fbpx

5 Resepi Tomyam Poktek KAW Viral Yang Sedap!

Hari ini saya nak kongsi resepi tomyam poktek viral yang sedap. Perkataan Tom Yam itu sendiri bermaksud air rebusan yang terdiri dari pelbagai campuran bahan dan juga rempah. Maka tidak hairanlah dalam hidangan Tom Yam terdapat pelbagai jenis bahan.. Kali ini saya kongsikan resepi Tomyam poktek yang memang special. Hidangan jenis ini terdapat campuran pelbagai jenis makanan laut seperti cebisan ikan, sotong, kupang dan udang. Di Thailand ia dipanggil Tomyam Por Thek Thale. Rasanya yang pedas, masam dan cukup manis masinnya membuatkan ia antara juadah yang wajib diorder di restoran thai. Bila buat sendiri, anda boleh kawal penggunaan bahan pengawet dan juga MSG. Daun ketumbar merupakan bahan penyedap rahsia tom yam. Jangan silap membezakan daun ketumbar dengan daun sup ya.

Resepi Tom Yam Poktek – Seafood 

Tom Yam Poktek - Seafood

Tom Yam Poktek – Seafood: Sumber Paty’s Kitchen

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ketam dibelah  4
  • 100 gram lala
  • 250 gram udang besar
  • 200 gram sotong dipotong bulat
  • 1 bunga kobis dipotong mengikut floretnya
  • 1 biji lobak merah di potong ikut citarasa masing-masing
  • 2 biji buah tomato di potong 4
  • 1-2 2 tangkai daun ketumbar
  • 10 biji cili padi dititik
  • 5 biji cendawan butang dihiris 3 atau empat
  • 1 biji bawang besar dipotong 4
  • 1′ halia dititik
  • 2 batang serai dititik
  • 1″ lengkuas dititik
  • 3 ulas bawang putih ditik
  • 5 sudu besar pes tomyam
  • 1/4 cawan susu cair atau santan pekat
  • 1/4 cawan air limau
  • 3 helai daun limau perut

Cara-cara:

  1. Masukkan lebih kurang 1 1/2 liter air. Rebus bersama semua bahan mentah asas: ketam, lala udang dan sotong.
  2. Masukkan halia, serai, lengkuas, bawang putih , cili padi dan daun limau perut
  3. Biarkan seketika sehingga semua bahan berubah warna dan agak masak.
  4. Masukkan pes tom yam..garam secukup rasa dan air asam limau
  5. Masukkan bunga kobis, cendawan, daun ketumbar, dan lobak merah serta bawang besar
  6. Akhir sekali masukkan santan atau susu cair dan tomato buah.

Resepi TomYam Poktek Bersantan Seafood Ala Thai 

TomYam Poktek Bersantan Seafood Ala Thai or Tom Yum Talay Yang Menyelerakan

TomYam Poktek Bersantan Seafood Ala Thai: Sumber Callmemissrose

Bahan-bahan:

  • 600 gram isi ayam
  • (boleh gantikan dengan daging atau seafood seperti ketam, lala, sotong dan udang mengikut jenis tomyam yang hendak disediakan – min guna daging yang telah direbus & udang sahaja)
  • 6 batang serai
  • 15-20 tangkai cili padi (kepedasan mengikut citarasa masing-masing)
  •  2 mangkuk santan pekat (atau susu cair)
  • 6 helai daun limau purut
  • 3 biji tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 2 paket cendawan tiram – min skip
  • 2 tangkai daun bawang – min skip
  • sedikit bunga kobis
  • secekak daun ketumbar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • kiub tomyam – min guna perencah adabi tomyam putih
  • 3 sudu teh cili paste (disyorkan brand mae pranom asli Thai – madam pum)
  • 2 sudu besar sos nam pla (sos ikan)
  • 1-3 biji limau nipis besar (perah airnya) – leh sub ngan air asam jawa, ktnya lebih sedap …
  • 2-3 batang daun celery 

Cara-cara:

  1. Potong isi ayam nipis-nipis. Serai dipotong menyerong kasar. Hiris kasar halia, lengkuas dan bawang besar.  Tomato dipotong wedges. Bunga kobis dipotong kecil. Siat-siat kasar cendawan tiram dan daun limau purut.
  2. Ketuk sedikit cili padi. Boleh gunakan lebih cili padi kerana santan akan membuatkan cili padi menjadi kurang pedas.
  3. Masukkan santan ke dalam periuk bersama serai, lengkuas dan halia. Didihkan sambil mengacau.
  4. Biarkan seketika sehingga semua bahan berubah warna dan agak masak.
  5. Masukkan cili paste, sos nam pla dan kiub tomyam.
  6. Boleh rasa dahulu dan adjust rasa masam, masin dan pedasnya.
  7. Masukkan pula ayam dan masak lagi sehingga separuh masak.
  8. Masukkan cendawan, daun bawang, daun ketumbar (perlu ada) dan daun limau purut serta cili padi.
  9. Masukkan sedikit air limau nipis, bawang besar dan tomato. Didihkan sebentar saja.
  10. Bila sudah cukup rasa dan sayur pun dah masak matikan api. Angkat dan hidangkan.

Nota:

  • Siapkan kuah tomyam dahulu (adjust rasa dan sebagainya) untuk mengelakkan bahan-bahan basah menjadi terlebih masak (overcooked).
  • Gunakan tomato puri untuk nampak lebih merah dan cantik serta masam.
  • Resepi tomyam ala Thai adalah dengan menambah lengkuas/daun ketumbar.
  • Untuk kuah yang lebih pekat, tambahkan lagi santan atau susu cair.

Resepi Tomyam Poktek Ala Thai Nor Zahida

Tomyam Poktek Ala Thai

Homemade Tomyam Poktek: Sumber Nor Zahida Aini

Bahan-bahan:

  • 5 biji bebola sotong (belah 4)
  • 6 ekor udang
  • 1 mangkuk kecil bunga kobis
  • 1/3 batang lobak merah (di hiris bulat)
  • 1 batang serai (potong 3 dan di ketuk)
  • 5 helai daun limau purut (carik carikkan)
  • 1/2 biji bawang merah (di hiris kasar)
  • 3 batang akar daun ketumbar
  • 1 inci lengkuas
  • 3 sudu besar pes tomyam ADABI
  • 6 cawan air (nak kuah banyak lebihkan air)
  • 1 cawan susu cair
  • 3-5 biji cili api (belah 2 jika suka pedas – saya tak letak)
  • 2 tangkai daun ketumbar (di hiris untuk hiasan)

Cara-cara:

  1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan pes tomyam dan akar daun ketumbar. Akar ni la rahsia tomyam jadi sedap macam kat Thailand. Kalau takde pun takpe. Kacau sebati.

  2. Kemudian masukkan bebola sotong, bunga kobis, lobak merah, serai, daun limau purut, lengkuas dan bawang merah. Dalam gambar tak ada lengkuas. Lupa nak letak sekali. 

  3. Kacau sebentar hingga mendidih. Kemudian masukkan susu cair dan kacau sebati. Boleh juga ganti dengan santan atau susu segar. Akhir sekali masukkan udang, garam dan hirisan daun ketumbar. Boleh juga letak buah tomato dan perah limau kasturi jika suka masam2. Tadaaaa! Dah siap tomyam ala ala Thai. SELAMAT MENCUBA!

Nota:

  • Bahan bahan dan sayur semua tu boleh tukar ikut citarasa masing masing. Saya memang tak letak ketiak jagung, cendawan, tomato dan lain lain sebab nanti takde orang makan. Buat simple simple je. Bahan penting untuk Tomyam Poktek ala Thai adalah AKAR DAUN KETUMBAR, LENGKUAS DAN SUSU CAIR/SANTAN. 

Resepi Tomyam Poktek Ala Thai Dunia Makanan Baru

Resepi Tomyam Poktek Ala Thai Dunia Makanan Baru

Tomyam Poktek Ala Thai: Sumber Dunia Makanan Baru

Bahan-bahan:

  • 5 biji bebola sotong (belah 4)
  • 6 ekor udang
  • 1 mangkuk kecil bunga kobis
  • 1/3 batang lobak merah (di hiris bulat)
  • 1 batang serai (potong 3 dan di ketuk)
  • 5 helai daun limau purut (carik carikkan)
  • 1/2 biji bawang merah (di hiris kasar)
  • 3 batang akar daun ketumbar
  • 1 inci lengkuas
  • 3 sudu besar pes tomyam ADABI
  • 6 cawan air (nak kuah banyak lebihkan air)
  • 1 cawan susu cair
  • 3-5 biji cili api (belah 2 jika suka pedas – saya tak letak)
  • 2 tangkai daun ketumbar (di hiris untuk hiasan)

Cara-cara:

  1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan pes tomyam dan akar daun ketumbar. Akar ni la rahsia tomyam jadi sedap macam kat Thailand. Kalau takde pun takpe. Kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan bebola sotong, bunga kobis, lobak merah, serai, daun limau purut, lengkuas dan bawang merah. Dalam gambar tak ada lengkuas. Lupa nak letak sekali.
  3. Kacau sebentar hingga mendidih. Kemudian masukkan susu cair dan kacau sebati. Boleh juga ganti dengan santan atau susu segar. Akhir sekali masukkan udang, garam dan hirisan daun ketumbar. Boleh juga letak buah tomato dan perah limau kasturi jika suka masam-masam. Tadaaaa! Dah siap tomyam ala ala Thai. SELAMAT MENCUBA!

Resepi Tomyam Poktek Viral 

Resepi Tomyam Poktek Viral

Tomyam Poktek Viral: Sumber rasa.my 

Bahan-bahan:

  • Sotong | dibersihkan
  • Isi ikan kembung
  • 2 biji tomato | belah 4
  • 2 batang serai | diketuk
  • Lengkuas
  • 5 biji cili padi merah | diketuk
  • Cendawan enoki
  • 4 sudu besar santan @ susu cair
  • Daun ketumbar
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 biji limau nipis
  • 1 biji bawang besar
  • Batang dan akar ketumbar
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 600ml air
  • 4-5 sudu makan sos nampla ( sos ikan)

Cara-cara:

  1. Masuk serai, lengkuas, kiub ikan bilis, daun limau purut, batang & akar ketumbar dan cili ketuk ke dalam periuk.Masuk 600ml air( anggaran dalam 3 cawan besar).
  2. Bila dah mendidih, masukkan tomato dan bawang besar. Biar didih sekali lagi.
  3. Kemudian masukkan udang, sotong dan ikan satu persatu. Masuk angkat bahan-bahan tadi dengan tangan. Jangan lingkupkan dengan bekasnya sebab taknak air termasuk sekali atau tos hingga kering.

  4. Cara potong limau. Elakkan terhiris biji limau kerana ia akan memberikan rasa pahit.
  5. Perah limau nipis satu persatu dan sesuaikan rasa masam mengikut citarasa.
  6. Cendawan mudah lembik, jadi masukkan apabila tomyam dah hampir masak.
  7. Masuk nampla (sos ikan) dalam anggaran 4-5 sudu makan.Tunggu mendidih sekali lagi.
  8. Bila dah mendidih, masukkan santan @ susu cair. Terus matikan api.  Tabur daun ketumbar.
  9.  Dah siap. Sedia untuk dinikmati.

Penutup

Penggemar tomyam pasti suka resepi ini. Menariknya, anda boleh cuba buat resepi tomyam menggunakan ikan siakap juga. Pasti sedap! Yang penting, untuk memasak tomyam kena pastikan rasanya pedas, masam dan pekat.

Anda juga boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.