fbpx

9 Resepi Terung Goreng Berlada Viral: You’ll LOVE It!

Hari ini saya nak kongsi resepi terung goreng berlada viral! Resepi terung goreng berlada ini simple je nak sediakan. Ada tak peminat terung goreng berlada?? Makan dengan nasi panas-panas konfirm bertambah. Buat yang pertama kali cuba, pasti jatuh hati! Pasti anda akan suka, silap-silap sepinggan besar anda makan sorang je. Kena masak banyak, baru cukup. Nak sedap masak terung ni terletak pada sambalnya. Kalau pedas sangat tak sedap dan kalau tak pedas pun tak sedap. Pastikan rasa pedas seimbang ye, ikut je cara masakan di bawah. 

Resepi Terung Goreng Berlada Sedap Azie Kitchen

Terung Goreng Berlada Sedap

Terung Goreng Berlada: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 3 biji terung Taiwan – belah 2 dan potong 3 – rendam dalam air untuk elak lebam
  • 1 sudu teh pati asam jawa – bancuh dengan sedikit air
  • 1 labu bawang besar – mayang kasar
  • Garam/gula/perasa pilihan

Bahan Tumbuk Kasar:

  • 4 biji cili merah
  • 1 genggam udang kering – rendam hingga kembang dan toskan (boleh ganti dengan ikan bilis)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah

Cara-cara:

  1. Tumbuk kasar bahan bahan. Goreng terung hingga masak dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan tumbuk hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pati asam jawa, bawang besar dan biarkan seketika sehingga bawang layu. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
  4. Padamkan api dapur dan tuang bahan tumis ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Terung Goreng Berlada Che Nom

Terung Goreng Berlada Che Nom

Terung Goreng Berlada: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 2 biji terung panjang, saiz besar (3 biji jika saiz sederhana)
  • 2 mangkuk minyak masak
  • Bahan-bahan kisar kasar:
  • 8-10 biji cili merah segar
  • 7-8 biji cili melaka, yang berwarna merah kalau tak ada boleh campur hijau
  • 1/2 mangkuk kecil ikan bilis
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2 cm. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut.
  3. Angkat terung dan ketepikan.
  4. Buang sedikit minyak goreng terung tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau.
  5. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sedap jika dilebihkan gula dalam sambal ini.
  6. Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidang.

Tips:

  • Semasa menggoreng terung, jangan masukkan terlalu banyak terung ke dalam minyak kerana nanti terung akan masak tidak sekata dan tak cantik warna kulitnya.
  • Terung harus digoreng di dalam minyak yang banyak.

Resepi Sambal Terung Azlita Aziz

Sambal Terung Azlita Aziz

Sambal Terung: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1-2 biji terung panjang/bulat
  • 3 biji bawang merah – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 sudu makan udang kering – dikisar
  • 2 sudu makan cili kisar
  • Sedikit air asam jawa
  • Gula dan garam

Cara-cara:

  1. Terung di potong, cuci bersih dan di goreng separuh masak.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  3. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga terbit bau.
  4. Masukkan terung, garam, gula dan air asam jawa.
  5. Tumis hingga kering.
  6. Tambah cili merah jika suka.
  7. Hidangkan setelah masak.

Resepi Terung Berlado Mat Gebu

Terung Berlado Mat Gebu

Terung Berlado: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 4 biji terung saiz sederhana (che mat guna terung organik)
  • Sedikit garam
  • 6 biji cili merah
     
     
  • 5 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
  • 3 biji buah keras, hiris
  • 1 camca teh pes asam jawa
  • 2 biji limau kasturi, perah jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 helai daun limau purut

Cara-cara:

  1. Terung dicuci, kemudian kerat pada 3 bahagian. Belah 4 untuk setiap bahagian. Buat hingga siap dan gaul dengan sedikit garam. Goreng dalam minyak panas hingga bertukar warna, angkat dan toskan, kemudian letak atas tissue dapur bersih, biar minyak terserap. Susun terung dalam pingga sesuai. Ketepikan. Sekarang kita buat sambalnya pula.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih dan buah keras hingga halus, masukkan ikan bilis dan kisar hingga hancur, tambah cili hidup dan kisar hancur, tak perlu sampai halus sangat. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/2 cawan), tumis bahan-bahan tadi dengan api sederhana hingga terbit minyak, kacau selalu.
  3. Tambah pes asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan sehelai daun limau purut dan masak sekejap. Akhir sekali tambah jus limau kasturi, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang sambal atas terung, ratakan dan baki daun limau purut, dimayang halus dan tabur atasnya sebagai hiasan. Hidangkan segera bersama nasi putih dan lauk-lauk lain.

Resepi Terung Goreng Berlada Kak Nita

Terung Goreng Berlada Kak Nita

Terung Goreng Berlada: Sumber Kak Nita

Bahan-bahan:

  • 1 biji terung panjang ( size agak besar)
  • 6 biji cili merah (dibuang bijinya)
  • 6 biji cili padi
  • 1 labu bwg besar
  • 2 ulas bawang putih
  • belacan sebesar ibu jari
  • air asan jawa gula dan garam secukup rasa
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Terung di potong setebal 1 inci dan digoreng sehingga sedikit kekuningan.Ketepikan sebentar.
  2. Cili merah , cili padi , bawang besar , bawang putih , belacan dikisar kasar (jangan halus sangat )
  3. Tumiskan bahan kisaran tu sampai wangi .
  4. Masukkkan air asam jawa secukupnya.
  5. Perisakan dgn garam dam gula. kacau hingga masak dan sedikit kering.
  6. Siap dan tuangkan  ke atas terung digoreng tadi. 

Resepi Terung Goreng Berlada Sedap

Terung Goreng Berlada Sedap

Terung Goreng Berlada: Sumber Nina Mahdar

Bahan-bahan:

  • Terung – saya guna 2 biji terung – belah 2 potong 3
  • 4 tangkai cili merah
  • cili padi – ikut citarasa
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 genggam ikan bilis – yang telah di goreng
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara: 

  1. Goreng terung sehingga lembut terlebih dahulu. Saya suka bila ada kesan hangus sedikit pada terung.
  2. Sediakan bahan-bahan untuk di tumbuk. bawang putih, merah dan lada sehingga hancur.
  3. Kemudian tumbuk sedikit ikan bilis. Jangan tumbuk sehingga hancur, cukup hancur sedikit.
  4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di tumbuk tadi. masak sehingga naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa.
  5. Tumis sehingga garing dan pecah minyak. Minyak akan naik ke permukaan. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  6. Akhir sekali masukkan terung yang telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Angkat dan sedia untuk di hidangkan.

Resepi Sambal Terung Dengan Udang

SAMBAL TERUNG DENGAN UDANG (1)

Sambal Terung Dengan Udang: Sumber Hafizah Yahya

Bahan-bahan:

  • 1 biji terung saiz sedang – potong serong dan goreng sebentar 
  • 100 gram udang – di kopek kulit – tinggalkan bahagian ekor sahaja
  • 2 ulas bawang putih – Di cincang 

Bahan B: (Bahan Kisar)

  • 10 tangkai cili kering – di rebus hingga lembut – toskan
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 inci belacan
  • sedikit asam jawa

Bahan C: 

  • 1 labu bawang besar – potong bulat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih yang di cincang tadi dan kacau hingga wangi.
  2. Tuang bahan kisar di dalam kuali dan kacau hingga agak kering, masukkan udang.
  3. Seterusnya masak lagi hingga sambal pekat, perasakan dengan garam dan gula mengikut selera anda. Masukkan juga bawang besar yang di mayang dan sos tiram.
  4. Bila sambal telah pekat dan masak sepenuhnya, tuang ke atas terung yang di goreng tadi dan bolehlah dihidangkan dengan nasi panas.

Resepi Terung Ulek Sambal Hijau

Terung Ulek Sambal Hijau

Terung Ulek Sambal Hijau: Sumber Citarasawan

Bahan-bahan:

  • 4 biji terung pendek, potong
  • 6 tangkai cili hijau, potong kecil
  • 10 tangkai cili padi hijau
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 biji tomato hijau, potong 6
  • 1 in gula melaka
  • 1 sudu besar ikan bilis, tumbuk kasar
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu kecil garam
  • Minyak untuk menggoreng 

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng terung hingga layu. Angkat dan toskan.
  2. Dalam minyak yang sama, goreng ikan bilis, cili tomato, bawang dan belacan. Angkat dan toskan minyaknya. Ulek atau leyek di dalam bekas (bukan tumbuk).
  3. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  4. Masukkan terung goreng dan lenyek kasar, jangan terlalu lumat.
  5. Hidang dengan nasi putih bersama ayam goreng.

Resepi Terung Pedas Noni

Terung Pedas (1)

Terung Pedas: Sumber Noni

Bahan-bahan:

  • 1 biji terung – dihiris serong dan digaul garam dan kunyit
  • 1 labu bawang besar (size M) – ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 4-5 biji cili api – ditumbuk
  • Sedikit ikan bilis – ditumbuk
  • Minyak untuk menumis
  • Garam, gula secukup rasa
  • Sedikit kicap

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng terung hingga garing. Ketepikan. 
  2. Tumis semua bahan tumbuk hingga garing. 
  3. Perasakan dengan garam dan gula. 
  4. Renjiskan sedikit kicap. Kacau rata. 
  5. Masukkan terung dan gaul hingga semua terung disaluti sambal. 
  6. Siap dan sedia untuk dihidang. 

Penutup

Bagi penggemar masakan pedas, masakan ini cukup sedap. Kalau tak berapa pedas tu, macam tak puas pulak makan. Nak lagi pedas, boleh makan dengan sambal belacan. Bukan itu sahaja, rasa pedasnya juga kena diseimbangkan dengan rasa masam, masin dan manis. Resepi Terung Goreng Berlada ini paling mudah dan sangat sedap! Buat para penggemar terung, hidangan begini pasti membuka selera makan anda.

Anda juga boleh cuba resepi:

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.