fbpx

5 Resepi Terung Salted Egg Special Yang Sedap, Confirm Menjadi!

Hari ini saya nak kongsi resepi terung goreng salted egg special. Rasanya sedap dan crunchy. Seriously anda kena cuba resepi ini, cukup mudah dan confirm menjadi! Rasa telur masin ataupuun viral sebagai salted egg ini cukup unik rasaya. Sedapnya rasa kuning telur masin membuatkan terung yang digoreng membangkitkan deria rasa anda. Makan dengan nasi panas ataupun dengan bubur pun sedap!

Resepi Terung Salted Egg Mizzanem

Terung Salted Egg Mizzanem

Terung Salted Egg: Sumber Mizzanem

Bahan-bahan:

  • 6 biji Terung
  • Tepung Bestari goreng perisa original
  • Air sejuk secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • Beberapa cili padi dipotong halus
  • 2 tangkai daun kari
  • Sesudu mentega
  • Serbuk salted egg Bestari secukupnya

Cara-cara:

  1. Bancuhkan tepung bestari dengan air sejuk.
  2. Celupkan terung yang sudah dibelah 4.
  3. Gorengkan terung dalam minyak panas. Angkat bila terung masak. Ketepikan.

  4. Sediakan bahan tumisan. Panaskan butter hingga cair. Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari. Gaul hingga harum. Kemudian, masukkan serbuk salted egg. Kacau sebati.
  5. Masukkan terung yang telah digoreng ke dalam tumisan tadi. Gaul aduk biar terung bersalut dengan salted egg. Tak perlu masak lama. Tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Resipi Terung Salted Egg Cik Min

Terung Salted Egg Cik Min

Terung Salted Egg: Sumber Cik Min

Bahan-bahan:

  • Terung (dibelah 4 jika kecil)
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • 3 biji cili api dihiris
  • 1 tangkai daun kari
  • Tepung rangup/tepung goreng ayam Bestari
  • Salted egg seasoning –  kalau tak ada rebus telur masin amik kuningnya dan lenyek-lenyek
  • Sedikit butter untuk menumis

Cara-cara:

  1. Salutkan terung dengan tepung goreng ayam.
  2. Goreng terung hingga masak dan ketepikan.
  3. Panaskan butter dalam kuali.
  4. Tumis bawang putih, cili api dan daun kari.
  5. Masukkan serbuk telur masin.
  6. Masukkan terung dan gaul sebati.
  7. Tutup api dan sedia  untuk dihidang.

Resepi Terung Telur Asin Farrah MF

Resepi Terung Telur Asin Farrah MF

Terung Telur Asin: Sumber Farrah MF

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur asin
  • 3 biji terung bulat (dipotong)
  • 3-5 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 5 batang cili api (dihiris)
  • beberapa tangkai daun kari
  • 1 sudu besar mentega
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng terung

Cara-cara:

  1. Pecahkan telur asin, asingkan kuning telurnya. Kita hanya nak pakai kuning telurnya sahaja. Tetapi sebab sayang dengan putih telur, saya ambil sedikit putih telur dan kacau bersama kuning telur hingga sebati. Jika nak guna putih telur, jangan ambil banyak sangat! Nanti termasin pula hidangan kita.
  2. Panaskan minyak dan goreng terung yang telah dipotong sehingga lembut. Angkat dan ketepikan.
  3. Ketepikan minyak menggoreng terung tadi. Masukkan satu sudu mentega ke dalam kuali. 
  4. Tumis daun kari hingga naik bau, diikuti dengan cincangan bawang putih dan cili api. 
  5. Setelah itu, masukkan kuning telur dan kacau guna sudip sehingga semua bahan tergaul sekata dan kuning telur masak. Pada stage ini, boleh tambahkan sedikit susu cair jika mahu rasa yang lebih creamy. Saya tidak gunakan susu cair untuk hidangan kali ini.
  6. Akhir sekali, masukkan terung yang telah digoreng. Gaul sekata. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Terung Goreng Telur Asin / Egg Plant Salted  Egg Janet Bell

Terung Goreng Telur Asin Egg Plant Salted  Egg Janet Bell

Terung Goreng Telur Asin / Egg Plant Salted: Sumber Egg Janet Bell

Bahan-bahan:

  • 4 Biji Terung @ Eggplant (Potong Terung @ Eggplant dan rendam dalam air supaya warnanya tidak berubah menjadi hitam)
  • Satu Tofu Telur (Dipotong menjadi sepuluh bahagian)
  • Hirisan Daun Bawang
  • Sos Tiram
  • Ajinomoto
  • Garam
  • Gula

Bahan Kisar:

  • Sebiji Cili Merah
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • 2 Biji Bawang Merah
  • Sebiji Telur Masin

Hiasan Masakan:

  • Hirisan Daun Bawang 

Cara-cara:

  1. Panaskan Minyak Masak dan Goreng Terung@Eggplant selama seminit.
  2. Ketepikan Terung @ Eggplant yang sudah di goreng.
  3. Panaskan Minyak masak dan Goreng Tofu Telur selama Seminit.
  4. Ketepikan Tofu Telur yang sudah digoreng.
  5. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar.
  6. Masukkan Daun Bawang dan gaul sehingga sekata.
  7. Masukkan Sos Tiram, Ajinomoto, Garam dan Gula secukup rasa. (Boleh tambah sedikit air sekiranya masakan terlalu kering).
  8. Masukkan Terung @ Eggplant yang sudah digoreng dan gaul sehingga sekata.
  9. Masukkan Tofu telur yang sudah Goreng dan gaul sekejap sehingga sekata.
  10. Hidang masakan dan tabur hirisan daun bawang di atas masakan sebagai hiasan.

Resipi Terung Masak Salted Egg Nik Najihah Farhani

Resipi Terung Masak Salted Egg by Chef Jihah

Terung Masak Salted Egg: Sumber Nik Najihah Farhani

Bahan-bahan:

  • Terung
  • Tepung gandum
  • Tepung serbaguna
  • Butter
  • Bawang putih
  • Cili merah atau cili padi
  • Daun kari
  • Salted Egg Paste

Cara-cara:

  1. Tuangkan air ke dalam tepung serbaguna.
  2. Tuangkan atas terung.
  3. Kemudian salut dengan tepung gandum dan goreng atas kuali sehingga warna keemasan.
  4. Masukkan butter ke  dalam kuali, sampai dia cair.
  5. Masukkan bawang putih,  cili merah dan daun kari. Kacau dan masukkan paste salted egg.
  6. Akhir sekali, letakkan terung yang sudah digoreng tadi.

Penutup

Mudah sahaja kan cara nak sediakan resepi terung salted egg ini. Bahan nak kita sediakan pun kebanyakkannya sudah ada di  dapur. Bagi isteri yang nak kan resepi baharu, anda boleh cuba resepi ini untuk kelainan masakan anda minggu ini. 

Anda juga boleh cuba resepi:

Leave A Reply

Your email address will not be published.