fbpx

13 Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Viral, Simple dan Sedap!

0

Hari ini saya nak kongsi resepi nasi kukus ayam goreng berempah yang viral, simple dan sedap! Nasi kukus sering menjadi pilihan kerana banyak gerai yang menjual menu ini, apalagi ayam berempah dimasak garing. Nasi kukus sedap dimakan panas-panas, dinikmati dengan kuah gulai, ayam goreng berempah dan sambal belacan! Aroma yang menaikkan selera anda datang dari rempah ratus yang cukup wangi, digunakan dalam bahan perap ayam tersebut. Bagi saya, nasi kukus ini lembut dan tidak berkerak, jadi tidaklah membazir. Jika tidak habis, boleh disimpan di dalam peti dan tidak basi. Keesokkan harinya, boleh dikukus semula dan dimakan dengan lauk yang anda masak. Kali ini kita nak kongsi resepi nasi kukus ayam goreng berempah yang sedap dan menyelerakan. Jom cuba resepi di bawah!

Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah: Sumber Makan Minum Best

Bahan-bahan Nasi Kukus:

  • 2 cawan beras panjang AAA
  • 2 cawan air

Cara-cara:

  1. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
  2.  Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan nasi masak (lebih kurang 30 minit).

Bahan-bahan Ayam Goreng Berempah:

  • 1 ekor ayam – potong 8 dan bersihkan
  • 3 sudu besar rempah kari ayam/daging
  • 3 sudu besar cili mesin
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 3 sudu besar tepung goreng ayam
  • 3 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih – mesin halus
  • 6 inci halia 
  • 3 batang serai 
  • garam

Cara-cara:

  1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam.
  2. Gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga garing.

Bahan Sambal Belacan:

  • 5 tangkai cili merah
  • 5 tangkai ciliapi
  • 1 biji tomato buah
  • 3 cm belacan
  • garam
  • 2 biji limau nipis – ambil jusnya

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan kecuali jus asam limau dalam blender dan mesin kasar.
  2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.
  3. Rasakan masam dan masinnya.

Bahan-bahan Daging Gulai Kawah:

  • 500 gram daging lembu – potong nipis kecil dan basuh & toskan
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar gula merah/perang (brown sugar)
  • 2 keping asam keping
  • minyak
  • garam

Bahan Kisar:

  • 20 tangkai cili kering
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar rempah mentah gulai cap ROSE
  • 1 sudu besar rempah masak gulai cap ROSE
  • 7 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 cm lengkuas

Bahan Tumis:

  • 2 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
  4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
  5. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
  6. Bila dah pekat, boleh hidangkan. 

Resepi Nasi Kukus Ayam Berempah Bonda

Nasi Kukus Ayam Berempah Bonda

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah: Sumber Resepi Bonda

Cara-cara masak Nasi Kukus:

  1. Beras dibersihkan dan ditoskan, masukkan beras dalam 1/2 mangkuk atau bekas kecik.
  2. Kemudian tuang air 3/4 dari mangkuk tadi dan kukus dalam 30 minit atau hingga masak (isi daun pandan dalam air kukusan untuk bau wangi).

Bahan-bahan Ayam Goreng Berempah:

  • 1 ekor ayam dipotong kecil atau mengikut kesukaan anda (dibersihkan dan di salut tepung gandum sekejap untuk hilangkan hanyir)
  • 1 inci halia**
  • 1 biji bawang besar saiz kecik**
  • 5 ulas bawang putih**
  • 7 batang serai**
  • 1 sudu besar ketumbar (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
  • 1 sudu besar jintan manis (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
  • 2 tangkai daun kari dibersihkan dan diramas/dicarik
  • 1 sudu besar cili kisar
  • sedikit kunyit (terpulang nak yang segar atau serbuk)
  • garam dan gula sikit (pengganti ajinomoto) nak guna ajinomoto pun terpulang
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telor (dipukul dahulu)
  • 2 sudu besar rempah kari ayam

Cara-cara:

  1. Ayam dibersihkan setelah disalut dengan tepung gandum. Semua bahan yang bertanda ** dikisar dengan sedikit air. Kisar hingga serai hancur, kemudian tumbuk ketumbar, jintan dan kunyit hingga hancur.
  2. Dalam bekas satukan semuanya bahan rempah, telur, daun kari dan tepung jagung serta serbuk kari. Tambah garam dan sedikit gula, rasala sikit atau agak-agak ya rasanya. Kemudian masukkan potongan ayam, gaul sebati dan perap selama 1 jam atau lebih. Biarkan ayam tersebut 1 jam ke atas la, kalau lama sangat masukkan dalam peti ais. Time nak goreng keluarkan dan goreng.
  3. Panaskan minyak, kemudian perlahan api aras sederhana (saya goreng dalam periuk sederhana kecil, separuh minyak).
  4. Masukkan ayam, goreng sehingga mendapat warna seperti dibawah. Toskan ayam ni diatas tisu serap minyak. Insyaallah hasilnya serdak garing dan rangup sehingga ke petang. Selamat mencuba.

Bahan Kerutuk Daging/Kambing:

  • 1 kg daging/kambing

Bahan Kisar:

  • 2 labu bawang besar
  • 3 bawang putih
  • sedikit halia
  • sedikit lengkuas

Bahan Lain:

  • Kulit kayu manis, bunga lawang buah pelaga untuk menumis
  • 4 sudu besar penuh rempah kerutuk
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 5 ulas bawang merah dihiris mayang
  • 2 ulas bawang putih dihiris mayang
  • 3 batang serai dititik
  • sedikit air asam jawa
  • 1 1/2 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula melaka/nisang
  • 1 cawan Santan sederhana pekat
  • minyak utk menumis
  • lada besar hijau/kentang

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar, tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan serai, kulit kayu manis, bunga lawang buah pelaga bawang merah dan putih yang dihiris serta cili kisar.
  2. Tumis sehingga semuanya naik minyak dan masukkan rempah kerutuk kacau sebati. Masukkan daging dan santan, masak sehingga daging empuk. Kemudian masukkan kentang potong, nampak kerutuk kering boleh tambah air sikit.
  3. Masukkan garam dan gula melaka sedikit dan lada besar hijau, dalam 10 minit siap. Kerutuk ni bukan macam kuah gulai, dia sedikit pekat.

Bahan-bahan Gulai:

  • 2 biji bawang sederhana besar kisar
  • 2 ulas bawang putih kisar
  • 2 sudu cili kisar
  • 3 sudu serbuk kari babas (jadikan pes tambah sikit air)
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • sedikit daun kari
  • sedikit halia tumbuk
  • sedikit kunyit serbuk
  • garam, gula
  • sedikit air asam jawa
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1cawan santan serderhana pekat
  • air
  • 3 biji kentang
  • Nak isi ayam blh kaki ayam pun boleh

Cara-cara:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih halia daun kari sehingga wangi, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, serbuk kunyit. Kemudian masukkan cili kisar dan pes kari, kacau dan sehingga naik minyak.
  2. Masukkan kentang, santan, air dan kerisik. Bila dah empuk kentang, masukkan pati ayam, air asam jawa, garam dan gula. Siap untuk dihidang.

Bahan-bahan Sambal Belacan:

  • 20 tangkai cili padi potong kecik
  • 10 tangkai cili merah besar potong kecik
  • 4-6 biji asam limau kasturi-buang biji dan perah airnya
  • 1 ibu jari belacan-bakar seketika
  • 2 ulas bawang putih bakar seketika
  • 2 sudu besar cuka
  • 1bii buat tomato potong kecik
  • 1/4 cawan gula melaka/nisang (parut bagi halus)
  • 1 sudu asam jawa tambah dengan air panas ramas amik airnya sahaja
  • Sedikit air

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan diatas kecuali limau kasturi tapi jangan hancur sangat. Bila dah siap kisar baru perah limau kasturi dan hiris kulit limau kasturi. Jika kurang suka manis boleh kurangkan.

Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuah

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuah

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuah: Sumber Khazanah Resepi

Bahan-bahan Nasi Kukus:

  • 4 cawan beras 
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan – simpul

Cara Memasak Nasi Kukus:

  1. Cuci bersih beras kemudian rendam sekejap dan toskan. Selepas tu didihkan air dalam dalam pengukus dan masukan daun pandan simpul agar rasanya lebih sedap.
  2. Kukus beras selama kurang lebih 25 minit atau sampai beras dah separuh masak. Selepas itu keluarkan beras dari dalam pengukus dan rendam beras dengan air sehingga air rendaman menjadi sejuk (agar lebih cepat sejuk tukar selalu air rendaman.
  3. Kukus kembali beras tadi selama 10 – 15 minit sahaja. Selanjutnya, keluarkan beras dan gaul dengan air 3 cawan dan biar sampai air tersebut menyerap masuk ke dalam beras. Kukus kembali hingga nasi masak selama 15 minit, dan nasi kukus dah siap sekarang kita masak yang lain.

Bahan Perap Ayam Goreng Berempah:

  • 6 ketul ayam – perasakan dengan garam dan kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • sedikit oregano (tak letak pun tak apa)
  • minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar:

  • 6 cm halia muda – kisar
  • 4 ulas bawang merah – kisar
  • 3 batang serai – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar

Cara-cara:

  1. Gaul ayam dengan semua bahan perap tadi kecuali minya sahaja.
  2. Selepas itu masukan bahan kisar dan gaul sebati.
  3. Perap ayam tadi selama 1 jam tapi lebih lama lagi sedap.
  4. Kemudian goreng ayam perap dengan api sederhana.

Bahan-bahan Kuah Kari:

  • 2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 5 biji tomato
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 peket rempah kari
  • 1 keping asam keping
  • potongan kecil ayam 1 mangkuk (boleh guna tulang ayam)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • stok daging ayam lebih kurang 2 liter
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 1 batang kulit kayu manis

Cara-cara:

  1. Kisar kunyi hidup, tomato, dan bawang besar menggunakan pengisar makanan dan campurkan sebagahagian hasil kisaran dengan kuah kari.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bunga lawang, daun kari, dan kayu manis dan masukan campuran rempah kari dan masak hingga garing.
  3. Selepas itu masukan cili kisar.
  4. Masukan lebihan kisaran tomato dan bawang tadi dan masak hingga garing.
  5. Kemudian masukan stok daging dan masak sehingga mendidih.
  6. Masukan garam, gula, asam keping, dan ayam.
  7. Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  8. Terakhir perasakan secukupnya.

Bahan-bahan Sambal Belacan:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • garam dan gula secubit
  • perhan jus limau kasturi
  • setengah genggam ikan bilis
  • 2 sudu minyak
  • 10 biji cili padi

Cara-cara:

  1. Belah cili padi menjadi 2 bahagian agar saat digoreng tidak meletup dan potong bawang.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukan ikan bilis, cili padi, dan bawang dan goreng selama 5 minit atau hingga layu.
  3. Angkat dan masukan dalam lesung.Tambahkan dengan limau kasturi yang telah dipotong-potong, sedikit gula dan garam. Selepas tu tumbuk semua bahan tadi di dalam lensung.
  4. Terakhir sekali, hidangkan sebagai pencicah dengan ulam-ulaman atau denngan ikan masin dan sayur bening.

Resepi Set Lengkap Nasi Kukus Ayam Goreng Cincang Berempah Qaseh Honey

Nasi Kukus Ayam Goreng Cincang Berempah

Nasi Kukus Ayam Goreng Cincang Berempah: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan Nasi Kukus:

  • beras basmathi secukupnya – rendam 30 minit
  • air secukupnya
  • daun pandan – simpul

Cara-cara:

  1. Rendam beras selama 30 minit kemudian toskan air dan bilas sehingga bersih. Toskan dan ketepikan sebentar. Sediakan pengukus dan didihkan air secukupnya dengan sehelai daun pandan.
  2. Sediakan mangkuk porcelin atau mug yang sesuai dan sudukan 2 sudu beras ke dalam bekas tersebut. Menggunakan sudu yang sama, sudukan 3 sudu air ke dalamnya. Rata-ratakan permukaannya dan kukus beras tersebut hingga masak. Inn shaa Allah nasi akan peroi/berderai dan naik cantik seperti di gambar.

Bahan-bahan Kuah Kari Kentang dan Lobak:

  • 1 biji bawang besar – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji lobak merah
  • 1-2 biji kentang
  • 1 cawan air atau secukupnya
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 sudu kecil pes asam jawa
  • gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Kisar bawang besar dan bawang putih. Satukan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit bersama sedikit air. Jadikan pes. Sediakan periuk yang sesuai, panaskan sedikit minyak masak. 
  2. Tumis bahan yang dikisar tadi bersama kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau. Masukkan rempah yang telah dijadikan pes dan juga daun kari. Tumis hingga pecah minyak, jika terlalu pekat tambahkan sedikit air. Kacau sekali sekala supaya tidak hangit.
  3. Masukkan pula lobak merah dan kentang. Kacau rata tambahkan air dan kacau lagi. Biarkan sehingga lobak dan kentang empuk sambil di kacau sekali sekala apabila telah empuk, masukkan santan dan kacau perlahan hingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata jika rasa sudah sempurna boleh la matikan api.

Bahan-bahan Sambal Belacan:

  • 2 paket belacan ABC
  • 3 ulas bawang putih
  • 12 biji cili padi merah
  • 10 biji cili padi hijau
  • 3 biji limau kasturi – buang biji
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 sudu besar cuka
  • air secukupnya – tidak terlalu pekat atau cair

Cara-caranya:

  1. Bakar belacan dan bawang putih sebentar (hingga naik bau).
  2. Kemudian satukan semua bahan di atas ke dalam blender.
  3. Kisarkan sekejap tidak perlu terlalu hancur atau lumat.
  4. Tuangkan sambal tadi ke dalam mangkuk atau bekas bertutup. Siap.

Bahan Ayam Cincang Goreng Berempah:

  • 1/2 ekor ayam
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 2 tangkai daun kari

Bahan Kisar:

  • 2 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 4 batang serai
  • sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 cawan air atau secukupnya

Cara-cara:

  1. Potong ayam tidak terlalu kecil dan bersihkan. Ketepikan sebentar.
  2. Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar. 
  3. Di dalam mangkuk satukan ayam, garam, serbuk kunyit dan serbuk cili. Gaul semuanya sehingga rata.
  4. Kemudian masukkan tepung jagung, telur, daun kari dan bahan yang telah dikisar tadi. Gaulkan semuanya sehingga rata. Kemudian perapkan selama 1 jam atau lebih. Simpan di dalam peti sejuk.
  5. Panaskan minyak masak secukupnya, kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi.
  6. Cedukkan ayam bersama rempahnya sekali goreng hingga garing dan kuning keemasan (pastikan tidak terlalu hitam). Angkat dan toskan minyaknya

Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Marveles

NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH MARVELES

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Marveles: Sumber Raja Haniza

Bahan-bahan Nasi Kukus:

  • 4 cawan beras – rendam selama 1 jam (saya guna beras basmathi, rendam sekejap sahaja)
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara:

  1. Cuci bersih beras dan rendam sekejap.  Kemudian toskan beras.
  2. Didihkan air dalam pengukus.  Masukkan daun pandan simpul dalam air.
  3. Masukkan beras ke dalam kukusan dan buat lubang supaya beras masak sekata.
  4. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak (beras kelihatan sedikit kering).
  5. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk (tukar air selalu supaya beras cepat sejuk).
  6. Beras akan mengembang dan memanjang lebih kurang satu kali ganda.  Kukus semula beras tadi lebih kurang 10-15 minit.
  7. Keluarkan beras tadi dan gaul dengan air (3 cawan air).  Biar seketika dalam 10 min supaya air tadi menyerap masuk ke dalam beras.
  8. Kukus lagi hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik (kukus lebih kurang 15 min).

Bahan-bahan Ayam Goreng Berempah:

  • 1 ekor ayam dipotong kecil, bersih dan toskan
  • 5 ulas bawang putih – dikisar
  • 2 biji bawang besar – dikisar
  • 1 inci halia – dikisar
  • 5 batang serai – dikisar
  • 1 sudu besar ketumbar (sangai/goreng tanpa minyak) – dikisar
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyi
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan lain-lain bahan lalu diperap. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

Bahan Gulai Daging Ala Utara:

  • 1 kg daging bahagian tulang
  • 4 biji ubi kentang – dibelah 2
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1/2 senduk minyak masak
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • Daun kari
  • Sedikit gula melaka
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Bahan Rempah Tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 batang cengkih
  •  6 biji buah pelaga
  • 1/2 sudu kecil lada hitam

Bahan Pes Rempah:

  • 1 bungkus rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan  manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih

Cara-cara:

  1. Rebus daging bertulang dengan kadar air paras menutupi daging sehingga lembut.
  2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periok. Tumis bahan kisar, daun kari dan bahan rempah tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Bancuh bahan pes rempah dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk tadi.  Kacau sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan ketulan daging bertulang bersama air rebusan sekali.  Kemudian masukkan ubi kentang, kerisek dan santan cair.  Masak sehingga mendidih dan ubi empuk.
  5. Masukkan santan pekat dan teruskan memasak sehingga kuah menjadi pekat.  Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.

Bahan Sambal Cili:

  • 5 biji cili merah
  • 7 biji cili api
  • 1 biji tomato
  • 3cm belacan
  • 2 biji limau (ambil airnya)

Cara-cara:

  1. Bakar belacan sehingga masak.  Tak mengapa jika ada kesan hangus terbakar sikit.
  2. Kisar cili merah, cili api, tomato dan belacan yang telah dibakar tadi.
  3. Hidangkan di dalam mangkuk dan perahkan limau.

Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Noor Ashikin

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah: Sumber Noor Ashikin Saerah

Bahan-bahan Ayam Goreng:

  • 3 biji bawang kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 batang serai*
  • 1 sudu besar ketumbar**
  • 1 sudu besar jintan manis**
  • 1 kg (6 ketul) ayam
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1-2 sudu besar tepung jagung/ tepung beras
  • Daun kari
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Sangai & tumbuk halus bahan bertanda **.
  3. Satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Lumur rata pada ayam.
  4. Perapkan selama 1/2 jam @ lebih.
  5. Panaskan minyak masak. Masukkan ayam & rempah.
  6. Goreng sehingga ayam masak & rempah garing. Toskan minyak berlebihan.

Bahan Nasi Kukus:

  • 3 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan (simpul)

Cara-cara:

  1. Masukkan beras yang telah dicuci, air & daun pandan ke dalam bekas.
  2. Kukus sehingga nasi masak (+-30 minit).

Bahan-bahan Gulai:

  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci halia*
  • 1 bungkus kecil rempah kari ayam**
  • 1/2 bungkus kecil rempah kerutuk**
  • 1 batang kulit kayu manis***
  • 2 kuntum bunga lawang***
  • 3 biji buah pelaga***
  • 4 biji bunga cengkih***
  • 300 gram tulang & isi ayam
  • Air secukupnya
  • 1 cawan santan sederhana pekat
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Kacang panjang
  • Terung
  • 1 keping asam gelugur
  • Sedikit gula Melaka/ gula nisan
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Bancuh bahan bertanda ** dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
  3. Panaskan minyak. Masukkan bahan bertanda ***. Biarkan seketika.
  4. Masukkan pula bahan kisar. Tumis sehingga harum.
  5. Masukkan pula pes rempah. Kacau rata & Masak seketika sehingga naik bau.
  6. Masukkan ayam & biarkan sehingga masak.
  7. Setelah itu, masukkan kentang & lobak merah.
  8. Masukkan air sehingga sama paras dengan kentang & lobak merah. Biarkan sehingga
  9. kentang & lobak merah empuk. Masukkan santan & asam gelugur serta perasakan dengan gula & garam secukupnya.
  10. Masukkan kacang panjang & terung. Biarkan masak seketika. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan Sambal Cili:

  • 5-7 batang cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 3 biji limau kasturi

Cara-cara:

  1. Tumbuk cili, bawang putih & belacan.
  2. Perahkan limau kasturi. Kacau sehingga sebati.

Bahan Ulam:

  • Timun

Cara-cara:

  • Potong timun mengikut citarasa masing-masing untuk dijadikan ulam.

Resipi Ayam Goreng Berempah Favourite Abang

Resipi Ayam Goreng Berempah Favourite Abang

Resipi Ayam Goreng Berempah Favourite Abang: Sumber Maggi

Bahan Ayam Goreng Berempah:

  • 250 gram Dada Ayam
  • 250 g Paha Ayam
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 3 ulas Bawang Besar
  • 20 gram Halia
  • 2 batang Serai
  • 10 gram Lengkuas
  • 100 ml Air
  • 0.5 sudu kecil Serbuk Kunyit
  • 2 sudu besar Serbuk Ketumbar
  • 2 sudu kecil Serbuk Jintan Putih
  • 0.5 sudu kecil Jintan Manis
  • 2 tangkai Daun Kari
  • 1.5 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
  • 100 gram Minyak

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dengan semua dan perapkan semalaman atau 1 jam sahaja.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga warna keemasan. (25 minit).

Resipi Ayam Goreng Berempah dan Kuah Nasi Kukus

Resipi ayam goreng berempah dan kuah nasi kukus

Resipi Ayam Goreng Berempah dan Kuah Nasi Kukus: Sumber Utusantv

Bahan-bahan Ayam Goreng Berempah:

  • Bawang putih
  • Serai
  • Halia
  • Lengkuas

Bahan Lain:

  • Serbuk cili
  • Serbuk kari daging
  • Jintan manis (biji bukan serbuk)
  • Garam
  • Gula – sedikit
  • Tepung jagung
  • Daun kari

Cara-cara:

  1. Gaul semua bahan dengan ayam dan perap.
  2. Untuk mendapatkan ayam yang cantik dan serdak tidak hangus, kena pandai mengawal api. Panaskan minyak terlebih dahulu. Apabila sudah panas, masukkan ayam dan kecilkan api.
  3. Biarkan lebih kurang 10 minit dengan api kecil dan baru besarkan api.
  4. Daun kari ditabur dalam kuali sewaktu mengangkat ayam. Jangan masukkan awal kerana ia akan hangus.
  5. Ulang langkah 1 untuk proses goreng seterusnya.

Bahan Kuah:

  • Rempah empat sekawan (kayu manis+bunga lawang+bunga cengkih+buah pelaga)
  • Bawang merah + bawang putih + lengkuas + halia (kisar
  • Serbuk kari daging + serbuk rempah kerutuk
  • Cili kering yang direbus (kisar)
  • Serbuk cili sedikit
  • Kerisik
  • Santan
  • Ayam – dipotong kecil

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar bersama cili kering, serbuk cili, serbuk kari daging dan rempah kerutuk. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Selepas itu masukkan sedikit air, biarkan ia menjadi seperti pes. Kacau rata.
  4. Masukkan ayam, santan dan kerisik. Kuah jangan cair sangat.
  5. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih agar bahan tadi sebati dan serasi. Tutup api.

Resepi Ayam Goreng Berempah Istimewa Azie Kitchen

Resepi Ayam Goreng Berempah Istimewa Azie Kitchen

Resepi Ayam Goreng Berempah Istimewa: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 kg paha atau kepak ayam
  • 4 sudu besar tepung Gogi
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Garam
  • 1/2 kotak santan kotak

Sangai dan Tumbuk Halus:

  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar biji ketumbar

Bahan Kisar Kasar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Cara-cara:

  1. Gaul sebati dan perap semua bahan dengan ayam selama 1 jam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan 1 sudu besar majerin. Goreng dengan minyak yang banyak dengan api sederhana supaya masak cantik.
  3. Angkat dan tos atas tisu dapur dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:

  • Lagi sedap jika hanya menggunakan bahagian kepak ayam atau bahagian paha ayam yang bersaiz kecil sahaja.

Resepi Ayam Goreng Berempah Che Nom

Resepi Ayam Goreng Berempah che nom

Resepi Ayam Goreng Berempah: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih*
  • 5 batang serai, potong panjang 1 inci dan tumbuk halus
  • garam secukup rasa
  • 5 tangkai daun kari
Bahan-bahan Kisar Halus:
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 3 inci halia

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Untuk bahan bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama bahan-bahan lain.
  3. Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan kisar halus. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.

Tips:

  • Kalau nak pastikan ayam masak dengan sempurna, semasa menggoreng ayam tutup kuali dengan penutup seketika. sehingga masak.
  • Goreng di atas api sederhana kerana jika api kuat nanti ayam masak hitam di luar tetapi di dalamnya masih mentah.

Resepi Ayam Goreng Berempah Gaya Mat Gebu

AYAM GORENG BEREMPAH GAYA MAT GEBU

Ayam Goreng Berempah: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam saiz sederhana
  • 3/4 cawan tepung beras
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk goreng terendam

Bahan Kisar Halus:

  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 batang serai, hiris halus
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 camca besar ketumbar biji
  • 1 camca teh jintan kasar
  • 1 camca teh jintan halus
  • 1 genggam bawang goreng

Cara-cara:

  1. Ayam dibuang kulit, bersihkan dan cucuk–cucuk dengan garfu pada semua bahagian berdaging. Masukkan ke dalam mangkuk. Tuang bahan-bahan kisar halus, tambah garam secukup rasa dan gaul rata. Letak dalam bekas bertutup dan perap semalam dalam peti sejuk (atau sekurang-kurangnya 5 jam).
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Ambil beberapa bahagian ayam tadi bersama bahan-bahan pemerap, tabur 3 – 4 camca besar tepung beras dan gaul rata2 (jika kurang tambah sedikit lagi tepung). Kemudian goreng hingga keemasan dan ayam masa, gunakan api sederhana. Angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki ayam tadi.
  3. Boleh hidangkan bersama nasi lemak, atau nasi biasa atau boleh dimakan bersama sos kegemaran anda.

Resepi Ayam Goreng Berempah Azlita Aziz

ayam goreng berempah azlita aziz

Ayam Goreng Berempah: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 5 keping peha ayam
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • daun kari
  • garam secukup rasa
  • Minyak masak

Bahan Kisar:

  • 5 ulas bawang puti
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dgn semua bahan kecuali minyak.
  2. Perapkan selama 1/2 jam.
  3. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan ayam.
  4. Apabila ayam sudah masak dgn kekuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya.

Resepi Ayam Goreng Berempah Serai Rangup

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH SERAI RANGUP

Ayam Goreng Berempah Serai Rangup: Sumber Auni Page

Bahan Kisar:

  • 10 tangkai Cili kering – belah dua, rebus, tos
  • 1 biji bawang besar – saiz sderhana
    2 biji bawang putih

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air.
  2. Anggaran air, letak paras separuh bahan. Ketepikan.
  3. Ambil 2 sudu besar untuk campur ke dalam perapan ayam nanti.

Bahan Perapan Ayam Berempah:

  • 2 sudu besar bahan kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • secubit garam
  • sedikit jintan manis & ketumbar | ditumbuk
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 5-6 ketul ayam
  • 8 batang serai

Cara-cara:

  1. Kisar kering sampai hancur. Campurkn ke semua bahan kecuali serai.Gaul rata.
  2. Ambil 2 sudu besar serai yang dah dikisar. Campurkn ke dalam bahan perapan.
  3. Kemudian masukkn ayam dan gaul sebati. Perap selama 30 minit.

Bahan Hampas Serai Berempah:

  • Baki serai yang dikisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar gul
  • secubit garam
  • 2 sudu besar kari daging
  • 2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:

  1. Campurkn ke smua bahan.Kemudian basahkan dengan sdikit air.
  2. Tak perlu terlalu bnyak. Air sekadar cukup untuk buat lekatkan bahan hampas serai tu.

Cara Goreng Ayam:

  1. Selepas perap ayam, panaskn minyak dlm kuali.
  2. Goreng ayam serta masukkn jg daun kari. Goreng hingga garing brtukar keemasan.
  3. Kemudian angkat ayam dan tos.
  4. Guna kuali yang sama, goreng bahan hampas serai.
  5. Masukkan sedikit demi sedikit berserta daun kari juga.
  6. Gaul-gaul dan hancur-hancurkan hampas masa goreng supaya tak terlalu tebal melekat masa digoreng.
  7. Goreng sehingga garing keemasan. Angkat dan tos.
  8. Boleh hidang ayam bersama hampas serai berempah. Bau wangi serai, kari, jintan, ketumbar mmang asyik gila.

Penutup

Peminat Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah mesti cuba resepi ini!  Kebanyakan gerai di tepi jalan di menjual hidangan nasi kukus ini. Sajian ini sesuai untuk seisi keluarga kerana ringkas dan mudah disediakan, jadi anda boleh ikut cara-cara menyediakannya, pasti menjadi! 

Anda juga boleh cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.