingan ikan salmon, tauhu lembut dan brokoli. Masak lagi sehingga mendidih. Tabur daun sup dan  sedia dihidangkan.
  4. Ikan Salmon boleh digantikan dengan ikan lain seperti ikan merah, tenggiri atau siakap.

Resepi Sup Ikan Salmon

Sup Ikan Salmon

Sup Ikan Salmon: Sumber Dari Dapur Nasya

Bahan-bahan:

  • 2 keping isi ikan salmon
  • 3 biji ubi kentang saiz kecil (potong kecil)
  • 2 batang lobak merah saiz kecil (potong kecil)
  • 2 batang leek (hiris serong nipis)
  • 1 batang celery (hiris nipis)
  • 20 gram halia (hiris batang mancis)
  • 3 ulas bawang putih (ketuk)
  • sedikit daun sup (hiris)
  • 2 sudu besar kicap cair
  • serbuk lada hitam/serbuk lada putih
  • garam bukit
  • 1 liter air tapis
  • minyak untuk menumis

Bahan-bahan:

  1.  Panaskan sedikit minyak di dalam periuk
  2. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
  3. Tuangkan air, masukkan kentang dan lobak merah.
  4. Masak sehingga kuah mendidih dan sayur lembut.
  5. Kemudian masukkan leek, celery dan juga ikan.
  6. Biarkan seketika sehingga ikan masak.
  7. Perasakan dengan kicap cair dan juga serbuk lada secukupnya.
  8. Jika kurang masin masukkan sedikit garam.
  9. Setelah sebati matikan api.
  10. Masukkan sup ke dalam pinggan dan taburkan daun sup sebelum dihidangkan.

Resepi Sup Ikan Merah Puan Azleen Abdullah

Sup Ikan Merah Puan Azleen Abdullah

Sup Ikan Merah: Sumber Puan Azleen Abdullah

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang merah | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 inci halia | dihiris
  • 1 biji bawang holland
  • 1 sudu besar biji ketumbar | atau guna serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil lada hitam | atau guna serbuk lada hitam
  • 2 helai daun salam
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 buntil pelaga
  • Tomato
  • Cili padi
  • Daun sup

Cara-cara:

  1. Basuh dan lumurkan ikan dengan limau atau asam jawa. Rendam seketika supaya hilang bau hanyir.
  2. Tumis bahan yang dihiris sehingga kekuningan dan naik bau.

  3. Masukkan semua serbuk di atas dan letakkan air secukupnya.

  4. Letakkan rempah tiga sekawan iaitu 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang dan 1 buntil pelaga.

  5. Masukkan ikan merah dan biar sehingga masak. Perasakan dengan garam. Nak letak kiub ayam pun boleh.

  6. Akhir sekali, letak tomato, cili padi dan daun sup. Siap!

Resepi Sup Ikan Simple Eka Zahra

Sup Ikan Simple Eka Zahra

Sup Ikan Simple: Sumber Eka Zahra

Bahan-bahan:

  • Ikan (saya guna ikan merah)
  • 5 ulas bawang merah dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • Rempah 3 sekawan
  • Sayur campur secukupnya
  • 1 bj tomato dibelah 4
  • Cili padi ikut keperluan
  • Garam dan serbuk perasa
  • Daun ketumbar atau daun sup
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Tumis bawang-bawang, halia dan rempah 3 sekawan hingga layu dan wangi. Kemudian tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan sayur campur. Tutup kuali dan biar hingga ikan masak sepenuhnya.

  3. Masukkan tomato, cili padi, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan biar mereneh sekejap. Tutup api.

  4. Taburkan daun ketumbar/daun sup ketika menghidang. Sup ikan siap dinikmati bersama nasi atau roti kegemaran ❤.

Resepi Sup Ikan Sedap Hafizah Yahya

Resepi Sup Ikan Sedap Hafizah Yahya

Sup Ikan Sedap: Sumber Hafizah Yahya

Bahan-bahan:

  • 4 potong ikan siakap – Boleh juga guna ikan lain 
  • 4 cawan air

Bahan ditumbuk:

  • 1 biji Bawang besar ditumbuk
  • 2 ulas Bawang putih ditumbuk
  • ½ inci Halia 
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 batang Kulit kayu manis | 1 kuntum Bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji kentang dipotong baji
  • ½ batang lobak merah
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 3 biji cilipadi diketuk
  • 1 bunjut sup bunjut
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

Hiasan:

  • Daun sup sedikit
  • Bawang Goreng sedikit

Cara-cara:

  1. Mula-mula tumbuk halia bersama bawang putih dan bawang besar sehingga lumat.
  2. Kemudian panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  3. Selepas itu masukkan air dan kentang.
  4. Setelah mendidih, masukkan ikan, lobak merah, cilipadi, tomato, sup bunjut dan perasakan dengan garam serta lada sulah. kacau rata dan didihkan lagi sehingga ikan masak sepenuhnya. 

Resepi Sup Ikan Merah Yang Sedap, Tak Hanyir Dan Berbau!

Resepi Sup Ikan Merah Yang Sedap, Tak Hanyir Dan Berbau!

Sup Ikan Merah Yang Sedap, Tak Hanyir Dan Berbau!: Sumber Daily Makan

Bahan-bahan:

  • 1 Ketul kepala ikan merah
  • 2 biji cili merah dihiris nipis
  • 2 biji tomato dibelah dua
  • 3 labu bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai di ketuk
  • 1 keping tauhu dipotong dadu kecil | taknak masukkan pun tak apa
  • Sedikit garam secukup rasa
  • Daun sup dan daun bawang
  • 1 pek sup bunjut
  • Sedikit rempah sup adabi

Cara-cara:

  1. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang merah, serai,sup bunjut, sedikit rempah sup dan cili ke dalam periuk.
  3. Masukkan tauhu dan tomato diikuti garam.
  4. Selepas itu masukkan kepala ikan merah tersebut.
  5. Biarkan selama 15 minit sebelum menutup api. Masukkan daun bawang dan daun sup sebelum dihidangkan.

Tips:

  • Pastikan darah pekat yang melekat pada bahagian celah isi ikan dan tulang di buang sepenuhnya.
  • Gosok isi ikan, kepala ikan dengan asam lmau nipas bagi menghilangkan hanyir ikan. Lepas tu basuh atau sapu tepung gandum sebelum tos bersih.

Resepi Sup Ikan Merah Ala Thai Pedas Dan Sedap

Sup Ikan Merah Ala Thai Pedas Dan Sedap: Sumber Dapur Sweet Sour Ieyra

Bahan-bahan:

  • 3 potongan ikan merah

  • 1/2 cawan sos ikan

  • 1 sudu kecil lada putih

  • 1 biji limau nipis, diambil jusnya

  • 6 helai daun limau purut

  • 1 tangkai daun ketumbar, dihiris

  • 2 biji tomato, dipotong 6

  • 1 tangkai daun bawang, dihiris

  • air dan garam secukup rasa

Bahan ditumis:

  • 6 ulas bawang putih, diketuk

  • 2 batang serai, diketuk

  • 4 hirisan lengkuas

  • 2 inci halia, dihiris

  • 7 tangkai cili api, diketuk

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, halia, lengkuas, cili padi dan serai sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air panas.
  2. Masukkan daun limau purut, kemudian tuangkan sos ikan dan masukkan daun ketumbar. Gaul sebati dan perasakan secukupnya. Tidak perlu letak garam kerana sos ikan sudah sedia masin.
  3. Bila kuah sudah mendidih, masukkan ikan dan tomato. Biarkan seketika supaya ikan masak. Kemudian masukkan daun bawang dan akhir sekali perahkan jus limau nipis. Gaul rata. Siap!!

Resepi Sup Ikan Haruan Alya Maisarah

Resepi Sup ikan Haruan

Sup Ikan Haruan: Sumber Alya Maisarah

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan haruan
  • 2 cawan air
  • 2 sudu minyak jagung
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 keping asam keping 

Bahan A ditumbuk:

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia 

Bahan B:

  • Daun bawang
  • Daun Sup Garam

Cara-cara:

  1. Potong dan bersihkan ikan dengan air asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir.
  2. Panaskan minyak jagung, Kemudian tumis bahan A hingga naik bau. Masukkan air.
  3. Apabila dah mendidih, masukkan bahan lain. Kacau dan biarkan seketika.
  4. Apabila sudah masak masukkan bahan B. kacau seketika. Siap.

Resepi Sup Kepala Ikan Jenahak

Resepi Sup Kepala Ikan Jenahak

Sup Kepala Ikan Jenahak: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 1 kepala ikan jenahak
  • 1 peket sup ikan adabi
  • 3 biji bawang merah ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1/2 inci halia
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1/2 batang lobak merah
  • 4 biji cili hijau diketuk
  • 2 cawan air putih
  • Sedikit garam dan gula
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Tumiskan sehingga garing dan kekuningan.

  2. Kemudian, tambahkan air putih dan masukkan rempah sup ikan adabi.

  3. Biarkan ia mendidih baru masukkan kepala ikan. Biarkan lagi sehingga ikan hampir masak.

  4. Tambah bahan perasa iaitu gula dan garam. Kacau sebati dan boleh masukkan bahan hiasan lain.

  5. Tunggu sehingga ikan masak dan siap untuk dihidang.

Resepi Sup Kepala Ikan Mat Gebu

Resipi Sup Kepala Ikan Mat Gebu

Sup Kepala Ikan: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 kepala ikan ketarap (atau ikan merah), dibelah dua, cuci bersih dan toskan
  • 1 batang lobak merah, saiz sederhana, dipotong berbaji
  • 1 batang saleri, dihiris sederhana tebal
  • 1 biji tomato. dibelah 4
  • 1 batang serai, diketuk
  • 2 helai daub bay kering (bay leaf)
  • 1 sup bunjut, sup ikan Adabi
  • 1 camca teh lada hitam kisar
  • 1 pokok daun sup, dikerat kasar
  • 1 camca besar bawang goreng
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan

Bahan-bahan Tumis:

  • 5 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 inci halia, diracik halus
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 3 camca besar, masukkan bahan2 tumis, serai dan bay leaf, kacau rata dan masak hingga bawang layu dan keperangan. Tuang air secukupnya, anggaran 1 liter, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan kiub pati ikan bilis, daun sup yang dikerat kasar dan 1 camca besar bawang goreng, kacau rata.
  2. Masukkan lobak merah dan batang saderi, kacau dan masak hingga lobak lembut. Boleh masukkan kepala ikan, kacau perlahan, Tambah lada hitam tumbuk dan perasakan dengan garam secukupnya. Biar mendidih dengan api sederhana hingga kepala ikan masak. 
  3. Akhir sekali, masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Kalau suka, boleh juga dihidangkan dengan sambal kicap. Selamat mencuba!

Resepi Sup Ikan Merah Amie’s Little Kitchen

SUP IKAN MERAH Amie's Little Kitchen

Sup Ikan Merah: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah seberat 500 gram – bersihkan – potong 3 bahagian
  • 1 biji kentang saiz besar – kupas kulit – potong kecil / nipis
  • 1/2 batang lobak merah – buang kulit – potong bulat
  • 7 biji tomato ceri
  • 1 batang serai – dititik
  • 2 cm halia – diketu
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 3 biji bawang merah – dihiris
  • 1 biji cili merah – belah 2 dan buang biji
  • 1 biji cili hijau – belah 2 dan buang biji
  • 1 sudu kecil lada putih – tumbuk
  • 800 ml air
  • garam / gula / perasa pilihan

Cara-cara:

  1. Masukkan air ke dalam periuk / kuali bersama serai, halia, bawang putih, bawang merah, lobak merah, dan kentang.
  2. Masak sehingga kentang lembut. Kemudian masukkan asam gelugor dan ikan merah.
  3. Biarkan mendidih seketika sehingga ikan merah masak.
  4. Masukkan cili hijau, cili merah dan tomato ceri.
  5. Perasakan dengan lada putih, garam / gula / perasa pilihan.
  6. Padamkan api dapur.

Resepi Sup Ikan Merah Masam Pedas ‘Tom Som Pla’

Resepi Sup Ikan Merah Masam Pedas ‘Tom Som Pla’

Resepi Sup Ikan Merah Masam Pedas ‘Tom Som Pla’: Sumber Sesimple  Loralin

Bahan-bahan:

  • 3 keping ikan merah, ikan tenggiri atau ikan berisi pejal
  • 1/4 cawan halia muda (dihiris)
  • 1 batang serai (dihiris halus)

  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih atau hitam

  • 1/4 cawan gula melaka

  • 1/3 cawan air asam jawa pekat
  • 3 cawan stok ayam
  • 4 sudu besar sos ikan
  • 3 urat daun bawang (dihiris)
  • 1 tangkai daun ketumbar (dihiris)

Bahan B (Bahan Kisar):

  • 1/2 biji bawang merah besar
  • 4 urat akar ketumbar
  • 1/2 sudu teh belacan atau udang kering

Cara-cara:

  1.  Didihkan air stok ayam bersama bahan kisar dan serbuk lada hitam.
  2. Masukkan kepingan ikan, halia, serai dan asam jawa. (Uchu skip serai harini.
  3. Tambahkan sos ikan, gula melaka. Masak sehingga mendidih dan ikan masak. Tambah garam jika perlu. Tambah air juga jika perlu. Tutup api. Tambahkan daun bawang dan daun ketumbar. Nota: jika ada, guna gula merah yang tak berapa hitam warnanya.

Penutup
Sup memang sedap di nikmati pada bila-bila masa sahaja terutamanya ketika waktu hujan. Selain di makan dengan nasi putih, sup ini boleh juga di cicah dengan roti gebu ataupun di hirup begitu sahaja!
Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.