fbpx

5 Resepi Nasi Lemak Sedap

Nasi Lemak sememangnya menjadi hidangan lazim masyarakat melayu lebih-lebih lagi pada waktu pagi.

Ada nasi lemak ikan bilis, nasi lemak ayam, nasi lemak udang,  ianya tetap menjadi pilihan orang ramai.

Kalau anda perasan juga jika anda singgah di mana-mana gerai untuk bersarapan pagi, penjual gerai akan menyusun nasi lemak didalam bakul dan diletakkan di setiap meja makan.

Jadi tidak hairanlah kalau nasi lemak ini selalu habis dijual kerana ia merupakan hidangan yang sentiasa menjadi permintaan orang ramai.

Selalunya cuba nasi lemak ini digerai sahaja, apa kata anda mencubanya sendiri di rumah lagi sedap dengan menggunakan resepi yang saya kongsikan di sini.

Selain ianya lebih jimat, juga sesuai untuk disajikan bersama keluarga pada hujung minggu atau sebagai menu perkelahan.

Jom lihat 5 resepi nasi lemak sedap.

1. Sambal Nasi Lemak

Resepi Nasi Lemak Sedap

Bahan-bahan:

  • 3 biji bawang merah besar India
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis
  • 18-20 tangkai cili kering gemuk
  • ⅔ kerek gula melaka
  • ½ sudu makan asam jawa
  • Sedikit garam/perencah
  • Sedikit air jika perlu

Cara Penyediaan:

  1. Kisarkan bawang merah dan bawang putih bersama.
  2. Kisarkan cili kering. Pastikan ianya tidak dikisar bersama bawang merah dan bawang putih
  3. Hiriskan halus bawang besar dan tumis bawang besar terlebih dahulu sehingga naik bau.
  4. Selepas itu, masukkan bawang merah dan bawang putih yang sudah diblend sebentar tadi. Bila bau dah sedap, baru masukkan cili kering yang sudah dikisar.
  5. Pastikan api sekecil mungkin. Tumis dan biarkan dahulu sehingga pecah minyak. Kemudian baru masukkan gula melaka.
  6. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
  7. Reneh selama 2 hingga 3 jam untuk dapatkan tekstur sambal yang pekat. Untuk pengetahuan anda, renehan yang lama juga bagus untuk ketahanan sambal. Kalau reneh 3 jam, sambal anda boleh tahan selama seminggu ya.

2. Nasi Lemak Kukus

Resepi Nasi Lemak Sedap

Bahan-bahan:

  • 5 cawan beras
  • Pati santan secukupnya
  • 4 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 ulas bawang merah (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)

Cara Penyediaan:

  1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan toskan air nya.  Masukkan beras ke dalam loyang. Pindahkan loyang ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 20 minit atau beras separuh masak.
  2. Keluarkan beras dari pengukus dan terus rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat.  Toskan air.
  3. Setelah itu, kukus semula kali kedua beras yang telah memanjang tadi lebih kurang 15 minit atau sehingga betul betul masak.
  4. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam selama 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Paras santan kena lepas paras beras. Masukkan bawang merah dan halia hiris ke dalam santan.
  5. Akhir sekali, kukus lagi kali ketiga.  Carik carikkan daun pandan dan tabur dalam loyang.  Masukkan beras dan santan ke dalam loyang dan kukus selama 10 minit atau hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.

*Sediakan  lauk tambahan untuk dimakan dengan nasi lemak seperti ayam goreng, kacang tanah, dan telur mata.

3. Nasi Lemak Kampung

Resepi Nasi Lemak Sedap


Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras beras Basmathi (cm guna Basmathi Moghul), cuci dan rendam 30 minit
  • 6 cawan santan
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 biji bawang besar, belah 4
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 inci halia, diketuk
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 1/2 camca teh halba
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan sambal tumis:

  • 2 genggam ikan bilis, bersihkan dan rendam
  • 2 1/2 senduk nasi cili kisar
  • 1 camca teh pes asam jawa
  • 1 biji bawang besar hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 biji buah keras, hiris*
  • 1 inci belacan*(*dikisar halus)

Bahan-bahan sampingan:

  • Telur rebus secukupnya, dibelah 2
  • Hirisan timun secukupnya
  • Daun selom (opsyenal)
  • Ikan goreng @ ayam goreng
  • Sambal tumis

Cara Penyediaan:

  1. Untuk Nasi Lemak :- Toskan beras Basmathi, masukkan ke dalam rice cooker, masukkan santan, daun pandan, serai, bawang besar, bawang putih, halba, halia dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi kering. Biar betul2 masak, kemudian gemburkan nasi guna chopstick, off kan suis rice cooker, tujuan untuk mengelakkan nasi lemak menjadi terlalu bergerak pada bahagian bawahnya. Sementara menanti nasi masak anda boleh buat sambal tumis.
  1. Untuk Sambal Tumis :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga pecah minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah ikan bilis(toskan). Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali tambah hirisan bawang besar, kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  1. Untuk Nasi Lemak Kampung :- Ambil sehelai daun pisang, dan letak atas sehelai kertas surat khabar (yang telah dipotong kecil sikit dari saiz daun pisang). ceduk nasi lemak secukupnya atas daun pisang. Letak hirisan timun, telur rebus dan sambal tumis, kemudian bungkus seperti dalam gambar. Boleh hidangkan dengan baki bahan2 sampingan..

4. Nasi Lemak Sambal Udang

Resepi Nasi Lemak Sedap

Bahan-bahan (untuk Nasi Lemak):

  • 3 cawan beras
  • 3 cawan air 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 batang serai besar-dititk 
  • 2 cm halia - di potong nipis 
  • 2 ulas bawang merah - dipotong kecil 
  • 10 biji lada hitam 
  • 3 helai daun pandan- disimpul & ikat 
  • 1/2 sudu kecil garam - secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . 
  2. Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan
  3. Kemudian masukkan serai , halia , biji lada hitam , bawang merah dan daun pandan serta garam . 
  4. Kacau mesra semua bahan tersebut dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik .

Bahan-bahan (Sambal Tumis Udang):

  • 1 kilo udang sederhana besar 
  • 1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis 
  • 2 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang 
  • Garam dan air asam jawa secukup rasa 
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan (untuk dikisar): 

  • 10biji cili kering - boleh ditambah 
  • 5 bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 cm belacan - dibakar/grill

Cara Penyediaan:

  1. Udang di bersihkan kemudian ditos dan ketepikan dulu. 
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak . 
  3. Masukkan udang , bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api . Udang ni akan keluarkan sedikit air so tak perlu tambah air untuk kuah xtra.

5. Nasi Lemak Sambal Bilis

Resepi Nasi Lemak Sedap

Bahan bahan(Sambal Tumis Ikan Bilis):

  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana - hiris
  • Air asam jawa
  • Garam kasar
  • Gula Melaka
  • Gula pasir

Bahan kisar:

  • 16 tangkai cili kering + 2 sudu besar cili kisar 
  • 5 ulas bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan - opsyenal, tak letak 

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak yang banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis. Masukkan ikan bilis dan kacau seketika sehingga agak agak ikan bilis layu. 
  2. Tuangkan bahan kisar. Masak lama dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula Melaka. Kacau lagi. 
  4. Masukkan pula bawang besar hiris yang banyak. Masukkan gula, jika perlu. Perlahankan api dan renih sambal sehingga benar benar cantik dan terbit minyak.

*Sediakan nasi lemak dan lauk lauk tambahan untuk dimakan dengan nasi lemak seperti ayam goreng, dan telur mata.

Leave A Reply

Your email address will not be published.