fbpx

13 Resepi Roti Canai Sedap (Cara Mudah Buat Roti Canai Homemade)

Hari ini saya nak kongsi resepi roti canai. Roti canai ni sedap sebab rangup dan fresh bila dibuat panas-panas. Sedapnya tekstur roti yang flaky berlapis-lapis tu kan? Makan begitu sahaja pun sedap. Nak makan dengan kuah kari, gulai lemak, sambal sardin, gula atau susu pekat pun boleh. Ikut selera masing-masing. Nak buat stok frozen pun sedap, goreng bila lapar nanti. Siapa  yang sukakan kuah banjir, pasti nikmat makan dengan roti canai ini. Nak makan dengan gula pun boleh.. sedap sangat! Makan kosong pun boleh.

Resepi Homemade Roti Canai Azie Kitchen

Homemade Roti Canai Azie Kitchen

Homemade Roti Canai: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  •  250 gram tepung gandum
  • 50 ml susu cair
  • ¼ sudu besar garam
  • 100 ml air

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan ke dalam besen. Kemudian tuang air sedikit demi sedikit dan uli sampai lembut dan tak melekat kat besen dan tangan. Nota: jangan tuang kesemua air, tengok dulu adunan. Atau jika tuang air semua sekali, kena tambah tepung gandum jika terlembik.
  2. Biarkan 1 jam dalam bekas bertutup supaya tak masuk angin. Selepas adunan jadi bergetah dan kenyal, baru buat bebola.
  3. Lenser bekas dengan majerin. Buat bebola seberat 70-75 gram dan kemudian lumur majerin pada bebola supaya tak melekat.
  4. Lumur minyak pada tangan dan leperkan bebola menggunakan tapak tangan. Tarik tarik sambil digoyang sampai nipis. 
  5. Kemudian dilipat empat persegi atau dibulatkan. Kemudian dipenyet penyetkan sebelum dibakar.
  6. Sedia untuk dibakar menggunakan kuali non stick dan sedikit minyak. 
  7. Setelah masak, dikepuk kepuk roti canai dengan dua dua belah tangan.

Nota:

  • Jika doh tersebut melawan balik maknanya perlu diuli lagi. Pastikan ianya penyet, macam gula-gula getah.
  • Sebaiknya buat malam untuk ditebar keesokannya.

Resepi Roti Canai Homemade Tanpa Telur Qaseh Honey

Roti Canai Homemade Tanpa Telur Qaseh Honey

Roti Canai Homemade Tanpa Telur: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 500 gram tepung gandum / all purpose flour
  • 250 ml air / water
  • 1/2 sudu besar gula / tbsp sugar
  • 1/2 sudu kecil garam / tsp salt
  • 1 1/2 sudu susu pekat manis / tbsp condensed milk
  • 1 sudu besar marjerin / tbsp margerin
  • 1 sudu besar minyak masak / tbsp cooking oi

Cara-cara:

  1. Satukan gula, garam, susu pekat manis, marjerin dan minyak masak. kacau sekejap (marjerin berketul pon takpe..nanti akan diuli dengan tepung).
  2. Masukkan tepung gandum dan uli dengan menggunakan tangan sehingga doh tidak melekat lagi di tangan.
  3. Rehatkan doh (10 minit) dan tutup bekas dengan plastik wrap. Selepas 10 minit, uli doh lagi selama lebih kurang 2 minit (ulang proses ni 4-5 kali). 
  4. Kemudian bulatkan doh kecil-kecil (bahagikan sama berat) lebih kurang 62-63 gram.
  5. Rendamkan doh ke minyak masak sehingga tenggelam.
  6. Rehatkan doh selama 2-3 jam atau nak lagi sedap, biarkan semalaman (letak di luar sahaja) QH biarkan semalaman.
  7. Selepas 2-3 jam atau semalaman, boleh la menebar (pastikan tangan sentiasa berminyak untuk memudahkan proses).
  8. Ambil beberapa ketul doh dan leperkan sedikit, letak ketepi. Ambil doh tadi dan leperkan dahulu bagi nipis, kemudian boleh la di tarik-tarik sehingga betul-betul nipis (jika doh koyak sikit-sikit takpe).
  9. Apabila telah nipis bentukkan sanggulnya seperti di gambar atas (hasil yang cantik pasti ada gelembung-gelembung udara) (sebelum sanggulkan boleh juga direnjis-renjiskan sedikit minyak masak ke atas doh yang dicanai tadi).
  10. Jika pandai menebar roti canai dengan cara biasa dipersilakan setelah semuanya siap di tebar, panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak masak (lebihan minyak masak tadi jangan di buang).
  11. Leperkan sanggul tadi kepada bentuk bulat, jangan tekan terlalu nipis (cukup cuma bulatkan sahaja). Angkat dan teruskan letak di atas kuali yang dipanaskan tadi dengan api kecil.
  12. Renjiskan sedikit minyak masak ke atas roti canai tadi. Sentiasa balik-balik roti canai tadi supaya masak sekata, angkat dan siapkan semuanya.
  13. Apabila semua telah siap di masak, tepukan roti canai tersebut baru la hasilnya seperti di kedai. Siap.
  14. Hidangkan bersama dengan kuah dalca, kuah kari dan asam pedas.

Resepi Mudah Homemade Roti Canai dan Roti Boom Ana Jingga

Homemade Roti Canai dan Roti Boom

Homemade Roti Canai dan Roti Boom: Sumber Ana Jingga

Bahan-bahan:

  • 250 gram tepung gandum
  • 50 ml susu cair 
  • ¼ sudu besar garam
  • 100 ml air 
  • mentega sedikit
  • minyak masak secukupnya

Cara-cara:

  1. Satukan tepung gandum, susu cair dan secubit garam ke dalam besen. Kemudian tuang air sedikit demi sedikit dan uli sampai lembut dan tak melekat kat besen dan tangan. Pastikan korang tuang sedikit demi sediikit dan uli hingga tidak melekat, jangan tuang banyak sekali tau, nanti lembik pula adunannya. Kalau terlalu lembik tambah kan tepung sedikit demi sedikit. 
  2. Uli adunan sehingga kenyal dan tidak jatuh bila kita terbalikkan dalam mangkuk adunan tadi. Oles kan bekas dengan marjerin agar tidak melekat. Bulat-bulatkan saiz kecil-kecil sebesar gengaman lebih kurang , sapukan permukaannya dengan marjerin dan rehatkan adunan selama 1-3 jam.
  3. Bila tiba masa nak canai, sapukan permukaan belakang talam dengan minyak masak secukupnya, dan juga pada tangan. Letakkan di permukaan belakang talam atau pun apa-apa permukaan rata yang sesuai, dan cuba tarik adunan sebesar yang boleh dan kalau adunan yang menjadi tu, bila kita tarik nipis ia tidak akan koyak. Kalau koyak kat hujung-hujung tu normal lah kan amatur lagi hehe.
  4. Bila dah nipis tu lipatlah empat segi untuk menjadikannya roti canai, atau buat lilitan dan bulatkan serta penyetkan jika nak jadikannya roti boom macam yang suami ana buat di bawah ni. Kami buat roti boom sebab nak simpan frozen kononnya.
  5. Oleskan non-stick pan dan bolehlah menggoreng roti canai atau roti boom di atas kuali leper dan balik-balikkan hingga masak garing. Kalau nak simpan forzen cukup sekadar separuh masak tepung sampai tak melekat dah boleh sejuk dan freezer kannya.
  6. Dah masak tu tepuk-tepuk lah bagi ia pecah supaya jadi garing dan lebih lembut di makan. 

Resepi Roti Canai Tampal Telur Goyang

Roti Canai Tampal Telur Goyang

Roti Canai Tampal Telur Goyang: Sumber Namakucell

Bahan-bahan:

  • Guna Roti Canai (Roti Parata Frozen)
  • 1 sudu teh minyak
  • telur

Cara-cara:

  1. Keluarkan Roti Paratha tu yang belum dimasak. 
  2. Panaskan kuali, tak payah letak minyak.
  3. Terus letak Roti Paratha yang sejuk beku tu.
  4. JANGAN defrost, terus masak masa tengah beku tu. Kalau dah lembik susah nak adjust (kalau dah lembik, frozen semula sampai keras, baru digunakan).
  5. Bila nampak permukaan roti dah mula hilang beku, terbalikkan.
  6. Masak kedua- dua belah hingga nampak garing. Kemudian angkat. Ulang proses yang sama ikut seberapa yang diperlukan.
  7. Panaskan 1 sudu teh minyak dan  pecahkan telur. HATI-HATI supaya kuningnya tak pecah. API mesti perlahan.
  8. Bila nampak putih telur mula membeku,terus telangkupkan sekeping Roti Canai yang dah dimasak tadi.
  9. Jolok sudip dibawahnya dan terbalikkan. Masa memasak ikut kepada nak kuning telur tu cair atau masak keras. Kalau nak kuningnya masak keras..biar lama sikit.

Resepi Mudah Dan Sedap Roti Canai Gunakan ‘Breadmaker’

Resipi Mudah Dan Sedap Roti Canai Gunakan ‘Breadmaker’

Roti Canai Gunakan ‘Breadmaker’: Sumber Thevocket

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 3 camca besar majerin
  • 1 camca gula
  • 3 camca besar susu pekat manis
  • 2 sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 500 ml air sejuk

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan dalam breadmaker.

  2. Uli sampai siap dan pilih menu dough.

  3. Timbang seketul 75 gram, dan lumurkan setiap biji dengan planta. *Nota: ada juga yang rendam semalaman dalam minyak.

  4. Kemudian, selepas rehatkan dalam 30 minit, anda boleh tebar roti canai tersebut.

  5. Akhir sekali, masak roti canai tersebut di atas kuali yang panas dan siap.
    *Nota: jika ingin makan untuk esok, hanya masak setengah masak lalu masuk dalam frozen dan panaskan sahaja menggunakan air fryer jika ingin makan.

Resepi ‘Roti Canai Sarang Burung’ 

‘Roti Canai Sarang Burung’

‘Roti Canai Sarang Burung’ : Sumber Daily Makan

Bahan-bahan:

  • Roti paratha jenama kawan
  • Telur
  • Bijan dan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Mula-mula spray mangkuk tahan panas guna eazeespray baking pan. Tujuannya supaya roti tak melekat di mangkuk. Kalau tak ada oleskan saja butter guna tisu.
  2. Biarkan roti lembut sedikit, tapi jangan lembik tau, nanti dia melekat-lekat. Masukkan roti dalam mangkuk, pecahkan telur dan taburkan bijan atasnya.
  3. Set airfryer suhu 170°c selama 10minit. Kalau guna sebiji telur set masa selama 8minit. Apa pun, suhu dan masa adalah bergantung kepada jenama airfryer masing-masing. Kita guna jenama Innofood.
  4. Bila dah siap, taburkan daun bawang bagi cantik. Sedia untuk dihidang bersama kuah yang anda sukai. Kita makan dengan kari daging campur kentang yang dimasak pekat-pekat.

Resepi Dan Cara Buat Roti Canai Lembut & Kuah Dhal

Roti Canai Lembut & Kuah Dhal Rizwanewan

Roti Canai Lembut & Kuah Dhal: Sumber Rizwanewan

Bahan-bahan:

  • 550 gram tepung gandum
  • 250 gram air
  • Sebiji telur
  • 3 sudu kecil susu pekat manis
  • 1  sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil butter/marjerin
  • 1-2 sudu kecil tepung gandum untuk ditambah kalau terlembik masa menguli

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam bekas, kacau hingga sebati.
  2. Masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung.
  3. Uli hingga menjadi doh.
  4. Rehatkan doh selama 10 minit.
  5. Uli lagi selama 5 minit.
    ** Ulang step No. 4 & 5 sebanyak 3 kali
  6. Bentukkan bulat-bulat, sapu dengan marjerin sebelum disimpan.
  7. # Kalau ikut resepi asal, simpan selama tiga jam atau lebih….tapi Mr. Hubby dan kawannya uli pada malamnya dan tebar keesokan pagi.. Memang elok jer waktu tebar tak koyak..Roti pun lembut…
  8. Masa nak tebar/kibar, penyekkan dulu sebesar tapak tangan, kemudian baru tebar…

Bahan-bahan Kuah Dhal:

  • 1 cawan kacang dal
  • 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
  • 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat)
  • 2 biji kentang dibelah
  • sedikit serbuk kunyit
  • **1 inci halia diracik
  • **2 biji bawang putih diracik
  • **3-4 biji bawang kecil dimayang
  • **sedikit daun kari
  • **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
  • **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
  • 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula sesedap rasa

Cara-cara:

  1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
  2. Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
  3. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
  4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
  5. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing .

Resepi Roti Canai Lembut Rangup Sampai Petang

Resepi roti canai lembut rangup sampai petang

Roti Canai Lembut Rangup: Sumber Malay Kitchen

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil garam
  • Air bersih secukupnya
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Sediakan mangkuk atau bekas yang sesuai. Masukan semua bahan di atas kecuali minyak masak. Gaul dan ratakan.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata. Uli sehingga semua bahan sebati dan membentuk doh.
  3. Sediakan satu bekas seperti loyang, tuang minyak masak memenuhi loyang atau bekas itu.
  4. Ambil bekas yang berisi doh, kali ini bentukkan doh menjadi saiz yang lebih kecil dan letak ia di dalam loyang yang berisi minyak masak tadi.
  5. Biarkan ia terendam di dalam minyak masak beberapa jam. (7-8 jam).
  6. Setelah itu, ambil 1 doh kecil itu, tebarkan di atas permukaan yang rata dan lipat ke bentuk roti canai seperti ditujukan di dalam video.
  7. Kemudian boleh terus masak di atas kuali tanpa minyak.
  8. Roti canai sudah masak apabila ia kelihatan sedikit garing di bahagian atas dan bawah. Sedia untuk dihidang panas – panas bersama kuah dal atau kari. Selamat mencuba!

Resepi Roti Canai Bulat Kelate

Roti Canai Bulat Kelate

Roti Canai Bulat Kelate: Sumber Cik Wan Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 4 cawan air
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu garam

Cara-cara:

  1. Masukkan tepung gandum dalam bekas menguli.
  2. Satukan 3 cawan air dengan garam dan susu.
  3. 1 cawan air lagi sebagai kawalan untuk adunan sama ada keras atau lembik.
  4. Masukkan 3 cawan air tadi ke dalam tepung, gaul dan uli.
  5. Gunakan lebihan 1 cawan air lagi untuk tambahan kalau adunan keras…tambah sikit-sikit. Kalau dah ok, tak payah habiskan 1 cawan tu.
  6. Uli sebati. Biarkan 10 minit. Lepas 10 minit, uli lagi. Biar lagi 10 minit. Uli lagi.
  7. Kalau dah cukup lembut, bulat-bulatkan adunan. Sapu kedua-dua belah tangan dengan margarin dan lumur pada doh yang telah dibulatkan.

Resepi Roti Canai Homemade Lina Pg

RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE

Roti Canai Homemade: Sumber Lina Pg

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1  sudu besar majerin
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 biji telur
  • Air sejuk secukupnya

Cara-cara:

  1. Dalam mangkuk besar, satukan majerin, susu, gula dan kacau sebati. Masukkan telur dan kacau guna hand whisk hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum dan adun hingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan (untuk panduan jumlah air yang lina pg gunakan anggaran 150 ml)
  4. Tutup doh dengan kain lembab dan rehatkan selama 10min.
  5. Selepas 10 min uli semula doh (lina pg uli sekejap jer anggaran 2-3min sahaja)
  6. Tutup semula doh dan rehatkan selama 5 min. Kalau rajin boleh ulang uli.
  7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan (buat rounding)
  8. Sapukan bekas dengan majerin dan sapukan bebola doh tadi dengan majerin, rehatkan doh (dalam bekas tertutup) selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
  9. Kemudian bolehlah dicanai mengikut kreativiti masing masing. Goreng roti canai dengan api kecil hingga kuning keemasan.

Resepi Roti Canai Lembut Resepi Dari Maslinda

Roti Canai Lembut Resepi Dari Maslinda

Roti Canai Lembut Resepi Dari Maslinda: Sumber Dapur Kak Noor

Bahan-bahan:

  • 1 kilo tepung gandum (ayak dulu kalau rajin)
  • 4 sudu besar majerin planta( cairkan dan sejukkan terlebih dahulu)
  • 480ml air ( anggaran- tuang sikit2)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Taburkan tepung di atas meja atau dulang.
  2. Buat bentuk seperti gunung berapi. (bulat di tengah).
  3. Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin, telur di tengah.
  4. Gaul kesemuanya hingga sebati. Kemudian gaul dengan tepung.
  5. Tuang air sedikit demi sedikit.
  6. Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut ( lebih kurang sejam laa uli kalau nak dapat doh roti canai terbaik, so disini laa cabaran buat roti canai.. Kalau sesiapa yang nak uli roti canai tu, pastikan tenaga anda telah dijana secukupnya lebih-lebih lagi otot-otot lengan.)
  7. Tapi kalau ada mixer ( mesin penguli roti) atau breadmaker, boleh la guna.. Tak payah laa habis tenaga nak uli kan.
  8. Biarkan doh tadi selama 2 jam.
  9. Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin atau boleh juga guna minyak masak dan buat bulat kecil kecil…Pastikan rata dengan majerin @ minyak.
  10. Tutup doh semula dan biarkan selama 2 jam.
  11. Doh sedia untuk di canai ikut kreativiti masing-masing… ( kalau siapa pandai tebar maka tebar lah.. Yang tak pandai maka gunakan kaedah tarik perlahan-lahan atas dulang besar).
  12. ****1 kilo tepung boleh menghasilkan 12 – 15 keping roti canai..bergantung pada size yang anda inginkan sendiri.

Bahan kuah dhal roti canai

Bahan A:

  • 200 gram kacang dhal- rendam semalaman agar cepat empuk
  • 1 biji terung bulat dikupas kulit dan dipotong dadu( takde pun takpe)
  • 1/2 batang carrot dikupas kulit dan dipotong dadu
  • 1 biji kentang di dadu sederhana
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 buku pati ayam
  • garam secukup rasa
  • ***Bahan B ni ditumis sehingga naik bau dan layu dalam kuali berasingan.

Cara-cara:

  1. Rebus kacang dhal sampai empuk.
  2. Bila kacang dhal dah separuh empuk , masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan kentang, terung dadu dan carrot dadu.
  4. Bila semua dah empuk , perasakan dengan garam secukup rasa dan ketepikan (boleh tambah air jika kuah dhal terlalu pekat)..
  5. Dalam kuali , (tumis bahan sehingga naik bau…Bila dah naik bau , angkat dan tuangkan kesemua bahan tumis kedalam (bahan A) kuah dhal tadi ….kacau seketika..Tutup api …Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Roti Canai Telur Cikgu Ert Suzana

Roti Canai Telur

Roti Canai Telur: Sumber Cikgu Ert Suzana

Bahan-bahan:

  • 500 gram tepung gandum
  • 1/2 cawan air panas + 1 sudu marjerin
  • 1 cawan air 
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit shortening
  • *  boleh gantikan shortening dengan 2 sudu besar susu pekat manis
  • sedikit marjerin
  • Minyak untuk menggoreng

Inti: (untuk 8 keping)

  • 4 biji telur ayam ( 1 biji telur untuk 2 roti canai)
  • 2 biji bawang besar – dadu
  • 2 biji cili hijau – hiris bulat (jika suka)
  • sedikit garam

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan.
  2. Uli campuran bahan sehingga menjadi doh.
  3. Uli lagi lebih kurang 30 minit sehingga doh lembut. (Boleh guna mixer).
  4.  Bahagikan doh kepada 8 bebola, disalut dengan marjerin setiap bebola.
  5. Biarkan doh direhatkan sekurang-kurangnya 2 jam, lebih lama lagi bagus.
  6. Bagi inti pula, pukul sedikit telur dan campurkan dengan bawang, cili dan sedikit garam.
  7. Leperkan bebola doh nipis-nipis dan tebar agar menjadi lebar, jangan lupa sapu dengan sedikit minyak. (boleh tarik atau regang menjadi lebar kalau tak reti tebar).  
  8. Letakkan 1/8 bahagian campuran telur  di tengah-tengahnya. Lipat menjadi empat segi dan goreng dengan minyak sedikit sehingga keperangan.
  9. Hidangkan dengan kuah dal atau kuah kari.

Resepi Roti Canai Sardin Ida

Roti Canai Sardin

Roti Canai Sardin: Sumber Ida

Bahan-bahan:

  • 550 gram tepung gandum
  • *250 gram air/250 ml air….doh ida cam lembik sikit, susah nak tebar…..maybe next time kena kurangkan sikit sukatan air
  • *1 telur
  • *3 sudu besar susu pekat manis
  • *1sudu kecil garam…ida lebihkan sikit
  • *1 sudu kecil butter/marjerin-15 gm…rasanya 1 sdbsr ni kalau ikut timbangan tu
  • 1-2 sudu besar tepung gandum untuk ditambah kalau doh terlembik semasa menguli

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam bekas, kacau sebati.
  2. Masukkan no.1 ke dalam tepung.
  3. Uli sehingga jadi doh.
  4. Rehatkan selama 10 minit.
  5. Uli lagi selama 5 minit.
  6. Ulang step 4 & 5 sebanyak 3 kali. ##Noticed : lepas kali ke-3 proses uli dan rehat, doh dah bertambah kenyal dan tak melekat, so jangan risau kalau 1st proses terasa doh melekat di tangan, kalau ianya lembik lagi selepas 2nd time uli & rehat, tambah sedikit tepung ( 1 sudu besar)
  7. Advisable uli guna tangan…….TAPI nak pakai breadmaker( BM) pun boleh. Untuk BM, follow step 1,2 & 3 di atas, masukkan dlm BM, guna program basic bread, biarkan proses selama 1 jam 15 minit, selalunya doh lembik sedikit sbb temp. BM.
  8. Semasa machine pause/rehat, keluarkan doh, uli sekejap dengan sedikit tepung dan masukkan balik dalam machine.
  9. Bila dah siap dalam BM, bentuk bulat-bulat, produce 12-16 biji ( ida buat 9 biji jer ) depending on the size. Sapu marjerin sebelum perap…ida sapu ngan minyak masak setiap bebola dan perap.Perap selama 3 jam @ lebih ……Ida perap semalaman.
  10. TIPS: Jika terlebih uli, doh akan kenyal & susah nak tebar, bila masak roti juga akan kenyal…sebab itulah proses uli, rehat…diulang-ulang 3x.
  11. Doh roti canai ni memang keras berbanding dengan doh roti bun biasa, tetapi jangan risau, selepas diperap, doh akan lembut. Kalau doh terlalu lembik, nanti bila nak kibar akan terkoyak….kalau tak tau kibar boleh tarik nipis-nipis…cadangan ida, boleh tarik pada bahagian belakang dulang.
  12. Masa nak kibar, doh yg bulat-bulat tadi hendaklah dipenyek/dileperkan sebesar tapak tangan dan rehatkan selama 10 minit. Boleh buat banyak-banyak kemudian barulah dipenyek besar-besar untuk proses kibar.

Bahan Inti Roti Canai Sardin:

  • 1 tin besar sardin….tak semua habis dipakai
  • 1 labu bawang besar….hiris halus
  • Telur secukupnya…..ikut citarasa masing2@ 2 biji
  • Jika nak tambah …serbuk cili dan sikit garam

Cara-cara:

  1. Sardin dihancurkan dgn sudu, pecahkan telur ke dalamnya, masukkan bawang.
  2. Tambah serbuk cili dan garam jika mau.
  3. Gaul sebati.
  4. Doh yang ditebar nipis diletak atas meja tebaran tadi. Curahkan adunan sardin secukupnya dan balut kemas. Angkat & goreng dgn api kecil di atas kuali leper yangg direnjis sedikit minyak sehingga masak. Tutup kuali supaya lebih cepat masak…balikkan dan goreng sehingga masak.

Penutup

Resepi roti canai yang dikongsikan ini sangat mudah, simple, rasanya sedap. Lebih sedap kita boleh olah sendiri nak macam mana cara goreng roti canai yang kita buat sendiri. Buat homemade lagi terjamin kebersihan makanan yang kita buat. Air tangan isteri pastinya pengikat kasih sayang keluarga. Suami dan anak-anak nak buat sekali pun boleh. Mudah je nak buat resepi roti canai yang sedap ini.

Anda juga boleh cuba resepi:

Leave A Reply

Your email address will not be published.