Hikers mesti tertarik melihat 7 Port Hiking Terkenal di Malaysia ? Dah pergi semua ke ? Kalau belum jom tengok ni.
1. Bukit Tabur
![bukit tabur bukit tabur](https://listikel.com/wp-content/uploads/2020/08/bukit-tabur-feature.jpg)
Tahukah anda bahawa Bukit Tabur lebih susah unutuk dipanjat berbanding Bukit Broga. Trek dia ada dua trail iaitu Tabur West dan Tabur East. Disarankan kepada siapa yang baru nak cuba mendaki Bukit Tabur, lalu jalan Tabur West. Kerana Tabur West lebih mesra pengguna. Trek memerlukan skil memanjat untuk sampai ke puncak.
Kebiasannya hujung minggu memang ramai akan hiking disini kerana 30 minit sahaja dari KLCC. Dengan ketinggian 396 meter yang akan memerlukan 3-4 jam pendakian. Pastikan keselamatan anda terjaga kerana disini agak cerun. Pakai pakaian yang sesuai untuk mendaki untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.
2. Bukit Broga
![Bukit-Broga-Featured-Image Bukit-Broga-Featured-Image](https://listikel.com/wp-content/uploads/2020/08/Bukit-Broga-Featured-Image.jpg)
Hikers mana yang tidak kenal dengan Bukit Broga. Beginner yang baru nak cuba hiking , saya sarankan hiking di Bukit Broga ini dahulu sebab disini tidak terlalu ekstrem dan jalan sedkikit landai. Terletak di Semenyih dan 1 jam dari Kuala Lumpur, Bukit Broga pasti akan dipenuhi hikers lebih lebih lagi pada hujung minggu. Mereka juga menyediakan kawasan parking yang banyak dan memudahkan pengunjung untuk datang ke sini. Dengan pemandangan yang indah kota, kebnayakan pendaki datang lebih awal untuk melihat terbit matahari dan awan karpet. Berbaloi setelah mendaki beberapa jam.
3. Gunung Stong
![gunung-stong-malaysia-3 gunung-stong-malaysia-3](https://listikel.com/wp-content/uploads/2020/08/gunung-stong-malaysia-3.jpg)
Terletak di Dabong, Kuala Krai Kelantan dan mempunyai air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu 303 meter pasti membuatkan para hikers teruja untuk mendaki di Kem Baha ini. Kebanyakan hikers yang berkunjung ke sini datang dari jauh seperti KL dan Johor. Mereka akan bermalam disini dengan ber camping beramai ramai dan bermandi manda di kawasan air terjun ini. Agak menyeronokkan bukan kenanagn seperti ini namun disini agak mencabar dan memerlukan stamina yang kuat kerana trek disini agak esktrem. Memakan masa beberapa jam untuk samapu ke Kem Baha ini namun anda perlu menjaga kebersihan bersama kerana ia adalah tempat untuk orang awam yang lain juga kan. Berbaloi bangun pagi melihat kawasan pergunungan dan kampung sekitar. Sangat menyeronokkan dapat melihat awan karpet dan matahari terbit.
4. Gunung Baling
![gunung-baling-2 gunung-baling-2](https://listikel.com/wp-content/uploads/2020/08/gunung-baling-2.jpg)
Terdapat 2 gunung disini iaitu Gunung Baling dan Gunung Pulai namun Gunung Balig menjadi tumpuan hikers kerana ia lebih mudah dan selamat berbanding Gunung Pulai. Tapi tidaklah semudah itu masih tetap eksktrem kebiasaannnya pendaki memerlukan 3-4 jam untuk mnedaki Gunung Baling ini. Dapat menyaksikan keindahan flora dan fauna pasti membuatkan anda tenang dari kesibukan kota. Gunung Baling menjadi tumpuan para pendaki lebih lebih lagi pada waktu hujung minggu.
Waktu Operasi Pejabat Pendakian Gunung Baling – Ahad – Rabu, 8 pagi hingga 5 petang. Khamis, 8 pagi hingga 3.30 petang.Bayaran permit mendaki : RM5 untuk warganegara, RM15 pelancong asing. Majlis Penbandaran memang tidak membenarkan para pendaki untuk bermalam disana.
5. Mossy Forest
![mossy mossy](https://listikel.com/wp-content/uploads/2020/08/1-MOSSY-FOREST-1-790x501-1.jpg)
Terasa ingin hiking seperti di kawasan perhutanan Orang Puteh ? Meh mendaki di Mossy Forest yang akan memberikan anda pengalaman yang best dan cool. Jangan pelik jika disini sering berkabus atau berawan. Terletak di Hutan Mossy Gunung Berinchang ini pasti membuatkan anda kesejukan dan mungkin disini keihatan agak seram dengan kabus begitu kan. Anda boleh naik ke atas sana dengan pacuan empat roda dan sepanjang perjalanan anda akan melihat Ladang Teh Boh yang snagat luas. Sangat memukau pemandangannya. Jika ke sini pastikan pakai pakaian yang sesuai kerana disini snagat sejuk walaupun waktu tengah hari. Anda boleh mendaki Gunung Irau, anda boleh melalui platform tersebut sehingga ke penghujung dan teruskan perjalanan sekitar tiga atau empat jam sebelum tiba di puncak gunung berketinggian 2,112 meter dari paras laut itu. Jangan lupa mohon permit terlebih dahulu.
6. Gunung Nuang, Hulu Langat
![Gunung Nuang, Hulu Langat Gunung Nuang, Hulu Langat](https://listikel.com/wp-content/uploads/2020/08/nuang4-1024x905-1.jpg)
Selain Bukit Broga, terdapat satu lagi tempat hiking yang popular di Hulu Langat iaitu Gunung Nuang. Namun ia tidak sepopular Bukit Broga kerana tahap kesukaran mendaki di Gunung Nuang adalah mencabar. Ia tidak berapa sesuai untuk beginner atau mereka yang langsung tiada pengelaman mendaki gunung.
Kebiasaannya, Gunung Nuang menjadi destinasi pilihan hikers otai di Malaysia. Walau bagaimana pun, walau pun anda masih berada pada tahap beginner, apa salahnya anda mencuba hiking di sini dengan syarat dalam kumpulan anda ada hiker berpengalaman yang boleh memandu anda semasa hiking di sini.
Gunung Nuang dibuka setiap hari dan anda boleh bermalam di sini. Untuk hikers yang suka berkhemah, pastinya teruja untuk melakukan trip Gunung Nuang. Perjalanan mendaki Gunung Nuang untuk sampai ke puncak mengambil masa selama 4 hingga 5 jam, bergantung kepada kelajuan kumpulan anda.
Jika mahu bermalam di Gunung Nuang, anda boleh pilih sama ada mahu berkhemah di tapak perkhemahan Kem Lolo atau Kem Pacat. Bayaran masuk ke Gunung Nuang ialah RM1 untuk sekepala.
7. KL Forest Eco Park, Bukit Nanas Kuala Lumpur
![kl ecopark kl ecopark](https://listikel.com/wp-content/uploads/2020/08/photo0jpg.jpg)
Haa nak dekat dan selamat smabil bersantai bersama rakan dan keluarga ? Boleh singgah KL Forest Eco Park dimana di sini tempat best di KL taw. Yelah mungkin anda sudah bosan melihat bangunan yang tinggi dan mahukan tempat yang hijau ? Boleh lah ke sini bersama anak-anak. Jalan disini juga tidak merbahaya.
Best kan dengan 7 Port Hiking Terkenal di Malaysia tadi ? Sebenarnya ada banyak lagi kawasan yang best tapi nantikan dalam artikel yang selanjutnya. Be safe !