fbpx

10 Tempat Makan Menarik Di Muar

0
Kali ini kita lihat pula 10 Tempat Makan Menarik di Muar Johor. Selain JB, di Muarjuga merupakan salah satu syurga makanan bagi warga Johor. Selain murah dan sedap, Muar juga mempunyai banyak pilihan makanan. Nak tahu apa ? Mari kita lihat.

1. Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Memang tak sah kalau ke Muar tapi tak makan Mee Bandung Muar. Kebanyakan makanan di Muar ni memang sedap malahan murah pula tu. Siapa yang teringin mee bandung memang akan singgah ke Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanifah ini. Selain itu, sate mereka juga padu !

Lokasi: Jalan Abdullah, Muar, 8400 Johor

2. Mee Bandung Udang Galah Muo Ori

Mee Bandung Udang Galah Muo Ori

Kalau nak makan mee bnadung yang lagi padu boleh ke Mee Bandung Udang Galah Muo Ori ini. Udang dia takpayah cerita la memang perfect dengan segar, besar dan manis ! Posyen mee bandung juga banyak tapi yang hairannya makan tapi tak kenyang kenyang ni camane ye ? Sebab sedap sangat mee bandung udang galah mereka ni.  

Lokasi: Restoran Special Mee Bandung Udang Galah Muo Ori, No.1-10, Jalan Perindustrian, Tanjung Agas, 84000 Muar

3. Lempeng Pekak Kambing Semalam

Lempeng Pekak Kambing Semalam

Rare nya nama kedai ni kan ? Hehe. Kedai ini menyajikan lempeng yang digoreng rangup bahkan makan begitu sahja pun sudah sedap tapi disediakan sambal atau kari untuk dimakan bersama lempeng ini. Lempeng pekak yang dihidangkan bersama kuah kari kambing yang pekat likat sememangnya membangkitkan lagi selera makan anda sekeluarga. Kari kambing ini dimasak dengan rempah kari khas yang menjadikan ia kari terbaik di Muar dan yang paling penting tiada bau hamis kambing. Selain itu terdapat juga mee rebus, soto kambing dan ayam disini

Lokasi: Di Bakri Batu 6 berhadapan perkuburan Islam

Operasi : 6.30 pagi - 3.00 petang

4. Muar Mango Corner Ice Ball

Muar Mango Corner Ice Ball

Dah bosan makan nak sejukkan tekak ? Muar Mango Corner Ice Ball menyajikan pelbagai jenis ice ball mengikut citarasa anda. Ada ice ball paddle pop, ice ball coklat dan macam macam lagi. Boleh la singgah ke sini untuk bersantai santai. 

Lokasi: Jalan Meriam, Belakang High School Zamri Abdullah

5. Medan Asam Pedas Parit Jawa

Medan Asam Pedas Parit Jawa

Jangan taktahu orang Johor pun ada asam pedas versi mereka sendiri taw ! Kali ini asam pedas Parit Jawa yang istimewa dengan ramuan mereka sendiri. Jangan lupa untuk singgah merasai kenikmatan asam pedas mereka. 

Lokasi: Medan Asam Pedas, MPM, 84150 Parit Jawa, Johor

6. Restoran Murtabak JD Singapore

Restoran Murtabak JD Singapore

Murtabak JD Singapore ini memberi kenikmatan yang luar biasa untuk anda kerana murtabak mereka lebih besar dan enak. Malah lebih cheese ye. Wah memang menyelerakan. Satu posyen murtabak itu sahaja dapat dinikmati sehingga 3-4 orang.

7. Sai Kee Kopi 434 Muar

Sai Kee Kopi 434 Muar

Anda penggemar tegar kopi ? Haa Sai Kee Kopi 434 Muar ini memberikan anda aroma kopi yang sungguh memikat. Tambahan pula kopi ini disediakan dengan menggunakan resepi turun temurun ini bakal menyempurnakan hari-hari anda. Jadi tak hairanlah kedai ini mampu bertahan lebih dari 60 tahun lamanya. Lama tu ! Selain menikmati kopi disini, anda juga boleh mencuba nasi lemak mereka. Memang kena la dengan kopi tadi !

Lokasi: 121, Jalan Maharani, 84000 Muar

8. Muar Soup House Sdn Bhd

Muar Soup House Sdn Bhd

Sesiapa penggemar roti yang dicicah sup memang patut cuba ke sini. Apa yang menarik di sini adalah sup antaranya sup kambing, sup gearbox dan banyak lagi. Memang dah awal awal mereka sediakan straw untuk memudahkan anda hisap sup dalam gearbox itu. Tapi jangan selalu tau sebab boleh memudaratkan kesihatan anda. Kolesterol pun bertambah. 

Lokasi: 47, Jalan Sisi, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor

9. Oyster Shell Out

Oyster Shell Out

Shell out memang enak lagi-lagi dinikmati bersama rakan-rakan dan kluarga. Nak cari shell out murah dan sedap di Muar ni senang je. Singgah ke Oyster Shell Out. Mereka menyajikan pelbagai jenis masakan shell out yang digemari ramai seperti masak sambal, masak butter, salted egg dan blackpepper. Posyen juga agak banyak dan makanan laut mereka semua nya segar-segar. 

Lokasi: Esah best parit tiram,Jln hj omar, 84000 Muar

10. Rojak Place Cafe

Rojak Place Cafe

Rasa ingin bersantai waktu petang di Pekan Muar sambil menikmati makanan tidak terlalu berat ? Rojak Place Cae mungkin sesuai untuk anda lepak sebab kat sini ada ais kacang, abc, mee goreng basah dan macam macam lagi. Kuah rojak yang enak dan pekat membuatkan anda ingin makan berkali-kali. 

Lokasi: Taman Sri Jeram 1 Jalan Bakri, 84200 Muar

Dengan 10 Tempat Makan Menarik di Muar itu boleh lah anda ajak suami atau ayah anda ke Muar. Jalan jalan cari makan apa salahnya kan. Selamat bercuti !

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.