fbpx

5 Resepi Nasi Jagung Sedap

0

Hari ini saya nak kongsi resepi nasi jagung yang sedap dan istimewa. Nasi jagung sesuai dihidangkan waktu hari raya, rumah terbuka, kenduri kendara dan sebagainya. Nasi jagung ini istimewa seperti nasi tomato dan nasi ayam. Sedap dimakan dengan pelbagai lauk kegemaran anda. Sangat sesuai dihidangkan dengan ayam masak merah. Selain itu, nasi jagung ini sesuai dimakan orang yang nak diet dan dimakan sebagai pelengkap sumber karbohidrat. 

Resepi Nasi Jagung Istimewa

nasi jagung istimewa azlita aziz

Nasi Jagung: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan Nasi Jagung:

  • 3 sudu besar margerin
  • 1 biji bawang besar ~ sayaa letak 3 ulas bawang merah
  • 1 cm halia ~ di ketuk
  • 1 batang serai ~ di ketuk
  • 2 tangkai cili merah ~ buang biji dan cincang halus
  • 50 gm udang kering ~ rendam lembut dan kisar
  • 1 biji tomato ~ di cincang
  • air secukupnya untuk menanak nasi
  • 1 helai daun pandan ~ di simpul
  • 2 helai daun salam
  • 2 tangkai cili hijau ~ buang biji tengah dan belah 2
  • 100 gm jagung biji
  • 3 cawan beras basmathi ~ rendam 1 jam
  • garam secukup rasa
  • Rempah tumis ~ ita tambah ( kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang , biji pelaga )
  • bawang goreng untuk tabur

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam periuk nasi.
  2. Tumiskan  rempah tumis, bawang, halia dan serai hingga harum.
  3. Masukkan cili dan goreng sebentar.
  4. Kemudian masukkan udang kering kisar, tomato, dan kacau sebentar.
  5. Kemudian masukkan air, kacau sebentar dan biarkan didih.
  6. Bila dah didih masukkan daun pandan, daun salam, cili hijau, jagung dan beras.
  7. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  8. Tutup periuk dan tanak nasi hingga masak.

KERUTUP AYAM

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam ~ potong kecil
  • 1 biji santan kelapa
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar rempah kerutup
  • Rempah tumis 4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga)
  • 1 batang serai ~ di ketuk
  • 2 biji kentang ~ belah 4
  • air asam jawa secukupnya
  • gula melaka
  • garam secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 1 mangkuk cili kering ~ sayaa letak dalam 20 tangkai
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inc halia
  • 1 inc lengkuas

Cara-cara:

  1. Goreng dahulu ayam bersama garam dan kunyit.
  2. Angkat dan ketepikan.
  3. Baki minyak goreng ayam, tinggalkan 1 senduk dan panaskan semula.
  4. Tumiskan rempah tumis 4 sekawan dan serai hingga harum.
  5. Masukkan bahan kisar dan masak hingga garing.
  6. Bila dah garing masukkan rempah kerutup yang di bancuh dengan air.
  7. Masak hingga terbit minyak.
  8. Masukkan kentang, air asam dan kerisik dan masak hingga kentang empuk.
  9. Masukkan gula melaka, dan garam secukup rasa.
  10. Akhir sekali masukkan ayam dan santan.
  11. Masak sambil kacau sekali sekala hingga kuah sedikit pekat.
  12. Angkat dan hidangkan.

ACAR MENTAH

Bahan-bahan:

  • 1 batang timun ~ di hiris nipis atau potong batang mancis ( buang biji tengahnya )
  • 1/2 batang lobak merah ~ di potong halus ~ atau sagat halus
  • 2 batang cili merah ~ buang biji dan hiris halus
  • 6 batang cili padi ~ hiris halus-halus
  • 2 labu bawang besar ~ di ghiris nipis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu besar cuka makan

Cara-cara:

  1. Gula, garam dan cuka di satukan.
  2. Timun, lobak , cili meah , cili padi dan bawang di satukan dalam bekas.
  3. Tuangkan larutan cuka, gula dan garam dan gaul rata.
  4. Sedia di hidangkan.

Resepi Nasi Jagung Serai Mat Gebu

nasi jagung serai mat gebu

Nasi Jagung Serai: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras basmathi, rendam 30 minit dan toskan
  • 4 cawan air rebusan ayam (atau 4 cawan air biasa + 1 kiub pati ayam “maggi”)
  • 1 cawan air dari dalam tin jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan jagung manis dalam tin
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 1 inci halia, hiris
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun sup, untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan

Bahan Tumis:

  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkeh

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, bawang besar, bawang putih, serai dan halia hingga harum. Tambah beras tadi dan goreng 1 minit. Matikan api dan alih beras tadi ke dalam rice cooker.
  2. Masukkan jagung, daun pandan, air rebusan ayam + air dari tin jagung dan susu, kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Tanak nasi seperti biasa hingga betul2 masak. Gemburkan dengan chop stick dan tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar timun dan daging beriani.

DAGING BERIANI

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging
  • 4 sudu besar rempah beriani – bancuh dgn sedikit air
  • 1 cawan yogurt
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 3 biji kentang potong kecil
  • 2 biji tomato buah – belah 4
  • 3 biji tomato buah ranum – mesinkan dengan 2 cawan air
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 labu bawang besar – belah 4
  • 1 daun ketumbar – potong kasar
  • garam

Bahan tumbuk:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia

Bahan tumis:

  • 2 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • minyak

Cara-cara:

  1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yang dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
  4. Masukkan buah tomato yang telah dimesin dengan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
  5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
  6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
  7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan.

Resepi Nasi Jagung Chef Wan

nasi jagung chef wan

Nasi Jagung: Sumber Chef Wan

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras
  • 1 cawan isi jagung
  • 1 cawan susu cair
  • Air secukupnya
  • 1 sudu kecil garam

Bahan Tumisan:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan dicarik & disimpul

Bahan Kisaran:

  • 3 ulas bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 2 cm halia

Cara-cara:

  1. Basuh bersih beras, toskan air, ketepikan.
  2. Tumis bahan tumisan hingga wangi dan masuk bahan kisar. Masak hingga wangi dan kering.
  3. Masukkan susu cair, air secukupnya dan garam. Masukkan juga beras dan jagung. Sukat air guna jari.
  4. Pindahkan periuk dlm rice cooker dan masak seperti biasa. Sesekali kacau supaya nasi masak sekata.
  5. Bila nasi dah kering masukkan hirisan daun sup dan kacau-kacau guna garfu.

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:

  • 6 ketul ayam
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 keping asam keping
  • Secukup rasa garam, gula & perasa

Bahan Kisar:

  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15 tangkai cili kering direbus

Cara-cara:

  1. Lumur ayam dgn garam & serbuk kunyit. Goreng separuh garing. Angkat & toskan minyak.
  2. Guna minyak gorengan ayam (buang sikit jika banyak) tumis bahan kisar. Masukkan serai & asam keping & masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula dan biarkan gula caramalised br dikacau. (Untuk menghasilkan warna kuah yang menarik)
  4. Masukkan santan, air, garam & perasa. Kacau sebati. Masukkan ayam & masak hingga kering. Kacau sekali sekala supaya tak hangit.

JELATAH

Bahan-bahan:

  • 1/2 batang timun
  • 1/2 batang carrot
  • 1 biji cili merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 4 sudu besar cuka

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan sayuran yg dipotong memanjang. Kacau sebati.

Resepi Nasi Jagung Ummi

nasi jagung ummi

Nasi Jagung: Sumber Ummi

Bahan A:

  • 6 cawan beras basmathi – cuci dan toskan.
  • 2 cawan isi jagung (*ummi guna jagung frozen)
  • 1/2 cawan susu cair (*ummi guna fresh milk)
  • 8 cawan air
  • 2 biji buah tomato (potong dadu)
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula (*untuk separuh dari bahan ni, ummi letak 1 sudu kecil)

Bahan Tumis:

  • 5 ulas bawang merah (dimayang nipis)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang nipis)
  • 2 cm halia (dimayang halus)
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bungan lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 helai daun pandan (disimpul)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi elektrik dan masukkan bahan tumis, bawang, halia dan daun pandan. Kacau. Bila sudah naik bau, masukkan rempah beriani. Biarkan naik minyak.
  2. Masukkan beras, jagung, tomato dadu, garam, gula dan susu cair. Kacau sebentar. Masukkan air secukupnya, kacau rata. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik dan masak nasi seperti biasa.
  3. Apabila sudah masak, hidangkan bersama kuzi daging, dalca dan papadom.

Resepi Nasi Jagung Daging Masak Itam

Nasi Jagung Daging Itam: Sumber Hafizah Yahya

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras 
  • 1 cawan jagung dalam tin –
  • Whole kernel
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • mentega + minyak secukupnya untuk menumis

Bahan untuk menumis:

  • 1/2 labu bawang besar – dicincang 
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 inci halia – dicincang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai daun ketumbar, daun pudina dan daun bawang
  • 2 helai daun pandan daun – di simpul

Cara-cara:

  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Panaskan periuk dan masukkan mentega serta minyak masak.
  3. Tumis rempah (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga).
  4. Masukkan pula halia, bawang putih dan bawang besar. Kacau untuk beberapa minit dan kemudian masukkan beras.
  5.  Kacau seketika, masukkan pula air, susu cair, garam, jagung, daun ketumbar, daun pudina dan daun bawang.
  6. Biarkan beras mendidih,dan tutup periuk. Kecilkan api dapur dan biarkan nasi masak seperti biasa. Boleh juga gunakan periuk nasi elektrik untuk memasaknya.
  7. Setelah nasi masak bolehlah di hiaskan dengan kismis atau gajus goreng.

Nota:

  • Jika menggunakan beras Basmathi hendaklah di rendam terlebih dahulu dalam 15 ke 20 minit. (Lebih praktis rendamkan beras yang telah dibasuh dalam 5 ke 7 minit ke dalam air panas dan toskan segera sebelum memasak – untuk mendapatkan nasi yang berderai)

Penutup

Mudah nak buat resepi nasi jagung ni sebenarnya kan? Kalau rasa teringin nak masak masakan istimewa, apa kata cuba nasi jagung ini. Bahan-bahan pun mudah nak dapat dan rasanya sedap. Nak makan tanpa lauk lain pun boleh, tapi kalau ada acar atau jelatah, lagi bertambah la selera orang rumah. Tak rugi cuba.

Anda juga boleh cuba resepi:

Leave A Reply

Your email address will not be published.